Sunday, November 10, 2019

Tanjong Piai - Adakah terdapat calun yang ada sejarah perjuangan atau pernah menimbulkan isu rakyat?

Tanjong Piai - Sedih sekali tidak kita lihat media membuat lapuran yang boleh memperkenalkan semua calun kepada pengundi... Yang saya lihat, hanya calun Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang banyak dapat liputan..

Racism - sifat perkauman masih wujud di kalangan ahli dan parti politik. Bila seseorang itu merujuk kepada 'pengundi Melayu'...'pengundi Cina'...'pengundi India', ini mungkin dikatakan memupuk perbezaan berasaskan ethnik...

Kenapa pula perlu ada ceramah/himpunan untuk pengundi Cina...pengundi India, di mana mereka yang hadhir ceramah sedemikian biasa ahli politik dari kumpulan ethnik berkenaan..

Isu pengunaan SOSMA baru-baru ini, ahli politik yang keluar membantah biasanya ahli politik yang berketurunan India > Mengapa? Kenapa ahli politik lain kurang bersuara? 

Isu kerjasama UMNO dan PAS menyokong calun BN dari parti MCA merupakan isu remeh...bukankah bila dalam pembangkang dahulu parti lain juga adakan 'pakatan menghadapi pilihanraya' - yang tidak bererti apa-apa > ia taktik lojik cuba menang pilihanraya...Kefahaman PAS-BN kini bererti bahawa mereka mungkin tidak akan meletakkan calun sendiri setiap kawasan pilihanraya...dan juga akan bantu calun 'pakatan' menang dalam perlawanan dengan calun parti kerajaan...

Pakatan Harapan - kenapa masih belum didaftarkan dan mengunakan satu logo? Adakah perancangan menubuhkan satu entiti, Pakatan Harapan sudah dilupakan? Adalah PH akan kekal jadi hanya pakatan informal untuk tujuan menubuhkan kerajaan dan bertanding pilihanraya?

Pakatan Harapan masih 3 parti(Amanah,DAP dan PKR) di mana keahlian dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan satu parti di mana keahlian dibuka untuk mereka dari satu gulungan ethnik..Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Harapan saya adalah bahawa BERSATU juga akan buka keahlian kepada semua rakyat Malaysia...

Justeru, saya percaya kini Karmaine Sardini sebenarnya calun BERSATU, yang mendapat sokongan parti-parti lain dari gabungan Pakatan Harapan. 

Jadi, PRU akan datang, apakan logo atau nama parti akan digunakan - PRU lepas pakai nama dan logo PKR...akan datang DAP atau Bersatu atau Amanah..

SIAPA AKAN MENANG?

Secara lojik, parti yang memeintah Negeri dan parti yang menubuhkan kerajaan Persekutuan ada kelebihan - Semasa BN memerintah, kawasan Parlimen dan DUN di mana parti pembangkang menang, nampaknya seolah-olah mereka ketinggalan dalam aspek pembangunan dan peruntukan. Justeru pemikiran atau lojik sedemikian masih dalam kepala minda pengundi ...justeru PH ada kelebihan walaupun pengundi Tanjong Piai mungkin sudah tidak lagi menyokong PH...di mana ini mungkin akan ditunjukkan semasa PRU akan datang. Ingat PH juga mempunyai ciri sama saperti BN - MP dan/atau ADUN dari parti pembangkan terus tidak dapat peruntukkan sama dari kerajaan..

Pemilih yang kurang memerlukan bantuan kerajaan atau 'jasa baik' kerajaan untuk diri sendiri akan melihat isu besar...kepentingan rakyat Malaysia, isu keadilan... dan mereka akan mengundi berasaskan nilai atau isu besar ini... Tetapi masalahnya adalah pilihan? Calun BN bukan pilihan berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini bila mereka memerintah...Calun PH - selepas lebih satu tahun lebih tak banyak berubah... Apa alternatif - mungkin calun Gerakan(yang telah meninggalkan BN)...Calun lain - media tak membantu dan pengundi tak mengenali mereka atau pendirian mereka...INI satu sebab mengapa tempuh kempen harus panjang tidak kurang daripada 30 hari...untuk berlaku adil kepada semua calun..

Reformasi PILIHANRAYA - setakat ini tak ada apa-apa yang berlaku kecuali penukaran orang dalam Suruhanjaya pilihanraya ...Isu guna wang dan jentera kerajaan untuk kempen atau dapatkan sokongan calun PH - tidak ada apa-apa tindakan pun sehingga kini. Tempuh kempen masih pendek .sama saperti era BN..

Rakyat mengundi PH untuk reformasi pembaruan --- tetapi tindakan mereka masih saperti BN dulu 

- tak ada pilihanraya kerajaan tempatan(Majlis Perbandaran, DBKL,...) - masih lantikan politik), 

- tak ada pilihanraya peringkat kampung dan taman - masih lantikan politik

- Pengarah syarikat milik kerajaan atau GLC - masih lantikan politik. {Gaji dan elaun pun mungkin sama...terlalu banyak?) - Undang-undang memerlukan Ketua Audit Negara audit syarikat sedemikian dan bentang di Parlimen pun belum dibuat ...Apa yang berlaku dalam SRC, 1MDB dan ...masih boleh berlaku kerana sehingga kini TIDAK ADA undang-undang atau peraturan baru???

- Perhimpunan Aman > pindaan remeh saja mengurang tempuh notis dari 10 hari kepada 5 hari ...dan halangan tak adil masih kekal...(Keadaan lebih teruk - nelayan dibenarkan adakan perhimpunan aman dengan SYARAT tak lebih 1,000 > Saya tak pernah dengar syarat sedemikian dalam era BN yang menghadkan jumlah mereka yang boleh keluar mengadakan protes aman > Berapa ramai, yang tak dibenarkan hadir, telah nafikan HAK PERHIMPUNAN AMAN - Jika 10,000 mahu protes, mungkin kena adakan 10 perhimpunan aman - Isnin 1,000 ribu pertama, Selasa 1,000 yang lain, Rabu 1,000 yang lain...cukup BODOH jika buat cara ini??? Kalau ramai hadhir, berpuluh ribu beratus ribu...objektif mendapat liputan dan sampai kepada pengetahuan ramai tercapai...kerajaan juga akan sedar bahawa ini bukan isu yang ada sokongan 1,000 saja ...tetapi lagi ramai...BERSIH...HINDRAF... kalau bilangan kecil,,,tak dapat mengerakkan kerajaan untuk bertindak...Lihat _Penang fishermen peaceful assembly only allowed if NOT MORE than 1,000? Totally unjust?

- Tahanan Tanpa Bicara Masih Belum Dihapuskan

- SOSMA belum dihapuskan..

- AUKU, Akta Pertubuhan...banyak perundangan tak adil masih wujud..

- Harapan pekerja untuk gaji minima RM1,500 juga tak menjadi - gaji minima hanya ditambah kepada RM1,100 saja..

PH telah melakukan beberapa perkara - bagus kes-kes rasuah lebih banyak disiasat dan ada banyak kes kini termasuk kes Najib, dll 

Keutamaan nampaknya adalah untuk memperbaiki kedudukan ekonomi negara ...mengurangkan keberhutangan tetapi ...

PUTUS ASA rakyat semakin hari bertambah - kepercayaan kepada perubahan - penambahan hak dan keadilan tergugat...mungkin menunggu kemunculan parti politik BARU yang akan menjadi alternatif??

Bekas MP Tanjong Piai - Md Farid Md Rafik. Cuba buat carian laman web - More than RM14 million have been spent on Prime Minister Dr Mahathir Mohamad’s official overseas trips in the past year, revealed Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Md Farid Md Rafik.adakah apa-apa berita tentang isu yang beliau timbulkan atau berjuang untuk ...atau yang beliau buat? Lapuran media hanya mengenai ap yang dia kata sebagai Timbalan Menteri - siapa pun yang menjadi Timbalan Menteri boleh kata demikian...Isu atau pendapat peribadi? Justeru, apakah legasi beliau? Pak turut - tak timbul apa-apa isu atu berjuang untuk apa-apa untuk rakyat atau penduduk Tanjung Piai...Kini banyak berita bahawa beliau pernah minta ini dan itu untuk Tajung Piai - benar atau tidak sukar dipastikan? 

The government will not bow to any pressure to accelerate the ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD), says Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Md Farid Md Rafik. - 11/11/2018
Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Dr Md Farid Md Rafik said the government assured that all forms of restructuring and study on retirement benefits and pension schemes for civil servants would not affect existing retirement benefits and facilities despite the government’s financial constraints.“As of October 2018, the government had a total of 824,235 pension recipients with total expenditure for the 10 months of this year alone amounting to RM24 billion.

Apa yang MALAYSIA perlukan adalah wakil rakyat yang ada suara dan pendapat sendiri - bukan hanya 'orang setia' atau pak turut kepimpinan parti? Adakah beliau adakan apa-apa konsultasi dengan penduduk Tanjong Piai? Adakah beliau berikan taklimat dan lapuran kepada pengundi? Atau selepas menang ...dia hanya jalankan tugas Timbalan Menteri saja??? 

Rakyat mesti memilih wakil rakyat yang BERANI mendedahkan pendapat peribadi (atau pendapat rakyat yang mereka mewakili) walaupun ia bercanggah dengan pimipinan parti atau kerajaan..Adakah dia wakil rakyat ...atau hanya wakil Pakatan Harapan? 

Siapa menang atau siapa kalah di Tanjong Piai akhirnya tidak akan membawa apa-apa penukaran drastik kepada kerajaan PH peringkat Persekutuan atau peringkat negeri > Hanya MALU kepada PH...

Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini - apakah isu atau pendirian beliau.. sedih bila dia cuba timbulkan isu 'perkauman' bila mendakwa UMNO(parti Melayu) dan PAS(parti Islam) dipergunakan oleh parti MCA(parti rakyat Malaysia keturunan Cina) - Adakah ini ISU? Cara parti-parti pembangkang mengatur jentera pilihanraya mereka bukan isu besar pun - apa kata anda?

Cuba semak internet mengenai "Karmaine Sardini" - apakah sejarah perjuangan rakyat beliau...Cuba siasat juga mengenai calun lain...Adakah terdapat mana-mana calun yang mempunyai sejarah berjuang untuk isu atau hak rakyat atau rakyat setempat? Isu pekerja? Isu alam sekitar? Tak ada??? Kalau tak ada sejarah perjuangan, adakah mereka setelah dipilih sebagai wakil rakyat akan mula bersuara atau berjuang????


Karmaine dakwa UMNO dipergunakan
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN | | 8 November 2019

Karmaine membonceng motosikal ketika berkempen di Kampung Tengah Dua, Pontian hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PONTIAN - Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini menyifatkan UMNO dipergunakan calon MCA untuk berkempen sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, sepanjang berkempen di kawasan keramaian hanya pihak UMNO yang bersemangat berkempen untuk MCA, sedangkan calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sering tidak kelihatan.

“Yang saya selalu tengok jentera Barisan Nasional (BN) apabila berkempen, tiada calon dia datang. Cuma yang datang dan bekerja orang-orang UMNO.

“Kalau program masuk rumah itu saya tidak tahu tetapi saya nampak di pasar lambak atau pasar malam memang orang UMNO sahaja banyak berkempen.

“Nampak UMNO dengan Pas sahaja yang pulun, belum nampak jentera MCA bekerja untuk calon,” katanya kepada pemberita sewaktu ditemui di Surau Kampung Tengah 2, Teluk Kerang di sini hari ini.

Karmaine berkata, beliau turut bersetuju dengan pendapat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pengundi Cina akan kekal mengundi PH biarpun mereka tidak gembira dengan keadaan ekonomi semasa.

Beliau turut mengakui perkara itu merupakan cabaran untuk mengekalkan kerusi ditinggalkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

“Bagaimanapun, di lokasi saya temui pengundi Cina terutama kedai kopi, cerita pengundi Cina hendak tinggal PH tidak wujud,” katanya.

Mengenai perjalanan kempen PRK, Karmaine mengakui hanya mampu tidur tiga jam dan mula keletihan.

“Satu perkara menarik ialah ramai bekas anak murid saya kembali menemui dan menyokong hasrat saya bertanding di kampung halaman.

“Berdasarkan pertemuan saya dengan ramai pengundi meliputi keseluruhan 27 peti undi, saya teruja pengundi Melayu semakin menerima saya dan yakin mampu memenangkan parti," katanya.- Sinar Harian, 8/11/2019



 Karmaine Sardini

No comments:

Post a Comment