Tuesday, July 12, 2011

Kenyataan Media BERSIH (12/7/2011) : Usaha BERSIH 2.0 tetap diteruskan

Kenyataan Akhbar: 12 Julai 2011

Usaha BERSIH 2.0 tetap diteruskan

Sekali lagi BERSIH 2.0 ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Rakyat di atas keberanian dan sokongan padu demi demokrasi dan pilihan raya yang bebas dan adil yang ditunjukkan pada 9 Julai 2011.

Walaubagaimana pun, Bersih 2.0 ingin melahirkan rasa kesal dan berdukacita di atas pemergian Allayarham Baharuddin Ahmad, yang selamanya akan dekat di hati kita sebagai wira yang sanggup menggadai nyawanya demi perjuangan ini.

Rasa kesal ini juga turut dipanjangkan kepada keenam-enam ketua Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat. Berdasarkan laporan yang kami terima, layanan yang diberikan kepada mereka semasa berada dalam tahanan amatlah membimbangkan. Kami menyeru supaya mereka dibebaskan segera tanpa syarat.

Usaha-usaha BERSIH 2.0 tetap diteruskan. Kami percaya langkah terbaik untuk terus maju ke hadapan adalah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja di mana ahli-ahlinya dipilih dan diterima oleh rakyat. Tugas mereka ini adalah untuk meneliti reformasi pilihanraya dengan lebih komprehensif sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-13. Kami sekali lagi menyeru agar tuntutan ini dipenuhi oleh pihak kerajaan. 

Dalam pada itu, kami menyeru supaya perkara-perkara berikut dilaksanakan:

a)      Pindaan ke atas proses pilihanraya yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Piliharaya (SPR) kepada pihak kerajaan yang tidak diluluskan harus diumumkan kpeada orang ramai.

b)      Mengadakan dialog umum dengan SPR berkenaan dengan tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0

Jelas sekali ini adalah hasrat rakyat untuk BERSIH 2.0 maju ke hadapan dengan agenda reformasi pilihanraya. Sehingga reformasi pilihanraya tercapai, kami meminta Rakyat untuk menunjukkan sokongan berterusan dan aman dengan memakai warna kuning setiap hari Sabtu.
 
Yang Benar,

Ahli Jawatankuasa Induk
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

No comments:

Post a Comment