Monday, January 30, 2017

Adakah rakyat Malaysia mahu jadi 'racist', bersikap perkauman? Apakah nilai dan prinsip asas kamu?


Adakah kamu 'racist'? Adakah kamu hanya mahu PM atau DPM daripada golongan etnik, agama, parti...anda? Atau adakah anda mahu yang terbaik, tak kira etnik atau agama atau parti politik?

Siapa yang harus jadi Perdana Menteri adalah Wakil Rakyat yang berkelayakkan. Perlembagaan Negara menyatakan bahawa ia merupakan individu yang mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen, itu sahaja...tak ada syarat mengenai golongan ethnik atau agama, atau dari parti mana?

Apakah nilai yang dipegang rakyat Malaysia? Adakah rakyat Malaysia 'racist'? Adakah rakyat Malaysia prejudis? Adakah hanya lelaki Melayu yang boleh jadi pemimpin, Menteri Besar dan Perdana Menteri? Adakah anda akan membenarkan tokoh dan pemimpin politik senang memupuk nilai dan prinsip yang 'kurang murni'?

Sedih di Malaysia, parti-parti yang memegang kuasa sejak Kemerdekaan yang berkuasa adalah parti mewakili etnik tertentu, dan justeru untuk kewujudan terus parti sedemikian, perlu sangat 'racism' diperkasakan - perlu sangat rakyat etnik lain ditakuti dengan pendekatan bahawa sekira mereka tidak sokong parti kaum sendiri - mereka akan dianiyai oleh kaum lain jika parti lain berjaya merebut kuasa...

UMNO(Melayu), MCA(Cina), MIC(India)...tetapi strategi tersebut mungkin sudah gagal kerana rakyat Malaysia mungkin sudah ketepikan sifat perkauman dan menjadi rakyat Malaysia, tak kira etnik atau agama.

Adakah anda hanya prihatin kesejahteraan mereka daripada kumpulkan ethnik anda? mereka se agama dengan anda? mereka senegeri dengan anda? ATAU adakah anda prihatin tentang semua rakyat Malaysia (bukan sahaja itu tetapi setiap orang warga dunia?)

Jika ada mempunyai kapasiti membantu mereka yang menghadapi ketidakadilan dan/atau kesusahan? Andakah anda akan memilih membantu mereka sama etnik atau agama dahulu sebelum membantu orang lain ATAU adakah anda akan membantu mereka yang paling susah dan paling tertindas...

UMNO, MCA, MIC dan parti sedemikian seharus sudah lama bertukar membuka pintu menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia...tetapi malangnya mereka takut...dan untuk terus berkuasa 'racism' diberikan tekanan... 

Statistik setempat bila sampai PRU masih lagi mengambil kira berapa Melayu, berapa Cina, berapa India, berapa 'lain-lain'..kenapa? Bukankah lebih baik kita hanya melihat berapa orang rakyat Malaysia? [Berapa sebenar bilangan orang Melayu di Malaysia? Lebih kurang 55% sahaja - dan kini sukar sekali mendapat statistik peratusan/bilangan orang Melayu di Malaysia  - kini digunakan perkataan lain iaitu 'Bumiputra' yang merupakan gabungan Melayu, orang Sabah dan Sarawak, Orang Asli, India Muslim (Ya, dahulu bapa MIC kinik anak UMNO...?). 



Baru ini berita mencadangkan bahawa Ahli Parlimen DAP akan dipilih jadi Perdana Menteri? Sedih ramai terus memikirkan yang Perdana Menteri Malaysia akan menjadi seorang dari golongan etnik Cina - sedih?? DAP ada juga ramai ahli berbilang kaum - tetapi BN selalu mahu gambarkan DAP sebagai parti 'Cina' - Ini tidak benar...Jika MP yang terlayak jadi Perdana Menteri adalah seorang etnik Iban, Kadazan, Orang Asli, Indonesia, Thai, India atau Cina - adakah kita tolak semua, hanya mahukan orang 'Melayu' menjadi PM - bukankah ini sifat 'perkauman"...dan bukan rational - kita mahu pimpinan terbaik...CEO terbaik untuk Malaysia?

Bila kerajaan UMNO_BN memilih 'orang putih' jadi CEO dan pegawai tinggi MAS, orang yang membantah tidak mahu PM bukan Melayu, tidak pun menimbulkan bantahan bila CEO dan pegawai tinggi syarikat milik penuh kerajaan mereka yang bukan warga negara - Mengapa?

Adakah kita mahu orang yang terbaik yang merupakan warganegara Malaysia menjadi Perdana Menteri Malaysia? Atau adakah kita hanya mahukan seorang "Melayu" atau "Islam"? Kerajaan kini dipimpin Najib, Melayu dan Islam - tetapi nyata ada banyak kelemahan? Bukankah kita harus memilih seorang Malaysia sahaja yang berkelayakan terbaik - tak kira jantina, tak kira agama, tak kira etnik - hanya asalkan ia rakyat Malaysia?

Taktik UMNO-BN memisahkan rakyat berasaskan etnik masih digunakan - beberapa hari lalu, telah pun menjadi berita penting - kononnya Lim Kit Siang mahu jadi DPM? Adakah ini berita penting? Atau adakah ini hanya untuk menimbulkan rasa 'racist' di kalangan rakyat Malaysia? Adakah ini usaha terdesak UMNO-BN untuk cuba menimbulkan 'kerisauan' di kalangan rakyat Malaysia dengan harapan UMNO-BN akan kekal menjadi pemenang dalam PRU akan datang?

Taktik sedemikian menimbulkan perasaan perkauman atau agama, malangnya, perangai sama juga wujud di kalangan beberapa parti dan ahli politik pembangkang...strategi mereka mengunakan isu perkauman dan etnik juga wujud?


Rakyat yang mempunyai kuasa - Wakil rakyat cuma wakil kita semua - Rakyat sudah terlalu lama membiarkan pemimpin menentukan apa yang harus dilakukan. Ini harus berakhir - rakyat mesti lebih aktif mengambil bahagian - mengarah, memantau, bersuara... Jika mana-mana parti politik atau pemimpin membuat sesuatu yang kita tak suka, kita akan juga gunakan PRU seterusnya - dan akan menolak pemimpin sedemikian..

Prinsip dan nilai peribadi harus ditentukan oleh kita sendiri...Jangan biarkan orang lain menukar nilai dan prinsip kita dengan senang

Kini, isu dan perasaan 'racism'(perkauman) dan agama sedih sekali digunakan oleh setengah ahli politik dan parti politik...UMNO-BN terdesak dan akan gunakan beraneka cara untuk terus kekal menguasai kerajaan Persekutuan...Pilihan di tangan saudara...

Dalam pemilihan kerajaan, kita harus memikirkan bukan hanya mengenai hari ini tetapi masa akan datang...Kita harus memikirkan kebaikkan semua rakyat Malaysia - bukan hanya kepentingan diri sendiri, etnik sendiri atau agama sendiri,... 

Pembangkang atau parti alternatif - kita harus lihat sejarah peribadi wakil atau parti...Adakah tujuan pemimpin hanya untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, kerana beliau sebenarnya hampir jadi PM tetapi disingkirkan PM UMNO-BN...jadi kini 'pembangkang' tetapi tujuan sebenarnya bertanding bukan untuk kebaikkan rakyat - tetapi keinginan jadi PM atau Menteri? ...

Apakah cara pentadbiran alternatif yang dijanjikan? Senang hanya menghebohkan kekurangan mereka yang berkuasa...tetapi apakah sebenar alternatif yang dicadangkan?

Akhirnya, pilihan di tangan kamu...

    

   

Najib ejek Tun Mahathir sebagai 'U-turn' Mahathir

Koh Jun Lin        
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengejek Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “U-turn Mahathir”.

“Ini Dr Mahathir, Tun Mahathir, 'U-turn' Mahathir.

“Saya gelar dia U-turn Mahathir, bukan Tun Mahathir, (dia) selalu, terlalu banyak U-turn...,” katanya sambil mendakwa Mahathir sering bertukar pandangan.

Najib berkata demikian ketika berucap di Desa Pandan, Kuala Lumpur pagi ini.

Najib berkata, ketika lama menjadi perdana menteri sebelum ini, Mahathir sendiri menuduh pemimpin pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebagai rasis dan anti-Islam tetapi pendirian itu telah berubah.

“Tiba-tiba, jawatan timbalan perdana menteri dia nak bagi kepada Kit Siang. Di mana letak akal dia?” soal Najib.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan partinya mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya.- Malaysiakini, 20/1/2017
    

 




No comments:

Post a Comment