Wang dan harta milik rakyat bukan milik kerajaan atau parti politik(atau gabungan parti politik) yang dipilih rakyat setiap lebih kurang 5 tahun. Rakyat memilih 'wakil rakyat' - dan akhirnya wakil rakyat yang dipilih memilih seorang Perdana Menteri(atau Menteri Besar/Ketua Menteri), yang seterusnya memilih dikalangan wakil rakyat Kabinet atau Exco Kerajaan Negeri diperingkat Persekutuan dan/atau Negeri.
Malangnya, rakyat Malaysia masih lagi dinafikan hak memilih kerajaan tempatan(Local Council) - dan kerajaan Negeri/Persekutuan sahaja yang memilih dan melantik kerajaan tempatan. Bila agaknya rakyat Malaysia mendapat hak memilih kerajaan tempatan yang telah dinafikan oleh kerajaan UMNO-BN sejak lebih kurang tahun 1965, satu tindakan yang dilakukan berikutan Konfrontasi Indonesia(1963) melalui kuasa darurat khususnya Emergency (Suspension of Local Government Elections) Regulations 1965. Darurat berakhir tetapi kerajaan UMNO-BN terus menafikan hak rakyat memilih kerajaan tempatan - dan undang-undang baru telah digubal di peringkat Persekutuan.
Alasan Pakatan Rakyat memberi setelah berjaya menubuhkan kerajaan Negeri di Selangor dan Pulau Pinang, adalah terdapat Akta Persekutuan menghalang pemilihan secara demokratik pilihanraya kerajaan tempatan di negeri tersebut...Jika pembangkang menang PRU akan datang, adakah kerajaan pembangkang akan membatalkan dan/atau meminda Akta ini untuk membolehkan pemilihan demokratik kerajaan tempatan(Local Council/Majlis Perbandaran/dll.)? Adakah kita akan mendapat kembali hak memilih kerajaan tempatan yang UMNO-BN telah menafikan rakyat?
Alasan Pakatan Rakyat memberi setelah berjaya menubuhkan kerajaan Negeri di Selangor dan Pulau Pinang, adalah terdapat Akta Persekutuan menghalang pemilihan secara demokratik pilihanraya kerajaan tempatan di negeri tersebut...Jika pembangkang menang PRU akan datang, adakah kerajaan pembangkang akan membatalkan dan/atau meminda Akta ini untuk membolehkan pemilihan demokratik kerajaan tempatan(Local Council/Majlis Perbandaran/dll.)? Adakah kita akan mendapat kembali hak memilih kerajaan tempatan yang UMNO-BN telah menafikan rakyat?
Nampaknya Mahathir tidak begitu minat mengembalikan hak ini kepada rakyat...hak rakyat untuk memilih kerajaan tempatan..Sedih sekali Mahathir menimbulkan isu etnik sebagai alasan mengapa rakyat tidak harus dikembalikan hak memilih kerajaan tempatan...
According to 2016 statistics, Malays currently make up 50% of the Malaysian population, followed by the ethnic Chinese with 22% and Indians (6%). If local council elections were held, the former prime minister said this would see urbanites governed by one race, while another race would be managing the rural areas.“We already have problems in vernacular schools and if we divide areas along racial lines it would be dangerous,” the Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) chairman said at a dialogue here last night.
Rakyat Malaysia sudah matang ..dan kita akan memilih dan mengundi seseorang yang terbaik --- isu etnik atau agama bukan sesuatu yang akan 'memprejudiskan' sangat cara kita memilih. Isu sedemikian, iaitu isu etnik atau agama, adalah isu yang biasa ditimbulkan dan diperbesarkan oleh parti politik atau orang perseorangan yang boleh dikatakan 'racist'...
Kleptocracy, rasuah dan pelupusan wang rakyat ...jika kita mahu bersikap 'racist' - kita akan menyatakan ini semua dilakukan orang Melayu atau mereka yang beragama Islam - kerana jika dilihat kebanyakkan khususnya penjawat kerajaan yang terlibat adalah daripada kumpulan etnik/agama tertentu. Ini pemikiran cetek - kerana akhir kata ada orang yang baik dalam semua kumpulan ethnik/agama... dan rakyat Malaysia bukannya 'bodoh' - kita akan melihat semua faktor dan memilih orang yang berkelayakkan yang terbaik.. Justeru, kerisauan Mahathir tidak berasas...(atau adakah beliau menyatakan sedemikian kerana beliau dahulu dalam UMNO dan kini Pribumi, di mana kedua-duanya adalah parti untuk rakyat Malaysia daripada satu kumpulan etnik sahaja...?)
Agama sama atau ethnik sama mungkin diambil kira setengah pengundi...tetapi akhirnya ia bukanlah perkara utama yang diambil kira bila pemilihan dibuat...Rakyat akan pilih yang terbaik...Jika dilihat kesatuan sekerja, Majlis Peguam dan banyak badan professional, yang dipilih mereka untuk menjadi pemimpin bukan berasaskan kepada ethnik atau agama, tetapi berasaskan kelayakkan - orang terbaik akan dipilih...
UMNO-BN menuruskan amalan melantik sahaja ahli kerajaan tempatan...ketua kampung, dll - tidak memberikan hak kepada rakyat pilih sendiri orang terbaik. Pembangkang juga tidak mahu rakyat pilih sendiri ketua kampung/taman/dll di Selangor, Penang dan juga Kelantan - Ini semua penafian hak rakyat pilih sendiri...DEMOKRASI - Mengapa?
Jangan lupa bahawa Ketua Kampung dan juga kerajaan tempatan(Local Council) ada banyak kuasa termasuk apa pembangunan yang diluluskan...Justeru mereka yang dilantik kerajaan Persekutuan/Negeri akan diminta memberikan pendapat atau kelulusan bagi pihak penduduk/rakyat setempat ...tetapi mereka yang dilantik ini jarang sekali(jika ada pun) berkomunikasi dengan rakyat setempat untuk mendapatkan pendirian mereka sebelum memberikan persetujuan atau bantahan. Keputusan dibuat sendiri atau berdasarkan 'kehendak' pihak yang melantik mereka, iaitu kerajaan Negeri atau Persekutuan. Cara dana pembangunan setempat digunakan juga ditentukan oleh mereka yang kini dilantik.
Ini akibat tidak ada pemilihan secara demokratik - rakyat dilayan sebagai 'kanak-kanak' yang belum matang dan tak boleh mempunyai pendapat sendiri mengenai kawasan tempat tinggal mereka.
Inilah sebab kita harus kembalikan pemilihan secara demokratik kerajaan tempatan, serta juga kepimpinan ketua kampung/taman/kampung orang asli/kampung baru... Bila ini berlaku, 'wakil mereka' akan lebih mengambil kira pendapat penduduk setempat dan membuat keputusan berasaskan rakyat setempat...kerana rakyat kembali jadi 'Boss' dan 'wakil/ketua' peringkat ini akan membuat keputusan berasaskan kehendak rakyat ...bukan kehendak pemimpin peringkat Persekutuan/Negeri. Rakyat setempat akan ditakuti kerana jika bertindak secara salah, mereka akan digugurkan rakyat dalam pilihanraya akan datang...
Inilah sebab mengapa PILIHANRAYA kerajaan tempatan harus kembali - dan rakyat mendapat hak kembali memilih wakil mereka. Yang tak lakukan tugas atau yang korup akan pasti disingkirkan oleh rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Sama juga dengan kampung, kampung baru dan taman - rakyat mesti diberikan kuasa memilih sendiri kepimpinan setempat dan wakil mereka. Kini, negeri pemerintahan pembangkang juga tidak ada ini ...mereka terus sahaja ikut cara UMNO-BN.
Adakah anda tahu bahawa urusan pemunguttan sampah dan juga potong rumput sebelah jalan yang dahulunya ditangan kerajaan tempatan(Local Council) kini telah diserahkan kepada Putrajaya (Kerajaan Persekutuan) - bukan pun kerajaan negeri?
Apa lagi kuasa negeri di Persekutuan yang telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan. Bagus kita berjuang untuk lebih kuasa dan hak dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak - dan kita harus juga berjuang untuk lebih kuasa dan hak juga dikembalikan kepada kerajaan Negeri-negeri di Persekutuan Malaysia?
Apa lagi kuasa negeri di Persekutuan yang telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan. Bagus kita berjuang untuk lebih kuasa dan hak dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak - dan kita harus juga berjuang untuk lebih kuasa dan hak juga dikembalikan kepada kerajaan Negeri-negeri di Persekutuan Malaysia?
Adakah pendapat Mahathir, pengerusi Pakatan Harapan, iaitu 'kuasa pemilihan' untuk kerajaan tempatan tidak akan dikembalikan kepada rakyat juga merupakan pendirian Pakatan Harapan(DAP-PKR-Pribumi-Amanah)? Adakah ini juga pendirian PAS, PSM, PRM dan lain-lain parti pembangkang? Adakah mereka mahu terus melantik pemimpin/wakil komuniti setempat? Jika ya, sama saja macam bila diperintah UMNO-BN?
Dahulu pembangkang menjanjikan akan mengembalikan pemilihan secara demokratik kerajaan tempatan(Local Council) ...tetapi baru-baru ini senyap sahaja? Adakah ini bermaksud rakyat akan terus dinafikan hak memilih sendiri secara demokratik kerajaan tempatan dan ketua kampung/kampung baru/Taman/kampung orang asli? Adakah pembangkang akan terus saja polisi UMNO-BN?
TUKAR - itu seruan parti pembangkang? Tetapi adakah 'TUKAR" itu hanya bermaksud tukar mereka yang berkuasa di peringkat kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan....dan bukan polisi dan cara UMNO-BN mentadbir? Saya mahu lebih...bagaimana dengan kamu?
People not ready for local elections, says Dr Mahathir
Former prime minister not in favour of local government elections as he claims it could be detrimental to race relations.
SHAH
ALAM: Dr Mahathir Mohamad last night admitted that for now he was not
keen on local council elections, fearing that it would polarise the
different races in the country even further.
Unlike other countries, Malaysia, the former prime minister said, is a multiracial nation.
As it stands, he said, most of the ethnic Chinese were residing in
the urban areas, while a majority of the Malays were in rural areas.
According to 2016 statistics, Malays currently make up 50% of the
Malaysian population, followed by the ethnic Chinese with 22% and
Indians (6%).
If local council elections were held, the former prime minister said
this would see urbanites governed by one race, while another race would
be managing the rural areas.
“We already have problems in vernacular schools and if we divide
areas along racial lines it would be dangerous,” the Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) chairman said at a dialogue here last night.
Local council elections used to be held in Malaysia until it was
abolished under the Local Government Act 1976. Appointments have since
been based on the political party ruling the state, except in Kuala
Lumpur, which has only parliamentary seats as a Federal Territory, hence
the Federal Government appoints office bearers to the Kuala Lumpur City
Hall (DBKL).
DAP’s push for local elections a few years ago put it at odds with
its then Pakatan Rakyat partner PAS, with the Islamist party’s
president, Abdul Hadi Awang warning that it could spark racial
polarisation in Chinese-majority urban areas.
The Marang MP was also reported as claiming local elections could eventually lead to a repeat of the May 13 race riots.
But Mahathir did not outright reject local elections, stressing that
balancing the racial makeup in the urban areas was a greater priority.
“There must be a greater effort to reign in more Malays to the urban
areas, just as we see happening in KL to ensure there is no gulf between
the races.” - FMT News, 8/4/2017