Tuesday, June 06, 2017

Kesatuan Sekerja - Jika pemimpin dan ahli takut berjuang ...takut ambil risiko?

Kesatuan sekerja - Jika kepimpinan merupakan mereka yang takut dan tidak berprinsip, sukar sekali untuk ahli dan kesatuan. Ada yang hanya mahu bertanding, dapat pangkat - selepas itu....




Semasa saya dalam 'student union' dulu, daripada 30 lebih pemimpin hanya lebih kurang 9 yang serius mahu kerja teruskan perjuangan menganjurkan aktiviti union - yang lain, ada yang mungkin objektif akhir mereka hanya untuk jadi 'pemimpin' - justeru cita-cita tercapai tak ada motivasi lagi untuk kerja atau teruskan perjuangan. 

Sedih, tetapi ini juga kini merupakan ciri-ciri  bukan sahaja pimipinan kesatuan sekerja tetapi juga persatuan, parti politik dan juga 'wakil rakyat'....Justeru, bila sudah menjadi 'YB' atau dapat pangkat...objektif mereka nampaknya hanya untuk mengekalkan kedudukan sahaja ...ada yang tak buat kerja langsung, ada juga yang akan menghalang mereka yang lain yang mahu kerja dan terus berjuang....



Kadang-kadang, ketakutan diri sendiri adalah alasannya ...lebih teruk lagi, jika mereka ini yang takut sendiri berjuang cuba pula  'menghalang' usaha mereka yang mahu berjuang untuk keadilan.

Ada pemimpin mempromosi 'jangan buat kacau'  kerana 'korupsi' - mungkin bukan 'wang' ..tetapi mungkin hanya mahu 'nama baik' di kalangan pihak majikan atau 'kerajaan'...Ada pula 'pemimpin' Union mungkin sudah menjadi 'ejen' majikan ...mungkin telah dirasuah...mungkin telah ditawarkan wang...kenaikkan pangkat...dan/atau telah 'diugut'... Pemimpin yang sudah 'dikompromi' akan selalu membantah protes, piket, kempen atau apa-apa perjuangan pekerja ...

Mereka yang 'sudah dibeli' mungkin hanya mengesyorkan buat aduan biasa saja...kalau buat aduan saja, itu boleh dibuat oleh mana-mana pekerja sama ada terdapat kesatuan sekerja atau tidak. Tak perlu ada kesatuan sekerja sekiranya hanya setakat mahu buat aduan saya di Jabatan Tanaga Kerja atau Pejabat Perhubungan Perusahaan ... 

Membuat aduan/tuntutan di Jabatan Kerajaan adalah opsyen...biasanya opsyen/pilihan terakhir setelah Kesatuan Sekerja sudah berjuang bersungguh-sungguh dengan majikan untuk menyelesaikan isu di antara majikan dan Kesatuan...Selepas buat aduan pun, perjuangan diteruskan...lagi cepat dapat selesai lagi bagus...masuk jadi kes Mahkamah pun tak perlu tunggu sampir siap biacara ...apa-apa kes boleh diselesaikan cepat sebelum habis bicara...di Malaysia, kes buang kerja kini mengambil masa bertahun-tahun untuk habis, lepas itu rayuan dan rayuan akhirnya mungkin mengambil masa 5 - 10 tahun...tak ada keadilan untuk pekerja atau kesatuan sekerja akhirnya.  Wan Noorulazhar - 5 years 7 months later wrongful dismisal case begins? Great injustice?

Bagi saya, jika anda seorang yang 'takut' atau ada motif sampingan...dan bukan mahu benar-benar berjuang untuk hak pekerja dan menentang segala jenis penindasan dan/atau ketidakadilan yang dihadapi pekerja, lebih baik 'RESIGN' saja atau jangan bertanding - ...Biar mereka yang benar-benar berani sanggup menghadapi apa jenis pun risiko termasuk hilang kerja, kena tangkap dan ditahan polis, dll ...yang tampil kehadapan menjadi pemimpin...




Cakap - ramai yang pandai, dan ini mungkin dapat mengelirukan ahli sehingga mereka dipilih sebagai pemimpin... tetapi penilaian seseorang sebenar hanya boleh dilakukan pada masa 'krisis' - apakah yang mereka lakukan? Tak ada apa-apa?...hanya merungut sahaja mengenai situasi undang-undang...situasi tak adil...menyuarakan risiko 'union' akan dibatalkan pendaftaran jika kita berjuang secara terbuka..atau pemimpin akan disaman majikan atau akan ditangkap polis...atau akan dibuang kerja ...Berbagai alasan boleh ditimbulkan untuk justifikasi kegagalan mereka bertindak atau melakukan sesuatu...tetapi alasan sebenarnya mungkin hanya kerana takut...

SOLIDARITI pekerja - itu dilaungkan selalu...tetapi bila ahli kena tindas, 'solidariti' ini nampaknya tidak dilihat dalam bentuk perjuangan atau tindakan bersama semua ahli. Ada pemimpin kata bahawa mereka mahu 'protes'...mahu berjuang tetapi ahli semua takut? Ahli pula kata 'tunggu pemimpin'...Lojik nampaknya pekerja lain hanya sedia meluangkan 'simpati' tetapi tidak mahu menonjolkan diri dalam apa-apa perjuangan mendapatkan keadilan kerana ,takut, mereka pula akan menjadi sasaran majikan atau pihak berkuasa...Ini merupakan kegagalan pemimpin dan ahli kerana gagal memupuk semangat solidariti dan semangat perjuangan dikalangan ahli kesatuan...Bagi ramai ahli, kesatuan hanya menjadi penting bila mereka sendiri ditindas...keadilan juga menjadi penting bila mereka ditimpa ketidakadilan...



Beberapa tahun yang lepas, saya terlibat dengan penduduk setinggan di Kuala Lumpur, di mana kampung tersebut  menghadapi risiko diusir dari kawasan tersebut dan rumah mereka diruntuhkan - mereka bersatu dan berjuang menentang pemaju serta kerajaan menuntut keadilan...Di kawasan berhampiran ada ramai lagi setinggan tetapi mereka tidak menjadi mangsa pada waktu itu..(di mana kemungkinan besar, mereka juga akan hadapi masalah sama tak lama lagi...) tetapiyang sedih adalah mereka tidak mahu berjuang dengan penduduk yang akn diusir....sama juga nampaknya dengan kesatuan sekerja...bila segelintir menjadi mangsa majikan (mungkin juga dibuang kerja), yang lain yang tidak menjadi mangsa biasanya memilih 'berdiam diri'...tak mahu terlibat...tak mahu menarik perhatian majikan penindas...sedih sekali...senang bagi penindas menindas...



Ada kesatuan sekerja pun fenomena sama berlaku...justeru seolah-olah 'kesatuan sekerja' tak guna atau ahli kesatuan tidak sedar atau tidak 'komited' dengan prinsip atau objektif kesatuan sekerja...Bila berpuluhan ribu pekerja di MAS hilang kerja, tak adapun pun protes(atau piket) semua kesatuan sekerja atau ahli. Bila G18 di kilang subsidiari DRB HIBOM di buang, sama juga berlaku...Bila Wan Noorulazhar, Presiden Kesatuan Elektronik Wilayah Barat, juga nampaknya ahli kesatuan berkenaan dan kesatuan lain di Malaysia tak keluar beribuan memprotes tindakan majikan. Sama juga dengan kes terbaru, saudara Presiden Kesatuan Sekerja dalaman Infineon Melaka dibuang kerja ...55 Groups - INFINEON MUST STOP UNION BUSTING AND DISCRIMINATION AGAINST UNION LEADERS - Reinstate Union President?

Apa yang boleh dibanggakan adalah bahawa kini terdapat Kesatuan Sekerja di Malaysia, yang faham asas dan prinsip pergerakkan buruh - walaupun mangsa bukan daripada Kesatuan mereka, mereka sanggup berjuang menuntut keadilan... 16 Kesatuan (atau gabungan kesatuan) Malaysia keluar dalam isu pembuangan kerja dan 'union busting' kes Infineon...
Club Employees Union Peninsular Malaysia
Electrical Industry Workers' Union(EIWU)
Electronics Industry Employees Union Southern Region Peninsular Malaysia(EIEUSR)
Electronic Industry Employees Union Northern Region Peninsular Malaysia
Kesatuan Eksekutif AIROD
Kesatuan Pekerja-Pekerja Mitsui Copper Foil(MCFEU)
Kesatuan Pekerja-pekerja Perodua EngineManufacturing Sdn. Bhd
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (KPP Proton)
Malaysian Trade Union Congress(MTUC)
National Union of Bank Employees (NUBE)
National Union Employees in Companies Manufacturing Rubber Products (NUECMRP)
National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM)
National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAIW)
Paper Products Manufacturing Employees’ Union of Malaysia (PPMEU)
Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU)
MTUC Selangor & Wilayah Persekutuan
Selain daripada kesatuan di Malaysia, mereka ,yang turut bersama adalah kesatuan sekerja dari negara lain (Indonesia, , termasuk juga beberapa pertubuhan kesatuan antara bangsa, di mana mereka juga ada kesatuan di Malaysia sebagai ahli...

Building and Wood Worker's International (BWI) Asia Pacific
IndustriALL Global Union
Sejarah menunjukkan ada ramai lagi kesatuan juga telah keluar berjuang dalam isu hak pekerja dan hak asasi sebelum ini...di atas, hanya senarai untuk isu Infineon Melaka dipaparkan sebelum ini. [Harus diingat, ramai lagi mungkin tak sempat kerana 'kesatuan biasa' perlu bincang dengan exco sebelum menyertai kenyataan bersama, atau setengahnya mandat sudah diberikan untuk menyertai kenyataan bersama berkenaan isu khusus. Juga ingin dinyatakan, ada banyak lagi mungkin berserta sama jika tahu - kini kita tidak ada emel/talipon hubungan banyak kesatuan] . Sedih juga kerana Union dari Infineon Melaka tak ada sejarah keluar keluar berjuang untuk pekerja lain sebelum mereka menjadi mangsa..

Apa lagi yang dapat dilakukan oleh kesatuian dan pekerja menyokong perjuangan hak pekerja atau hak asasi... Di Jermany, union di sana telah memulakan petisyen ...dengan perkataan di bawah...


Solidarität mit unserem gekündigten Kollegen Zulfadlee Thye Abdullah - Präsident der Infineon Technologies Melaka Workers Union Wir schließen uns der Resolution anlässlich der Betriebsrätekonferenz am 9.3.2017 in Regensburg an, und fordern den Vorstand der Infineon Technologies AG auf, die Kündigung von Zulfadlee Thye Abdullah zu überdenken und zurückzunehmen! Kolleginnen und Kollegen bei Infineon Campeon München, April 2017

Solidarity with our dismissed colleague Zulfadlee Thye Abdullah - President of Infineon Technologies Melaka Workers Union We agree to the resolution at the works council meeting in Regensburg on March 9, 2017, and urge the management board of Infineon Technologies AG to reconsider and revoke the dismissal of Zulfadlee Thye Abdullah! Colleagues at Infineon Campeon Munich, April 2017

Risalah juga telah diterbitkan dan diedarkan kepada orang ramai...



Perjuangan menuntut keadilan memerlukan isu dihebohkan dan sokongan ramai dicari....bukan hanya mengadu kepada kerajaan....Kementerian atau Jabatan. MP/ADUN atau parti politik, jika tidak tahu tidak boleh juga terlibat menuntut untuk keadilan bagi pekerja atau kesatuan yang menjadi mangsa ketidakadilan...Piket dibenarkan - di mana objektif adalah menghebohkan isu kepada orang ramai untuk mendapat sokongan ramai dalam perjuangan menentang majikan...justeru cara perjuangan semacam ini adalah cara yang telah diiktiraf undang-undang Malaysia juga...

Undang-undang pun boleh dipinda melalui Usul dikemukakan oleh MP/Senator/ADUN Pembangkang saperti RUU355 baru-baru ini -- tapi jika mereka tidak tahu isu, sukar juga mereka bertindak. Ya- bukan sahaja kerajaan boleh membawa kepada pindaan undang-undang....jika majoriti rakyat mahukan undang-undang dipinda, kerajaan 'terpaksa' pinda - Seruan rakyat menghapuskan ISA telah berjaya dan ISA terpaksa dimansuhkan...Justeru, dalam perjuangan pekerja dan kesatuan sekerja, jangan adu sahaja kepada kerajaan persekutuan semasa tetapi bawa juga kepada perhatian parti politik yang lain dan juga semua MP/ADUN/Senator khususnya yang bukan dalam Kabinet sama ada dalam pembangkang atau juga parti yang kini mempunyai majoriti...

Perjuangan pekerja bukan perjuangan pemimpin kesatuan sahaja tetapi perjuangan kesemua ahli kesatuan...semua mesti berjuang secara aktif - bukan hanya dimaklumakan berita????

Kes Infineon Melaka - Mengapa pemimpin dan ahli Union yang masih bekerja tak keluar berjuang bersungguh-sungguh? Kemungkinan besar adalah sebab mereka TAKUT ...sedih sekali. Tetapi jika mangsa sendiri, sama ada ahli atau kesatuan dalaman itu sendiri, tidak mahu berjuang menentang ketidakadilan, semua lain yang tahu perlu berjuang terus... Ya, kadang-kadang mangsa sendiri takut atau 'kurang upaya' TETAPI obligasi semua yang lain yang pentingkan keadilan dan hak perlu juga terus berjuang...

Ini isu pekerja..isu kesatuan sekerja...isu 'union busting'....dan ini akan ada kesan kepada semua pekerja dan kesatuan sekerja...Isu menafikan Presiden Union meneruskkan kerja sebagai Presiden Kesatuan Sekerja oleh majikan ini adalah salah besar...jika kita tak buat apa-apa, ia akan berlaku kepada kesatuan lain pula...

Akhir kata, pemimpin dan ahli kesatuan sekerja perlu berubah menjadi lebih BERANI dan sanggup menghadapi apa-apa risiko dalam perjuangan...Bukan senang...tetapi perlu...

Dunia moden cuba menukar kita menjadi seseorang yang hanya pentingkan diri sendiri dan keluarga sendiri ... ya, memang penting...tetapi keprihatinan harus dipanjangkan kepada komuniti, rakan pekerja, kesatuan ...semua... Jika kita tidak hiraukan ketidakadilan, ianya akan hanya merebak dan akhir kita sendiri akan menerima akibatnya...

Lihat sahaja di Malaysia hari ini, sifat 'tidak mahu ambil tahu isu politik dan ekonomi negara'...sikap percaya sangat kepada Perdana Menteri dan kerajaan sedia ada...telah membenarkan 'kleptocracy', rasuah,....dan kini semua menghadapi kesannya dengan peningkatan kos sara hidup, kekurangan duit kerajaan mengakibatkan subsidi dikurangkan, ubatan dan perkhidmatan kesihatan terjejas..., sekolah juga terpaksa korban kerana 'tak cukup duit'...

Sapertimana semua rakyat perlu lebih prihatin isu politik, ekonomi dan sosial - termasuk juga kerajaan semasa...pekerja juga perlu prihatin secara tambahan isu hak pekerja dan kesatuan sekerja... 

Jangan terus benarkan 'pemimpin' yang taku dan tak buat apa yang perlu kekal dalam kerusi kepimpinan - cari yang baru...mereka yang berprinsip dan akan benar-benar memimpin dengan berani ...

Sebelum 1998, rakyat keseluruhan mungkin takut turun padang prots beramai-ramai ...kita sudah ada perhimpunan REFORMASI hari Sabtu...yang berterusan Sabtu seterusnya walaupun beratus ditangkap polis...ditendang...kita ada banyak perhimpunan sedemikian ...BERSIH..RUU355..Bantah GST... tapi kenapa tak ada apa-apa perhimpunan aman berkenaan isu pekerja...Adakah sebabnya pemimpin pekerja sedia ada 'tak pandai' lagi bagaimana berjuang bersama semua pekerja ...ataukah, ianya kerana mereka TAKUT...

KERJA TETAP SAMPAI BERSARA ...Hak perlu semua pekerja lama-kelamaan sudah berkurangan...kerajaan UMNO-BN membenarkan majikan membuang pekerja tetap...dan digantikan dengan kontrak jangka pendek....Pekerja kini ditanggung hutang berpuluhan tahun - terpaksa bayar hutang bank...sanggupkah pekerja cari kerja baru bila tempoh kontrak jangka pendek berakhir...bolehkah pekerja yang lebih tua mendapat 'kerja baru' yang membayr gaji sama atau lebih...sukar sekali...tak bayar hutang...rumah, kenderaan dan juga perkakas rumah ditarik...

Wang Simpanan Hari Tua - kini KWSP juga telah memberikan amaran tak cukup untuk menampung hari tua pekerja... Oleh kerana kerajaan UMNO-BN gagal, kerajaan menukar skim KWSP membenarkan pekerja keluarkan wang sekarang untuk dibelanjakan...sedih - apakah yang akan berlaku pada hari tua?

Banyak isu asas pekerja ...masa depan tidak cerah...adakah pekerja akan 'terima sahaja'...

Masa depan rakyat...masa depan pekerja ditangan pekerja...kini Proton sudah kemungkinan besar tidak lagi dimiliki kerajaan Malaysia...DRB HICOM pun kemungkinan sama...Mungkin individu atau syarikat swasta Malaysia yang memiliki TETAPI itu bukan duit rakyat atau duit kerajaan...Orang business hanya pentingkan keuntungan - mereka tak prihatin isu rakyat atau pekerja...Adakah kita akan lihat berpuluhan ribu yang kerja di Proton juga akan kehilangan kerja tak lama lagi...???





 

 


 

 
















 
 
 

No comments:

Post a Comment