Monday, November 21, 2016

Siapa arahkan SOSMA digunakan untuk kes Maria? AG Apandi Ali kena nasihat kerajaan buat yang betul?

Polis boleh menangkap dan menyiasat seorang yang disyaki melakukan satu kesalahan jenayah TETAPI POLIS juga tak perlu tangkap dan tahan seseorang untuk tujuan siasatan. Polis boleh juga memanggil seseorang dan seterusnya menemduga dan/atau ambil kenyataan seseorang untuk tujuan siasatan.





Jika seseorang yang disyaki ditangkap, tak perlu juga seseorang itu ditahan berterusan untuk tujuan siasatan -  sehingga terpaksa tinggal beberapa hari dalam lokap polis. Pemeriksaan oleh pegawai penyiasatan atau penglibatan seorang disyaki dalam proses penyiasatan tidak memerlukan kehadiran berterusan di dalam tahanan polis. 

Habis kerja siasatan dengan seorang yang disyaki pada hari ini, polis boleh suruh orang yang disyaki balik tetapi hadhir kembali pada masa yang ditentukan dalam beberapa jam atau keesokan hari untuk penyiasatan berterusan. Itu sebab ada peruntukan saperti 'jaminan polis' dengan penjamin, dll... jika diperlukan.


Mereka macam Jamal Yunos, Maria Chin Abdullah, Mandeep, Tian Chua dan lain-lain sepatutnya tidak ditahan terus oleh polis untuk tujuan penyiasatan. Habis saiasatan hari ini, bebaskan saja dengan arahan kembali besok di Balai jam 10 pagi tepat untuk penerusan siasatan - dimana saya percaya mereka pasti akan hadhir. Mereka bukan jenis akan cabut lari dan tak hadhir. Jika mereka ingkar arahan, dan tak kembali - barulah ada lojik mereka diTAHAN terus untuk tujuan penyiasatan. Budibicara polis dan pihak penyiasat mestilah digunakan secara munasabah. Jamal tak harus direman 4 hari, dan Maria tak harus ditahan gitu lama...mengunakan kaedah khas SOSMA.

SEORANG YANG DISYAKI BUKAN SEORANG YANG BERSALAH. Andaian undang-undang adalah bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga  dibuktikan salah di Mahkamah....'INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY'..

Maria Chin kini ditahan di bawah SOSMA - iaitu undang-undang yang membenarkan peraturan/kaedah khas digunakan oleh pihak polis apabila  seseorang disyaki melakukan jenayah keselamatan tertentu(atau security offences) tertentu. 

Harus disedari polis ada pilihan sama ada  mahu gunakan kaedah khas dalam SOSMA atau tidak, dan juga budibicara mahu gunakan peruntukkan/kaedah  mana dalam SOSMA(tak perlu guna semua kaedah khas dalam SOSMA) - SOSMA ada beberapa peruntukkan khas berkenaan penyiasatan, cara perjalanan  perbicaraan dan lain-lain. Berbanding dengan kaedah biasa yang digunakan dalam penyiasatan dan perbicaraan jenayah di Malaysia, kaedah khas dalam SOSMA adalah tidak adil - dan kebiasaan tidak akan digunakan langsung oleh pihak polis atau pihak pendakwaan...

Untuk memahami lebih apakah itu SOSMA, lihat pos sebelum ini... 

SOSMA - not the new ISA and no death penalty...Let's understand SOSMA better?


Siapakah yang memberikan arahkan kaedah khas SOSMA digunakan dalam kes Maria Chin dari BERSIH 2.0 membenarkan Maria terus dapat  ditahan polis lebih daripada 24 jam tanpa perlu mendapat perintah Magistret untuk tahan reman lagi lama? Kenapa sehingga kini ini disembunyikan?

Adakah yang berikan arahan ini Ketua Polis Negara? atau Ketua Polis Kuala Lumpur? Atau Pendakwa Raya? Atau Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi - di mana polis adalah dibawah Kementerian beliau?

ATAU adakah ini semua tindakan hanya seorang SP(Superintendent) bawahan, yang bertindak secara sendiri tanpa arahan/nasihat pegawai atasan, IGP, Menteri atau AG/Pendakwa Raya? Ini harus didedahkan sekarang - kerana Maria, keluarganya dan kita semua boleh merayu kepada pihak atasan untuk mungkin membatalkan arahan guna SOSMA ini yang nyata tidak wajar atau adil? 

Pegawai-Pegawai Kanan Polis

  1. Inspektor General Polis (IG)
  2. Deputi Inspektor General Polis (DIG)
  3. Komissioner Polis (CP)
  4. Senior Deputi Komisioner Polis (S/DCP)
  5. Deputi Komisioner Polis (DCP)
  6. Senior  Asisten Komisioner Polis (SAC)
  7. Asisten Komisioner Polis (ACP)
  8. Superintendan Polis (SUPT.)
Akta SOSMA memberi kuasa kepada polis berpangkat Superintendent of Polis atau berpangkat lebih tinggi... 
Seksyen 4(5) SOSMA -  Notwithstanding subsection (4), a police officer of or above the rank of Superintendent of Police may extend the period of detention for a period of not more than twenty-eight days, for the purpose of investigation.
Jika kesilapan pegawai polis pangkat rendah...senang pihak polis berpangkat lebih tinggi  atau AG/Public Prosecutor atau Menteri membetulkan keadaan ....

AG Appandi Ali adalah penasihat undang-undang kerajaan  - adakah nasihat diperolehi daripada Pendakwa Raya sebelum diarahkan kaedah khas SOSMA digunakan? 

Kuasa mengunakan kaedah khas dalam SOSMA harus tidak diberikan kepada pegawai polis berpangkat rendah sedemikian, untuk digunakan tanpa terlebih dahulu mendapat nasihat daripada pihak AG/Pendakwa Raya? Bukan sahaja ia akan mengakibatkan ketidakadilan tetapi juga ia akan memalukan kerajaan dan Malaysia...apabila SOSMA disalahgunakan?

MENGAPA SOSMA digunakan? Kerana Maria terlibat dalam menganjurkan perhimpunan aman BERSIH 5? - yang harus difahami adalah hak rakyat Malaysia... Pihak polis telah membenarkan BERSIH 5 terus berjalan - justeru penahanan terus Maria amat mencurigakan dan boleh dianggap mungkin ada 'agenda' lain... Maklumat ini juga sehingga kini tidak didedahkan oleh Zahid Hamidi (Menteri berkenaan) atau IGP atau AG...

Harus diingat bahawa Section 4(3) Akta SOSMA juga jelas sekali...
(3) No person shall be arrested and detained under this section solely for his political belief or political activity.

Di mana, seksyen 4(12) menjelaskan lagi 

(12) For the purpose of this section, "political belief or political activity" means engaging in a lawful activity through-


(a) the expression of an opinion or the pursuit of a course of action made according to the tenets of a political party that is at the relevant time registered under the Societies Act 1966 [Act 335] as evidenced by-
(i) membership of or contribution to that party; or
(ii) open and active participation in the affairs of that party;
(b) the expression of an opinion directed towards any Government in the Federation; or
(c) the pursuit of a course of action directed towards any Government in the Federation.
Justeru, SOSMA tidak boleh digunakan kerana BERSIH 5 - perhimpunan aman berasaskan pendapat/pendirian yang ditujukan terhadap kerajaan...

Jadi, harapan adalah bahawa AG atau IGP atau Menteri Zahid Hamidi atau Timbalan Perdana Menteri segera memberikan penjelasan...

Jangan kita biarkan kesilapan yang mengakibatkan ketidakadilan berlanjutan... 

Jamal dan Maria - kedua-dua adalah orang perseorangan yang menganjurkan aktiviti perhimpunan aman - layanan berbeda? Adakah berlaku DISKRIMINASI? Polis dan pihak berkuasa has tidak memilih pihak - setuju atau tak setuju mungkin pendirian peribadi tetapi itu tidak harus menjejaskan tugas profesional...

Apa yang diperlukan sekarang? 

Maria Chin harus segera dibebaskan daripada tahanan polis ...

SOSMA HARUS DIMANSUHKAN...  dan tidak lagi digunapakai di Malaysia.


No comments:

Post a Comment