Monday, June 12, 2017

Kerja Tetap - Adakah ini satu jaminan Pembangkang? Atau hanya mahu kuasa tetapi tak ada yang UBAH?

Asyik lawan pasal siapa akan jadi PM..atau hanya salah laku UMNO-BN tidak memadai - Apakah yang dijanjikan parti politik jika kita undi untuk kami...Janji khusus 'spesifik' diperlukan untuk semua aspek - bukan hanya kata 'adil' atau 'lebih amanah' - Apa program/polisi spesifik - Kalau hanya akan memerintah cara sama dengan UMNO-BN, kita tak mahu. Sebagai contoh, isu kerja...

RAKYAT MAHU KERAJAAN, PARTI POLITIK DAN WAKIL RAKYAT YANG SEDIA JAMIN:-
MENJAMIN HAK KERJA TETAP 'REGULAR UNTUK SEMUA PEKERJA 

- Menetapkan bahawa 'Tempuh Percubaan' maksima ditetapkan undang-undang - 3 Bulan
- Menghadkan majikan mengunakan 'kontrak jangka pendek' untuk tidak melebihi 5% pekerja dalam syarikat majikan
- Menghapuskan sistem 'Contractor for Labour' - Tugas mereka dihadkan mencari pekerja untuk majikan, yang seterusnya menjadikan pekerja yang dibekalkan pekerja tetap 'regular' majikan tempat kerja. Untuk perkhidmatan ini, pembekal menerima fi yang ditetapkan.
- Mengubal undang-undang menetapkan jenis kesalahan  kerja atau 'pemecahan kontrak kerja' serta penalti yang wajar. Kini tak ada - majikan asyik tambah senarai salah laku kerja ikut suka hati.
- Menetapkan ciri-ciri dan prosidur Siasatan Dalaman(Domestic Inquiry) yang juga memberi hak kepada pekerja diwakili peguam, ahli union, pekerja lain...
- Akta Kerja ada mengandungi banyak hak minima tetapi kini terpakai untuk pekerja gaji RM2,000 ke bawah - pinda supaya terpakai untuk pekerja gaji RM3,000 ke bawah.

Post berkaitan:-

Worker and Trade Union Rights in BN-ruled Malaysia - A pro-business government that undermined worker rights, welfare and livelihood -

93 Groups:- Abolish the ‘Contractor for Labour’ system Withdraw the 2012 amendments to Employment Act 1955.

Najib Razak, MP Pekan, harus mencelah membantu 18 pekerja anak syarikat DRB HICOM mendapatkan kerja mereka kembali segera..

 

 




PENDAPATAN untuk setiap rakyat Malaysia - ini merupakan obligasi utama kerajaan. Cara yang penting untuk majoriti adalah dengan memastikan pekerja ada KERJA yang akan membolehkan pekerja mendapat Wang perlu untuk menampung kehidupan pekerja sekeluarga. Cara lain adalah untuk memastikan ada yang boleh bertani, mengkap memproses dan menjual hasil - jsuteru petani, nelayan, peniaga kecil, dll..semua ke arah memastikan rakyat ada mempunyai pendapatan dan kestabilan ekonomi diri dan keluarga...Bukan sahaja pendapatan untuk membeli makanan, tempat tinggal dan perkara asas tetapi juga untuk simpanan dan untuk bertambah maju dan meningkat pendirian sosial...

Untuk proses menambahbaik kehidupan, kerajaan juga perlu menambahkan pengetahuan, skil dan lain-lain untuk memperkasakan keupayaan rakyat...menjana pendapatan memajukan diri...satu perkara yang penting adalah bahawa usaha individu adalah usaha sendiri - yang meninggikan kepercayaan pada diri sendiri. Justeru, memberikan sedekah atau 'bantuan kewangan' bukan cara yang baik kerana ini tidak akan menjana rakyat yang mempunyai hormat diri dan percaya bahawa dia boleh berjaya...tanpa 'bantuan'  atau 'sedekah' pihak ketiga...

PEKERJAAN - ini cara biasa kerana hanya segelintir boleh menjana pendapatan dengan kerja sendiri, perniagaan sendiri, ...justeru perlu sangat kerajaan menyediakan peluang pekerjaan...Kerja dengan kerajaan semestinya tak cukup untuk semua rakyat ...justeru perlu menjana pekerjaan. Satu cara adalah dengan menarik 'syarikat asing' masuk Malaysia beroperasi mengunakan pekerja Malaysia...

PEKERJAAN SAHAJA tak memadai - perlu pekerjaan yang STABIL dan lama - di mana pendapatan juga akan meningkat ikut masa...ini perlu kerana kos kehidupan pekerja sekeluarga secara semulajadi akan meningkat ...anak-anak, pendidikan anak, ...semua akan meningkat. Justeru, apa yang perlu adalah 'kerja tetap regular' di mana ada juga kemungkinan besar gaji/pendapatan akan naik - Justeru, hak kerja tetap sangat diperlukan - yang boleh dipastikan oleh kerajaan melalui undang-undang dan polisi...

Di Malaysia, sejak masa pentadbiran British lagi, penekanan diberikan untuk memastikan kerja tetap 'regular' yang lama biasa sampai persaraan...

MAJIKAN kata mana boleh - jika mahu kami terus ambil pekerja dan jadikan dia pekerja tetap - kerana selepas tandatangan kontrak kerja, kita dapati pekerja tak sesuai....justeru penyelesaiannya adalah 'TEMPUH PERCUBAAN' atau probation...masa untuk majikan menilai pekerja sebelum mmberikan komitmen kerja tetap...

TEMPUH PERCUBAAN - Bila-bila masa hubungan kerja boleh diakhiri...tetapi berapa lama 'tempuh percubaan' yang wajar - dikebanyakkan tempat, had maksima tempuh percubaan(probation) adalah 3 bulan - selepas itu, perjanjian memastikan 'kerja tetap'. [Malangnya kerajaan UMNO-BN setelah lebih kurang tidak menetapkan had maksima tempuh percubaan - dan majikan boleh melanjutkan 'probation' tahun demi tahun - satu indikator kerajaan tak prihatin sangat hak dan kebajikan pekerja??]

Bila sudah dapat KERJA TETAP - hak minima telah dipastikan khususnya untuk pekerja gaji rendah melalui undang-undang (Bagus kerajaan UMNO-BN). Jika dilihat Akta Kerja - banyak hak ditetapkan hak cuti tahunan berbayar, hak cuti sakit/salin berbayar, kadar minima perlu dibayar jika kerja hari cuti am...Yang penting, adalah penambahan hak apabila tempuh kerja meningkat.....hak cuti tahunan dan/atau cuti sakit bertambah bergantung dengan tempuh kerja... Ya, Akta dan hak terkandung digubal untuk hakikat di mana pekerja menikmati hak kerja tetap berpanjangan...bukan untuk mereka yang hanya ada hak kerja jangka pendek 1 tahun atau kurang...(yang menjadi realiti baru alam pekerjaan kerana KEGAGALAN kerajaan semasa - kerajaan UMNO-BN?)

KERJA TETAP susah untuk majikan ...tak boleh buang kerja bila diperlukan?

Kerja Tetap 'Regular' sampai bersara masih membolehkan majikan mengurangkan pekerja dan/atau membuang pekerja TETAPI kena dilakukan dengan adil...Pekerja yang melakukan kesalahan kerja (di mana ini boleh juga termasuk 'malas') - boleh dibuang asaslkan ada siasatan dalaman terlebih dahulu...pekerja ada hak membela diri. Jika majikan terpaksa mengurangkan pekerja - tak ada masalah, 'RETRENCH' sahaja tetapi untuk bantu pekerja ada prinsip terpakai - (1) kena cuba seberapa boleh untuk cari kerja baru dalam syarikat majikan, (2) Jika taka boleh buang yang terbaru dahulu - prinsip LIFO(Last In First Out) - kini di Malaysia ada tambahan pula - buruh asing harus dilepaskan dulu sebelum pekerja tambahan. Hak bagi pekerja yang terpaksa dibuang - kena bayar Faedah Pembuangan Kerja (Lay-Off Benefit) di mana ada formula pengiraan faedah pekerja yang lebih lama kerja dapat lebih....faedah ini diperolehi oleh hanya pekerja yang sudah kerja selama 12 bulan atau lebih...

Justeru, hak kerja tetap 'regular' harus dibela dan kerajaan Malaysia harus memastikan bahawa ini dinikmati semua pekerja 

TETAPI kini kerajaan UMNO-BN pro-majikan dan perniagaan besar dan telah MEMBENARKAN majikan mengambil pekerja dengan cara kontrak pekerjaan jangka pendek/tetap - 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun - di mana bila habis kontrak, walaupun majikan masih memerlukan pekerja kebanyakkan majikan akan senang-senang lepaskan pekerja sedia ada...dan ambil saja pekerja baru....Kesannya - kestabilan kerja dan pendapatan sudah hilang..kenaikkan gaji/pendapatan berasaskan tempuh kerja hilang gitu sahaja...Pekerja hilang kerja cara ini terpaksa cari kerja baru ...lagi berumur lagi susah cari kerja ...nak cari kerja dengan gaji sama atau lebih pun bertambah sukar...dalam keadaan begini, pekerja juga akan taku menuntut hak...takut dilihat sebagai 'trouble maker'...majikan untung...pekerja senang ditindas (dan kini takut pula mengadu atau menuntut)...Masa depan pekerja Malaysia tergugat... 

Sistem 'kontraktor kerja' (contractor for labour) yang anti-pekerja dibenarkan...lagi tergugat hak kerja. 

Pekerja Asing - Dengan kemasukkan pekerja asing, upaya pekerja tempatan menuntut lebih berkurangan...Jika 'demand' tinggi untuk pekerja, pekerja boleh minta gaji lebih tinggi dan hak lebih...tetapi kini kerajaan menjadikan situasi 'tak ada demand' kerana kerajaan UMNO-BN menjamin supply pekerja yang ramai...pekerja tempatan dan pekerja asing???

JUSTERU, APA YANG KITA MAHU...kita mahu kerajaan dan parti politik yang akan:-

MENJAMIN HAK KERJA TETAP 'REGULAR UNTUK SEMUA PEKERJA 

- Menetapkan bahawa 'Tempuh Percubaan' maksima ditetapkan undang-undang - 3 Bulan
- Menghadkan majikan mengunakan 'kontrak jangka pendek' untuk tidak melebihi 5% pekerja dalam syarikat majikan
- Menghapuskan sistem 'Contractor for Labour' - Tugas mereka dihadkan mencari pekerja untuk majikan, yang seterusnya menjadikan pekerja yang dibekalkan pekerja tetap 'regular' majikan tempat kerja. Untuk perkhidmatan ini, pembekal menerima fi yang ditetapkan.
- Mengubal undang-undang menetapkan jenis kesalahan  kerja atau 'pemecahan kontrak kerja' serta penalti yang wajar. Kini tak ada - majikan asyik tambah senarai salah laku kerja ikut suka hati.
- Menetapkan ciri-ciri dan prosidur Siasatan Dalaman(Domestic Inquiry) yang juga memberi hak kepada pekerja diwakili peguam, ahli union, pekerja lain...

Bolehkah kerajaan Malaysia berbuat demikian kini? Memang boleh dan perlu sangat untuk menjamin kerja, pendapatan dan masa depan pekerja sekeluarga...

*Untuk setengah pekerja, tak boleh kerja tetap sampai bersara - saperti pekerja kontrak pembinaan - di sini, jaminan kerja sehingga kerja berkenaan siap...Baru ini, kerajaan Malaysia menyatakan bahawa penjawat kerajaan yang kini dibawah kontrak jangka pendek/tetap akan dijadikan pekerja tetap selepas 15 tahun - TAK SETUJU. Jadikan mereka pekerja tetap sekarang. Kan senang, berhentikan pekerja kontrak sebelum sampai 15 tahun - jadi senang sekali janji UMNO-BN sekali lagi tidak dikota??? Janji Najib dan UMNO-BN kini sukar mahu dipercayai...

Hakikat pekerja kini - ramai hadapi obligasi kena bayar balik hutang - kerana banyak barang dibeli dengan mengambil pinjaman - rumah, kereta, perkakas rumah, dll... Justeru kerja tetap yang stabil amat perlu - pendapatan tetap amat perlu...

Apakah janji dan komitmen PAS, PKR, BERSATU, DAP, PSM, Amanah ---tentang apa perubahan KHUSUS yang mereka akan membawa untuk pekerja di Malaysia (ini akan jejaskan pekerja kini dan pekerja masa depan???)




Selain daripada menghebohkan kelemahan kerajaan dan parti lain, bertikai untuk kerusi PM - apakah sebenarnya program jika menang di PRU? Manifesto pilihanraya dibuat...tetapi semua nya basic - tak ada rancangan khusus. Mesti ada perancangan dan program khusus - apa akan buat...dan bila? Adakah mereka akan hanya mula berfikir tentang program/rancangan apa nak buat selepas menang PRU...terlalu lambat...dan senang sekali tak buat apa-apa...

UMNO-BN jelas sudah ketepikan pekerja Malaysia - kini nampaknya lagi minat bawa masuk pekerja asing ...Taktik nampaknya untuk tidak mengalakkan pekerja Malaysia ambil setengah kerja ...di katakan kotor...3D? Tak ada kerja yang kotor...semua kerja perlu dibuat, dan kita tidak boleh pandang rendah rakyat Malaysia yang sedia membuat kerja '3D" - Masuk KLIA, sepatutnya lihat pekerja Malaysia - tetapi kini penuh dengan pekerja asing? Pekerja Malaysia sudi buat kerja tetapi 'kontrak' diberikan kepada syarikat yang gunakan tenaga kerja asing - mengapa? Ini soal polisi..in soal maruah bangsa Malaysia dan negara...

Pekerja Malaysia malas..tak ada etika kerja yang baik...justeru terpaksa mengambil pekerja asing yang lebih baik...Betulkah ini? Jika benar, ini adalah kerana kerajaan UMNO-BN yang memerintah sejak Merdeka...Najib boleh kerja kat sawah? kerja bina rumah? kerja memperbaiki jalanraya, kerja mengangkut sampah, potong rumput, toreh getah...ramai rakyat Malaysia kini tak boleh ...mengapa? kerana susah? kerana itu kerja 'bawah taraf' - Pemikiran sebegini mesti berubah - semua kerja sama nilainya ..dan semua pekerja mesti dihormati...sebenarnya gaji mereka yang buat 'kerja susah' begini sepatutnya dinaikkan...

Jangan lupa, Malaysia dan rakyat Malaysia untung daripada pendapatan yang dibayar oleh majikan samada syarikat asing atau tempatan, atau kerajaan - kini, jika rakyat Malaysia tidak mahu kerja dan pendapatan ini...ia terus keluar negara. Jadi, apakah keuntungan membawa masuk syarikat asing ...hanya cukai? levy daripada majikan guna pekerja asing? bayaran visa kerja? ...semua wang ini pi mana - adakah ia kembali kepada rakyat? Gaji milik ada dan anda boleh buat sesuka hati...untung kerajaan lain - yang menentukan apa nak buat adalah kerajaan...mana lebih baik?



No comments:

Post a Comment