Tuesday, June 28, 2016

Is Selangor government failing to respond to unemployed/retrenched workers in the State?

Well, a government is supposed to take care of the people, and it is disappointing that the Opposition Coalition Selangor government seems to be rather quiet in this issue of workers in Selangor losing jobs. It is true, that it is the Federal Government, in particular the Ministry of Human Resources and other Ministries, that is responsible for matters of labour and unemployment - but there is also the State government that holds some responsibility.
Kerajaan sepatut menjaga kebajikan rakyat, dan agak mengecewakan melihat kerajaan Pembangkang Selangor berdiam diri saja mengenai isu pekerja di Selangor yang kehilangan kerja (dan pendapatan). Memang benar, bahawa kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian lain,yang harus bertanggungjawab mengenai isu tenaga kerja dan kehilangan kerja - tetapi Kerajaan Negeri juga mempunyai tanggungjawab.. 
The BN Federal Government has yet to put in place a scheme like in Thailand, where unemployed or retrenched workers, are paid an unemployment benefit (which, if not mistaken is equivalent to 50% of the last drawn salary, for a maximum period of six(6) months - of course, on the condition that the workers take efforts to find new employment - in which the government also helps. 
Sehingga kini, kerajaan BN gagal mengadakan skima sapertimana terdapat di Thailand, di mana mereka yang kehilangan pekerjaan atau dibuang kerja, akan di bayar Faedah/Bantuan Kehilangan Kerja, yang jika tak salah adalah pembayaran 50% gaji bulanan untuk jangkamasa enam(6) bulan atau sehingga pekerja berkenaan mendapat kerja baru - di mana kerajaan juga membantu pekerja mencari kerja baru...
Well, if BN fails in its duty - what about the Opposition led-government of Selangor, with a PKR Menteri Besar Azmin Ali? What are they doing to overcome the 'problems' faced by these workers in their own State? 
Jika BN gagal dalam tanggungjawab mereka - bagaimana pula Kerajaan Pembangkang di Selangor, dengan Menteri Besar PKR Azmin Ali? Apakah yang mereka melakukan untuk membantu pekerja di Selangor mengatasi masalah yang kini dihadapi?
Well, recently it was reported that in Bangi, that around 32 workers will lose their jobs when their iron processing factory ceases operation on 15 July. There are many more cases of workers in Selangor losing their jobs - hence their income. 
Baru-baru ini dilapurkan bahawa lebih kurang 32 pekerja di kilang besi di Bangi akan kehilangan kerja apabila kilang mereka berhenti beroperasi pada 15 Julai. Ada banyak lagi kes mengenai pekerja di Selangor yang kehilangan kerja mereka - justeru kehilangan sumber pendapatan.
What is the Selangor government doing about this? Are they providing interim assistance to these workers until they get a new job? Is the Selangor government helping these workers find new jobs? 
Apakah yang dilakukan oleh kerajaan Selangor mengenai perkara ini? Adakah mereka memberikan bantuan interim kepada pekerja sedemikian sehingga mereka berjaya mencari kerja baru? Adakah kerajaan Selangor membantu pekerja berkenaan mencari pekerjaan baru?
Now, in this factory, some of the workers affected are over 50 years old - and it is really going to be very difficult for them to find new employment or any other employment with the same income they were earning. What will the Selangor government be doing to help these workers in Selangor who are in great need? Will the Selangor government step in and negotiate with banks/financial institutions where some of these workers may be expected to make monthly payments, ensuring that these  banks/financial institutions show mercy? 
Dalam kes kilang besi ini, ada pekerja terbait yang sudah berusia lebih 50 tahun - dan mereka akan susah mencari pekerjaan baru, atau pekerjaan lain yang akan memberikan mereka pendapatan yang sama sapertimana mereka mendapat kini. Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan Selangor untuk membantu pekerja yang sangat memerlukan bantuan ini? Adakah kerajaan Selangor akan cuba berunding dengan bank/institusi kewangan yang memerlukan pekerja terbabit teruskan bayaran bulanan menjelaskan hutang supaya ada kelonggaran - mungkin 'tak perlu bayar sehingga dapat kerja baru'? 
Good to note that the Acting President of MTUC is also a PKR Member of Parliment from Selangor...
Harus diingat bahawa President(Acting) MTUC kini juga seorang Ahli Parlimen PKR dari Selangor..



Lagi pekerja hilang pekerjaan menjelang Raya

 | June 28, 2016 
Lebih menyedihkan apabila ia membabitkan pekerja beragama Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan yang sama mereka diberhentikan kerja.

kilangbesi

BANGI: Kira-kira 32 orang pekerja sebuah kilang besi di sini putih mata selepas operasi kilang tersebut dikhabarkan akan ditutup pada 15 Julai akan datang.

Lebih menyedihkan apabila ia membabitkan pekerja beragama Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan yang sama mereka diberhentikan kerja.

Zainuddin Salam, 57, berkata tindakan majikannya itu menyebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kurang meriah.

“Saya belum membuat apa-apa persiapan pun untuk sambutan hari raya yang tidak lama sahaja lagi. Saya tak sampai hati sambut dalam situasi begini.
“Majikan boleh memberi pelbagai janji manis, tetapi jika soal pampasan tidak dipertimbangkan, masalah besar bagi saya dan pekerja lain seperti saya,” katanya sewaktu ditemui pemberita, di Pejabat Tenaga Kerja, Bangi, hari ini.
Pekerja juga mengeluh bahawa pemberhentian kerja secara serta-merta mungkin akan menyebabkan mereka menanggung beban hutang bersendirian.

Balakrishnan Sinalagan, 51 berkata selain risau akan hilang punca pendapatan, beliau bimbang masih belum menerima sebarang notis pampasan sedangkan notis penutupan operasi telah diberikan.
“Saya sudah tua, siapa lagi yang mahu mengambil saya bekerja? Saya masih terikat untuk bayar balik hutang yang banyak setiap bulan. Mulai bulan depan, kewangan saya akan menjadi rumit dan saya tidak pasti bagaimana untuk uruskannya,” katanya yang sudah bekerja lebih 20 tahun di syarikat berkenaan.

Ketiadaan kata putus mengenai pampasan menjadi kebimbangan utama pekerja yang rata-rata bekerja untuk tempoh yang agak lama.

Sementara itu, AJK Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan menggesa Kerajaan Persekutuan menubuhkan Tabung Pemberhentian Kerja bagi membela nasib pekerja yang semakin ramai terperangkap dalam kekangan ekonomi ini.

“Krisi ekonomi melanda negara setiap 10 tahun sekali dan impaknya kepada majikan daripada meneruskan operasi dan pekerjanya yang terpaksa dihentikan kerja.

“Syarikat muflis dan pekerja hilang punca pendapatan secara tiba-tiba. Lebih buruk, pekerja tidak dibayar gaji dan pampasan. Walaupun menang di mahkamah buruh, peluang untuk pekerja mendapat ganti rugi amat tipis,” katanya. - FMT News, 28/6/2016

No comments:

Post a Comment