Thursday, April 11, 2013

TUNTUTAN PEKERJA MALAYSIA



TUNTUTAN PEKERJA MALAYSIA

PEKERJAAN TETAP SAMPAI BERSARA – Mansuhkan sistem kerja kontrak jangka pendek. 

PERHUBUNGAN KERJA DENGAN MAJIKAN TEMPAT KERJA – Hapuskan system Kontraktor for Labour. Semua pekerja bekalan pihak ketiga harus dijadikan pekerja(employee) majikan tempat kerja.

GAJI MINIMA UNTUK SEMUA – Gaji Pokok/Asas pekerja harus ditambahkan supaya tak kurang daripada Gaji Minima Semasa. Elaun dan faedah pekerjaan yang sudah dinikmati pekerja sebelum kenaikan gaji pokok harus terus dinikmati pekerja.

HAK MENDAPAT KERJA KEMBALI DIJAMIN JIKA DIDAPATI MAJIKAN BUANG KERJA SECARA SALAH Jika pekerja tidak mahu terus kerja dengan majikan, harus dipampas sepenuhnya gaji dan faedah pekerja itu akan dapat dari tarikh pembuangan kerja sehingga tarikh didapati/dihakimi bahawa pembuangan kerja secara salah, serta faedah yang dikira pada kadar 8 peratus setahun kiraan harian. Mansuhkan Jadual 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967(Industrial Relations Act 1967).

SALAH LAKU (MISCONDUCT) KERJA DIHADKAN KEPADA PRESTASI DITEMPAT PEKERJAAN dan tidak mengugat kebebasan bersuara dan berpendapat, kebebasan protes secara aman dan kebebasan pekerja dan kesatuan berbincang, meluangkan pendapat dan mendedahkan ketidakadilan dan pencabulan hak pekerja atau hak asasi termasuk yang didakwa dilakukan majikan.

HAK TERUS RUJUK KES PEMBUANGAN KERJA KE MAHKAMAH PERUSAHAAN JIKA USAHA PENYELESAIAN DI PEJABAT PERHUBUNGAN PERUSAHAAN GAGAL – Keperluan mendapatkan kebenaran atau keputusan Menteri sebelum kes pembuangan kerja dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dimansuhkan.

WUJUDKAN MAHKAMAH PERUSAHAAN DI SEMUA NEGERI DAN BANDAR supaya pekerja senang menuntut dan mendapatkan keadilan.

Ada banyak lagi tuntutan pekerja tetapi ini adalah apa yang dianggap paling penting. Bagaimana dengan umur persaraan?  Kalau pekerja tidak ada kerja tetap, apa gunanya umur persaraan? Cuti bersalin - jika pekerja di ambil kerja melalui kontrak kerja jangka pendek, adakah mana-mana perempuan yang mengandung akan diambil sebagai pekerja - buat apa majikan berbuat demikian? Nasib dan masa depan pekerja semakin lama semakin tergugat kerana kerajaan tidak memastikan hak pekerja dijaga - khususnya hak kerja tetap sehingga bersara, di mana perhubungan pekerjaan adalah dengan tempat kerja bukan pihak ketiga/contractor for labour...Kerajaan ini yang membenarkan semua ini....Keluarga mana mahu anak kahwin seorang kerja kontrak jangka pendek ...atau seorang pekerja 'outsourcing'... Bank mana nak beri pinjaman kepada orang yang kerja kontrak jangka pendek ...habis kontrak masa depan tak tahu macam mana...



Senator Syed Shahir : Malaysia Must Keep Its Promise To Workers Made In July 2012 - Stop Discriminating Workers, Including Migrant Workers 


"...semua pekerja, termasuk pekerja migrant, berhak menerima giji minima, di mana ini adalah gaji pokok dan tidak harus termasuk elaun, faedah dan insentif kerja  yang lain. Majikan tidak harus dibenarkan mengeluarkan apa-apa hak dan faedah yang wujud sebelum April 2012, iaitu tarikh Perintah Gaji Minima 2012 berkuatkuasa, daripada kontrak pekerjaan sedia ada dan yang akan datang.... mansuhkan segala bentuk diskriminasi terhadap pekerja, termasuk diskriminasi berasaskan kewarganegaraan, jantina dan tempuh perjanjian kerja mereka...." - 82 - GAJI MINIMA UNTUK SEMUA TERMASUK PEKERJA MIGRAN - Tidak harus berlaku pemotongan gaji pekerja untuk majikan menebus bayaran levi –
"... Kami memanggil untuk pemansuhan ‘contractor for labour’ dan semua kegiatan mereka, dan untuk semua pekerja yang kini telah dibekalan oleh pihak ketiga, iaitu pembekal tenagakerja/pekerja (‘contractor for labour’) yang masih bukan pekerja-employee prinsipal segera dijadikan pekerja-employee prinsipal tersebut dan diberikan faedah dan layanan sama sapertimana diberikan kepada pekerja-employee prinsipal yang lain tanpa diskriminasi, termasuk juga hak menubuhkan/menyertai kesatuan sekerja, dan hak mendapat semua hak dan faedah yang kini di dalam Perjanjian Koletif terpakai.
Kami juga menuntut untuk pemansuhan pekerjaan tidak menentu (precarious employment), dan untuk dikelakan hubungan kerja dua pihak yang adil di antara prinsipal dan pekerja-employee, dan untuk menghormati hak pekerja dan hak kesatuan sekerja..." -93 - Mansuhkan Sistem ‘Contractor for Labour’ Tarikbalik pindaan 2012 kepada Akta Kerja 1955.

No comments:

Post a Comment