Now they want to establish a "religious vocational school" - My first question is WHY?
Would this school be only for Muslims? ...and again we ask the question "WHY?"
Why not just set up vocational schools - open to every one, and you could include religious instructions in the syllabus. Maybe, it should not just be confined to Islam - but could also include religious instructions for the other religions. (I am sure that the MCCBCHS would help in providing the other religious teachers....)
Talking about religions - one thing that should be done is the teaching of all persons some basics of the various different religions in Malaysia - including also some of its practices. This knowledge will also help build a community where there is understanding and mutual respect...
UNITE Malaysians - stop this 'Divide and Rule' practices of the BN...
Selangor Kaji Cadangan Tubuh Sekolah Agama Vokasional
SHAH ALAM, 17 November – Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan menubuhkan sekolah agama vokasional di negeri ini pada masa depan.
Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan cuba mengatur perkara itu dengan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan majikan swasta.
“Saya rasa sudah tiba masanya kita menggabungkan konsep pengajian agama dan peningkatan kemahiran kerana saya dapati permintaan untuk mereka yang mempunyai keupayaan kemahiran adalah tinggi,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas dengan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Selangor di Stadium Malawati pagi tadi.
Hadir sama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
Menurut Abdul Khalid peluang melanjutkan pelajaran di sekolah seumpama itu boleh digunakan ramai pelajar yang mungkin tidak berupaya atau tidak mahu meneruskan pengajian ilmiah mereka, sebaliknya memilih bidang kemahiran sebagai kerjaya.
Abdul Khalid berkata selain peruntukan daripada kerajaan negeri, beliau berharap kerajaan persekutuan akan turut sama menghulur dana bagi penubuhan sekolah berkenaan.
“Ini baik untuk negara dalam melahirkan lebih ramai pekerja muda yang berkemahiran tinggi,” katanya.
Beliau berharap blue print mengenai cadangan itu dapat disediakan dalam tempoh enam bulan.
Sementara itu ketika menjawab pertanyaan media berhubung kehadiran Dato’ Seri Anwar menyampaikan ucap tama pada majlis itu, Abdul Khalid berkata beliau yang menjemput bekas Menteri Pendidikan itu yang berpengalaman dalam mengasaskan beberapa usaha awal mendidik golongan belia. – NOOR ALLIA KASSIM
No comments:
Post a Comment