Friday, November 18, 2016

Suhakam: Penjawat awam ada hak berhimpun secara aman? Salah menghalang seseorang melaksanakan hak dengan UGUTAN tindakan disiplin?

Penjawat awam adalah pekerja dan majikan tidak ada hak melarang pekerjanya daripada mengunakan hak mereka untuk bersuara, meluangkan pendapat dan/atau hak untuk berhimpun secara aman khususnya di luar masa kerja. Majikan tidak ada hak menghalang pekerja menjadi ahli mana-mana parti politik dan ahli mana-mana persatuan. Tidak ada hak untuk memaksa pekerja memelik satu agama atau kepercayaan. Penjawat awam bukan 'hamba abdi' milik kerajaan - mereka ini manusia...Kerajaan jangan lupa bahawa mereka sebenar 'pengurus' sementara - dan rakyat berhak menukar pengurus pada masa akan datang sekiranya mahu..

Justeru tindakan Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara Kerajaan, memberi amaran kepada penjawat awam bahawa tindakan disiplin akan dikenakan jika mereka mengambil bahagian dalam Perhimpunan Aman Bersih atau Perhimpunan 'Baju Merah' yang akan berlangsung pada Sabtu ini adalah salah.

 New Straits Times Online reported Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa as saying today that civil servants who take part in either the Bersih 5 or Red Shirts rally will face disciplinary action, including termination and salary deductions.

Penjawat awam kerja untuk kerajaan - khususnya rakyat Malaysia. Hari ini, kerajaan Persekutuan adalah di bawah UMNO-BN, dan dalam beberapa tahun ia mungkin kerajaan pihak gabungan parti pembangkang... dan penjawat awam tetap penjawat awam. Adalah salah untuk Najib atau kerajaan Persekutuan UMNO-BN bertindak saperti semua penjawat awam adalah milik mereka dan boleh diarah(dan diUGUT) buat ini dan itu. 

Majikan ada kuasa terhadap pekerja masa kerja saja...dan jangan sekali majikan cuba anggap pekerja kena ikut semua arahan termasuk kena undi UMNO-BN juga ...Tindakan Ali Hamsa adalah salah dan memalukan...UGUTAN akan dikenakan tindakan disiplin jika terlibat dalam perhimpunan aman...

Najib sendiri pun nampaknya kini tidak ada halangan lagi berkenaan perhimpunan aman yang akan diadakan padsa Sabtu ini - apa yang dia tidak mahu hanya pertempuran fizikal di antara kedua-dua pihak yang bertentangan pendapat...Justeru, adakah tindakan Ali Hamsa ini tindakan beliua sendiri sahaja? Berikut petikan daripada lapuran berita suratkhabar Malay Mail - di mana Najib pun tidak lagi nampaknya berpendirian bahawa ini perhimpunan HARAM...atau yang melanggari undang-undang..

“If one side wants to protest and the side that wants to protect the government is compelled to come out... but I don’t want any physical clash. See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/najib-says-concerned-bersih-supporters-and-red-shirts-will-clash-on-saturda#sthash.oKosHciJ.dpuf

SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia) jelas menyatakan bahawa apa yang dilakukan Ali Hamsa adalah tindakan salah - bertentangan dengan prinsip hak asasi dan juga hak yang telah diiktiraf dan wujud di dalam Perlembangan dan Undang-Undang Negara...

Perhimpunan HARAM - Siapa kata? Semua orang boleh mempunyai dan/atau meluagkan pelndapat termasuk juga polis dan Menteri - tetapi akhirnya, yang berhak memutuskan sama ada perhimpunan aman pada hari Sabtu ini melanggar undang-undang atau tidak adalah Mahkamah. Tetapi sehingga kini, Mahkamah tidak pun mengatakan itu perhimpanan Haram atau yang melanggar undang-undang - Maka, buat masa ini, perhimpunan ini adalah Sah di sisi undang-undang.

PERHIMPUNAN AMAN  - itulah hak yang kita ada. Justeru, jangan gunakan kekerasan fizikal terhadap mana-mana orang ...ikutlah nasihat Najib, PM kita... Kata-kata boleh digunakan - Aksi boleh digunakan saperti silat dsb - tetapi jangan bertembung secara fizikal...

Harapan saya adalah pihak polis akan menjalankan tugas mereka memisahkan kedua-dua kumpulan orang yang nampaknya mempunyai pendapat bertentangan dengan isu dalam perhimpunan ini... Polis dapat memastikan 2 kumpulan ini dipisahkan dan tak ada peluang lawan secara fizikal... 

Siapakah yang mengarahkan Ali Hamsa mengeluarkan UGUTAN sedemikian? Perlukah kita semua menuntut bahawa Ali Hamsa sendiri dikenakan tindakan disiplin - dan mungkin Malaysia boleh lantik Ketua Setiausaha Kerajaan yang lebih baik yang faham tentang hak asasi... 

Saya berharap bahawa MTUC akan hantar sekurang-kurang surat protes...Saya harap Kesatuan Sekerja Penjawat Awam akan bertindak dan protes ..Tindakan majikan MENGUGUT pekerja akan dikenakan tindakan disiplin jika mereka menyertai perhimpunan aman di luar masa kerja adalah salah...Jika tidak ada protes dari penjawat awam dan/atau Kesatuan mereka...ugutan sedemikian akan berterusan...

Sedih melihat penjawat awam dilayan sebagai 'rakyat kelas kedua' yang tidak ada setengah hak asas  berbanding dengan rakyat/pekerja lain...di Malaysia?

Syabas kepada SUHAKAM yang berani bertindak cepat menghebohkan kesilapan Ali Hamsa dan pihak kerajaan - Kalau buat salah - kena cepat-cepat kita menegur dan membantah...  


Suhakam: All Malaysians have right to rally peacefully

Thursday November 17, 2016

05:57 PM GMT+8
Suhakam told the government and universities that they would be contravening Article 10(1) of the Federal Constitution that protects the right to freedom of speech, assembly and association, if they curtail the right to assemble peacefully through rulings. — Reuters picSuhakam told the government and universities that they would be contravening Article 10(1) of the Federal Constitution that protects the right to freedom of speech, assembly and association, if they curtail the right to assemble peacefully through rulings. — Reuters pic BATU PAHAT, Nov 17 — The Peaceful Assembly Act (PAA) 2012 protects the right of all Malaysian citizens to assemble peacefully without arms, the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) said today ahead of the Bersih 5 rally that has been declared “illegal” by authorities.

Suhakam told the government and universities that they would be contravening Article 10(1) of the Federal Constitution that protects the right to freedom of speech, assembly and association, if they curtail the right to assemble peacefully through rulings.

“While the right to counter-demonstrate has to be upheld, the police and authorities must ensure that the actions of counter-demonstrators do not degenerate into intimidation and rioting.

“It is therefore incumbent on the police to ensure that all Malaysians are able to articulate their positions and opinions responsibly,” Suhakam chairman Tan Sri Razali Ismail said in a statement.

He added that Suhakam will be monitoring the planned rallies.

Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar told a press conference today that both Bersih 2.0 and the pro-government Red Shirts movement, which plans to organise a counter protest to the Bersih 5 rally this Saturday in the capital city, were not “obeying the law”.

Monash University reportedly told students that those who participate in an “illegal gathering” may face disciplinary action, but the private institution later apologised for the “wording” of its email warning, according to news portal Malaysiakini.

New Straits Times Online reported Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa as saying today that civil servants who take part in either the Bersih 5 or Red Shirts rally will face disciplinary action, including termination and salary deductions.

Polls reform group Bersih 2.0 insisted today that it has complied with requirements under the PAA and will proceed with the fifth edition of its street demonstrations to protest the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) controversy and to demand for institutional reforms. - Malay Mail, 17/11/2016

Suhakam: Civil servants have right to assemble peacefully

V Anbalagan

 | November 17, 2016 
Curtailing such freedom is in contravention of the Federal Constitution, says Razali Ismail.
Razali-Ismail_bersih_600
PETALING JAYA: The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) today said under the law, civil servants, university students and academicians had the right to assemble peaceably.

Suhakam chairman Razali Ismail said it would be in contravention of Article 10(1) of the Federal Constitution if the right to freedom of peaceful assembly was curtailed.

His statement comes in the wake of warnings by Education Minister Mahdzir Khalid stopping teachers from participating in the gathering in Kuala Lumpur and other cities and major towns on Saturday.

Today, Chief Secretary to the government Ali Hamsa warned civil servants to stay away from the rally or face pay cuts or the sack, depending on the level of participation.

“Suhakam reiterates that through the Peaceful Assembly Act 2012, all Malaysian citizens have the right to assemble peaceably and without arms,” he said.

Razali said while the right to counter-demonstrate also had to be upheld, the police and authorities must ensure that the actions of counter-demonstrators did not degenerate into intimidation and rioting.

“It is therefore incumbent on the police to ensure that all Malaysians are able to articulate their positions and opinions responsibly,” he said.

He said Suhakam supported the efforts of the police to show discipline and evenhanded enforcement of the law.

“That is a hallmark of political maturity,” he said.

Razali said Suhakam would be monitoring the planned assemblies and its complaints division would accept reports from any aggrieved member of the public. - FMT News, 17/11/2016

Pecat, potong gaji



Putrajaya: Dibuang kerja atau dipotong gaji adalah tindakan tata tertib yang akan dikenakan kepada penjawat awam yang didapati menyertai perhimpunan haram anjuran mana-mana yang akan diadakan esok (Sabtu).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, tindakan yang akan diambil berdasarkan tahap pembabitan mereka seperti menjadi ketua bagi kumpulan besar atau kecil ketika perhimpunan itu dilaksanakan.

“Sekiranya kita menerima sebarang laporan mengenai penjawat awam yang menyertai perhimpunan ini kita akan menyiasat perkara itu dan jika gambar mereka terpapar kita juga tidak teragak-agak untuk membuang mereka dari sektor awam.

“Bagaimanapun, jika mereka melakukan jenayah individu terbabit akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diambil tindakan lanjut, pada masa mereka juga tidak terkecuali untuk dikenakan tindakan tatatertib,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan PUSPANITA Keempat 2016.

Ali berkata, sebarang perhimpunan yang tidak diluluskan adalah salah satu kesalahan, dan kerajaan tidak membenarkan kakitangannya untuk terbabit dalam perhimpunan seumpama itu.

“Seperti biasa, kami melarang setiap penjawat awam menyertai perhimpunan haram malah mereka juga maklum mengenai perkara itu,” katanya.

BERSIH merancang untuk mengadakan perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok manakala Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengetuai Baju Merah berikrar akan mengadakan himpunan balas pada hari sama.



No comments:

Post a Comment