Thursday, June 09, 2011

They revoked the requirement for fingerprinting when one goes before Commissioner of Oaths

Thankfully, they have now revoked that 19/5/2011 letter and fingerprinting on documents affirmed before the Commissioner of Oaths is now restricted only to Road Transport Department documents...


Semua Pesuruhjaya Sumpah
Seluruh Malaysia

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,
ARAHAN KETUA HAKIM NEGARA
PENURUNAN CAP JARI DEPONEN PADA DOKUMEN DAN BUKU DAFTAR MELIBATKAN TRANSAKSI JPJ


Perkara di atas adalah dirujuk.

2.    YAA Ketua Hakim Negara telah mengarahkan agar semua Pesuruhjaya Sumpah memastikan deponen yang ingin mendapatkan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah menurunkan cap jari pada semua dokumen dan rekod buku daftar yang berkaitan dengan transaksi Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja.

3.    Bagi tujuan penurunan cap jari ini, semua Pesuruhjaya Sumpah adalah dikehendaki untuk mematuhi perkara-perkara berikut:

i)    Pesuruhjaya Sumpah yang bukan Pegawai Awam (Peguam / Orang Lain) hendaklah membeli sendiri pengecap cap jari berdakwat (fingerprint-pad ink).  Penggunaan pengecap cop biasa (stamp-pad) adalah tidak dibenarkan sama sekali.

ii)    Jalur-jalur cap jari hendaklah dipastikan jelas dan terang.


iii)    Format buku daftar terkini seperti yang dilampirkan hendaklah diguna pakai dan diisi dengan teratur.

iv)    Bagi Pesuruhjaya Sumpah (Pegawai Awam) pula, Ketua Jabatan masing-masing hendaklah menyediakan pengecap cap jari (fingerprint-pad ink) bagi tujuan tersebut.

4.    Sekiranya terdapat mana-mana Pesuruhjaya Sumpah yang enggan mematuhi arahan di atas, tindakan akan dikenakan selaras dengan Kaedah 18 Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993.

5.    Maka dengan ini Arahan Ketua Hakim Negara kepada semua Pesuruhjaya Sumpah bertarikh 19 Mei 2011 adalah dibatalkan.

6.    Arahan ini berkuat kuasa dari tarikh surat ini. 



No comments:

Post a Comment