Monday, April 27, 2020

Kenyataan Hari Peringatan Pekerja Maut Antarabangsa (28 April) - Berkabung untuk yang mati, Berjuang untuk yang hidup





Kenyataan Media(Penterjemahan Kenyataan Asal Dalam Bahasa Inggeris) – 28/4/2020

International Workers’ Memorial Day Statement
Kenyataan Hari Peringatan Pekerja Maut Antarabangsa

Mourn for dead, Fight for the living
Berkabung untuk yang mati, Berjuang untuk yang hidup
(Berhiba yang mati, Berjuang untuk yang hidup)

Hanya Memperingati Pekerja yang Maut Tanpa Menggubal Undang-Undang Baru untuk memastikan keselamatan Hidup Pekerja di masa depan tidak bermakna

Pada Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa atau Hari Berkabung Pekerja, yang disambut setiap tahun pada 28 April, kami, 40 kumpulan dan kesatuan sekerja yang disenaraikan di bawah ini  sedih bahawa hakikat kematian pekerja di tempat kerja, masih belum mengerakkan kerajaan Malaysia untuk mengubal undang-undang, peraturan dan piawaian baru yang akan semestinya mencegah kematian atau kecederaan di kalangan pekerja pada masa depan dalam situasi serupa.

Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa atau Hari Berkabung Pekerja adalah hari antarabangsa memperingati dan tindakan demi mengingati pekerja yang terbunuh, cacat, cedera atau menjadi sakit akibat  pekerjaan mereka. Slogan hari ini adalah ‘Berkabung untuk yang mati, Berjuang untuk yang hidup’.

Sedang kita berkabung kehilangan nyawa dan kecederaan pekerja, kita juga berjuang untuk pekerja lain dengan tujuan mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kecederaan di tempat kerja.

Di Malaysia, pada tahun 2018, terdapat 611 kes kemalangan maut. Pada tahun 2017, terdapat 711 kes kemalangan maut. (Bernama, 11/07/2018; Star, 7/1/2020). Malangnya, rekod Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendedahkan kes kemalangan maut yang  telah siap disiasat pada tahun 2017 dan 2018, masing-masing hanya 206 dan 260, yang bermaksud bahawa siasatan masih belum selesai untuk begitu banyak kes yang mengakibatkan kematian pun.

Sektor pembinaan mencatatkan jumlah kematian yang tertinggi. Statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mencatatkan 169 kematian dan 3,911 kemalangan di sektor pembinaan untuk tahun 2018. (NST, 15/2/2020) Kadar kematian setiap 100,000 pekerja di sektor pembinaan adalah 13.44 pada tahun 2018, berbanding kepada 14.57 pada tahun 2017.

Kadar Kemalangan Maut Malaysia (FAR) bukan hanya 10 kali lebih teruk daripada di Britain tetapi sebenarnya merosot sebanyak 20 peratus sejak permulaan abad ini, menurut laporan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan.

Kematian akibat parit runtuh - kematian akibat dikebumikan hidup-hidup


Jalmi, seorang pekerja Indonesia berusia 20-an, mati setelah dia ditimbus tanah di longkang kedalaman  tiga meter semasa kerja-kerja penggalian di Shah Alam, Selangor pada Oktober 2015. (NST, 5/10/2015).

Pada bulan Mac 2015, dilaporkan bahawa 2 pekerja binaan di Machang, Kelantan, seorang lelaki tempatan dan seorang warga Myanmar terbunuh ketika tanah runtuh dan menguburkan mereka di lubang ketika mereka sedang mengerjakan projek paip bekalan air. (NST, 30 / 3/2015).

Pada bulan September 2015, seorang pekerja binaan Bangladesh terbunuh di Kuala Lumpur setelah dia dikebumikan di timbunan tanah, setelah mangsa dan rakannya sebelum itu menggali lubang sedalam tiga meter untuk memasang paip bawah tanah. (NST, 30/9 / 2015)

Nicholas anak Jawan, seorang pekerja berusia 33 tahun, terbunuh di Sarawak setelah dia dikebumikan hidup-hidup ketika membina longkang monsun dalam (Malay Mail, 3/12/2019)
Md Shoriful, 43, dan Julhas Rahman, 27, terbunuh ketika mereka dikebumikan oleh gundukan tanah di tapak pembinaan projek perumahan di Mentakab, Temerloh di mana mereka menjalankan kerja pemasangan paip kumbahan. (BERNAMA / New Straits Times, 6/3/2020

Akan ada banyak kes yang serupa, yang malangnya tidak semua akan dilaporkan oleh media. Malangnya, laporan media juga gagal menyebut nama pekerja yang meninggal, dan juga tidak menyebut nama syarikat dan/atau majikan yang kemungkinan bertanggungjawab untuk kemalangan maut ini.

Sedang kita merayakan IWMD tahun ini, kami menyeru kerajaan Malaysia untuk:

1. Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang menetapkan kewajiban wajib untuk mencegah kematian lagi di masa depan

Kematian akibat parit tanah runtuh seperti ini di Malaysia, dan juga di seluruh dunia, kerap berlaku,  dan persoalannya adalah mengapa masih belum ada undang-undang dan peraturan khusus yang akan mencegah kematian tersebut dalam situasi serupa di masa depan.

Apa yang seharusnya terkandung dalam undang-undang tersebut adalah persyaratan untuk dukungan dan / atau penghadangan yang diperlukan untuk mencegah tanah runtuh mengebumikan  pekerja yang bekerja di dalam lubang atau parit tersebut. Keperluan untuk keperluan pemeriksaan keselamatan di tapak oleh orang yang kompeten, sebelum pekerja diminta memasuki lubang atau parit dengan kedalaman lebih dari 1 meter, dengan mengambilkira bahawa keselamatan juga akan dipengaruhi oleh jenis tanah, cuaca pada hari itu , getaran disebabkan oleh mesin yang beroperasi berdekatan atau sebab lain.

Diperlukan peraturan dan piawaian khusus, dan bukannya undang-undang umum yang kabur yang hanya membicarakan tanggungjawab keselamatan dan kesihatan umum 'sejauh mana yang dapat dilaksanakan'. Di beberapa negara lain, sudah ada undang-undang yang secara khusus menangani hal ini seperti Peraturan Pembinaan (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2015 di United Kingdom.

Terdapat begitu banyak majikan dan syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan di Malaysia, dan adalah tidak masuk akal untuk mengharapkan mereka mengetahui semua bahaya dan risiko yang terlibat dalam pelbagai aspek pekerjaan mereka. Majikan dan syarikat, mungkin tidak menyedari risiko yang ditemui di tempat kerja lain berikutan beberapa kemalangan, dan oleh itu mungkin masih menjalankan kerja dengan cara yang sama berisiko tinggi mengancam nyawa melalui kejahilan.

Oleh itu, hanya wajar untuk kerajaan, yang memiliki data dan kepakaran berkenaan keselamatan dan kesihatan kerja, untuk melakukan apa yang diperlukan melalui pengubalan atau pembuatan peraturan dan/atau undang-undang perlu yang menyatakan langkah-langkah khusus yang harus diambil oleh majikan untuk memastikan keselamatan pekerja.

Setiap kejadian di tempat kerja iaitu kemalangan, kecederaan dan/atau kematian pekerja, akan memberikan kita pengajaran mengenai apa yang perlu dilakukan sekarang untuk mengelakkan kecelakaan sama di masa hadapann yang boleh kemungkinan mengakibatkan kematian pekerja. Kerajaan berkewajiban untuk mengambil langkah-langkah untuk memastikan kemalangan serupa tidak berulang di mana saja, dan jalan penyelesaian terbaik adalah perundangan undang-undang, peraturan dan undang-undang yang jelas yang tidak hanya akan menonjolkan bahaya, tetapi juga akan memastikan bahawa majikan dan syarikat melakukan apa yang diperlukan untuk mengurangkan risiko kematian dan kecederaan. Garis panduan atau nasihat sahaja tidak mencukupi.

2.    Hebohkan kepada khalayak ramai dan janakan kesedaran mengenai Undang-Undang, Peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP)

Seringkali kerajaan menyebut mengenai SOP dan keperluan undang-undang lain, tetapi malangnya, ramai yang tidak tahudengan jelas isi kandungan sebenarnya perundangan ini, di mana ini menjejaskan kemungkinan pekerja dan orang ramai menghebohkan atau melapurkan ketidakpatuhan undang-undang oleh majikan dan syarikat.

Semua undang-undang, peraturan dan SOP terpakai mesti disenang diperolehi orang ramai, termasuk dengan memuatkannya dalam semua laman web agensi, jabatan dan Kementerian yang mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

3. Pastikan hukuman yang tegas/deterent untuk mengurangkan ketidakpatuhan, justeru mengurangkan kematian dan kecederaan pekerja

Kehidupan dan kesejahteraan pekerja adalah kepentingan utama, dan dengan itu hukuman bagi majikan dan syarikat yang melanggar undang-undang yang melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja mesti menjadi pencegahan/deterrent sekiranya Malaysia benar-benar prihatin kehidupan manusia.

Pada masa ini hukuman untuk pelanggaran undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah hanya denda, dan/atau penjara maksima 2 tahun. Namun, nampaknya macam tidak ada majikan atau Pengarah syarikat yang telah dipenjarakan, walaupun kegagalan mereka mengakibatkan kematian dan kecederaan pekerja. Pengarah dan pemilik syarikat, yang kadang-kadang mahu menjimatkan kos, sering memilih mengenepikan tugas dan kewajiban untuk melakukan perkara perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Kevin Otto, pemilik Atlantic Drain Services, sebuah syarikat di Amerika Syarikat baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setelah didapati bersalah atas dua tuduhan pembunuhan berkenaan  kematian dua pekerja, Robert Higgins dan Kelvin Mattocks, yang lemas pada Oktober 2018 dalam keadaan tidak dilindungi , iaiitu lemas dalam Parit sedalam 14 kaki berikutan pembocoran satu paip air utama. Kevin seterusnya dihukum dengan 3 tahun tempoh percobaan selama tiga tahun, yang bermula setelah dia keluar penjara, di mana dalam tempoh ini beliau tidak dibenarkan mengaji sesiapa pun untuk   pekerjaan yang melibatkan penggalian. (ISHN, 17/12/2019).

Di bidang kuasa lain, undang-undang yang ketat yang mengenakan hukuman yang lebih tinggi, termasuk kesalahan baru, telah digubal dengan tujuan mengurangkan risiko nyawa dan cedera pada pekerja. Di Australia, undang-undang Pembunuhan Industri (Industrial Manslaughter Laws) telah diperkenalkan.

JANGAN KEMATIAN PEKERJA TIDAK BERMAKNA. CEGAH KEMALANGAN SERUPA DAN KURANGKAN RISIKO KEHILANGAN NYAWA ATAU KECEDERAAN PEKERJA LAIN PADA MASA DEPAN.

Charles Hector
Apolinar Tolentino 

Bagi pihak 40 pertubuhan dan 1 individu yang disenaraikan di bawah

ALIRAN

WH4C(Workers Hub For Change)

Associated Labour Union, Philippines

Association of Human Rights Defenders and Promoters- HRDP in Myanmar

Building and Wood Workers International (BWI) Asia Pacific Region

Building and Wood Workers’ Federation of Myanmar

Center for Orang Asli Concerns(COAC)

Clean Clothes Campaign(CCC) South East Asian Coalition

Confederation of Trade Unions  Myanmar – CTUM

Electrical Trades Union of Australia

IMA Research Foundation, Bangladesh

International Black Women for Wages for Housework

Kesatuan Pekerja Atlas Edible Ice Sdn Bhd

Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan, Semenanjung Malaysia (KSIEWSSM)/Electronic Industry Employees Union Southern Region Peninsular Malaysia(EIEUSRPM)

Labour Behind the Label

MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)

MARUAH, Singapore

Marvi Rural Development Organization (MRDO), Pakistan

Migrant Care, Indonesia

NAMM (Network of Action for Migrants in Malaysia)

National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAIW)

National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM)

North South Initiative (NSI)

Odhikar, Bangladesh

Persatuan Sahabat Wanita Selangor

Safety and Rights Society (SRS), Bangladesh

Tenaganita, Malaysia

Timber Employees Union of Peninsula Malaysia

Union Network International- Malaysia Labour Centre (UNI-MLC)

Women of Color/Global Women’s Strike, United Kingdom

Bangladesh Group THE Netherlands

Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

Sabah Timber Industry Employees Union (STIEU)

African Resources Watch (Afrewatch)

Association Of Home And Maquila Workers, ATRAHDOM- Guatemala.

Parti Sosialis Malaysia(PSM)

AMMPO-SENTRO - Asosasyon ng mga Makabayang Manggagawang Pilipino Overseas - Sentro ng mga Nagkakaisa at Progresibong Manggagawa (Association of Nationalist Filipino Workers- Sentro a labor center in the Philippines)

Payday Men’s Network UK

Payday Men’s Network US

Workers Assistance Center, Inc. Philippines

Datuk Dr Ronald McCoy

No comments:

Post a Comment