Monday, September 18, 2017

Pekerja Menghadapi Tindakan Disiplin atau Menuntut Kerja Kembali - Ketahui Hak Anda?

Ramai yang dicabul hak, termasuk pekerja, cepat 'Give Up' - Surrender - Menyerah Kalah....tidak mahu lawan - tidak mahu berjuang untuk mendapatkan keadilan..
 
BILA MAJIKAN MENGAMBIL TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP PEKERJA...
 
Kes Majikan Mengambil tindakan Disiplin terhadap pekerja atas alasan pekerja telah melakukan 'salahlaku kerja' atau pengingkaran kontrak pekerjaan...
 
Ramai pekerja, tanpa melihat sama ada tindakan majikan itu betul atau salah...terus mengaku dan/atau meminta maaf....TANPA menilai sama ada tindakan majikan itu betul atau tidak...berasas atau tidak
 
PERTAMA - lihat dahulu sama ada apa yang dikatakan 'salah laku kerja' atau 'pengingkaran kontrak kerja' itu sebenarnya sesuatu yang wujud dan dipersetujui kedua-dua pekerja dan majikan sebagai satu 'salahlaku' yang boleh dikenakan tindakan disiplin...
 
Di Malaysia, hanya kesalahan jenayah yang sedia wujud dalam Akta adalah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan jenayah...oleh polis dan pendakwaan...Jika jenayah itu tidak wujud secara jelas dalam undang-undang sedia ada, walaupun seseorang itu lakukan kesalahan, menurut pandangan umum, seseorang tidak boleh didakwa atau bicarakan ...kerana tak ada kesalahan sedemikian dalam undang-undang negara secara jelas...

Sama juga dalam kes tindakan disiplin pekerja ...
 
Dalam perhubungan majikan-pekerja yang merupakan perhubungan berasaskan kontrak atau perjanjian antara majikan dan pekerja - kedua-dua pihak mesti bersetuju bahawa ianya satu salahlaku yang boleh dikenakan tindakan disiplin...(dan jika dilakukan 'salahlaku itu', apakah hukuman yang boleh dikenakan...hukuman juga mesti TELAH dipersetujui...)
 
Justeru, bila tandatangani kontrak kerja - pastikan anda tahu dan SETUJU apa yang dikatakan 'salahlaku kerja'...SERTA apakah hukuman maksima yang boleh dikenakan. Setengah salahlaku, jika buat sekali, hukumannya mungkin 'Amaran' saja...jika kali kedua, mungkin denda, jika kali ketiga, mungkin 'buang kerja'...[Justeru, penting sekali pekerja tidak bulat-bulat terima senarai 'salahlaku' dengan hukuman yang disediakan majikan - kena bincang - kena setuju kedua-dua pihak. [Jika ada Kesatuan Sekerja, kesatuan mesti bincang dan setuju senarai salahlaku dan hukuman - dan ini boleh menjadi sebahagian Perjanjian Bersama (Collective Bargaining Agreement)...Malangnya ada Kesatuan Sekerja yang gagal melakukan tugas ini...yang sangat perlu untuk menjamin kebajikan dan hak pekerja...)

Jika majikan memulakan tindakan disiplin berasaskan satu 'salahlaku' yang tidak pernah dipersetujui - BANTAH TERUS.. Jika majikan mahu teruskan juga ...anda boleh mengambil tindakan di Mahkamah, untuk mendapatkan perintah Mahkamah bahawa tindakan majikan adalah salah dan tidak berasas... Ini mesti dilakukan cepat....jangan tunggu sampai Siasatan Dalaman(Domestic Inquiry) atau sampai anda dikenakan hukuman atau dibuang kerja...

Jika terus ambil tindakan, mungkin juga tindakan Mahkamah,  - Majikan akan tersangkut ...tidak boleh teruskan tindakan disiplin - tidak boleh buang kerja...pekerja selamat...(Bila ada bantahan sedemikian, mula-mula melalui surat pekerja atau Kesatuan - ada majikan yang sedar kesilapan - dan berhentikan tindakan disiplin - Pekerja selamat? Jika majikan berkeras juga, terus ambil tindakan di Mahkamah Tinggi - perintah cepat boleh diperolehi dalam masa kurang satu minggu paling lambat - perintah halangan majikan teruskan tindakan disiplin atau membuang kerja...

Jika ia bukan satu kesalahan kerja yang sah...jangan pula cuba sahaja membela diri atau minta maaf - ini memberi gambaran pekerja terima ini kesalahan kerja yang boleh dihukum - ini tindakan BODOH...Majikan akan ambil kesempatan ini secara sahaja dan terus buang kerja sahaja...

Di peringkat ini, aduan boleh juga dibuat di Pejabat Buruh...tetapi malangnya, pejabat buruh di Malaysia kurang efektif(atau berkesan)...dan tak buat tindakan  cepat - Justeru, cara terbaik, adalah terus pergi ke Mahkamah Tinggi...jika majikan berkeras mahu juga  teruskan tindakan disiplin...

KES PEMBUANGAN KERJA - DI MANA ANDA TUNTUT KERJA KEMBALI...
 
Apa yang penting di sini - adalah hakikat dan gambaran bahawa pekerja mahu kerja kembali secepat mungkin ...justeru pekerja mahu semua dilakukan cepat - pekerja mahu kes jalan cepat - kerana mahu kerja kembali...[Justeru, ini mesti nyata bukan sahaja di peringkat Pejabat Perhubungan Manusia(IRD) tetapi juga berterusan hingga peringkat Mahkamah Perusahaan... Pekerja pada setiap masa mahu cepat dibicarakan dan akan membantah apa-apa penangguhan ...atau kelewatan...
 
Di PEJABAT PERHUBUNGAN PERUSAHAAN(Industrial Relations Department)(IRD)
 
Selepas aduan diterima, tindakan IRD adalah untuk panggil kedua-dua majikan dan pekerja - Pegawai akan dengar apa yang pekerja mahu kata, dan apa kata majikan dan akan cuba mendapatkan kedua majikan dan pekerja sampai kepada sesuatu penyelesaian...sama ada majikan ambil pekerja kerja kembali...atau pekerja setuju tarikh balik tuntutan jika majikan membayar pampasan...
 
TETAPI - PEKERJA HARUS INGAT BAHAWA TUNTUTAN PEKERJA ADALAH UNTUK DAPATKAN KERJA KEMBALI  - justeru, jangan sekali-kali timbulkan pengataan bahawa sedia tarik balik tuntutan jika mendapatkan pampasan - tunggu majikan buat tawaran dulu...jika ada tawaran pun, fikirkan betul-betul apa yang anda akan buat - sentiasa kekalkan bahawa anda mahu kerja kembali...itu sahaja...
 
KENAPA INI PENTING? Jika tidak ada penyelesaian, kes akan dirujuk kepada Menteri yang akan buat keputusan sama ada mahu rujuk kes ini kepada Mahkamah Perusahaan untuk dibicarakan atau tidak...(lebih kurang satu pertiga kes tak dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan)..
 
Yang menghantar lapuran kepada Menteri adalah pegawai IRD yang sama - dan, jika beliau berpendapat bahawa pekerja hanya minat pampasan dan bukan kerja kembali - ini boleh jejaskan cara lapuran ditulis oleh pegawai ini, serta juga pendapat dia kepada Menteri...(Maka, pekerja harus sentiasa tegas dengan pendirian mahu kerja kembali sahaja....ini yang terbaik...)
 
Bila pergi ke IRD, untuk mesyuarat ini, ada pekerja atau wakil union mereka hanya buat pernyataan secara lisan sahaja... ini sangat merbahaya. Mengapa?
- Mengharapkan pegawai akan dapat cerita tepat dan mencatatnya betul-betul sangat merbahaya - JUSTERU sentiasa sediakan lapuran bertulis - catat apa yang telah berlaku dalam kes anda, dan mengapa anda menyatakan ia merupakan pembuang kerja secara salah - nyatakan semua alasan...dan lampirkan juga semua dokumen yang anda mempunyai ...Bila sampai ke pejabat IRD, berikan satu salinan semua dokumen dan hujahan bertulis anda kepada wakil majikan, dan teruatamanya kepada pegawai IRD - Jika tak dapat diselesaikan, semua ini akan dihantar kepada pihak Menteri...yang akan buat keputusan mahu rujuk kes kepada Mahkamah Perusahaan atau tidak...Ini paling selamat - anda tidak mahu Menteri membuat keputusan hanya berasaskan apa yang dicatat oleh pegawai ...Pasti pegawai tak dapat cerita penuh dan alasan penuh mengapa majikan lakukan salah bila membuang kerja anda...

{Malangnya, pegawai Union yang mewakili anda juga mungkin 'malas' atau tidak tahu cara melakukan semua ini dengan betul ...ada wakil Union banyak pengalaman tetapi masalahnya kerana tak ada yang beritahu...kesilapan sama terus dilakukan tahun demi tahun...ada yang akan ambil initiatif belajar dan memperbaiki diri - ada yang tidak...}...
 
DI MAHKAMAH PERUSAHAAN
 
Bila surat diterima, dan tarikh sebutan ditetapkan - lantik peguam/wakil union - dan segera sediakan Peryataan Kes anda ...dan juga Ikatan Dokumen anda - bila sampai Mahkamah, serahkan terus kepada pihak Mahkamah dan pihak Majikan, dan minta Mahkamah arahkan pihak Majikan cepat-cepat failkan Pernyataan mereka cepat (dalam masa 2 minggu maksima ...) - Kenapa? Pekerja mahu kes jalan cepat siap cepat - supaya dapat kerja kembali cepat ...(Hakim pun lihat ini akan tahu ini kes betul-betul pekerja mahu kerja kembali ...
 
Jika pihak majikan mahu penangguhan - BANTAH kuat-kuat -- jangan lupa pekerja yang menjadi mangsa hilang kerja hilang gaji...majikan OK sahaja terus dengan perniagaan saja...Kalau tak desak cepat, ia akan jalan lambat....dan setengahnya habis pun lebih daripada 5 - 10 tahun ...Lagi lama kes berjalan, lagi sukar dapat kerja kembali....{Jangan lupa kini undang-undang hanya beri maksima 24 bulan gaji hilang (atau back pay) - justeru pekerja mesti mahu kes cepat habis ...kalau boleh kes dan rayuan majikan semua siap dalam masa tercepat ...kalau boleh 6 bulan ...paling maksima kurang 24 bulan...lagi lama kes berjalan lagi sukar dapat kerja kembali...
 
Malangnya ada peguam atau wakil union, yang mewakili pekerja pun leka sahaja - mahu penangguhan - tidak mahu cepat-cepat? Kenapa - mungkin dia juga sibuk kerana ambil terlalu banyak kes...justeru pilih dengan bijak peguam atau wakil union anda ...yang akan buat cepat-cepat dan akan pastikan kes jalan cepat...Pekerja - ini kes pekerja- anda mesti mendesak kes jalan cepat... 

Bila terima surat menetapkan sebutan di Mahkamah Perusahaan, kemungkinan kes buang kerja dari syarikat di Melaka pun ditetapkan di Kuala Lumpur - BANTAH segera, dan minta kes dibicarakan di Melaka atau berdekatan di tempat kerja tempat anda dibuang kerja....Mahkamah, jika diminta, akan jalankan kes di Melaka...{Awas peguam atau wakil union anda pun mungkin suka KL ...tapi pekerja mesti mendesak....kes dibiacarakan di Melaka...atau dekat tempat kerja tempat kamu dibuang kerja....dan permintaan ini harus dibuat secepat mungkin ...paling baik bila terima sahaja surat tetapkan sebutan pertama ...tulis surat cepat-cepat...

MENGAPA?
 
- Pekerja Menuntut Dibuang kerja secara salah dan mahu kerja kembali - kena hadir setiap sebutan dan tarikh bicara ....(ini melibatkan kos dan masa...tol, petrol,...kena pula ambil cuti...dan bila kes berterusan 2-3 hari kena pula tinggal dihotel....bukankah lebih senang jika di Melaka dekat rumah tempat tinggal...
 
- SAKSI - tahu sudah kes mungkin ditangguh...atau soal balas saksi terdahulu memakan masa terlalu lama ...saksi tak sempat beri keterangan kena datang tarikh lain....Berapa orang saksi pekerja sanggup mengeluarkan duit sendiri datang dari Melaka ...ambil cuti dari kerja pula....kawan rapat pun sekali dua boleh tetapi lebih daripada itu...dan jika tak ada saksi perlu...peluang menang pun tipis... Dalam kes Zulfadlee dari Infineon,doktor...doktor pakar...orang yang buat ujian perubatan kesemuanya perlu hadhir sebagai saksi...pekerja - Adakan mereka mahu tak kerja (atau ambil cuti tahunan peribadi) dan hadhir di Mahkamah di KL untuk beberapa hari...? Adakah saksi pekerja dari syarikat Infineon sendiri sanggup hadhir di KL? Adakah saksi syarikat majikan akan hadhir - jika di Melaka boleh panggil terus, minta hadhir petang pukul 2...kemungkinan tak ada jika kes di Kuala Lumpur...
 
JUSTERU - penting sangat meminta kes dibicarakan di bandar tempat dimana anda telah dibuang kerja...

{Kes Zulfadlee dari Infineon Melaka - wakil union masih belum buat permohonan kes dijalankan di Melaka walaupun tarikh sebutan sudah sampai dan lepas....Harap permohonan ini dibuat sebelum atau pada tarikh sebutan akan datang - tapi itu hak Zulfadlee, Presiden Union yang menyatakan beliau dibuang kerja secara salah dan kini menuntut kerja kembali...]

MEMILIH PEGUAM ATAU WAKIL UNION UNTUK MENGENDALIKAN KES ANDA...

ini sangat penting...jangan pi jumpa seorang, dan terus lantik...cuba jempa beberapa orang lain ...macam pi 'shopping'...dan pilih terbaik - Salah pilih, nahas pekerja ...

Di Mahkamah Perusahaan, pekerja boleh diwakili PEGUAM atau Wakil Union - Masalah dengan wakil union, adalah dia tidak boleh mewakili pekerja sekiranya kes pergi ke Mahkamah Tinggi ...dalam masa bicara kes di Mahkamah Perusahaan pun, ada kadang-kadang tengah jalan terpaksa buat permohonan kepada Mahkamah Tinggi, wakil union yang tak ada hak wakili pekerja mungkin tidak akan memberitahu anda opsyen ini....

Peguam - Kini Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam juga sedia menyediakan peguam 'percuma' untuk pekerja yang berkelayakkan dan berpendapatan kurang - biasa kebanyakkan yang hilang kerja akan layak. Jadi pilihan pekerja bertambah...

Bila kes berjalan pun, kalau boleh bincang selalu dengan orang lain yang berpengalaman...kadang ada idea bagus dari mereka yang boleh digunakan dalam perjuangan di Mahkamah...

Bila kes di Mahkamah - kalau boleh, untuk setiap sebutan dan tarikh bicara, datang beramai-ramai bersama rakan union, kawan, saudara, dll - sokongan dan solidariti ini penting ...bukan sahaja dari segi sokongan moral tetapi juga memberikan gambaran kepada Mahkamah bahawa ini kes serius mesti didengar dan diadili dengan betul dan cepat...SOLIDARITI - sedih banyak kes pekerja, tak ada pun pekerja dan ahli union yang datang beri sokongan...pihak majikan biasa datang 3-8 orang...pekerja seorang saha dengan peguam/wakil union...??

Kadang-kadang pekerja yang berjuang sendiri tak memaklumkan tarikh dan masa bicara atau sebutan kepada orang lain, dan meminta sokongan moral dan solidariti....

BUDAYA SOLIDARITI SEMASA SENANG ...TETAPI ANDA BERSENDIRIAN BILA SUSAH DIKALANGAN KAUM PEKERJA DAN KESATUAN DI MALAYSIA HARUS BERUBAH...SOLIDARITI PALING PENTING BILA BERJUANBG DENGAN MAJIKAN UNTUK MENDAPAT KEADILAN - TERMASUK SEMASA PERJUANGAN DI MAHKAMAH....

***Di atas ini, pendapat saya saja tetapi apa yang saya telah belajar daripada pengalaman saya yang harap dapat membantu yang lain...
 
 
 

 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment