Sunday, June 14, 2020

56 kumpulan -Majikan Dan Kontraktor Yang Mengingkar Perundangan OSH Yang Menjadi Pekerja Mangsa Covid-19 Harus Didakwa



Penterjemahan Bahasa Malaysia Kenyataan Media Bersama 14/6/2020
Majikan Dan Kontraktor Yang Mengingkar Perundangan OSH Yang Menjadi Pekerja Mangsa Covid-19 Harus Didakwa Di Mahkamah
SOP dan Garis Panduan CIDB - Sekadar ‘hiasan’ atau undang-undang wajib dipatuhi?
Kami, 56 organisasi, kumpulan dan kesatuan sekerja, yang disenaraikan di bawah, memandang berat kekurangan penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan yang nyata terhadap majikan, kontraktor dan pemaju termasuk pengarah dan CEO (ketua pegawai eksekutif) yang melanggar undang-undang yang telah wujud untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja, termasuk juga semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana pekerja perlu selamat daripada Covid-19.
Kini tidak nampak mana-mana Pengarah, CEO, Pengurus dan pegawai bertanggungjawab dibicarakan, disabitkan atau dipenjarakan walaupun terdapat banyak kes kemalangan pekerjaan yang menyebabkan kematian, serta jangkitan Covid-19 dikalangan pekerja. Dari  Januari hingga Mac 2020, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(DOSH) melaporkan kemalangan pekerjaan yang telah mengakibatkan 1,770 pekerja hilang upaya sementara, 65 hilang upaya kekal dan 61 mati.
Menurut undang-undang yang sedia ada, majikan SENTIASA mempunyai kewajipan untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.
Kewajipan ini bukan hanya sekadar untuk memastikan pekerja bebas dari penyakit sebagai syarat bagi perniagaan berkenaan  menyambung semula operasi, atau justifikasi untuk penutupan sementara tempat kerja apabila kes Covid-19 dikesan(atau bila berlakunya kemalangan industry). Pihak ,termasuk orang perseorangan, yang bertanggungjawab untuk ketidakpatuhan obligasi undang-undang harus dipertanggungjawabkan secara peribadi, dan harus ada pendakwaan dan sabitan untuk memastikan tanggungjawab undang-undang majikan ini akan sentiasa dilaksanakan.
Kekurangan pendakwaan, perbicaraan dan sabitan memberikan tanggapan bahawa kerajaan kurang mementingkan atau prihatin keselamatan dan kesihatan pekerja.
SOP dan garis panduan CIDB wujud sejak 22 April 2020.
Pada 26 Mei 2020, akbar New Straits Times  telah melaporkan 88 kes positif Covid-19 dikesan di tiga kluster tapak pembinaan, satu di Selangor dan dua di Kuala Lumpur. Ini amat membimbangkan, memandangkan kes-kes ini dikesan lebih daripada sebulan selepas Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mengumumkan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ketat pada 22 April 2020, yang merangkumi bukan sahaja tempat kerja tetapi juga tempat tinggal pekerja.
Walaupun tapak pembinaan tidak beroperasi, majikan/kontraktor masih mempunyai kewajiban undang-undang dan tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat tinggal pekerja mereka.
Pada 22 April 2020, CIDB, di bawah Kementerian Kerja Raya, telah mengeluarkan (1) Prosedur Standard Operasi, (2) Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan Di Tapak Bina dan (3) Garis Panduan Operasi Tempat Kerja Berpusat Dan Penginapan Pekerja
Menteri Kerja Raya dilaporkan berkata, '… sebarang pelanggaran SOP boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) ...' . (Edge Markets, 22/4/2020)
Mungkin munasabah kalau dikatakan pekerja yang menunjukkan gejala Covid-19 dan / atau dikesan positif dalam tempoh 14 hari sejak penguatkuasaan syarat tersebut mungkin telah dijangkiti sebelum 22hb April. Tetapi apabila dikesan positif lebih dari sebulan kemudian, ini bermaksud mereka, secara munasabah, telah dijangkiti dalam masa 14 hari(atau kurang) lalu.
Apabila mana-mana jangkitan dikesan lebih dari 14 hari selepas 22/4/2020, anggapan adalah terdapat pelanggaran undang-undang oleh pihak majikan, kontraktor, pemaju dan/atau ejen mereka. Oleh yang demikian, ketiadaan lapuran penyiasatan dan/atau pendakwaan ke atas majikan, kontraktor dan/atau pemaju amat membimbangkan. Penguatkuasaan dan pendakwaan yang ketat adalah  amat penting demi menjamin keselamatan pekerja di masa depan.
Kekurangan pendakwaan menunjukkan kemungkinan kemungkiran janji Menteri Kerja Raya, yang diberikan pada 22/04/2020 yang mengatakan bahawa tindakan akan diambil sekiranya terdapat pengingkaran.

Peraturan, Garis Panduan, SOP Tidak Diwartakan – ada kuasa undang undang?
Tanpa diwartakan, timbul pertanyaan sama ada sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan peraturan, SOP dan garis panduan dapat dikenakan tindakan undang-undang, apa lagi pendakwaan dan penyabitan yang berkesan.
Untuk sektor pembinaan, selain daripada SOP dan Garis Panduan baru-baru ini, CIDB sejak 2018 juga mempunyaI Garis Panduan untuk Kemudahan dan Penginapan Pekerja Sementara Pembinaan.
Malangnya, nampaknya SOP dan Garis Panduan ini semua belum diwartakan di bawah Akta CIDB, dan ini menimbulkan persoalan sama ada majikan terikat dibawah undang-undang untuk mematuhinya, dan adakah ketidakpatuhan akan membawa kepada pendakwaan, perbicaraan dan/atau sabitan.
Dilaporkan bahawa pada 31/5/2020, CIDB memeriksa 110 tapak pembinaan di seluruh negara, dan mendapati hanya 21 lokasi yang mematuhi SOP. Tiga tapak hanya diberi amaran, manakala tindakan diambil terhadap 76 tapak. (Berita Harian, 1/6/2020).
Namun, tidak ketemui apa-apa  berita  sama ada syarikat, pengarah dan individu yang melanggar undang-undang ini telah didakwa di mahkamah, didenda dan/atau dipenjarakan. Maklumat ini sangat penting bagi pekerja, dan persepsi umum. Kegagalan mendakwa boleh menunjukkan kemunafikan kerajaan.
Hak untuk persekitaran kerja yang selamat adalah hak asasi manusia
"Setiap individu mempunyai hak untuk hidup, bekerja ... untuk keadaan kerja yang adil dan baik ... Setiap orang berhak untuk taraf hidup yang memadai demi kesihatan dan kesejahteraan dirinya dan keluarganya ..." (Dari Deklarasi Sejagat  Hak Asasi Manusia, PBB, 1948).
Artikel 7 dari Kovenan Internasional mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya(International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights) yang mula berkuatkuasa pada tahun 1976 menyatakan: “Negara Pihak pada Kovenan ini mengakui hak setiap orang untuk menikmati kondisi kerja yang adil dan menguntungkan, dan khususnya: .. (b) Kondisi kerja yang selamat dan sihat;… ”
Perlembagaan Petubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menetapkan prinsip bahawa pekerja mesti dilindungi dari penyakit dan kecederaan akibat pekerjaan mereka.
Sehingga kini, seolah-olah hampir tiada majikan, kontraktor atau pemaju, dan pengarah dan/atau pegawai mereka yang telah didakwa kerana melanggar undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerja, termasuk Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta CIDB) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (PACID) dalam tempoh PKP untuk menangani pandemik Covid-19 walaupun terdapat laporan media mengenai ramai pekerja yang dijangkiti Covid-19 di tempat kerja dan/atau penginapan pekerja.
Bila peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (PACID) semuanya telah diwartakan, ianya  jelas untuk semua mengenai apa yang boleh atau tidak boleh lakukan, dimana pengingkaran akan menyebabkan pendakwaan, perbicaraan serta sabitan, SOP dan garis panduan CIDB masih belum diwartakan. Begitu juga, terdapat banyak SOP, garis panduan dan piawaian di bawah undang-undang lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja yang masih belum diwartakan.
Tidak ada gunanya jika SOP, garis panduan, piawaian dan/atau dokumen sedemikian jika hanya merupakan  cadangan atau nasihat kepada majikan kerana ini bererti  bahawa ketidakpatuhan tidak akan menyebabkan apa-apa penyiasatan, pendakwaan ataupun sabitan untuk majikan, kontraktor, pemaju, Pengarah dan/atau Pengurus mereka yang mengingkarinya.
Majikan tidak patut diberi pilihan mengenai apa yang harus mereka lakukan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. Tanggunjawab ini mesti diwajibkan kerana ia berkenaan pengurangan risiko penyakit, kecederaan dan kematian di kalangan pekerja.
Maka, kami
-          Menyeru kerajaan untuk mendedahkan senarai majikan, kontraktor, pemaju, pengarah, CEO dan pegawai lain yang bertanggungjawab yang telah disiasat, didakwa dan disabitkan kerana melanggar undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerja selama tempoh PKP ini;
-          Menuntut supaya peraturan khusus untuk tempat kerja dan kediaman pekerja diwujudkan untuk melindungi pekerja dari Covid-19 dan/atau penyakit berjangkit yang lain;
-          Menuntut perwartaan semua peraturan, piawaian, SOP, garis panduan dan instrumen sedemikian yang lain berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja yang akan menjadikannya kewajiban undang-undang di mana ketidakpatuhan akan menyebabkan pengingkar didakwa di Mahkamah. Apabila tidak diwartakan, ia hanyalah mungkin berfungsi sebagai cadangan atau nasihat sahaja, di mana majikan ada pilihan mematuhi atau tidak.
-          Menuntut Malaysia mengiktiraf Covid-19 sebagai penyakit pekerjaan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(OSHA 1994), dan semua undang-undang lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja yang akan meletakan kewajipan undang-undang jelas kepada majikan untuk memastikan pekerja selamat.
-          Menuntut  Malaysia mengkaji semula semua undang-undang berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang mungkin juga meliputi peningkatan hukuman sedia ada kepada hukuman yang lebih berat atau deteren  terutamanya apabila ketidakpatuhan menyebabkan kecederaan dan/atau kematian.
-          Menuntut Malaysia meratifikasi Perjanjian Antarabangsa Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights), Konvensyen ILO 167 -Keselamatan Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan 1988 (ILO Convention 167 -Safety and Health in Construction Convention 1988), Konvensyen ILO 155 - Konvensyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1981(LO Convention 155 - Occupational Safety and Health Convention 1981), dan semua Konvensyen lain berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan pekerja.

Charles Hector
Apolinar Tolentino
Irene Xavier
N Gopal Kishnam

Bagi pihak 56 kumpulan yang disenaraikan

ALIRAN
Building and Wood Workers International (BWI) Asia Pacific Region
Labour Law Reform Coalition (LLRC)
WH4C (Workers Hub For Change)
AMMPO-Sentro
Association Of Home And Maquila Workers (ATRAHDOM), Guatemala
Association of Human Rights Defenders and Promoters-HRDP in Myanmar
Bangladesh Group The Netherlands
Center for Orang Asli Concerns (COAC)
China Labour Bulletin
Clean Clothes Campaign(CCC) South East Asian Coalition
Electronic Industry Employees Union Western Region Peninsula Malaysia
EMPOWER Malaysia (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor)
Foreign Spouses Support Group (FSSG)
Garment and Allied Workers Union, India
Global Women’s Strike 
IMA Research Foundation, Bangladesh
International Black Women For Wages For Housework, United Kingdom
Jawatankuasa Solidariti Pekerja
Kesatuan Pekerja Atlas Edible Ice Sdn Bhd
Electronic Industry Employees Union Southern Region Peninsular Malaysia(EIEUSRPM)/Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan, Semenanjung Malaysia (KSIEWSSM)
KRYSS Network
Labour Behind the Label, UK
Legal Action for Women, United Kingdom
MADPET(Malaysians Against Death Penalty and Torture)
Malaysian Physicians for Social Responsibility
Malayan Technical Services Union (MTSU)
Marvi Rural Development Organization (MRDO), Pakistan
Migrant CARE
Monitoring the Sustainability of Globalisation (MSN)
National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers (NUTEAIW)
National Union of Flight Attendants Malaysia(NUFAM)
Network of Action for Migrants in Malaysia(NAMM)
North South Initiative (NSI)
Odhikar, Bangladesh
Onward Consulting
Parti Sosialis Malaysia(PSM)
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia/Society For the Promotion of Human Rights(PROHAM)
Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
PKNS KPP
Sabah Timber Industry Employees’ Union (STIEU)
Sarawak Bank Employees Union (SBEU)
Sabah Women's Action Resource Group (SAWO)
Sisters in Islam (SIS)
Tenaganita
Timber Employees Union of Peninsula Malaysia (TEUPM)
Timber Industry Employees Union Sarawak (TIEUS)
Union for Civil Liberty(UVL), Thailand
Union of Domestic, Maquila, Nexas and Related Workers (SITRADOM), Guatemala
Union of Forestry Employees Sarawak (UFES)
WH4C (Workers Hub For Change)
Women Of Color Global Women’s Strike
Workers Assistance Center, Inc., Philippines
Workers Empowerment
Yokohama Action Research
Union of Employees in Construction Industry(UECI)/Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Industri Binaan

No comments:

Post a Comment