Thursday, October 04, 2018

Mat Sabu salahgunakan kuasa untuk bantu Anwar? Anwar bikin bukan saperti cakap? EC diam?

Tindakan Mat Sabu, Menteri Pertahana, sangat memalukan dan memberikan gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Harapan

Mat Sabu, selaku mengadakan program Kementerian di Port Dickson...dan Anwar hadhir? Bukankah ini sama dengan perbuatan kerajaan UMNO-BN yang kita bantah semasa pilihanraya. Ini bukan 'FREE AND FAIR ELECTIONS'...

Fungsi kerajaan digunakan untuk membantu calun Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim...

Peruntukan kerajaan kepada kem di Port Dickson ( dan alasan sama oleh kerajaan terdahulu, ini keputusan sebelum PRK ...kini hanya kita umumkan semasa pilihanraya dekat) 
Sementara itu, Mohamad berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memutuskan sama ada peruntukan RM500,000 yang diberikan kepada Kem Tentera Port Dickson untuk membaiki rumah dianggap sebagai rasuah.
Menteri pertahanan itu sebelum ini mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Kem Tentera Port Dickson.
Peruntukan ini telah didedahkan sebelum tarikh penamaan calun, tetapi apa yang Mat Sabu buat kini adalah 'mengingatkan' dalam acara rasmi di Port Dickson yang dihadiri pegawai tentera, yang bakal akan mengundi dalam PRK akan datang...Ada di antara orang dalam Pakatan Harapan yang mengkritik dahulu masa pengumuman peruntukan untuk kem tentera ini di Port Dickson..

Mengapa MACC atau EC belum lagi mengumumkan bahawa tindakan 'peruntukan RM500,000' ini adalah salah?

Adalah Election Commission akan keluar mengatakan bahawa kehadiran Anwar dalam fungsi ini, dan aspek ucapan Mat Sabu adalah salah? Atau mereka akan berdiam diri sehingga tamat pilihanraya? Kita akan lihat apa kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya baru? Saya percaya bahawa beliau harus segera mengatakan jika ini 'salah' dan seterusnya mengambil tindakan wajar terhadap mereka yang melakukan salah ...tak kira Menteri, atau yang mungkin bakal Perdana Menteri?

Mat Sabu,  

Kenapa Anwar sahaja yang hadhir...dan bukan semua calun pilihanraya Port Dickson? Ini masa 'kempen'...

Kesilapan Mat Sabu nombor 2 - adalah kempen untuk Anwar dalam fungsi rasmi kerajaan?
 
DEFENCE Minister Mohamad Sabu said he was confident that PKR president-elect Anwar Ibrahim would do his best to resolve issues close to the hearts of military veterans when he becomes prime minister.

“I am confident veterans will be better off with increases in government revenue, which we are working towards so that Malaysia returns to its glory days,” he said at the Pingat Jasa Malaysia awards ceremony for the 22nd Battalion, Royal Malay Regiment veterans of the Port Dickson zone in Port Dickson today.

Komen:- Jika Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri, adakah pesara tentera dan tentera akan susah? dan isu mereka tidak akan diberi perhatian? Adakah ini pendirian kerajaan Pakatan Harapan sekarang ....? 

Sepatutnya dalam fungsi ini, Mat Sabu sepatutnya tidak pun menjemput 'calun PRK' Anwar atau yang lain-lain, dan tidak sekali menarik perhatian kepada Anwar Ibrahim(seorang calun)...Adakah dia masuk bersama Anwar? Adakah Anwar duduk sebelah Mat Sabu sebagai tetamu 'yang berhormat'? Jikapun kepimpinan parti dijemput hadhir, Wan Azizah bukan Anwar - kerana dimasih belum secara sah menjadi Presiden PKR?

Anwar Ibrahim telah 'janji' atau kata sebelum ini bahawa beliau tidak
Semalam, Anwar berikrar untuk tidak menggunakan jentera kerajaan dalam kempennya.(FMT, 22/9/2018)
Tetapi, apa pula ini - kehadiran dalam fungsi rasmi Kementerian Pertahanan - bukankah dia 'mengunakan jentera kerajaan'?  Tambah lagi, berita ini adalah berita dari BERNAMA... 

Cakap satu bikin yang lain...

Memang semua dalam Pakatan Harapan, termasuk Menteri, mahukan calun Pakatan Harapan menang....tetapi jangan gunakan 'kerajaan' atau 'kementerian' atau 'duit kerajaan' atau 'kuasa kerajaan' untuk kempen memastikan pengundi undi calun Pakatan Harapan...

Saya sangat kecewa dengan tindakan Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan....Kita lihat apa respon daripada Pakatan Harapan? Atau tak ada respon kerana ini 'Anwar Ibrahim' dan Mat Sabu presiden satu daripada 4 parti dalam PH? 



 

Mat Sabu: Jika MP PD jadi PM, kebajikan pesara tentera lebih terjaga

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
PRK PD | Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata kebajikan tentera akan lebih terjamin sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim terpilih sebagai anggota parlimen dan seterusnya menjadi perdana menteri.
Mohamad berkata demikian dalam majlis penganugerahan pingat pesara tentera di Muzium Tentera Port Dickson yang turut menyaksikan penampilan mengejut Anwar yang merupakan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

"Anggota parlimen Port Dickson, kalau dipilih jadi perdana menteri, sudah tentulah segala bentuk keluhan dan kebajikan (tentera dan pesara tentera) akan cuba diselesaikan dan ditingkatkan.

"Kita tidak janji tempayan emas, kita tidak dapat janji hati nyamuk," katanya.

Ketika ditanya pemberita selepas itu, Mohamad menafikan berkempen untuk Anwar dengan menggunakan sumber kerajaan dan jawatannya sebagai menteri pertahanan.

"Tapi saya akan kempen untuk Anwar di ceramah malam ini," kata Mohamad yang juga merupakan Presiden AMANAH.

Terdahulu, Anwar juga menafikan kehadirannya sebagai berkempen di Muzium Tentera berkenaan kerana, jelasnya, ia dihadiri pesara tentera dari seluruh negara dan bukannya pengundi Port Dickson.

Sementara itu, Mohamad berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memutuskan sama ada peruntukan RM500,000 yang diberikan kepada Kem Tentera Port Dickson untuk membaiki rumah dianggap sebagai rasuah.

Jelas Mohamad, peruntukan itu diberikan sebelum PRK lagi.

Menteri pertahanan itu sebelum ini mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Kem Tentera Port Dickson.

Ia kemudian mendapat pelbagai kritikan yang menyifatkan peruntukan berkenaan sebagai rasuah.- Malaysiakini, 3/10/2018


 

Anwar will settle veterans' issues when he's PM, vows Mat Sabu


Defence Minister Mohamad Sabu giving a Pingat Jasa Malaysia award to an army personnel at a ceremony for the 22nd Battalion Royal Malay Regiment Veterans Association in Port Dickson today. – The Malaysian Insight pic by Hasnoor Hussain, October 3, 2018.
DEFENCE Minister Mohamad Sabu said he was confident that PKR president-elect Anwar Ibrahim would do his best to resolve issues close to the hearts of military veterans when he becomes prime minister.

“I am confident veterans will be better off with increases in government revenue, which we are working towards so that Malaysia returns to its glory days,” he said at the Pingat Jasa Malaysia awards ceremony for the 22nd Battalion, Royal Malay Regiment veterans of the Port Dickson zone in Port Dickson today.

Anwar, who is also Pakatan Harapan’s candidate for the Port Dickson by-election, was present at the event.

Mohamad, more fondly known as Mat Sabu, also said that the government was committed to helping veterans as they had sacrificed so much for the nation.

However, he expressed disappointment that welfare funds for military personnel and veterans did not get good response.

“Military personnel and veterans have made huge sacrifices so that people can live in peace and business people can go about doing their businesses and make profits.
Anwar Ibrahim sharing a light moment with military officers and veterans at the ceremony in Port Dickson today. – The Malaysian Insight pic by Hasnoor Hussain, October 3, 2018.
Anwar Ibrahim sharing a light moment with military officers and veterans at the ceremony in Port Dickson today. – The Malaysian Insight pic by Hasnoor Hussain, October 3, 2018.
“The sacrifices of these warriors were not only for the Defence Ministry or people who have interests in the ministry, but to ensure peace because only then can people conduct businesses and spur the nation’s economy forward.

“That is why I will never get tired of saying and will continue to stress that the responsibility to look after the veterans falls on all Malaysians, including tycoons,” he said.

Mat Sabu later said his ministry would revive the Veterans’ Council, which has not held a single meeting in the past four years, to look after more than 300,000 pensionable and non-pensionable veterans.

The Port Dickson by-election on October 13 will see a seven-cornered fight. Anwar is facing a candidate from PAS and five independents, including heavyweight Isa Abdul Samad, who is former Negri Sembilan menteri besar and a former Umno warlord. – Bernama, October 3, 2018, Malaysian Insight

Pembantu Kit Siang persoal peruntukan kerajaan untuk Port Dickson

Syahredzan Johan persoal masa peruntukan membaiki kemudahan askar di Port Dickson.
PETALING JAYA: Seorang pembantu kepada veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan masa peruntukan RM500,000 untuk mengubahsuai dan membaiki prasarana untuk kakitangan angkatan tentera di Port Dickson.

Setiausaha Politik Syahredzan Johan menjawab pertanyaan di Twitter yang mengkritik pengumuman kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu, kurang dari 3 minggu sebelum pilihan raya kecil 13 Oktober.
Pengguna Twitter Mutalib Rahman persoalkan alasan peruntukan itu suatu kebetulan.

“Bagaimana ini boleh dibenarkan? Dalam banyak-banyak hari mengapa semasa pilihan raya kecil? Tak mungkin kebetulan! Menyalahgunakan dana kerajaan untuk menang? Adakah Anwar tidak popular dan terdesak?” kata Mutalib.
Syahredzan menjawab: “Setuju. Ini tidak boleh dibiarkan.”

Pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba kembali ke Parlimen pada pilihan raya kecil Port Dickson akan datang, selepas bekas pegawai tentera laut Datuk Danyal Balagopal Abdullah bersetuju mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya 9 Mei.

Port Dickson mempunyai banyak kem tentera.

Semalam, Anwar berikrar untuk tidak menggunakan jentera kerajaan dalam kempennya.

“Ini isyarat penting untuk buktikan kita pergi ke plihan raya ini untuk satu proses yang bebas dan bersih,” kata Anwar kepada pemberita. - FMT News, 22/9/2018

No comments:

Post a Comment