Rakyat Malaysia adalah masalah terbesar untuk Malaysia - khususnya sikap TIDAK PEDULI.
Bilangan rakyat yang berhak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pengundi adalah beberapa juta - lebih 3.6 juta.
“As of the fourth quarter of 2017, we have 14,968,304 voters eligible to vote this year, compared to about 18 mil Malaysians over the age of 21.“This leaves us with 3.6 million unregistered potential voters, and considering the number of people reaching eligible age goes up by 500,000 every year, this is a serious issue for us to tackle,” he[ Election Commission (EC) chairman Tan Sri Mohd Hashim Abdullah said. - Star, 27/3/3018
Read more at https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/03/27/ensuring-a-fair-and-transparent-ge14-ec-invites-international-observers-to-monitor-the-electoral-pro/#H4UTIOCTvVmRpbYU.99
Ramai orang juga tidak peduli nasib semua di Malaysia - yang dipentingkan hanya diri sendiri dan keluarga sendiri...atau kumpulan etnik/agama sendiri.
Ramai orang juga tidak peduli apa yang berlaku di Malaysia dan kerajaan - mereka tak minat atau 'tidak mahu tahu' isu politik, isu ekonomi, isu pentadbiran kerajaan, dll ...
Bila sampai pilihan raya, ramai keluar mengundi berasaskan Parti - bukan sangat melihat calun. Adakah dia seorang yang ada sejarah memperjuangkan isu rakyat sama ada di peringkat tempatan atau nasional. Mereka yang tidak ada pengalaman berjuang atau bersuara...kemungkinan besar, tidak akan berkesan sebagai wakil rakyat yang baik untuk rakyat...
Ramai rakyat juga lupa bahawa mereka adalah 'BOSS' - dan bahawa wakil rakyat dan akhirnya kerajaan seharusnya kerja saperti mana dikehendaki rakyat demi kebaikkan semua (bukan hanya segelintir).
Mereka yang dipilih dan diberi amanah mentadbir kewangan negara dan negara harus menjalankan tugas dengan baik. Mereka tidak harus gunakan kedudukan mereka untuk memperkayakan diri, keluarga mereka atau 'kawan' mereka sahaja.
Semua harta dan wang kerajaan adalah milik semua rakyat negara - Jika salahlaku kerajaan menyebabkan kehilangan wang atau berlakunya keberhutangan tinggi...ia juga merupakan kehilangan dan keberhutangan setiap satu rakyat Malaysia...
RAKYAT Malaysia tak boleh 'TIDAK PEDULI' - mereka mesti sentiasa memantau memastikan bahawa wakil rakyat, Perdana Menteri dan kerajaan tidak melakukan perkara yang salah yang akan menjejaskan mereka kini dan pada masa depan....dan jika mereka melakukan sesuatu yang tak betul, perlu sangat rakyat bersuara menyatakan pendapat mereka ....Jika BOSS diam sahaja dan tidak bersuara...maka Perdana Menteri/Menteri Besar akan terus melakukan yang tak betul ... Siapa yang bersalah di dalam konteks ini? Sememangnya 'BOSS' - rakyat Malaysia...yang tak bnertindak membiarkan CEO Malaysia terus melakukan apa yang beliau lakukan ...
Ahli UMNO - sedih sekali mereka juga 'berdiam diri' - tak ada pun soalan atau kritikan kepimpinan parti pada AGM baru-baru ini. Mengapa? Tak Peduli? Takut? Atau 'sokong' semua yang dilakukan walaupun salah...Jika Malaysia negara FEUDAL, di mana Raja memerintah - sememangnya Raja boleh lakukan apa saja - tak perlu dengar 'arahan' atau tuntutan rakyat - tetapi Malaysia(dan juga UMNO serta BN) adalah negara demokratik - di mana kuasa pada RAKYAT - rakyat pilih wakil, di mana wakil ini memilih CEO(PM di peringkat Nasional, dan Menteri Besar/Ketua Menteri di peringkat Negeri) ...yang seterusnya menentukan 'Team'nya yang akan membantuy CEO mentadbir dan memrintah ...iaitu Kabinet atau Exco Kerajaan Negeri...[Sememangnya ahli Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri boleh ditukar bila-bila masa oleh PM/MB/CM..]
Adakah Najib sahaja yang bersalah? Najib tidak boleh terus menjadi Perdana Menteri jika majoriti MP hilang kepercayaan dengan beliau....Justeru, yang bertanggungjawab adalah MP Barisan Nasional yang terus membenarkan Najib jadi PM. Wakil Rakyat(MP) dipilih rakyat - justeru rakyat dapat mengarahkan MP buat apa yang rakyat mahu...dengan ugutan bahawa sekiranya MP tak patuh kehendak rakyat - kita akan tukar MP pada pilihanraya akan datang....Tolak MP atau DUN yang tidak ikut arahan rakyat - tetapi hanya ikut kata parti politiknya...
SIKAP TAK PEDULI - juga berlaku dikalangan mereka yang sudah berdaftar sebagai pengundi tetapi tak pergi keluar mengundi kerana malas, dsb... Jika tak keluar mengundi kerana tak ada calun yang boleh disokong, itu isu lain dan ada asas. Di banyak negara dalam kertas undi ada pilihan 'Tidak sokong mana-mana calun'(None of the Above) - di mana ini adalah mesej jelas kepada semua...[Adakah ini andaian yang boleh kini dilakukan bila pengundi tak keluar mengundi? Sukar kerana ramai juga tak keluar kerana malas atau tidak peduli...]
UNDI anda sangat perlu kerana ia menetapkan masa depan negara - semua rakyat Malaysia. Jangan undi calun atau parti kerana TAKUT atau kerana wang...pilihan harus dibuat demi kebaikkan semua rakyat dan negara - yang merupakan rakyat berbilang kaum dan agama...Pilih yang terbaik dan yang berprinsip...
Saya undi calun ini kerana dia Melayu atau bukan Melayu...Saya pilih calun ini kerana dia sama agama. Nyata sudah, bahawa mereka yang sama etnik atau agama juga ada yang jahat dan ada yang baik. Di kalangan mereka yang lain agama atau etnik juga hakikat sama. Justeru pilih wakil rakyat yang baik...dan yang juga berani menentang apa-apa kejahatan, salah laku, ketidakadilan walaupun yang melakukannya orang dalam parti sendiri atau parti sendiri. Yang TAKUT menentang kepimpinan parti atau parti BUKAN wakil rakyat terbaik...
ADAKAH KAMU SEORANG YANG BAIK DAN BERPRINSIP? JUSTERU BUAT PILIHAN TERBAIK DEMI MASA DEPAN MALAYSIA DAN NEGERI ANDA...

Malaysians better wake up :
ReplyDeleteBy World Bank Estimate, Malaysia is Worse than South Sudan, Malawi, Bolivia, Mozambique, Comoros, Dominican Republic, Peru, Djibouti, Chad, Zimbabwe, Nigeria, Togo, Angola etc.
In this list of 149 countries and territories, the World Bank estimates income inequality around the world. On a scale of 0 to 100, 0 represents total equality.
https://www.npr.org/sections/goatsandsoda/2018/04/02/598864666/the-country-with-the-worlds-worst-inequality-is?utm_source=quora