Monday, October 31, 2016

RM1 Billion for Unemployment Benefits now, handled by SOCSO? Budget 2017

There are tens of thousands of workers in Malaysia that have lost their employment by reason of retrenchments/lay-offs, termination, retirement, VSS and other separation schemes who need assistance IMMEDIATELY for a brief period until they get new employment and salary - if not, great injustice and sufferings - as earnings stop but payment obligations remain. Hence, the UNEMPLOYMENT BENEFIT, a temporary financial assistance for these workers...The post is in Bahasa Malaysia..In Budget 2017, Government must set aside RM1 billion so we can start helping such workers by 1 January 2017...URGENT..


PEKERJA yang kehilangan kerja dan sedang cari kerja baru memerlukan bantuan kewangan sehingga beliau mendapat kerja baru. JUSTERU, peruntukkan 'UNEMPLOYMENT BENEFIT' atau FAEDAH PEKERJA TAK BEKERJA' - ini adalah sejenis Social Security - dan kerajaan yang harus bertanggungjawab mengendalian skima ini - bukan syarikat insuran swasta. [Lihat contoh skima 'Unemployment Benefit' di Thailand di bawah ini]


Ini BUKAN tabung pampasan - di mana pekerja yang tidak dibayar gaji/bayaran notis pemberhentian kerja/ dll oleh majikan untuk mengambil duit daripada 'Unemployment Benefit' ini. Apa yang harus dibayar majikan harus dibayar majikan - dan pekerja harus menunutut terus daripada majikan melalui proses undang-undang. Ramai pemimpin pekerja dan pekerja 'confuse' tentang pekara ini. Kenapa lepaskan majikan daripada obligasi membayar kepada pekerja - itu mungkin skima lain (dibincang dalam post lain) 

Siapakah yang harus mendapat bantuan ini?

Semua pekerja yang kehilangan kerja sama ada kerana telah diberhentikan kerja(termination), di 'retrench' atau  'lay off' akibat penutupan kilang atau tindakan majikan mengurangkan pekerja, pekerja yang diberhentikan akibat VSS atau perjanjian/skima pemisahan yang lain, atau pekerja yang sendiri berhenti kerja. 

Mengapa bantuan diperlukan?

Tanpa kerja dan gaji, pekerja akan mendapati sukar membayar bil perkhidmatan asas yang perlu dibayar setiap bulan, membuat pembayaran bulanan akibat obligasi yang muncul kerana pinjaman rumah/kereta atau juga skima sewa beli, membuat perbelanjaan biasa  menampung keluarga dan diri sendiri,.. Justeru bantuan sementara diperlukan pada masa ini.

Berapa jumlah wang bantuan diperlukan setiap bulan?

Walaupun akibat cara hidup, jumlah gaji terakhir diperlukan TETAPI ini agak sukar bagi pihak kerajaan. Justeru, apa yang diwajar mungkin 50% gaji terakhir atau RM1,500 setiap bulan, jumlah mana yang paling rendah..(Ini formula yang digunakan di negara jiran Thailand.

Untuk jangka waktu berapa lama pekerja berhak mendapat faedah ini? Apa syarat?

Sehingga pekerja mendapat gaji pertama kerja baru yang diperolehi, atau paling maksima untuk 6 bulan sahaja. Satu syarat adalah bahawa pekerja akan sedia mencari kerja, menghadiri kursus perlu oleh pihak kerajaan, di mana kursus mungkin beraneka jenis. Ada kursus untuk mengatasi isu psikoloji dan juga mengajar pekerja bagaimana terus hidup dengan pendapat kini paling maksima RM1,500 atau kurang dalam tempuh usaha mencari kerja/pendapatan baru dilakukan. 

Siapa harus mengendalikan skima ini - Kerajaan, iaitu PERKESO?

Kerajaan harus pantau memastikan pekerja benar-benar mencari kerja baru - di mana ini harus dilakukan setiap 2 minggu atau satu bulan (Kita tidak mahu orang menyalahgunakan skim bantuan pekerja ini). Pemantauan dan pengagihan bantuan bulanan harus dijalankan oleh kerajaan - agensi yang harus melakukan ini adalah SOCSO (atau PERKESO) - ini juga sejenis social security. Ini sesuatu perkara yang tidak harus diswastakan atau di-'outsource' kepada syarikat swasta. 

SOCSO wajar kerana sudah ada infrastruktur - pejabat dikebanyakkan bandar dan pegawai yang sudah biasa berurusan membantu pekerja bila susah.

UNEMPLOYMENT BENEFIT - Bantuan sementara sehingga pekerja dapat kerja baru - justeru pekerja kena aktif cari kerja, dan kerajaan juga perlu aktif membantu pekerja mendapatkan kerja baru. Ini tugas kerajaan - bukan syarikat swasta.

Mengapa tidak syarikat swasta yang dipertanggungjawab mengendalikan TABUNG 'Unemployment Benefit' ini?

Motif syarikat swasta adalah 'keuntungan' bukan kebajikan pekerja atau orang - di mana, ini adalah motif sebuah kerajaan - Kebajikan rakyat diutamakan. Syarikat swasta juga boleh tutup kerana 'bankrap' - dan yang akan dianiyai adalah pekerja...justeru harus dikendalikan oleh kerajaan - dengan jaminan kerajaan. Kita sudah pun ada PERKESO... jadi tak perlu diberikan kepada syarikat insuran swasta untuk mengendalikan...jikapun diberikan, kerajaan mesti memberikan JAMINAN supaya semua yang dijanjikan akan tercapai...

Jika Perkeso mahu membeli insura dari syarikat swasta - itu hak PERKESO, tapi pekerja akan hanya berurusan terus dengan SOCSO[PERKESO] sahaja.

Adilkah jika pekerja yang sendiri meletak jawatan juga diberikan faedah ini?

Benar - mungkin untuk pekerja yang sendiri meletak jawatan tanpa alasan munasabah atau jsutifikasi, pekerja tersebut hanya akan diberikan bantuan untuk tempuh maksima 3 bulan. 

Setengah pekerja berkeputusan meletak jawatan kerana mungkin ada penganiyaan, pencabulan hak, ganguan seksual dan untuk beranika sebab yang lain - tetapi memilih tidak mahu buat aduan kepada pihak berkenaan atau buat apa-apa tuntutan. Biasa pekerja yang mahu tinggalkan kerja untuk kerja yang membayar lebih atau lebih baik tidak akan berada dalam keadaan tak ada kerja baru...mereka akan terus letak jawatan dan mulakan kerja baru, dan tidak akan dalam keadaan yang memberikan mereka hak mendapat bantuan ini.

SIAPAKAH YANG HARUS MEMBAYAR UNTUK SKIMA 'UNEMPLOYMENT BENEFIT' ini?

Sewajarnya pekerja, majikan dan juga kerajaan membayar. Yang dicadangkan kini, adalah pekerja membayar RM2.50 dan majikan membayar RM2.50 untuk Faedah ini. MP Abdullah Sani mencadangkan kerajaan juga turut membayar RM2.50. Lebih baik peratusan gaji, jangan bayaran tepat macam ini - mungkin 1% gaji/pendapatan sebulan.

Cadangan wajar adalah bahawa peratusan sumbangan kepada PERKESO oleh pekerja dan majikan ditambah sahaja untuk faedah tambahan ini. Kerajaan dalam Bajet ini mungkin akan segera memasukkan RM1 billion supaya skima ini terus boleh bermula kini mulai Januari 2017, dikendalikan oleh PERKESO. 

PERKESO dibuka kepada semua pekerja termasuk mereka yang kerja sendiri, dan juga mereka yang menjalankan perniagaan kecil sendiri saperti warung makanan, bela ikan Patin, catering makan, dll - di mana sumbangan bulanan mereka harus ditentukan. Mereka yang tak ada majikan pasti mungkin akan harus membayar jumlah sumbangan peratusan pendapatan bulan yang sama sumbangan kedua majikan dan pekerja disektor swasta...Pekerja kerja sendiri kini tidak diliputi skim PERKESO - social security for workers..

BAJET 2017 - Apa kerajaan harus lakukan?

Kerajaan harus segera sumbangkan kepada PERKESO untuk skima 'Unemployment Benefit' jumlah RM1 Billion (atau RM500 juta) supaya pekerja yang hilang kerja sedang cari kerja boleh menikmati BANTUAN ini mulai 1 Januari 2017 [Ramai pekerja yang perlukan bantuan ini hari ini - tak guna dan tak prihatin untuk menangguhkan bantuan kebajikan ini bertahun-tahun. Mangsa banjir perlukan bantuan sekarang bukan dua tahun selepas banjir - sama juga pekerja yang hilang kerja perlukan Bantuan Sekarang - bukan dua atau 3 tahun kemudian]..

Buat masa ini, dicadangkan juga kadar bayaran PERKESO oleh majikan dan pekerja ditambah 1% kadar kini. 
 

KERISAUAN
- Wakil pekerja yang kini berurusan dengan kerajaan bagi pihak pekerja kena FAHAM apakah bentuk FAEDAH BANTUAN PEKERJA KEHILANGAN KERJA YANG SEDANG CARI KERJA BARU - UNEMPLOYMENT BENEFIT.

- Kalau, tak faham, wakil pekerja akan setuju kepada perkara yang salah dan akhirnya pekerja yang rugi...

- Ada setengah pemimpin kini 'confuse' - mengatakan tabung ini untuk membayar kepada pekerja yang ditipu majikan. Jika majikan tak bayar gaji dan lain-lain, mereka mahukan 'Unemployment Benefit' membayar duit keberhutangan majikan kepada pekerja - INI SALAH...Ini bukan tabung PAMPASAN... Ini adalah Faedah untuk membantu pekerja yang tak ada kerja sehingga mereka dapat kerja baru - bantuan sementara saja. Macam bantuan banjir...bantuan malapetaka yang lain...[Untuk skima pampasan atas kegagalan majikan membayar pekerja apa yang patut - itu kita bincang dalam pos lain, di mana untuk ini majikan sahaja yang harus membayar....bodoh minta pekerja bayar untuk ini...]

Contoh SKIMA 'UNEMPLOYMENT BENEFIT' sapertimana terdapat di negara Thailand...hak untuk semua pekerja.  Sila baca di bawah


In the case Unemployment Benefit

Criteria and Entitlement Benefits

Having made contributions towards unemployment for not less than 6 months within a period of 15 months prior to unemployment

Terms and conditions giving rise to the entitlement:

  1. Must apply for registration of the unemployed at the State Unemployment Office within 30 days without having to wait for the Unemployment Certificate from the Employer as to declare the entitlement tentatively.
  2. Is capable of performing the work and is ready to take on suitable job as offered.
  3. Must not reject the job training.
  4. Must report to the Employment Office for not less than 1 time per month.
  5. The unemployed must not be terminated from employment thanks to:
    • Dishonest on duty
    • Commission of criminal offense to the detriment of the employer
    • Serious infringement upon working rules, or regulation or lawful working order
    • Abandoning the duty for 7 days consecutively without good reasons
    • Recklessness which causes serious harms to the Employer
    • Having been sentenced to imprisonment by Court judgment.
  6. Must not be the person entitled to old age benefit.
  7. Shall be entitled to receiving the benefit starting from the 8th day from the date of unemployment with the last employer.
  8. Is not a voluntary insured under Section 39.

The Entitlement Benefits you shall receive:

In case of termination of employment:

  • Unemployment benefit for not more 180 days per year at the rate of 50 % of the wage calculated on the basis of maximum contributions of 15,000 Baht.

In case of resignation:

  • Unemployment benefit for not more than 90 days per year at the rate of 30 percent of the wage calculated on the basis of maximum amount of contributions but not more than 15,000 Baht shall be payable. If in the duration of 1 year, there was more than 1 application for the unemployment benefit, the counting of the unemployment benefit receiving period in total shall not exceed 180 days; the compensation benefit for loss of income shall be paid on monthly installment basis by crediting to the Bank Account as notified by the Insured.

Evidence to be used in Applying for Compensation Benefit

  • Application Form for Unemployment Benefit (SorPorSor. 2-01/7)
  • The Citizenship Identity Card
  • One photograph of 1 in size
  • Employment Certificate or a copy of the resignation letter of the Insured (SorPorSor.609). In the event of unavailability of the Form SorPorSor. 6-09, application for registration of unemployment can also be made.
  • A letter or an order from the employer terminating the employment (if there is any).
  • A copy of the first page of the Bank Savings Account on which the Account Name and the Account Number belonging to the Insured are shown.

PROCEDURE AND METHOD OF APPLYING FOR COMPENSATION BENEFIT

  1. Must apply for registration of unemployment at the Office of Employment, the Department of Employment.
  2. Complete the Registration of Unemployment Form together with the following evidence:
    • The Citizenship Identity Card
    • One 1 photograph.
  3. Complete the Application Form for Unemployment Benefit together with the following evidence:
    • Letter of Termination of Employment or a copy of the Notice of Leaving Employment (SorPorSor.6-09) or a letter or an order from the employer terminating the employment (if there is any).
    • A copy of the first page of the Bank Savings Account on which the Account Name and the Account Number are shown.
  4. The officer of the Employment Office shall conduct an interview/ an inspection of the qualification and records of employment.
  5. The officer of the Employment Office makes available job vacancies in 3 locations for the unemployed insured to choose.
  6. If a suitable job can not be found, the officer of the Employment Office will coordinate the effort by sending the unemployed insured to receive vocational (skill) training as necessary. If the insured returns to work in the same place of business or refuse the work or job training provided and fails to show up as required, the Office of the Social Security shall suspend the payment of benefit immediately.
  7. The officer shall enter the status of the insured in the case of unemployment in the central database.
  8. The officer of the Office of Social Security shall retrieve information on the unemployed insured for a review according to the terms of entitlement.
  9. Having had complete qualification, the Office of the Social Security shall transfer the compensation benefit for loss of income according to the Insured 's entitlement through the Insured 's bank account once a month via 8 commercial banks, namely, Krungthai Bank Plc; Bank of Ayudhya Plc; Bangkok Bank Plc; Siam Commercial Bank Plc; Kasikorn Thai Bank Plc; Thai Military Bank Plc; Siam City Bank Plc ( commencing 1 October 2006) and The Islamic Bank of Thailand (commencing 1 January 2007).
  10. If the Applicant for compensation benefit is not satisfied with the order for the compensation benefit payment, an appeal can be filed within 30 days of receipt of the order.
Chart of Social Security Operation in case of Unemployment 

Source: Thailand Social Security Office Website

No comments:

Post a Comment