Monday, October 08, 2018

Keadaan Jalan/Lampu Trafik di kawan MP Anuar Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya, pun masih teruk?

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir adalah Ahli Parlimen Temerloh. Kementerian ini bertanggungjawab memastikan jalanraya dan lampu trafik, antara lain, di seluruh negara adalah dalam keadaan baik.


Dalam era UMNO-BN, keadaan jalanraya di bandar, taman, kampung, luar bandar...iaitu jalanraya bukan 'Highway" telah tidak mendapat perhatian. Najib pun lebih memberi perhatian kepada Lembah Kelang dan bandaraya besar? 

Masalah utama:-

Jalur Putih - di tendah jalan, dan juga ditepi jalan amat penting untuk menjaga keselamatan penguna jalanraya, khususnya di sebelah malam dan bila hujan ribut. Tetapi di kebanyakkan jalan-jalan bukan Highway, kerja mengecat semula memastikan jalur putih boleh dilihat sudah lama tidak dilakukan - justeru, kini bukan sahaja kabur tetapi sudah hilang langsung di banyak tempat(ada jalur yang sepatutnya telah dipadamkan masih wujud) - termasuk juga di Kawasan Parlimen Anuar Tahir...

Lampu trafik - banyak yang rosak...dan kereta belakang kadang-kadang terpaksa hon kerana kereta depan tak nampak lampu sudah jadi hijau - kerana lampu trafik depan rosak. (Lihat sahaja di bandar Mentakab dalam kawasan Parlimen Timbalan Menteri ini)

Jalan tidak disapu...justeru banyak pasir ditepi( dahulu selalu nampak lori dan pekerja membuat kerja sapu memastikan tak ada pasir dan kotor di jalan) - paling bahaya kepada penguna motorsikal kerana senang tergelincir bila brek. 

Jalan rosak tak diperbetulkan.Dahulu JKR akan cepat repair lobang jalan - tetapi kerajaan UMNO-BN telah gunakan sistem kontrak beri kontrak kepada kontraktor luar...pasti banyak wang keluar tetapi tanggungjawab kurang, berbanding dengan tanggungjawab penjawat awam dahulu. Kerajaan juga bertanggungjawab memastikan semua jalan termasuk jalan taman, depan kedai semua dalam keadaan baik (ini sebab pemilik rumah dan kedai bayar cukai tambahan)...Tetapi, jika kamu berkeliaran di Temerloh, akan lihat banyak jalan yang sudah bertahun-tahun rosak tak diperbaiki. Tanda jalan rosak pun tidak diperbaiki..

BUAT ADUAN KEPADA JABATAN KERJA RAYA - Bagaimana? Pergi laman web Kementerian pun sukar mahu cari? 

Bila buat aduan kerosakkan? Kadang-kadang nampak papan tanda memaparkan nombor yang harus dipanngil. Tapi 'kenapa saya harus bayar kos pangillan talipon membawa perhatian kerajaan kepada isu jalan rosak, isu lampu trafik, dll... seharusnya ada NOMBOR TALIPON (tak ada caj pembayaran kepada pengguna) - supaya senang buat aduan. Ada perkhidmatan, bila dipanggil pun tidak di jawab sesiapa ...tetapi suara komputer yang minta tekan butang ini dan butang itu ...dan akhirnya 3-5 minit berlalu. Boleh cek Bil TM ini(dan akan kamu dapati anda telah dikenakan caj oleh TM - sekarang tak boleh kerana TM TAK HANTAR BIL TERPERINCHI LAGI.

ADUAN boleh dibuat kepada Kementerian mengenai semua jenis jalan(Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan juga Jalan di bawah Majlis Perbandaran) - dan Kementerian akan memastikan maklumat aduan sampai kepada pihak berkenaan dan kerja pembaikkan dilakukan segera...kononnya?

tnb - CUKUP SENANG. Setiap kali panggil, senang dapat - dan mereka cepat datang 'repair' biasanya beberapa jam tak lebih 24 jam...

UNTUK JALAN RAYA DAN LAMPU TRAFIK - sistem semacam ini amat perlu...senang panggil. cepat dijawab dan cepat diselesaikan masalah (dan pengadu tak dikenakan bayaran pengunaan talipon)..

Semasa UMNO-BN, apa yang menjadi tumpuan kebanyakkan Laman Web Kementerian adalah mengenai TENDER - dan kurang kepada isu aduan kerosakkan, dll...INI mesti perkara pertama kita lihat di Laman Kementerian (bagus juga ada maklumat tindakan yang dijalankan - supaya pengadu boleh tahu tindakan dilakukan).

Untuk rakyat biasa, yang rosak kena dibaiki cepat....

Kegagalan bertindak bersasaskan aduan ...telah menjadi rakyat 'fust' atau malas pun mengadu...kerana 'buang masa saja' - Itu masa kerajaan UMNO-BN? Adakah zaman kerajaan PH juga sama?

Majlis Perbandaran Temerloh - Dulu bila saya buat aduan melalui emel - segera ada emel susulan memaklumkan aduan diterima, dan tindakan akan diambil - KINI tak adapun emel memaklumkan aduan ...

Sistem aduan melalui talipon paling baik dijawab penjawat awam (buat di-outsource kepada kontraktor 'call service') - Bila aduan diterima, penting diberikan No. ADUAN (paling senang adalah no.talipon atau no.KP pengadu) - Pengadu harus dimaklumkan tindakan yang dilakukan...dan juga bahawa aduan telah selesai kerja nya(lampu trafik sudah beroperasi semula, lobang jalan sudah selesai di-isi, dll) > INI AKAN MENGALAKKAN RAKYAT BERPRIHATIN MEMBUAT ADUAN ATAU MEMBAWA KEPADA NOTIS KEMENTERIAN TRAFIK ROSAK, JALAN ROSAK, PAPAN TANDA JATUH...DLL.

Tapi, lebih penting bagi Kementerian Kerja Raya ...adalah pemantauan sendiri oleh pegawai kemernterian keadaan jalan, keadaan lampu trafik, papan tanda aluan trafik setiap hari...(Mereka pun tinggal di kawasan berkenaan...kenapa tunggu orang awam mengadu - baru ambil tindakan?)

Anuar Tahir adalah Ahli Parlimen Temerloh, turun Temerloh bila rumah terbakar...Simpati bagus, tetapi kerajaan patut melakukan kerja penyelengaraan dan pemeriksaan sebelum masalah terjadi...

BANJIR - kerajaan sedar mana jalan yang terlalu rendah dan setiap kali banjir akan ditengelami air - Persoalan:- Kenapa tidak menaikkan sahaja jalan tersebut atau bina benteng...kerana jalanraya memang penting pada masa banjir juga untuk memastikan rakyat boleh selanat lari tempat selamat - untuk bantuan dapat sampai mangsa, dll...

Jalanraya biasa(bukan HIGHWAY) - kerajaan UMNO-BN telah 'janji' semua jalan ini akan diselangara dan diperbaiki dan...ditambah baik...tetapi janji tak ditepati kerana selepas masuk 'HIGHWAY", kurang sangat perhatian diberikan kepada jalan-jalan ini ...

Jalan-jalan ini penting kepada rakyat setempat ...pastikan jalan baik...jalur putih (tengah jalan dan tepi jalan) sentiasa cerah dan boleh dilihat (sekurang-kurangnya setiap 2 tahun mungkin kena cat lagi) ...

Mungkin MP baru kita saperti ramai lagi MP PH membuang banyak masa di Port Dickson -- tetapi, saya ingin menyatakan bahawa rakyat harus jadi FOKUS utama - sudah beberapa bulan berlalu...tetapi jika lihat Kawasan Parlimen Temerluh, di mana MP adalah Timbalan Menteri Kerja Raya ...keadaan jalan dan lampu trafik masih teruk...

 

 

Masyarakat kena ada ilmu pertolongan cemas

Masyarakat kena ada ilmu pertolongan cemas
Anuar (tujuh, kiri) turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Kamarul dalam kunjungannya ke kediaman keluarga itu yang musnah terbakar kelmarin - Sinar Harian
 
TERMELOH: Penglibatan masyarakat sebagai sukarelawan perlu dipertingkatkan bagi membantu pihak ber­kaitan jika berlaku bencana.

Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir berkata, kerja­sama dengan pelbagai pihak dan agensi kerajaan juga penting bagi menangani perkara itu.

Menurutnya, kekerapan seperti banjir dan kebakaran di daerah ini juga memer­lukan penglibatan masya­rakat untuk sama turun padang membantu.
“Badan sukarela dan persatuan penduduk kena ambil inisiatif untuk mendapatkan kemahiran menyelamat. Sudah tentu pihak seperti bomba boleh membantu.

“Orang-orang Temerloh sudah sampai masanya mempunyai kemahiran tertentu seperti menyelamat dan pertolongan cemas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau ditemui selepas melawat kediaman keluarga Kamarul Anuar Jamaludin, 49 di Kampung Batu Satu, Jalan Temerloh-Mentakab yang musnah akibat kebakaran, kelmarin.

Beliau berkata, masya­rakat tidak boleh terlalu bergantung kepada anggota ke­­­se­­lamatan semata-mata seperti bomba atau  Angkatan Pertahanan Awam sebaliknya perlu cepat bertindak jika berlaku bencana.

Dalam pada itu, Anuar yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut men­zahirkan kesedihan beri­kutan tragedi yang mengor­bankan enam anggota bomba Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di lombong Taman Putra Perdana pada 3 Oktober lalu.

“Saya melihat apa juga tuntutan mereka perlu dipe­nuhi dan seperti kejadian kebakaran di sini dimak­lumkan tiada pili bomba hingga menyukarkan usaha memadamkan api.

“Jadi saya akan merujuk perkara ini kepada rakan se­jawat di kementerian terbabit supaya diberikan per­hatian,” katanya.- Astro Awani, 8/10/2018
 

No comments:

Post a Comment