Thursday, October 01, 2015

PRM - No use removing BN but nothing changes - Media fails to give space to alternative parties??

Parti Rakyat Malaysia(PRM) have been coming out with media statements - but alas, media (including alternative media) are not giving coverage. Sad, because media is supposed to be responsible for communicating views to the people, more so alternative media should be doing this for the 'smaller' NGO and political parties but today this is not happening.

In PRM's last statement, few fundamental concerns of interest were raised, some of which that I highlight now:-

1 -  Opposition wins - but when they govern, it seems the same way that BN has been doing. No real changes in direction, policy or 'way of governing' - all that happens are 'changes of the names of people governing and the parties they come from'.

...walaupun PR berjaya mendapat memerintah beberapa negeri, apa yang dilihat adalah cara pentadbiran dan  dasar  nampaknya tidak banyak berubah daripada cara UMNO-BN. Apa yang berbeda mungkin adalah kerajaan negeri kini  lebih bersih, cekap dan amanah.

Ini tidak memadai, kerana perlu juga ada perubahan benar dari segi polisi dan dasar berkenaan, antara lain, promosi dan jaminan hak pekerja, golongan tani, nelayan, sistem pendidikan, orang asli, alam sekitar, kesihatan dan kebajikan rakyat. Parti pembangkang ini perlu membuktikan alternatif yang lebih baik dan adil.  

Rakyat biasa di peringkat akar umbi sehingga kini tidak dapat menikmati apa-apa perbedaan nyata berbanding dengan zaman UMNO-BN yang memerintah negeri yang kini ditadbir parti PR, kecuali mungkin di Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng.

2 -  Selfish attitude of political parties to insist of keeping seats which they won, or contested before. Ignoring that there may be a better candidate maybe from some other party. The reason may be the eagerness to contest and win as many seats as possible to brighten chances of one of their party persons will be Prime Minister or Menteri Besar or Chief Minister, and their 'own' party gains > Is this motive wrong - when the real motive should be for the best interest of the people > not so much the best interest of one's own political party.
Sifat mahu terus kekalkan kerusi oleh parti yang calonnya menang, atau telah bertanding pada PRU13,  adalah tak rasional dan hanya mendedahkan sifat pentingkan parti sendiri, bukan sama sekali mementingkan rakyat Malaysia  dan keadilan. 

3 -  It is wrong to take the number of votes that people cast for a person from your party as equal to the support of the people that the said party really has. If you contest as the Opposition candidate against the BN candidate > people maybe just voting for you  because they really want someone other than UMNO-BN >> cannot take the votes as just being support for the candidate of the particular Opposition party that contested. The support would also be support for the Opposition, including those who contested and did not contest, in the General Elections. Which Opposition party really has the most support? PKR? DAP? PAS?. [When PRM contested in the past, as the Opposition candidate, against only BN - they too garnered about 40 over percent of the vote]

Ingin dinyatakan bahawa bilangan undi yang diperolehi dalam satu-satu kerusi yang dipertandingkan tidak sama sekali boleh dianggap sebagai sokongan kepada hanya Parti calon pembangkang yang bertanding, tetapi sebenarnya adalah sokongan kepada semua parti pembangkang, sama ada bertanding atau tidak. Secara alternative, undi memihak pembangkang adalah sebenarnya seruan rakyat mahukan alternatif asalkan bukan BN. 

4  - Many other issues of interest that is good for reflection comes out...



Kenyataan Media – 28/9/2015

PRM harapkan semua parti pembangkang bekerjasama menentang BN dalam PRU 14

Parti Rakyat Malaysia(PRM) berpendirian bahawa bilangan rakyat Malaysia yang menolak Barisan Nasional(BN) yang dipimpin UMNO kini sudah bertambah, oleh itu perlu sangat parti-parti politik pembangkang  bersatu menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) menentang Barisan Nasional.

Adalah benar, setiap parti politik mempunyai pendirian dan ideologi berlainan mengenai beberapa isu yang menjejaskan negara, tetapi PRM percaya bahawa semua parti politik sanggup berkerjasama dengan niat sama mengalahkan parti-parti Barisan Nasional (atau gagasan parti-parti politik di bawah pengaruh UMNO), yang telah memerintah Malaysia sejak kemerdekaan pada 1957.

Tidak boleh dinafikan bahawa kerajaan BN dahulu ada melakukan perkara yang baik, tetapi jelas kini lagi banyak perkara salah  dilakukan termasuk penyalahgunaan kuasa, rasuah, boros dan pelaksanaan polisi dan dasar  yang tidak mengutamakan  rakyat tetapi hanya menjaga kepentingan beberapa orang    dan perniagaan korporat  dan kroni.

Justeru,  demi kepentingan rakyat dan negara, zaman pemerintahan BN harus diakhiri secepat mungkin  dan digantikan dengan kerajaan alternatif yang benar -  bukan sekadar penukaran orang dan parti yang memerintah.

Inisiatif Pakatan Rakyat yang melibatkan PAS, DAP dan PKR yang dimulakan pada 2008 kini nampaknya sudah berakhir.

Pertama, kelemahan Pakatan Rakyat (PR), yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR, adalah keengganan melibatkan parti-parti politik pembangkang  lain termasuk PRM. Pendirian  ini telah membuntukan perkembangan PR.

Kedua, Pakatan Rakyat, yang pernah menyatakan mahu menjadi lebih daripada ‘election pact’ (persetujuan menghadapi pilihanraya), juga telah gagal mengambil langkah  mendaftarkan diri sebagai satu gabungan parti politik seperti BN.

Ketiga, kegagalan PR adalah kegagalan sampai   pendirian dan dasar berkenaan cara pentadbiran dan  isu-isu asas. Perbedaan ini nyata dari cara pentadbiran kerajaan negeri yang kini diperintah parti PAS-DAP-PKR. Hala tuju dan dasar  setiap kerajaan negeri tersebut berkenaan nampaknya ditetapkan oleh Menteri Besar atau parti Menteri Besar berkenaan, dan bukan secara bersama. Kehilangan Kedah dan kegagalan merampas kembali Perak dalam Pilihanraya Umum (PRU) lepas adalah kesan amalan sebegini.

Keempat, walaupun PR berjaya mendapat memerintah beberapa negeri, apa yang dilihat adalah cara pentadbiran dan  dasar  nampaknya tidak banyak berubah daripada cara UMNO-BN. Apa yang berbeda mungkin adalah kerajaan negeri kini  lebih bersih, cekap dan amanah.

Ini tidak memadai, kerana perlu juga ada perubahan benar dari segi polisi dan dasar berkenaan, antara lain, promosi dan jaminan hak pekerja, golongan tani, nelayan, sistem pendidikan, orang asli, alam sekitar, kesihatan dan kebajikan rakyat. Parti pembangkang ini perlu membuktikan alternatif yang lebih baik dan adil.  

Rakyat biasa di peringkat akar umbi sehingga kini tidak dapat menikmati apa-apa perbedaan nyata berbanding dengan zaman UMNO-BN yang memerintah negeri yang kini ditadbir parti PR, kecuali mungkin di Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng. Ini  juga boleh dilihat daripada kekurangan  kerusi parlimen yang dimenangi oleh PAS dan PKR dalam PRU 13.

Seperti yang telah dinyatakan, kejayaan pembangkang dalam PRU lepas adalah kerana lebih ramai rakyat  menolak Barisan Nasional, di mana bilangan rakyat yang tidak mahu BN memerintah bertambah lagi. Ini disebabkan  skandal RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri, perkara berkaitan 1MDB, kegagalan  perjalanan lancar penyiasatan dan tindakan berasaskan undang-undang apabila melibatkan Perdana Menteri atau GLC, pelaksanaan GST,  inflasi dan peningkatan kos sara diri,  penafian hak pekerja menggunakan Akta dalam kes sistem penerbangan Malaysia, dasar mementingkan keuntungan syarikat besar  lebih daripada isu hak dan kebajikan rakyat.

Harus juga diingati bahawa untuk PRU akan datang, apa yang berlaku di negeri yang kini diperintah gabungan PAS-DAP-PKR juga akan diambil kira pengundi. Jika tidak ada perubahan nyata dilihat, ini boleh juga menjejaskan keputusan PRU akan datang, tambah lagi jika UMNO sebelum PRU 14 bertindak menukar Perdana Menteri.

Ingin dinyatakan bahawa bilangan undi yang diperolehi dalam satu-satu kerusi yang dipertandingkan tidak sama sekali boleh dianggap sebagai sokongan kepada hanya Parti calon pembangkang yang bertanding, tetapi sebenarnya adalah sokongan kepada semua parti pembangkang, sama ada bertanding atau tidak. Secara alternative, undi memihak pembangkang adalah sebenarnya seruan rakyat mahukan alternatif asalkan bukan BN.

Sifat mahu terus kekalkan kerusi oleh parti yang calonnya menang, atau telah bertanding pada PRU13,  adalah tak rasional dan hanya mendedahkan sifat pentingkan parti sendiri, bukan sama sekali mementingkan rakyat Malaysia  dan keadilan.

PRM, sebuah parti yang ditubuhkan pada tahun 1955, pengasasnya antara lain  Saudara Ahmad Boestamam, mempunyai sejarah  berjuang untuk keadilan dan kebajikan rakyat Malaysia, terutama untuk kumpulan tertindas dan terpinggir termasuk golongan pekerja, petani dan nelayan. PRM tetap kekal dan komited dalam perjuangan, sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

Pendirian PRM adalah  kerusi yang bakal dipertandingkan diagihkan berasaskan  calon yang  terbaik, yang berprinsip dan berkebolehan untuk  rakyat dan kawasan berkenaan tak kira parti.

Meletakkan calon yang salah bakal merugikan rakyat setempat dan rakyat Malaysia. Kini terdapat ramai wakil rakyat dan ADUN pembangkang  ponteng Parlimen,  tak berhujah atau tanya soalan,  tak juga menampil menunjukkan sokongan isu rakyat, dan yang tidak pun berkomunikasi berterusan dengan rakyat seperti yang  diperlukan seorang wakil rakyat.

PRM mahu secara pasti  rakyat  dikembalikan hak memilih sendiri wakil dalam kerajaan tempatan (Local Council), serta juga hak memilih secara demokratik kepimpinan di peringkat kampung, kampung baru, kampung orang asli dan taman.

PRM mahukan kerajaan alternanif yang  bukan  bermaksud hanya  penukaran orang yang memerintah tetapi juga perubahan dari segi polisi dan arah tuju pentadbiran.

Asas perjuangan PRM adalah keadilan dan kebajikan rakyat dengan  penekanan harus diberikan kepada yang miskin dan terpinggir di mana programnya bukan sekadar ‘bantuan kewangan’ seperti BR1M,  tetapi ke arah pembinaan masyarakat dan rakyat  yang  dapat berdikari, dengan  pendapatan berkekalan  buat  sekarang dan untuk hari tua.

PRM berharap semua parti  menggembleng tenaga dan sedia bekerjasama,  sanggup membelakangkan hasrat sempit serta sikap mementingkan diri,  bukan mahu menang seberapa banyak kerusi yang boleh untuk mencerahkan peluang Wakil Rakyat atau ADUN parti  menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar,  dan bersatu  demi kepentingan rakyat dan keadilan untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Strategi satu lawan satu masih strategi terbaik untuk mengakhiri pemerintahan UMNO-BN.

PRM sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik dan NGO, asalkan bukan UMNO-BN, demi masa depan rakyat Malaysia.

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung,
Parti Rakyat Malaysia

Source: PRM Blog

No comments:

Post a Comment