Friday, January 08, 2021

Ahmad Maslan: Kes mahkamah 'zalim' punca Umno tak puas hati dengan PN? Haruskah polis/pendakwaraya/Hakim ikut cakap kerajaan semasa?

UMNO mahukan kes mahkamah melibatkan ahli politik UMNO diberhentikan? Adakah UMNO juga mahu kerajaan PN mematikan Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi dalam kes Najib?

ISU - haruskah polis, pihak penguatkuasa, pendakwa raya dan Hakim diberikan kebebasan bertindak hanya berasaskan undang-undang dan keadilan TANPA apa-apa arahan daripada ahli politik atau kerajaan semasa? Atau kerajaan berhak menuntut pendakwaraya dan Hakim bertindak atau membuat keputusan berasaskan arahan kerajaan semasa?

Haruskah semua orang, tak kira Perdana Menteri atau MP, menerima layanan sama. Bila melakukan kesalahan (atau disyaki melakukan kesalahan) disiasat, didakwa dan dibicarakan sama saperti semua orang lain? 

Malaysia yang rakyat mahu apa? 

Bila menang pilihanraya dan menjadi kerajaan, kerajaan boleh memastikan ahli politik/Menteri tidak disiasat polis, tidak didakwa di Mahkamah...

Bila menang pilihanraya dan menjadi kerajaan, kerajaan boleh dapat pengampunan untuk ahli politik mereka yang sudah didapati salah Mahkamah dan menjalankan hukuman?

Adakah rakyat mahukan ini?

Lihat juga, yang ada komen tambah dan berbeza:

'Cruel' court cases reason for Umno's gripe with PN, reveals Ahmad Maslan? Should administration of criminal justice be independent of government of the day?

 

Ahmad Maslan: Kes mahkamah 'zalim' punca Umno tak puas hati dengan PN

Diterbitkan
Dikemaskini 6 Jan 2021, 3:32 pm

Salah satu sebab utama Umno tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya, dedah Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Ahmad - salah seorang pemimpin Umno yang dihadapkan ke mahkamah - berkata perkara itu sebenarnya mengatasi rasa tidak puas hati Umno dalam soal agihan jawatan dalam kerajaan.

“Satu lagi rasa tidak puas hati ialah bukan kerana jawatan sangat, tetapi kerajaan sekarang meneruskan kezaliman kerajaan dahulu. Ini tak wajar dibuat.

“Kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini ialah kezaliman zaman (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad, (bekas peguam negara)Tommy Thomas dan (bekas ketua pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya.

“Mahathir dah tak ada dalam kerajaan, Tommy Thomas tak tahu ke mana, Latheefa Koya pun tak tahu pergi mana. Tetapi kenapa kes yang mereka bawa ini diteruskan?” soalnya dalam satu dialog dua hari lalu.

Katanya lagi, penerusan kes-kes tersebut menandakan kerajaan sekarnang juga bertindak zalim, justeru PRU perlu diadakan untuk memilih kerajaan baru.

Ahmad kini sedang dibicarakan atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterimanya daripada perdana menteri ketika itu, Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2013.

Selain Ahmad, pemimpin Umno lain yang dibicarakan atas tuduhan rasuah termasuk Najib, presiden Ahmad Zahid Hamidi dan bekas pengerusi Felda Shahrir Samad.

Ketika kerajaan PN ditubuhkan Mac tahun lepas, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan yang dia akan membentuk kabinet yang bersih dan meneruskan agenda antirasuah.

Dalam sesi dialog itu, Ahmad yang merupakan ahli parlimen Pontian merujuk kompaun dan permohonan pelucuthakan yang dimulakan SPRM terhadap mereka yang didakwa menerima wang yang dikaitkan dengan dana 1MDB daripada Najib.

Kompaun itu dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) .

“Ada yang dapat RM50,000 daripada presiden (Najib), tetapi disuruh bayar kompaun RM2.5 juta. Itu kegilaan yang melampau dan kezaliman yang tahap tinggi,” dakwa Ahmad.

Bagaimanapun dakwaan itu ada kemugkinan salah.

Seksyen 92(1) Amla menyatakan bahawa kompaun hanya boleh dikenakan tidak lebih 2.5 kali ganda daripada jumlah yang diterima.

Ini bermakna pihak yang menerima dana haram berjumlah RM50,000 hanya boleh didenda dengan kompaun sehingga RM125,000 sahaja.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Umno - Shahrir Samad - dikenakan kompaun RM2.5 juta.

Shahrir berdepan tuduhan pengubahan wang haram dengan menerima RM1 juta wang berkaitan 1MDB daripada Najib, dan ditawarkan untuk membayar kompaun RM2.5 juta daripada SPRM.

Dia sedang mencabar tuduhan itu di mahkamah.

Hari ini, Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan bagi membincangkan usul yang disokong 189 daripada 191 bahagian parti, untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu dalam PRU akan datang.- Malaysiakini, 6/1/2021

No comments:

Post a Comment