Saturday, September 21, 2019

Kenapa pekerja tak tuntut gaji OT,kerja rehat dan cuti am bulan ini dibayar sekaligus gaji bulanan? Pinda Akta

Pada tahun 2012, kerajaan Barisan Nasional di bawah PM Najib telah meminda Akta Kerja 1955...di mana MAJIKAN dibenarkan melewatkan pembayaran kerja lebih masa(overtime-OT), kerja hari rehat, kerja cuti am ...selama satu bulan.

Sebelum itu, majikan perlu membuat pembayaran semua kerja OT,kerja hari rehat, kerja cuti umum yang dilakukan pada bulan September pada masa yang sama gaji bulanan bulan September dibayar... 


19. Time of payment of wages
(1) Subject to subsection (2), every employer shall pay to each of his employees not later than the seventh day after the last day of any wage period the wages, less lawful deductions earned by such employee during such wage period.
(2) Wages for work done on a rest day, gazetted public holiday referred to in paragraphs 60D(1)(a) and (b) and overtime referred to in section 60A shall be paid not later than the last day of the next wage period.
(3) Notwithstanding subsections (1) and (2), if the Director General is satisfied that payment within such time is not reasonably practicable, he may, on the application of the employer, extend the time of payment by such number of days as he thinks fit.".
Yang paling adil, Majikan Bayar Dulu...Pekerja Lakukan Kerja.. 

ATAU Pekerja siap buat kerja, Majikan Bayar Gaji..

TETAPI, Pekerja telah terima tak perlu bayar setiap hari bila habis buat kerja ...atau bayar setiap minggu untuk kerja yang sudah dibuat...dan MAJIKAN kini boleh bayar akhir bulan sahaja untuk kerja yang SUDAH dilakukan bulan tersebut....


MAJIKAN UNTUNG ...menang...pekerja kena tunggu sampai akhir bulan untuk dapat gaji atau bayaran untuk kerja yang sudah dilakukan..

Tetapi akhir bulan pun majikan tak perlu bayar...undang-undang katakan hanya perlu bayar sebelum hari ke-tujuh bulan seterusnya...dan apa lagi, Ketua Pengarah atas permohonan majikan boleh lewatkan masa gaji dibayar..

Sekira pekerja dapat wang hari ini, masuk dalam bank pun boleh mendapat faedah...jika melabur lagi banyak faedah..

Bukankah adil jika majikan gagal membayar gaji pada akhir bulan, majikan diperlukan membayar gaji campur faedah 8% se tahun .. Lewat bayar ...pekerja dapat faedah tambahan..

Kini kerajaan Pakatan Harapan ...kerajaan baru - untuk keadilan bagi pekerja, haruskah undang-undang dipinda supaya pekerja akan mendapat bayaran kerja hari rehat, cuti umum dan OT yang dilakukan pada bulan September sekali gus bila pekerja mendapat gaji bulan September? 

Ini ADIL - adakah kerajaan prihatin kepada situasi pekerja...?

TETAPI kenapa kah MTUC, Kesatuan Sekerja dan pekerja sendiri MENUNTUT ini menjadi kenyataan? 

Pekerja BIJAK menuntut keadilan dan hak...tetapi pekerja Malaysia ramai yang terima sahaja penindasan tanpa merungut...atau menuntut keadilan...Mengapa ini?



 

No comments:

Post a Comment