Tuesday, January 22, 2019

Madpet selar buang sampah dipakaikan vest 'monyet'{Malaysiakiini)

Madpet selar buang sampah dipakaikan vest 'monyet'

News  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Rakyat Malaysia Menentang Penderaan dan Hukuman Mati (Madpet) menyelar tindakan pesalah kesalahan kecil membuang sampah di merata-rata dipakaikan vest bertulis “monyet” ketika menjalani hukuman kerja amal.
Kumpulan antihukuman mati itu berkata tindakan itu salah kerana biarpun seseorang itu bersalah, maruahnya hendaklah dipelihara.
“Pihak yang melakukan kesalahan perlu dihukum tetapi kita tidak harus berlebih-lebihan dengan mencalarkan maruah, nama dan reputasi mereka secara kekal,” kata jurucakap Madpet Charles Hector.
Dalam kenyataan hari ini, Charles berkata, resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyebut setiap manusia hendaklah dilayan dengan penuh hormat sebagai manusia.
Minggu lepas, seramai 48 orang, termasuk dua warga China, didenda RM100 kerana membuang sampah merata-rata di Semporna.
Pegawai daerah itu Bianus Kontong berkata 16 orang yang tidak membayar kompaun memilih untuk melakukan kerja amal selama sejam dengan mengutip sampah sambil memakai vest bertulis “monyet”.
Bianus berkata masalah sampah di Semporna agak kronik dan 'ubat' mengawalnya adalah dengan pelaksanaan kaedah yang agresif dan tegas terhadap kutu sampah.
 Malaysiakini,. 22/1/2019

Lihat kenyataan media penuh di 

Wearing Vests With ‘MONYET’(Monkey) While Sentenced To Do Community Service Is Derogatory And Wrong - MADPET

No comments:

Post a Comment