Sunday, March 21, 2010

BN dan PR kena belajar makna demokrasi lagi. Penyokong dan lawan diberikan layanan sama oleh mereka yang menang...

Apakah dia demokrasi?

Di dalam sebuah kumpulan, persatuan atau pertubuhan, ahli mempunyai hak mengundi dan memilih kepimpinan.

Selepas pilihanraya akan muncul satu yang menang, dan yang lain kalah.

Kita selalu akan meminta semua bersatu kembali, dan akan memberikan jaminan bahawa semua aakan diberikan layanan sama - tak mengira sama ada  mereka adalah penyokong mereka yang menang dan/atau yang kalah. Selepas proses pemilihan - kita bersatu dan bergerak hadapan sebagai satu entiti. Proses pilihanraya...pertandingan semua dilupakan dan kita bergerak ke hadapan.

Masalah utama kerajaan Barisan Nasional - pimpinan UMNO adalah bahawa mereka tidak memahami konsep demokrasi ini - di mana selepas pilihanraya semua menjadi dan dilihat sebagai rakyat - bukan sebagai penyokong BN atau penyokong pembangkang atau yang lain-lain.

Akibat:- Penyokong BN akan diberikan lebih...akan menikmati layanan khas berbanding dengan rakyat setempat. Penyokong pembangkang adalah kumpulan yang akan didiskriminasi oleh pihak yang menang. Ini bukan demokrasi...ini bukan demokrasi.

Jika BN menang, mereka pilih dan lantik orang parti dan penyokong jadi ahli Majlis Perbandaran (Local Council), ahli JKKKK, JKKKT, dan sebagainya., jadi Ketua Kampung dsb...

Apa yang saya lihat adalah bahawa Pakatan Rakyat juga kini berkelakuan sama saperti Barisan Nasional? Ya atau Tidak

Mereka mungkin tidak ada JKKKK tetapi Majlis Perwakilan Penduduk - yang Pakatan Rakyat pilih dan lantik...

Kita mesti sedar kesilapan kita, insaf dan bergerak kearaha demokrasi tulen...

Selepas proses pilihanraya - seorang yang dipilih sebagai ketua akan berkhidmat untuk semua, dan akan memberikan layanan sama kepada semua. Penyokong atau lawan akan diberikan layanan sama. 

Kenapa hanya orang parti BN (atau orang parti PR) yang dilantik menjadi ahli Majlis Perbandaran (Local Council)? - Kenapa bukan orang berkemampuan dipilih tanpa mengira parti politik, golongan ethnik, agama, dsb...? 

Jangan lupa bahawa apabila sudah menang pertandingan pemilihan ketua - kita merupakan pemimpin semua....dan adalah salah untuk memberikan layanan 'special' bagi penyokong sahaja.







No comments:

Post a Comment