Jika Najib majikan di sebuah syarikat - beliau tidak mahukan pekerja berkesatuan atau bersatu. Beliau tidak akan membenarkan apa-apa aktiviti penyebaran maklumat di antara pekerja. Beliau akan melantik sendiri kroni menjadi wakil pekerja, dan akan hanya berurusan dengan wakil pekerja lantikan beliau - bukan wakil pekerja pilihan semua pekerja kilang. Beliau akan memahukan 'keamanan' - yang bermaksud semua pekerja harus diam-diam kerja sahaja, dan menumpukan perhatian kepada kerja sahaja. Beliau tidak mahu pekerja merunggut - atau meminta apa-apa hak, faedah pekerjaan, perubahan keadaan tempat kerja, ... Terima sahaja apa yang diberikan majikan, dan kerja dengan baik dan aman demi kepentingan kilang (dan keuntungan majikan di mana ini tidak akan dinyatakan tetapi adalah jelas).
TETAPI, Najib bukan majikan kilang, tetapi Perdana Menteri Malaysia, di mana Malaysia adalah sebuah negara demokratik, bukan sebuah negara di bawah 'diktator' dan bukan negara 'feudal'. Tetapi, malangnya cara Najib dan kerajaan BN mentadbir negara bukan cara bagaimana sebuah negara demokrasi ditadbir.
Keamanan yang dikehendaki Najib bukan 'keamanan" sebenar - tetapi 'keamanan' palsu yang mahukan rakyat diam sahaja, jangan mengritik, jangan mengeluarkan pendapat bercanggahan dengan kerajaan,....terima sahaja apa yang kerajaan memberikan. Ini adalah 'keamanan' sama yang seorang 'diktator' atau kerajaan feudal mahukan. Ini adalah 'keamanan' supaya kedudukan yang memerintah tidak akan dicabar. Ini adalah keamanan yang tidak mendahulukan rakyat - tetapi mereka yang berkuasa dan kroni mereka.
Keamanan sebenarnya mestilah berasaskan keadilan dan hak asasi. Bila terdapat keadilan dan hak asasi rakyat, maka akan adanya keamanan sebenarnya.
Berhenti memperdayakan rakyat dengan mengunakan perkataan "keamanan" apabila
Tp bukankahh klau dberi kebebasam mcm tu. Habis lahh orang melayu. Habislah ketuanan melayu?
ReplyDelete