Siti Noor Aishah Atam masih terus menjadi mangsa ketidakadilan - Buku yang didakwa dalam pemilikannya bukan pun buku yang diharamkan di Malaysia...SOSMA, POCA semua digunakan dalam kes Siti...Kini ditahan lagi mengunakan SOSMA selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan - kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk diteruskan perbicaraan...
Kena buang Universiti kerana tak hadhir - adakah kerana pada masa itu beliau dalam tahanan polis? Kenapa parti politik dan ahli politik tidak mahu terlibat berjuang untuk Siti Noor Aishah? Adakah kerana beliau hanya 'orang biasa"? Badan Peguam Malaysia pun sudah membuat Resolusi kes ini...
Apalah ertinya pemilikan buku-buku tersebut yang dikatakan mempunyai kaitan dan unsur-unsur pengganas menjadi suatu kesalahan keatas sesiapa yang memiliki buku-buku tersebut, walhal pihak Kementerian Dalam Negeri gagal menjalankan fungsi sebenarnya untuk mengharamkan dan seterusnya menghapuskan buku-buku tersebut. Tanpa tindakan tegas pihak Kementerian Dalam Negeri untuk membendung gejala ini, buku-buku tersebut masih lagi berleluasa dipasaran dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja samada untuk pembacaan umum ataupun sebab sebab yang lain. Pada fikiran mahkamah ini kegagalan pihak Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan buku-buku tersebut tidak sealiran dan tidak konsisten dengan menjadi pemilikan bukubuku tersebut suatu kesalahan menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.- dari Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi
Siapa yang memutuskan sama ada buku ini berkaitan dengan 'terrorist' - Pakar? Siapa pakar ini? Apakah kelayakkan pakar ini? Jika kerajaan Malaysia belum membuat keputusan mengharamkan sesuatu buku - bagaimana boleh katakan pemilikan buku itu haram? Buku yang diharamkan harus disenaraikan dengan jelas supaya semua tahu...Pos akan datang mungkin kita akan menilai siapakah 'pakar' ini? Pakar untuk DNA, bahan kimia, mengapa seorang mati OK - tapi pakar untuk katakan buku ini ada unsur keganasan berkait rapat dengan kumpulan ini dan itu - bukankah itu hanya 'pendapat' peribadi - tak ada asas saintifik pun?
Pegawai Penyiasat (SP6) kemudiannya telah merujuk 12 buah buku-buku diatas kepada 3 orang saksi Pakar(SP2)[Dr. Wan Adli bin Wan Ramli- Pendapat Usuluddin], (SP9)[Prof. Dr. Rohan Gunaratna – Pakar Kajian Keganasan]dan (SP10)[Ustaz Hj. Zamihan bin Hj. Mat Zin- Pakar Kajian Keganasan] untuk mengkaji dan memberikan pandangan mengenai buku-bukutersebut. Saksi-saksi tersebut telah mengeluarkan pandangan masing-masing yang bertanda (P42)(P45A)(P52(1)hingga (12)). Hasil pandangan ketiga-tiga pakar ini menyatakan bahawa buku-buku tersebut menunjukkan unsur-unsur khawarij atau keganasan yang berkait rapat dengan Kumpulan Pengganas Islamic State, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah.
PEMIKIRAN SEMPIT - Membaca sesuatu buku tidak akan mempengaruhi seseorang melakukan sesuatu tindakan 'terrorisma' - Manusia ada sifat 'ingin tahu' - dan akan membaca dan cuba memperolehi semua jenis maklumat, mengambil kira semua pendapat -- dan akan dengan BIJAK akan buat keputusan sendiri mengenai pendirian peribadi. Pembacaan buku bertentangan dengan pendirian sendiri juga penting untuk proses menangani pemikiran sedemikian - Kalau tak tahu 'point' pihak lawan, bagaimana mahu 'response' - menangani pendapat salah tersebut... Pengharaman atan penghalanagan akses kepada buku, filem dan pendapat lain adalah sesuatu yang hanya tidak bagus untuk pembangunan peribadi seorang insan. Tugas kerajaan adalah untuk menangani pendapat dengan pendapat supaya semua faham apa yang betu dan apa yang tidak baik...Semua peguam pun perlu baca buku sedemikian - kalau tidak bagaimana cabar 'pakar' sebegini - adakah peguam Siti Noor Aishah diberikan salinan buku berkenaan untuk baca sendiri - Kalau tidak, macam mana nak cabar pendapat atau kesimpulan 'pakar'?
Sila baca posting sebelum ini:-
Siti Noor Aishah - POCA,POTA..dimansuhkan - Resolusi Badan Peguam
Release Siti Noor Aishah Atam from Poca restrictions, kata 36 kumpulan (Malaysiakini, 20/12/2016)
Siti Noor Aishah Atam - victim of SOSMA, found Not Guilty by High Court, then re-detained under POCA?
Siti Noor Aishah Atam - Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi - Mahkamah Bebas Polis Tangkap Lagi Guna POCA??
Bekas pelajar sarjana Siti Noor Aishah ditangkap, sekali lagi
Bekas pelajar sarjana, Siti Noor Aishah Atam ditangkap semula di
bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan
kini ditahan di penjara Kajang.
Tangkapan dan penahanan itu dikuat-kuasakan semalam, selepas beliau
hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tindakan itu susulan rayuan yang
dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi
yang membebaskan beliau pada September tahun lalu kerana memiliki 12
buah buku.
Siti Noor Aishah sebelum ini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1956 (Poca) dan Sosma.
"Pada saya, dia ditahan berulang kali, sebelum mahkamah dapati dirinya bersalah terhadap sebarang tuduhan.
“Ini ibarat hukuman sebelum bersalah. Hingga terpaksa (menggunakan)
kedua-dua Sosma dan Poca," kata peguamnya, Mohd Kamarulzaman A Wahab
kepada Malaysiakini hari ini.
Siti Noor Aishah, 29, pertama kali ditahan pada Mac tahun lalu, di
bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan dan Sosma, kerana memiliki 12 buah
buku yang didakwa berkaitan dengan kumpulan pengganas.
Pada bulan berikutnya, dia didakwa di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur
dan tidak mengaku bersalah memiliki buku-buku berkenaan, selepas kes
itu dibicarakan.
Siti Noor Aishah, seorang bekas pelajar sarjana Usuluddin, Universiti
Malaya, berkata beliau menggunakan buku-buku berkenaan untuk
penyelidikan ijazah sarjananya.
Selepas dia ditangkap pada Mac tahun lalu, Universiti Malaya memecatnya, kerana gagal menghadiri kelas.
Kamarulzaman berkata tiada satu pun buku diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, ketika itu, mahupun sekarang.
Pada bulan September tahun lalu Mahkamah Tinggi melepas dan
membebaskan Siti Noor Aishah daripada semua pertuduhan atas alasan tiada
kes prima facie dibuktikan terhadapnya.
Pada hari yang sama, beliau dibebaskan, Siti Noor Aishah ditangkap semula di bawah Poca dan ditahan selama 60 hari.
Sebaik dibebaskan daripada Poca, beliau diletakkan di bawah tahanan
rumah, dengan peranti pengawasan elektronik dipasang. Beliau juga tidak
dibenarkan untuk meninggalkan daerah Surah di Dungun, Terengganu, tanpa
kelulusan polis.
"Kes berkenaan dihantar semula ke Mahkamah Tinggi untuk dia membela diri, tetapi sebaliknya dia ditahan lagi.
“Kes ini balik semula kepada status quo, tanpa sebarang ikat jamin
dibenarkan sementara menunggu perbicaraan," kata Kamarulzaman tentang
penangkapan itu semalam.- Malaysiakini, 28/3/2017
BN MAHA ZALIM! Najib jangan cuba memperalat kan isu ini untuk menggunakan RUU MKN dan mengekal kan kuasa UMNO BN
ReplyDelete