Wednesday, February 22, 2017

Penyata Cetak Bank DiPos Amat perlu oleh Rakyat Malaysia? Hak dinafikan tanpa persetujuan terdahulu penguna?

Penyata Cetak Akaun Bank yang dihantar setiap hari oleh Maybank nampaknya sudah tiada - kini mereka mahu kita layari internet dan dapatkan penyata secara sendiri...Kalau penguna secara khusus tak setuju, ini salah? Atau adakah kerajaan UMNO-BN secara salah membenarkan ini?

Please be informed that Maybank will no longer be mailing any hard copy bank statements to customers. You can now conveniently access your e-Statement (online statement) via Maybank2u and receive via your registered e-mail address. With e-Statement, you can view, download or print your bank statements anytime.- Maybank2u.com
Tindakan tak wajar dan tidak mengambil kira hakikat rakyat Malaysia...

Berapa orang sebenarnya mempunyai akses kepada internet? Dan juga printer? 

Kini ramai memilih untuk membuka akaun bank, di mana mereka akan dibekalkan penyata cetak melalui pos ... Jika tidak mahu penyata bulanan, mereka akan hanya buka akaun simpanan sahaja - di mana untuk ini hanya ada buku akaun sahaja...nak update kena pi bank dan update...Sekarang kena cari bank baru, yang akan terus memberikan penyata akaun cetak setiap bulan. Atau adakah ini tindakan kerajaan UMNO-BN yang 'memaksa' semua bank memberhentikan penghantaran penyata cetak?

Jika penguna 'internet banking' sahaja tidak dihantar penyata bulanan melalui pos - mungkin boleh terima...Tetapi, untuk ramai orang, penyata bank cetak ini penting - untuk pasti gaji masuk, untuk pastikan duit pencen masuk, untuk memastikan dividend pelaburan saham masuk, memastikan anak ada masuk wang dalam akaun bank,....kini, ada pula 'auto-pay' banyak bil - ini bererti pihak pembekal akan terus potong dari akaun bank anda, kini ada pula Visa 'pay wave' - jadi kena pastikan juga tak ada wang yang tak dibelanjakan tidak terkeluar dari akaun...Jika membayar melalui cek, nak pastikan cek tersebut sudah diterima dan ditunaikan....

Saya sendiri yang biasa guna komputer dan internet - tetapi memilih untuk tidak mengunakan 'phone banking' atau 'internet banking'...kan, itu pilihan penguna...Saya mahu penyata cetak kerana senang dibaca dan seterusnya disimpan dalam fail...Ada ramai yang tak suka baca dikomputer atau 'smart phone' - lebih gemar baca dokumen cetak...[Berapa ramai ada Printer di rumah untuk cetak, ingat banyak majikan tak akan benarkan pekerja mencetak di tempat kerja dokumen peribadi...malah ada juga majikan yang menghalang pengunaan komputer tempat kerja untuk urusan peribadi...]

Warga tua juga bergantung kepada penyata akaun ini, peniaga pun bergantung kepada penyata akaun ini...yang biasa disimpan dalam fail...Perbandingan penyata akaun dengan rekod sendiri juga senang ada penyata bank cetak ditangan...

Taktik 'berhenti hantar penyata cetak' - sangat menyusahkan rakyat dan penguna - kini tak ada penyata...sukar untuk kita pastikan apa-apa salah laku berlaku...kenapa? Oh tak ada internet..tak tahu guna internet dan komputer...dan juga tak ada PRINTER untuk cetak dan periksa dan simpan...Penguna, bila menyimpan wang dalam sesuatu bank, mahukan faedah(tapi faedah pun kini di Malaysia terlampau rendah) dan mereka mahukan perkhidmatan(mendapat penyata bercetak setiap bulan...dan kemudahan mengeluarkan wang dengan senang, atau buat urusan wang yang lain...Bila masuk perjanjian dengan bank, bank kata akan hantar penyata bercetak setiap bulan - kini bank 'pecah kontrak' tanpa persetujuan khusus penguna?


PERJANJIAN DI ANTARA BANK DAN PENGUNA senang sahaja secara salah diubah satu pihak - iaitu bank? Bukankah ini salah? Ini tak boleh...sebab jika mahu menukar perjanjian, perlu persetujuan kedua-dua pihak...

Kini bank telah memecah kontrak tanpa persetujuan 'penguna' - salah...

Kini nampaknya, Bank macam mahu PAKSA rakyat bersetuju secara tidak langsung, 'memaksa' penguna setuju tidak mahu terima penyata bercetak melalui pos...kalau tak setuju, kamu tak boleh pun dapat penyata melalui emel...Lihat langkah ke-3 untuk mendapatkan penyata melalui emel dibawah...
Registration via email:
STEP 1: Login to M2U.
STEP 2: Select "Bills & Statements" and then "Statements".
STEP 3: If you are a first time user, you will be prompted to "Accept Stop Hardcopy notification". Click Accept.
STEP 4: Click "Email Statement Delivery", enter and confirm password, select the desired Account and enter your e-mail address. Click Continue.
STEP 5: Click ‘Confirm' to complete registration.- Maybank2u.com
Mengenakan syarat sebegini adalah salah. Menurut pendapat saya, hak menerima penyata cetak melalui pos harus dihormati - Jika pengguna mahu guna cara lain untuk melihat akaun mereka, sama ada secara 'online' atau untuk mendapat penyata menerusi emel, itu hak tambahan...Hak sedia ada tak harus dilepaskan...


Sebab lain mengapa penyata cetak yang dijana Maybank diperlukan? Ia merupakan dokumen yang jelas dikeluarkan Maybank - boleh digunakan sebagai bukti untuk apa-apa tuntutan... Penyata ONLINE dicetak hitam puteh oleh 'pengguna' mungkin tidak akan diterima sebagai bukti di Mahkamah atau oleh pihak lain? Boleh pula dakwaan timbul, ia bukan dokumen yang dijana Maybank...Maklumat Online boleh juga kena 'hack' atau ditukar bila-bila masa...Bank sendiri boleh tukar...justeru penyata janaan Maybank yang dicetak Maybank sendiri adalah bukti terkuat...dan tidak boleh dipertikaikan oleh bank tersebut pun kemudian hari...? [Berapa orang ada akses kepada Printer? Kos Printer, Kertas dan Dakwat Printer semua ditanggung pengguna. Kalau mahu cetak dokumen dikedai - kos kini tak kurang daripada RM2 satu muka surat, itu pun hitam putih bukan warna...]

Mereka yang telah dahulu ditanya dan telah jelas setuju tidak mahu terima penyata cetak terus dari Maybank, bank tersebut bolehlah hantar penyata melalui emel atau cara lain...saperti mana dipersetujui kedua-dua pihak, bank dan pengguna..

Kini penyata bulanan tak sampai beberapa bulan, bila mahu lihat penyata dilaman, mereka kata 'setuju dulu tak mahu lagi terima penyata cetak melalui pos biasa' - tak adil.

Kini simpan wang dalam bank, faedah terlalu rendah - kini penyata bulanan pun tak mahu dihantar melalui pos...

Kini ramai terpaksa minta pihak bank untuk akaun cetak, kemungkinan bank pula akan kenakan caj...Saya berpendirian bahawa bank seharusnya tidak mengenakan apa-apa caj untuk permintaan kini untuk penyata cetak bulanan...

Harus diingat, ATM pun kini tak boleh dapat lihat atau cetak penyata akaun bulanan...yang dapat dilihat pun disetengah bank hanya 'Mini Statement' ...untuk beberapa transaksi terkini untuk jangkamasa tertentu...ATM pun kini tak wujud disemua tempat ...kini ramai kena pi bandar untuk guna ATM. Tambahan pula, kini setengah bank sedang tutup cawangan dibandar-bandar kecil...

Kerajaan harus serta merta memastikan semua bank menghantar kepada semua penguna penyata cetak melalui pos untuk setiap bulan hingga kini mulai masa bank berhenti berbuat demikian...

Bank, seterusnya mesti mendapat persetujuan bertandatangan dari penguna, jika mereka mahu berhenti penyata bercetak janaan Bank melalui pos.. Kalau tak dapat persetujuan, bank harus terus penghantaran penyata cetak melalui pos...[Mungkin setengah mungkin setuju tak perlu hantar setiap bulan, 3 bulan sekali OK...}. Bagi penguna akan datang syarat perjanjian jika kata penyata hanya boleh dilihat online atau akan dihantar melalui emel, dan penguna setuju...itu OK. 

Saya percaya bahawa penguna baru (dan sedia ada) ramai akan tukar kepada bank yang terus akan menghantar penyata cetak melalui pos. Kerajaan atau Bank Negara harus tidak memaksa bank berhentikan perkhidmatan(atau perkhidmatan baru)  yang bank mahu berikan kepada penguna...itu hak bank...

Mengapa ini berlaku? Mahu jimat wang - kerana ada bank milikan kerajaan atau kroni hadapi masalah berkaitan dengan 1MDB, RM2 billion dalam akaun peribadi Najib, penurunan nilai ringgit....? 


Mengapa ini berlaku? Mahu jimat kertas - GST kini semua kena berikan resit panjang kepada penguna...Tak logik.

Mungkin Menteri, MP dan 'yang kaya' ada komputer dirumah, internet dan juga mesin cetak warna...senang untuk mereka - tapi fikirkan RAKYAT yang tidak ada semua ini, yang kurang pendapatan... Yang miskin kini tak tahu pun berapa wang masuk dan keluar dan untuk apa...Pegerakan wang dalam akaun bank mereka kini 'tersembunyi' - senang pula mereka ditipu...Adakah ini hasrat kerajaan UMNO-BN.

Kalau, di Thailand, Bank buka sampai malam - senang orang pi buat urusan bank - tak payah pi bank masa kerja? Di negara lain, nak update buku akaun pun senang boleh dibuat dimesin ATM...Mesin ATM yang boleh deposit cek atau wang tunai berada di banyak lokasi - di Malaysia kini hanya ATM dibanyak lokasi - hanya untuk keluar wang atau buat 'bayaran' online mengunakan wang sedia ada dalam akaun - setiap lokasi pun kebanyakkan di bandar saja???

Tindakan berhenti menghantar penyata cetak bulanan kepada penguna melalui pos menyusahkan rakyat - Adakah UMNO-BN peduli? Adakah parti pembangkang peduli? Ingatlah mereka yang kurang berpendatan, warga tua, dll..    

 



No comments:

Post a Comment