Thursday, January 21, 2021

PEKERJA(serta keluarga) yang terpaksa kerja semasa PKP - keutamaan menerima Vaksin Covid-19?

PEKERJA harus diberikan vaksin Covid-19 - khususnya mereka yang terpaksa masuk tempat kerja untuk bekerja semasa PKP/MCO[Movement Control Order]. Mereka ini mempunyai RISIKO tinggi berbanding dengan mereka yang bekerja dari rumah.

Pekerja Tempatan kini nampaknya diprejudiskan kerana kini kerajaan melalui undang-undang, hanya memerlukan pekerja asing disaring untuk Covid-19. Anih, bila dasar atau undang-undang tidak melibatkan PEKERJA TEMPATAN.

Memperincikan pemberian vaksinasi, beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 telah membuat perancangan vaksinasi mengikut senarai keutamaan dengan matlamat melindungi kumpulan paling berisiko tinggi iaitu petugas barisan hadapan sektor keselamatan serta kesihatan.

“Disusuli warga emas dan individu berpenyakit kronik diikuti populasi dewasa lain bagi membentuk imuniti kelompok. Jika anda adalah seorang dewasa yang sihat di bawah umur 60 tahun dan bukan petugas barisan hadapan, jangkaan paling awal menerima vaksin adalah pada suku ketiga tahun ini,” katanya.

 

Setahu saya, polisi kerajaan tentang pengunaan pekerja migran(asing) di suatu tempat kerja ada hadnya - kalau tak salah, tak melebihi 30 peratus(tetapi ini pun tak jelas kini, dan perlu didedahkan oleh kerajaan - adakah kini tempat kerja boleh mengunakan 100% pekerja asing, di mana ini nampaknya tak wajar dan memprejudiskan pekerja tempatan). Apakah undang-undang Malaysia? Adakah masih mempunyai kuota mengenai pengunaan pekerja asing di satu-satu tempat kerja ...atau tidak ada lagi)

Pekerja serta mereka yang terpaksa keluar bekerja/berniaga semasa PKP/MCO harus diberikan keutamaan menerima vaksin - Bukankah mereka juga 'FRONT LINERS'. Mereka semua ini dan keluarga mereka perlu diberikan vaksin - kerana pekerja yang keluar bekerja di tempat kerja ...akan pulang ke rumah - Justeru risiko menjadi mangsa Covid-19 bukan hanya pekerja tersebut tetapi keluarga(serta semua yang tinggal bersama nya).

Ada kalangan FRONT LINERS yang mengadapi risiko tinggi - khususnya mereka yang kerja difasiliti kesihatan - hospital/klinik. Juga mereka yang terlibat dengan 'contact tracing' secara fizikal dan yang menjalankan ujian mengenal pasti sama ada seorang itu positif Covid atau tidak.

FRONT LINERS lain yang selalu dilupakan adalah pekerja/peniaga yang terpaksa bekerja semasa PKP supaya ekonomi tidak tergugat dan/atau supaya semua terus mendapat makanan atau perkhidmatan perlu.

Malangnya, ramai hanya memikirkan pekerja sektor kesihatan saja (atau polis/askar/RELA yang bertugas saja) ada dalam kategori FRONTLINERS.

SEMUA PEKERJA YANG TERPAKSA MASUK BEKERJA SEMASA PKP jangan dilupakan kerana mereka ini juga FRONTLINER.

Selepas pekerja yang kini terpaksa bekerja semasa PKP(dan keluarga mereka), kategori seterusnya harus pekerja/orang perseorangan yang tidak dibenarkan masuk kerja atau perniaga kerana PKP - masalah adalah kehilangan kerja/pendapatan..

Dalam proses pevaksinan, isu kaum, agama atau kewarganegaraan harus tidak menjadi faktor..

Pekerja kerajaan yang boleh terus kerja dari rumah, di mana mereka tidak ada masalah kehilangan gaji/pendapatan kerana kerajaan pasti membayar...sama juga dengan GLC dan/atau agensi kerajaan yang lain... 

Keperluan majikan hanya perlu jalankan saringan Covid-19 untuk pekerja asing harus dipinda - untuk memastikan semua pekerja, termasuk pekerja tempatan, yang terpaksa masuk kerja semasa PKP harus disaring untuk Covid-19.

 

 

Malaysia Masih Antara Terawal Terima Vaksin COVID-19 – Khairy

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Walaupun negara maju lain serta negara jiran telah mula menerima vaksin COVID-19, Malaysia berada dalam landasan tepat untuk menerima bekalan vaksin itu bulan depan dan masih merupakan antara negara terawal di Asia Pasifik untuk menerimanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata Malaysia tidak terlewat walaupun negara lain telah menerima bekalan vaksin lebih awal dengan membayar wang pendahuluan yang tinggi sebelum data keselamatan dan keberkesanan diterbitkan.

“Malaysia membuat keputusan perolehan berdasarkan penelitian ujian klinikal tanpa perlu membayar harga premium atau wang pendahuluan yang tinggi. Maka Malaysia boleh menilai proses vaksinasi di negara lain supaya apabila pelaksanaan vaksinasi kelak, kita mampu melaksanakan secara teratur dan berkesan.

“Ramai yang mempersoalkan tentang ‘kelewatan’ Malaysia dalam memperoleh vaksin terutamanya apabila melihat negara jiran mula menerima vaksin COVID-19. Saya ingin jelaskan bahawa Malaysia masih lagi ‘on-track’, malah tempoh masa ini telah dipersetujui dalam rundingan bersama Pfizer pada November lepas,” katanya dalam ciapan Twitter beliau hari ini.

Mengenai proses penerimaan vaksin bulan depan, Khairy berkata kesemua vaksin yang ditempah tidak akan diterima secara serentak sebaliknya mengikut suku tahunan.

“Untuk vaksin keluaran Pfizer, satu juta dos akan diterima pada suku pertama, 1.7 juta (suku kedua), 5.8 juta (suku ketiga) dan 4.3 juta (suku keempat). Ini juga adalah sama dengan vaksin keluaran syarikat lain yang telah ditempah,” kata Khairy.

Memperincikan pemberian vaksinasi, beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 telah membuat perancangan vaksinasi mengikut senarai keutamaan dengan matlamat melindungi kumpulan paling berisiko tinggi iaitu petugas barisan hadapan sektor keselamatan serta kesihatan.

“Disusuli warga emas dan individu berpenyakit kronik diikuti populasi dewasa lain bagi membentuk imuniti kelompok. Jika anda adalah seorang dewasa yang sihat di bawah umur 60 tahun dan bukan petugas barisan hadapan, jangkaan paling awal menerima vaksin adalah pada suku ketiga tahun ini,” katanya.

Menurut beliau, mengurus jangkaan adalah penting memandangkan pelan vaksinasi Malaysia mengambil masa sehingga 18 bulan.

Selain itu, Khairy turut memberi jaminan bahawa kesemua vaksin dikenal pasti selamat serta berkesan bagi memastikan kepentingan orang ramai serta kewangan negara terpelihara. – BERNAMA - sumber UMNO Online


Vaksin Covid-19: Rakyat Malaysia di Singapura antara terima suntikan

Singapura: Sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sudah menjadi antara penerima suntikan vaksin Pfizer BioN Tech di negara berkenaan.

Mereka yang sudah menerima suntikan vaksin berkenaan, kebanyakkan bekerja dalam sektor yang diberikan keutamaan untuk menerima vaksin, di republik itu.

Sebahagian daripada mereka sudahpun berkongsikan pengalaman menerima suntikan di Facebook Malaysian-Singapore Border Crossers, yang kini mempunyai hampir 82,000 ahli.

Imra Astata Ibrahim yang bekerja dalam sektor marin berkata, beliau menerima suntikan vaksinnya yang pertama pada 13 Januari dan akan menerima suntikan kedua selepas 21 hari.

Ketika dihubungi Bernama, Imra Astata, 40, yang menyewa di Jurong West di sini berkata, beliau tidak teragak-agak untuk menerima suntikan vaksin tersebut bersama 10 lagi rakan dari Malaysia.

Malah, bapa kepada tiga cahaya mata itu berpandangan yang dengan mengambil suntikan berkenaan, keadaan akan menjadi lebih mudah untuknya berulang-alik ke Johor seperti sebelum ini.

"Siapa tahu, mungkin akan ada satu persefahaman antara kedua negara, bagi memudahkan pergerakan untuk pekerja yang sudah menerima vaksin ini," katanya.

Imra Astata kembali ke republik itu untuk bekerja pada 24 September lalu, selepas langkah-langkah memperketatkan pergerakan antara kedua-dua sempadan negara itu diperkenalkan pada Mac tahun lalu, bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Ketika ditanya jika terdapat sebarang kesan sampingan selepas penerimaan vaksin tersebut, Imra Astata berkata, sebelum menerima suntikan itu, beliau dan rakan-rakannya sudah dimaklumkan mengenai kemungkinan adanya kesan sampingan.

"Setakat ini, saya dan rakan-rakan masih sihat selepas mengambil suntikan. Hanya pada hari menerima suntikan, saya rasa sedikit kebas dan sakit di tempat suntikan," kata Astata yang berasal dari Johor.

Kerajaan Singapura memperuntukkan semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang di negara itu, untuk menerima vaksin sebelum akhir 2021, jika tiada gangguan yang tidak terjangka dalam penghantaran vaksin berkenaan.

Singapura menerima penghantaran pertama vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 pada 21 Disember tahun lalu.

Bagi memastikan ketersediaan vaksin dan membolehkan Singapura mencapai kadar yang lebih tinggi pemberian vaksin kepada penduduk republik itu, vaksin berkenaan akan diberikan secara percuma.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura sehingga 12 Januari 2021, lebih daripada 6,200 individu sudah menerima dos pertama vaksin mereka di negara itu.

Menurut MOH, jumlah itu dijangka akan meningkat dengan banyak dalam minggu yang akan datang, apabila mereka mempertingkatkan lagi operasi pemberian vaksin mereka.

Sejajar dengan saranan daripada Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 untuk mengutamakan vaksinasi kepada kumpulan yang paling berisiko, Singapura memulakan aktiviti vaksinasi kepada petugas bidang kesihatan secara progresif bermula 30 Disember 2020.


No comments:

Post a Comment