Sunday, March 12, 2017

BR1M - Asal dapat OK? Keprihatinan lebih untuk Malaysia diperlukan?

Ramai bila diberikan wang atau hadiah rasa 'syok' - tetapi haruskah kita terima sahaja wang rakyat gitu sahaja? Bukankah kita semua lebih berprinsip dan berprihatin, dan sebenarnya mahu wang rakyat digunakan terutama untuk membantu mereka yang miskin dan benar benar memerlukan. 

Najib dan kerajaan UMNO-BN sebenarnya tidak memikirkan gitu dalam isu BR1M - mereka mahu memberi 'sedikit' wang untuk seberapa ramai yang boleh - Mengapa? Supaya kita berterima kasih dan menyokong Najib dan UMNO-BN - tapi itu bukan wang peribadi Najib atau UMNO-BN tetapi sebenarnya wang milik semua rakyat...

WANG KERAJAAN ADALAH WANG RAKYAT MALAYSIA - Justeru wajar dan adil bagi kerajaan membantu mereka yang miskin dan memerlukan - sama ada dengan bantuan wang (atau bantuan yang akan membebaskan mereka daripada kemiskinan selama-lamanya, satu contoh program kerajaan yang melakukan ini adalah program FELDA - bila dimulakan sehingga lebih kurang 1990 [Ini dijelaskan kemudian])

Sejak dahulu kerajaan telah membantu yang miskin dan memerlukan, kebanyakkannya melalui Kementerian Kebajikan... tetapi jika dilihat nilai peruntukkan yang diberikan, nyata tidak wajar atau adil - dan perlu sangat dinaikkan berasaskan kos kehidupan hari ini..

Kini, bagi yang miskin dan/atau yang memerlikan, Kementerian Kebajikan memberikan bantuan...Sebagai contoh, bagi warga tua yang memerlukan bantuan untuk terus hidup dalam komuniti dalam masyarakat saperti biasa - RM300 se bulan untuk tempuh 12 bulan sahaja. Siapa boleh hidup dengan RM300 sebulan? Ini harus dinaikkan dan biar tidak ada had bantuan ini diberikan... Ini harus diberikan kepada warga tua yang miskin tidak mempunyai keluarga yang mampu memberikan sokongan wang. Warga tua bapa kepada seorang ADUN tak perlu bantuan pun? 

BR1M - Mereka yang lebih miskin harus diberikan lebih berbanding dengan mereka yang lebih kaya. Justeru, mereka yang kini mempunyai isirumah kurang RM1,000 harus diberikan lebih...yang kurang RM2,000 dan seterusnya.. Kini diberi isirumah pendapatan kurang RM3,000 bantuan RM1,200 - ini RM100 setiap bulan...dan Najib dan kawannya dapat berapa? RM2.6 billion untuk Najib atau UMNO-BN...

Secara keseluruhan, seramai hampir 6,320,769 permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2017 yang merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,242,048 penerima isirumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isirumah yang berpendapatan bulanan diantara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada 2,786,803 penerima individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 billion. - Siaran Media KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA - BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2017, 9/3/2017
Bujang dapat RM450 sahaja - tapi jika mereka terpaksa bayar sewa, dll...di mana ini keadaannya dengan mereka yang bujang tinggal seorang - kini berumur 40 atau lebih, mungkin sudah bercerai, mungkin duda atau balu, mungkin tidak pernah berkahwin... Untuk bujang anak muda bawah 25tahun, mungkin OK. Untuk bujang, tapi masih tinggal dengan saudara, mungkin OK...[Parkir kereta di KL kini RM4 sejam - setiap hari untuk 9 jam, bersamaan RM36...Makan kini sukar dapat untuk kurang RM6 - 2 kali makan RM12 tanpa minuman???]


Bilangan penduduk Malaysia 30 juta - kini BRIM 2017 diberikan kepada 6.3 juta orang (ini ketua isirumah/keluarga). Jika campur isteri dan katakan 2 anak sekeluarga, ini bermakna BR1M akan dinikmati lebih kurang 25 juta orang.... KESIMPULAN: UMNO-BN TELAH GAGAL JIKA 25 JUTA DARIPADA 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA MEMERLUKAN BANTUAN KEWANGAN selepas lebihkurang 60 tahun memerintah??? 

Apa yang biasa dihebohkan adalah rakyat bukan 'Bumiputra' yang mengambil lebih, maka timbulkan perasaan 'racist' (perkauman) - Fokus kemarahan kepada mereka yang bukan 'Bumiputra' tidak kepada kerajaan? Kini dilihat, banyak harta/kekayaan negara telah pergi kepada beberapa individu sahaja. Anak tiri PM boleh buat 'Holywood Movie'? Kenapa beberapa orang anak bekas Perdana Menteri semua ini kaya-kaya belaka?

KUALA LUMPUR: The national debt stands at RM655.7 billion, or 53 per cent of the country’s Gross Domestic Product, as at June 2016, said Prime Minister Najib Razak today.- FMT News, 20/10/2016

BR1M - ini bukan hak yang terkandung dalam Akta - tetapi kini budibicara Perdana Menteri dan Kabinet beliau? Nak beri tahun ini, kita beri...tahun depan tak pasti? Persoalannya dari mana datang duit ini - pinjam lagi? Zaman Mahathir, hutang negara lebih kurang RM40 billion - kini sudah hampir RM700 billion. June 2016, Najib kata RM655 Billion...(percaya atau tidak?). Nilai ringgit jatuh keberhutangan dalam RM pun naik?

  
SIAPA DAPAT BRIM - LIHAT DI BAWAH?




Condition

Alocation
Ekasih Household income (e-kasih) < RM 1,000 RM 1,200
Household income < RM 3,000 RM 1,200
Household income RM 3,000 to RM 4,000 RM 900
Single individual 21 years old and above income < RM 2,000 RM 450
Elderly RM 1,000
As for BR1M 2017, the lead family member shall receive RM 1,200 for family with household income below RM 3,000. Family with household income between RM 3,000 and RM 4,000 shall receive RM 900 aid. A RM 450 aid will be given to single individuals that are over 21 years old.
Condition












Almost 7.1 million applicants have been approved to receive the 1Malaysia People's Aid (BR1M 2016), said Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. In a statement, he said this involves household assistance of RM1,050 to almost 162,000 recipients, household assistance of RM1,000 to 3.4 million recipients, household assistance of RM800 to 380,000 recipients and individual assistance of RM400 to 3.2 million recipients. - Astro Awani, 14/3/2016

A total of 6,320,769 applications for the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) 2017 have been approved, said the Finance Ministry.It added in a statement on Tuesday that the applications involved an allocation of RM5.41 billion. - Bernama Report, 7/3/2017

No comments:

Post a Comment