Friday, February 08, 2019

Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia - oleh 50 persatuan, kesatuan sekerja, parti politik..


Hak Asasi - Adakah anda tahu bahawa lebih kurang 50 kumpulan termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia, DAP, Parti Semangat 46, MTUC, CUEPACS, ALIRAN, HAKAM dan lain-lain pertubuhan telah datang bersama untuk bincang dan putuskan bersama apakah Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia.

Proses bermula dengan mendapatkan pendapat semua, yang menjadi asas Deraf Pertama perbincangan. Seterusnya kesemua organisasi tersebut telah datang bersama untuk 2 hari berbincang dan berdebat untuk tujuan mencapai persetujuan semua. Setiap perkataan dan ayat diteliti. Akhirnya apa yang mendapat persetujuan semua di masukkan menjadi Piagam Hak Asasi Malaysia.

SELEPAS itu, semua organisasi diminta kembali untuk mendapatkan persetujuan pertubuhan mereka. Ya - bukan hanya wakil yang hadhir perjumpaan buat keputusan. Keputusan terpaksa dibuat oleh setiap organisasi, yang kemudian diperlukan mengembalikan persetujuan rasmi secara bertulis...

50 organisasi telah bersetuju akhirnya, dan ini melibatkan kumpulan hak asasi, perempuan, kesatuan sekerja, parti politik, persatuan alam sekitar, persatuan penguna..

Semua ini berlaku pada tahun 1993, di mana PIAGAM HAK ASASI MALAYSIA akhirnya dicetak dan diterbitkan pada tahun 1994.  

Versi asas dalam Bahasa Inggeris boleh dilihat di Malaysian Charter on Human Rights - When Malaysians Decided Themselves.... Terjemahan Bahasa Malaysia adalah saperti di bawah ini. Ada juga versi Bahasa Cina.

Ini adalah usaha pertama rakyat Malaysia menentukan apakah Hak Asasi bagi kami...














No comments:

Post a Comment