Thursday, February 22, 2018

PENDIDIKAN - Apakah perubahan yang dijanjikan Parti Pembangkang? Kefasihan Bahasa?

Kefasihan bahasa adalah penting untuk masa depan anda di Malaysia dan dunia ini. 

Bahasa Melayu sahaja - bagus tetapi ia akan memprejudiskan anda bila mahu mendapat pengetahuan lebih kerana bilangan buku/sumber pengetahuan yang telah diterjemahkan oleh kerajaan UMNO-BN dalam Bahasa Melayu amat kurang - berbanding negara Thailand di mana buku cerita, majalah antarabangsa, dll semuanya boleh diperolehi dalam Bahasa Thai.

 Image result for national geographic in ThaiImage result for Books in Thai

Kini banyak majikan adalah daripada luar negara - jika mahu komunikasi dengan majikan, pasti lebih berkesan jika boleh berbuat demikian dalam Bahasa yang boleh dia faham (tak perlu ada penterjemah). Jika mahu komunikasi dengan 'consumer' pun, kefasihan bahasa penting.

English atau Bahasa Inggeris - merupakan satu Bahasa yang dahulu hampir semua rakyat Malaysia, daripada makchik jual sayur di pasar hingga kepada anak muda, fasih dan boleh bertutur...tetapi polisi pendidikan kerajaan UMNO-BN yang mengutamakan Bahasa Melayu saja telah mengakibatkan ramai di Malaysia hilang keupayaan bertutur dalam Bahasa Inggeris - tetapi jika dilihat, anak Menteri dan orang kaya masih lagi fasih - sama juga dengan mereka di bandar Kuala Lumpur dan bandar besar...yang rugi adalah rakyat di luar bandar dan negeri Semenanjung Timur...

Oh ya, jika tidak ada kefasihan dalam Bahasa Inggeris, bagaimana nak melanjutkan pelajaran ke luar negara? Bagaimana juga membaca buku rujukan dalam Bahasa Inggeris di Universiti tempatan? Bagaimana bertanding mendapat kerja di sektor swasta yang kini ramai majikan boleh cakap faham Bahasa Inggeris(tetapi bukan Bahasa Melayu), di sektor kerajaan yang kini berurusan dengan ramai fasih Inggeris/Cina di peringkat ASEAN/UN...tetapi bukan sangat Bahasa Melayu. Justeru, jika tak fasih Bahasa Inggeris - sukar untuk kita kehadapan dalam kerjaya... baik di dalam sektor swasta atau sebagai penjawat awam...

CEO proton pun warganegara Cina ...CEO MAS pun warga negara asing dulu...nak mengadu pun sukar tanpa mempunyai kefasihan Bahasa lain..Bahasa Inggeris, dll..Bagaimana Union atau pekerja berbincang dan mendapatkan hak lebih ....atau mendapatkan keadilan - Perlukan penterjemah - tetapi melalui penterjemah, komunikasi kurang berkesan...Jika majikan cakap Bahasa Inggeris(atau Cina)...blur sahaja kita...

Bahasa Cina Mandarin - ini bahasa yang digunakan lebih daripada 2 Billion rakyat dunia. Bahasa Urdu/Hindi, ini Bahasa yang juga digunakan lebih daripada 2 billion rakyat dunia. 

Justeru, alangkah baik jika rakyat Malaysia juga mempunyai kefasihan berbagai jenis Bahasa demi masa depan mereka...juga untuk penambahan pengetahuan dengan membaca buku serta juga pengetahuan dalam internet, berurusan dengan majikan atau perniagaan asing di Malaysia dan luar negara...

Bahasa Melayu juga amat penting - digunakan juga di Indonesia dan Brunei - boleh dikatakan digunakan lebih kurang 300 juta atau lebih. Tetapi kefasihan bahasa tambahan lebih baik.

Bahasa adalah satu skil perlu di zaman moden ini - dan kefasihan Bahasa akan membantu anda di masa depan dari segi pekerjaan dan juga perniagaan. 

Polisi kerajaan UMNO-BN mengenai pendidikan telah mengugat masa depan ramai rakyat kerana kebanyakkan hanya fasih Bahasa Melayu dan kini ramai sekali tidak ada keupayaan faham dan/atau bertutur dalam Bahasa lain.

Kini kerajaan UMNO-BN menukar polisi sedikit - membenarkan beberapa sekolah sahaja (kenapa bukan semua) untuk menambahkan pengetahuan dan kefasihan dalam Bahasa Inggeris...tetapi yang akan terus diprejudiskan adalah sekolah-sekolah di luar bandar dan bandar-bandar kecil...Tak adil? 

Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.
Sila baca berikut untuk maklumat lanjut :- Portal Kementerian Pendidikan Malaysia
Oh ya, kini kerajaan UMNO-BN sedar kesilapan mereka -- mahu mulakan program DLP ...tetapi bukan semua sekolah lagi. Kemungkinan besar, yang akan ketinggalan adalah sekolah-sekolah luar bandar atau bandar kecil. Silap UMNO-BN adalah membawa polisi yang kini telah mengakibatkan kehilangan kefasihan bahasa Inggeris ramai - mula 2016, mungkin akan mengambil masa 10-15 tahun apabila anak muda kita kembali mendapat skil bertutur dalam Bahasa Inggeris..

Kenapa berhenti polisi pembelajaran Bahasa Inggeris - kerana tidak mahu hilang penguasaan Bahasa Melayu - dan UMNO parti orang Melayu. Jika pada tahun-tahu sebelum Merdeka bila kurang interaksi dengan dunia luar dalam sektor perniagaan dan juga sektor awam - mungkin ada lojik. Akhirnya polisi  

Dr Mahathir, semasa dia menjadi PM, semasa ia membawa polisi 'Pandang ke Timur' telah mulakan pengajaran bahasa Jepun di sekolah - tak lama polisi itu berlangsung.

Pendidikan 'Hak Asasi' - kini tak ada pun disekolah. Hak pekerja biasanya adalah bergantung kepada apa terkandung dalam Perjanjian Pekerjaan - tetapi jika pekerja Malaysia tidak tahu apa jenis hak/faedah yang boleh diminta untuk dimasukkan dalam perjanjian pekerjaan - rugi sahaja pekerja di tipu majikan. Hak sedia ada dalam undang-undang saperti Akta Kerja 1955 hanya membantu pekerja gaji RM2,000 atau kurang atau mereka yang lakukan kerja manual - jadi, ia tidak langsung memberikan hak untuk pekerja lain yang bergaji lebih RM2,000-00. Akta itu pun hanya menyatakan hak minima - ertinya jika pekerja arif boleh dapat hak lebih jika terkandung dalam perjanjian pekerjaan.

Hak sebagai penguna, hak tentang beranika jenis perkara saperti terkandung dalam Perlembagaan dan Akta sedia ada - mengapa tak diajar kepada pelajar disekolah. Jika rakyat arif tentang hak mereka sebagai rakyat, mereka akan menuntut hak tersebut. Kini, kerajaan UMNO-BN bila ada faedah untuk rakyat, tidak pun biasa memberitahu rakyat melalui akhbar, dan sebagainya - akhirnya ramai tak tahu, ramai tak pohon - rugi kita sahaja???

POLISI PENDIDIKAN - Apakah cadangan yang dibawa oleh Pakatan Harapan, PAS, ...serta parti pembangkang lain? Ada perubahan...atau akan ikut sahaja polisi UMNO-BN sedia ada?

Kini ramai rakyat Malaysia bukan Cina sudah mula hantar anak mereka pi belajar sekolah Cina - bagus itu kerana tambah lagi satu bahasa yang dikuasai untuk masa depan? 

MIC, berbanding dengan MCA, membuat silap besar meminta sekolah Tamil - tetapi berapakah institusi tinggi yang gunakan Bahasa Tamil - di Tamil Nadu sendiri, sebuah negeri sahaja yang gunakan Bahasa Tamil kini hanya sedikit Universiti yang gunakan Bahasa Tamil untuk mendapatkan Ijazah. 

MCA, jika dilihat tidak meminta sekolah gunakan Bahasa ibunda Cantonese, Hokkien, Hakka, dsb..., tetapi telah memilih Bahasa Mandarin(yang sememangnya bukan Bahasa ibunda kebanyakkan rakyat Malaysia Cina, tetapi merupakan Bahasa gunaan rakyat Cina sebagai Bahasa perbualan/komunikasi rakyat seluruh Cina - dan jika mahu melanjutkan pelajaran mengunakan Bahasa Mandarin - ada banyak pilihan universiti di negara Cina, Taiwan, Hong Kong...dan untuk perniagaan pun Bahasa itu digunakan dikalangan lebih 2 billion rakyat keturunan Cina (dan lain-lain)...Jika MIC, memilih bahasa Urdu, sama juga kerana itu adalah Bahasa tuturan/komunikasi yang bolkeh digunakan di India, Pakistan, Bangladesh dan juga Nepal.

Adakah kita mahu polisi pendidikan yang memberikan penumpuan kepada kefasihan Bahasa lain, saperti Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Urdu. Jika kita fasih dengan Bahasa tambahan, ia juga membuka peluang pekerjaan bukan saja di Malaysia tetapi juga di luar negara...ia juga memberikan kelebihan dalam urusan perniagaan ...ia juga akan menambahkan tarikan orang luar yang datang melawat Malaysia...

Parti-parti pembangkang masih sedang bergelut mengenai kerusi yang bakal ditanding - tetapi masih kurang memberikan kita maklumat mengenai apakah perubahan polisi termasuk polisi pendikan dan lain-lain.

Kini jika kita melihat laman web parti politik pembangkang - jelas DAP dan PAS, ada maklumat mengenai apa yang intipati perjuangan mereka - apakah perubahan yang akan dibawa mengenai banyak perkara - walaupun tak cukup lagi terperinchi. Contohnya, DAP tak nampak polisi mengenai pekerja...dan aspek pekerjaan. 

Tetapi, bila dicari laman web PKR dan parti Pribumi, tak nampak pun apakah yang mereka memperjuangkan..apakah perubahan yang akan di bawa...PKR(tidak boleh dimaafkan) kerana lama sudah parti ini wujud... Adakah perjuangan mereka hanya mahu menumpaskan UMNO-BN tetapi selepas itu apa???

Tunggu sahaja manifesto - Ya, manifesto itu hanya manifesto bersama ---mungkin juga secara kasar sahaja ...apakah pendirian sendiri parti tersebut..

***
Perkara asas saperti dibawa tak perlu diulang lagi kerana sudah ada dalam Perlembagaan..
- Islam sebagai agama Persekutuan
- Faedah/kepentingan kepada Melayu dan orang asal Sabah dan Sarawak akan diteruskan..
.

Yang penting, adalah apa lagi selain ...POLISI PENDIDIKAN...POLISI PEKERJAAN...POLISI PENGAGIHAN HARTA/TANAH ...POLISI kesihatan, dll....

Pos ini - tumpuan diberikan kepada polisi Pendidikan - khususnya polisi penanmbahan kefasihan Bahasa-Bahasa lain untuk menambahkan keupayaan rakyat bertanding di Malaysia and dunia hari ini...skil tambahan perlu...

PENDIDIKAN PERCUMA - Dari Tadika sampai ke institusi pengajian tinggi di Malaysia? Kenapa Malaysia tidak boleh ada sedangkan banyak negara sudah ada...(Yang mahu pergi sekolah atau universiti swasta - itu pilihan mereka, dan mereka boleh bayar) Isu kini adalah sekolah and institusi kerajaan Malaysia - ini juga bermaksud bahawa setengah universiti yang telah diswastakan mesti diambil kembali oleh kerajaan Malaysia..


DLP will go on, says ministry


PETALING JAYA: After several days of uncertainty over the fate of the Dual Language Programme (DLP), the Education Ministry has clarified that the programme stays – much to the relief of many parents and schools.

The ministry said in a statement that there was no change to the DLP policy; in fact, 88 “new” schools will be added to the list, bringing the total number of schools offering the DLP to 1,303.

Deputy Education Minister Datuk P. Kamala­nathan said the DLP is “a permanent feature of our education system”.

He said the disruption in the launch of this year’s batch of DLP schools came about because the ministry needed time to finalise new guidelines regarding the programme.

“Once this is done, the ministry will make a formal announcement for DLP classes to begin next week. All schools can start enrolling new students soon,” he said in an interview.

“The ministry is committed to ensuring the success of this programme.”

Kamalanathan said the baseline study of the programme had been proven successful.

The Star frontpaged the issue since a blog run by a “Cikgu Nurul” alleged on Monday that the programme, which allows students to study Mathematics and Science in either Bahasa Malaysia or English, was apparently shelved, upsetting many parents and schools.

The ministry stated that only Year One and Form One classes of the 88 “new” schools would be able to offer the dual language.

Previously, newly-approved primary schools could also have Year Four DLP classes.

The current 1,215 schools will continue to run the programme.

The ministry’s annual report for 2016 said three-quarters of DLP students were at or above the target level of the Common European Frame­­work of Reference for Languages – a guide developed by the Council of Europe to gauge foreign language proficiency.

“In the long term, (DLP) will definitely be a key instrument in reaching the nation’s Malaysia Education Blueprint 2013-2025 target of making our children competent and competitive at a global standard,” Kamalanathan said.

Schools must have written consent of parents, enough qualified teachers and classrooms, and a score above the National Grade Average in Bahasa Malaysia before they can apply for the DLP.

It is offered to Year One to Year Six pupils, and Form One, Form Two and Form Three students.

Since Monday, there has been much drama over a purported statement on the blog, which alleged that the sudden postponement of the programme had raised concerns in schools that have implemented the DLP.

Parents who had bought books and prepared their children for DLP classes were upset, with many of them worried that their children would lose out in the end.

Then, despite reports that DLP might be shelved, school heads said they would continue with it – at least until they received an official circular from the ministry.

The DLP, which was announced during Budget 2016, allows selected schools to teach the two subjects in English. There are now almost 40,000 students under the programme nationwide.- Star, 5/1/2018

No comments:

Post a Comment