Sunday, March 22, 2020

Covid dan Pekerja - Hanya Menteri Kesihatan boleh keluarkan arahan?Tak boleh operasi sehingga dapat pengecualian Menteri?

PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988 - Perintah di bawah Akta ini, dan Menteri berkenaan adalah Menteri Kesihatan -  YB Datuk Seri Dr. Adham Bin Baba. 

Apa-apa perintah mestilah daripada Menteri ini - bukan mana-mana Menteri, dan apa-apa perintah baru atau pengecualian mesti dikeluarkan berasaskan Akta ini, dan perlu digazetkan. 

Setakat ini, hanya dua perintah sahaja:- PU(A) 87/2020 dan PU(A) 91/2020 - Ada lagi tak? Sila nyatakan?


PU(A) 87/2020 PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES (DECLARATION OF INFECTED LOCAL AREAS) ORDER 2020
 
PU(A) 91/2020 PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES (MEASURES WITHIN THE INFECTED LOCAL AREAS) REGULATIONS 2020
PU(A) 91/2020 PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) 2020



BAGI PEKERJA DAN MAJIKAN ...Kementerian Sumber Manusia harus adakan sidang media harian - untuk menjelaskan isu pekerja berkaitan, serta nama kilang/perniagaan yang dibenarkan beroperasi dan untuk penghasilan apa. 

Data - penuh online - senarai kilang/perniagaan jelas yang boleh beroperasi sekarang. Pekerja mesti boleh menyemak dan dapat kepastian perlu dari pihak berkuasa - bukan daripada majikan, yang kadang-kadang tak dipercayai sangat. 

Kini, semua tempat kerja/perniagaan/kilang/ladang/tapak pembinaan harus berhenti beroperasi 100% kecuali mereka dikecualikan dalam senarai 'essential services' tertera di bawah ini dari PU(A) 91/2020. Yang tidak dibenarkan buka atau operasi tidak boleh beroperasi sehingga mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah - semestinya Ketua Pengarah Kesihatan...bukan MITI, atau menteri lain atau KP lain


(1) Any premises providing essential services may be opened provided that the number of personnel and patron at the premises shall be kept to the minimum.
(2) Any premises not providing essential services may be opened provided that the owner or occupier of the premises obtains the prior written permission of the Director General and the Director General may impose any conditions as he thinks fit.
(3) Any premises involved in food supply chain or in selling food and beverages by way of drive-through, take away and delivery may be open subject to any conditions imposed by the Director General as he thinks fit.
ESSENTIAL SERVICES
1. Banking and finance
2. Electricity and energy
3. Fire
4. Port, dock and airport services and undertakings, including stevedoring, lighterage, cargo handling, pilotage and storing or bulking of commodities
5. Postal
6. Prison
7. Production, refining, storage, supply and distribution of fuel and lubricants
8. Healthcare and medical
9. Solid waste management and public cleansing
10. Sewerage
11. Radio communication including broadcasting and television
12. Telecommunication
13. Transport by land, water or air
14. Water
15. E-commerce
16. Defense and security
17. Food supply
18. Wildlife
19. Immigration
20. Customs
21. Hotels and accommodations
22. Any services or works determined by the Minister as essential or critical to public health or safety


Siapa Menteri berhak membuat keputusan? Bila tak ada Kabinet, Perdana Menteri yang ada kuasa - selepas ada Menteri, kuasa pada Menteri berkenaan. Secara wajar apa-apa berkenaan perintah kawalan kini Menteri berkenaan adalah adalah Menteri Kesihatan - tetapi kini masalahnya adalah banyak Menteri atau Kementerian yang keluarkan beranika jenis arahan...kini Kementerian yang bertanggungjawab untuk perladangan kononnya mengatakan bahawa ladang dan kilang getah, kelapa sawit dibenarkan beroperasi ...tetapi merujuk kepada Akta berkenaan, tidak ada sebarang PERINTAH sedemikian yang baru daripada Menteri Kesihatan atau Perdana Menteri pun...

COVID-19 sangat bahaya, dan justeru kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakkan, di mana kebanyakkan tempat kerja dan premis perniagaan TERPAKSA ditutup kini sehingga akhir bulan Mac. TETAPI ada majikan yang mungkin masih beroperasi, melanggar undang-undang negara - dan juga membahayakan pekerja yang TERPAKSA masuk bekerja...

Perintah Kawalan hanya membenarkan setengah premis perniagaan dan tempat kerja (atau kilang) terus beroperasi - tetapi senarai lengkap syarikat/perniagaan ini tidak diberikan sehingga kini - dan pekerja tidak boleh dengan senang rujuk kepada satu Laman Web kerajaan - mungkin Laman Web Kementerian Sumber Manusia untuk mengenal pasti sama ada mereka harus terus bekerja dalam tempuh ini...

Apa yang perintah kawalan menyatakan hanya pernyataan secara am mengenai sektor-sektor yang perlu terus operasi - yang terkecuali daripada perintah larangan yang kini berkuatkuasa..

Satu contoh, adalah kilang yang dahulu dikenali sebagai kilang MNI di Mentakab (kini dipercayai sudah ada nama baru) - ini sebuah kilang yang, saya percayai, menghasilkan kertas dan produk kertas..yang mempunyai lebih kurang 200-300 pekerja...

Ada setengah pekerja/wakil Union telah menimbulkan soalan mengapa kilang ini masih terus beroperasi dalam tempoh perintah larangan..

Secara pasti, kilang buat kertas atau produk kertas tidak dikecualikan - ia kena tutup segera dan berhenti beroperasi..

Mungkin syarikat ini memohon untuk pengecualian di bawah 
22. Any services or works determined by the Minister as essential or critical to public health or safety
Tetapi, sapertimana diperkatakan dulu, tak boleh beroperasi sehingga mendapat pengecualian bertulis - "... (2) Any premises not providing essential services may be opened provided that the owner or occupier of the premises obtains the prior written permission of the Director General and the Director General...'

Ingin dinyatakan, bahawa sehingga kini tidak ada perintah yang dibuat menyatakan MNI, sebagai contoh, boleh beroperasi. Siapakah Menteri yang akan buat keputusan ini - ianya secara wajar hanya Menteri Kesihatan - bukan MITI, bukan Menteri lain. JANGAN LUPA PERINTAH KAWALAN ADALAH DI BAWAH KUASA BIDANGKUASA MENTERI KESIHATAN DAN KEMENTERIAN KESIHATAN....Menteri atau Kementerian lain tidak bebas buat sesuka hati mereka ..


Kilang tersebut boleh pohon 'pengecualian' KETUA PENGARAH - tetapi sehingga dapat, seharusnya TUTUP operasi... kalau tidak, ramai kilang dan perniagaan akan terus OPERASI dengan alasan sudah membuat permohonan pengecualian di bawah perkara 22 dalam senarai berkenaan. Bilakah akan dapat jawapan? Mungkin selepas 31/3/2020 - dan justeru Perintah Kawalan senang-senang tidak dipatuh....kononnya sedang menunggu keputusan muktamad Menteri untuk terus beroperasi????

* MNI di ambil sebagai contoh saja...kerana isu sama mungkin berlaku dalam banyak kilang & perniagaan? Semua perniagaan mahu beroperasi terus...kalau tidak perniagaan mereka akan terjejas - ini benar sekali - tetapi semasa DARURAT begini, terpaksa semua ikut PERINTAH LARANGAN demi menangani risiko Covid-19.. Semua orang dan perniagaan akan RUGI akibat tidak beroperasi 2 minggu dan perintah melarang pergerakkan...ini pasti?

Pemilik dan pengarah biasanya tidak perlu menempuh risiko Covid-19 - hanya pekerja yang terpaksa pergi pulang dan bekerja sahaja ...

Kita tak khuathir kerana mereka kelas bawahan ...atau mungkin kerana ramai bukan orang Malaysia tetapi buruh asing? 

Apakah nilai kita rakyat Malaysia?

Mana Muhyiddin Yasin(Perdana Menteri) dan mana Menteri Kesihatan - kenapa tak keluar memberikan penjelasan perlu...Adakah syarikat dan perniagaan besar, atau yang ada 'kawan' politik dengan senang boleh tidak menurut perintah kawalan sedia ada?

LADANG GETAH DAN KELAPA SAWIT  

Baru-baru ini, BERNAMA melapurkan bahawa Menteri  Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa ladang dan kilang getah dan kelapa sawit dikecualikan ... SAH atau TIDAK SAH? Saperti yang dikatakan, hanya Menteri Kesihatan yang harus ada kuasa...kalau tidak, satu per satu Menteri akan menyatakan syarikat atau perniagaan di bawah Kementerian ini atau itu dikecualikan daripada Perintah Larangan kini - dan pekerja dipaksa kembali kerja menghadapi jangkitan Covid-19?

Perintah larangan kini hanya 2 minggu - dan adakah kini berlaku apa-apa kekurangan yang memerlukan sangat ladang dan kilang berkenaan operasi semula - Di masa ini, keutamaan adalah permintaan tempatan yang 'essential' saja - bukan untuk tujuan eksport? Apakah keperluan getah mentah untuk sektor perubatan - itu cukup? Saperti dikatakan, merujuk kepada Akta tak ada perintah sehingga kini membenarkan ladang dan kilang getah dan kelapa sawit beroperasi..Mungkin ladang dan kilang kelapa sawit boleh kerana ia mungkin boleh dikatakan dalam kategori 'Food supply' - untuk minyak masak saja? Justeru, berapa banyak diperlukan? Perlukan semua ladang beroperasi atau hanya ladang yang kini membekal kilang menghasilkan minyak masak sahaja?
COVID-19 sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Semua diarahkan tinggal di rumah dan jangan keluar bersiar atau berdekatan orang lain. ATM pun ada 'sticker' atas lantai supaya seorang itu akan berada sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain..

Jika seseorang pekerja terpaksa pergi kerja dalam tempoh sekatan pergerakkan dan berdamping dengan orang lain, pekerja hadapi RISIKO TINGGI dalam tempoh perjalanan pergi balik kerja, serta risiko ditempat kerja itu sendiri... Memandangkan pekerja akan kembali rumah bersama keluarga - ini juga RISIKO untuk keluarga pekerja itu sendiri.

Perniagaan diberikan pengecualian harus untuk teruskan produksi perkara esential sahaja - bukan untuk operasi lain untuk produk lain.

Secara lojik, semua perniagaan dan kilang menganggap perjalanan terus operasi mereka sangat penting - Jika berhenti untuk 2 minggu atau lebih, ianya akan menjejaskan perniagaan, pendapatan dan keuntungan - TETAPI situasi kini kerana COVID-19 memaksa semua mengambil langkah atau pengorbanan perlu demi keselamatan semua manusia di Malaysia ...

PERINTAH LARANGAN - setiap hari bilangan mangsa(serta kematian) meningkat ...tetapi Perdana Menteri kini tak pun mengadakan sidang media harian pada masa tertentu untuk memberitahu rakyat apa yang berlak...perintah baru yang dikuatkuasakan. Baru semalam, terima SMS menyatakan jika perlu keluar, hanya satu orang dibenarkan keluar...benar atau palsu?

Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan sangat bagus - tetapi ada banyak hal lain akibat perintah larangan selain daripada isu kesihatan. Kementerian lain juga perlu AKTIF - sidang media harian perlu daripada Kementerian Sumber Manusia - banyak sangat kerisauan pekerja dan majikan boleh dijelaskan dengan betul..

PM Muhyiddin pun perlu hari-hari adakan sidang media, bukan untuk cakap tentang status kesihatan, tetapi berkenaan perkara lain yang berkaitan...termasuk saluran bantuan kepada mangsa Perintah Kawalan... 

***Harus dinyatakan lagi, bahawa ini semua hanya pandangan saya, yang juga merupakan seorang peguam



Plantation, commodity sectors exempted from Movement Restriction Order




19/03/2020 02:03 PM

KUALA LUMPUR, March 19 -- Workers in the plantation and commodities sector have been exempted from the Movement Control Order and are allowed to resume their work activities, said Plantation Industries and Commodities Minister Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

He said the ministry Is aware that the enforcement of the order from March 18-31 would have an impact on the sector.

“The ministry is aware of the importance of the oil palm and rubber industries which contribute to the supply chain related to the provision of essential services, such as supplies of cooking oil and medical equipment like gloves and catheters,” he said in a statement today.

Following the exemption, activities such as harvesting and processing fresh fruit bunches by plantation companies, smallholders and palm oil millers may be continued.

The exemption also includes processing of crude palm oil at the refineries for the production of cooking oils to meet local demand.

Rubber tapping is also allowed to continue to ensure the supply of raw materials for medical items such as gloves and catheters, while the timber sector may resume their operations to fulfill their existing contract orders.

However, workers will need to abide by all preventive and control measures including ensuring social distancing and returning home straight after work, as well as practicing good hygiene habits such as washing their hands with soap or hand sanitisers.



Oh, 'that' ban: Construction firm fined RM50k for operating during MCO

Metro News
Thursday, 19 Mar 2020 2:38 PM MYT
By BAVANI M

PETALING JAYA: A construction firm in Kuala Lumpur was compounded for not adhering to the ongoing movement control order (MCO).

The firm was slapped with a RM50,000 fine
for carrying out work despite having been given notice to stop work for two weeks.

Two others were ordered to shut down operations immediately after they were found to be carrying out housekeeping at the site.

Under the MCO directive from the government, construction sites and household renovation works are not considered essential services and hence must cease.


DBKL enforcement officers in charge of monitoring construction sites had carried out inspection at about 50 sites by 1pm on Thursday (March 19).

“These are big firms caught breaking the law, and it is disappointing," said DBKL Corporate Planning department director, Khairul Azmir Ahmad.

“The two ordered to close were carrying housekeeping work at the site, while the other one, which was summoned, was fully operational, ’’ he added.

Khairul said the inspections were carried out at construction hotspots in Bukit Bintang, Segambut and Wangsa Maju.

The compound was issued under Section 70 (13) of the Road, Drainage and Building Act 1974 (Act 133).

Non-essential services in the city have to cease until March 31.- Star, 19/3/2020










No comments:

Post a Comment