Tuesday, March 14, 2017

UMNO-BN memudahkan 'Union Busting' - buang kerja, ahli union hilang keahlian?

UMNO-BN memang mahu pekerja di Malaysia kekal lemah - supaya senang ditindas dan dianiyai?

Kesatuan Sekerja merupakan cara bagaimana pekerja boleh menjadi kuat - BERSATU menentang Majikan adalah cara yang lebih wajar dan adil - berbanding dengan satu pekerja menentang Majikan. Justeru Kesatuan Sekerja (Trade Union) amat perlu ...


Mernjadi ahli Kesatuan Sekerja adalah untuk jadi kuat - bila seorang pekerja(ahli) ditindas atau dicabul haknya, AWAS kerana kita semua secara bersatu dan dengan solidariti akan berjuang memastikan pekerja yang ditindas mendapatkan keadilan dan penindasan berhenti...

Secara bersatu, Kesatuan Sekerja dapat juga berjuang menuntut hak lebih dan juga keadaan tempat kerja yang lebih selamat...

Pihak kerajaan penjajah British melemahkan pergerakkan Kesatuan Sekerja dengan hanya membenarkan kesatuan sekerja berasaskan sektor, industri, pekerjaan atau tempat kerja. Kemerdekaan dicapai, tetapi kerajaan pimpinan UMNO dan selepas itu UMNO-BN masih kekalkan strategi British dan Kesatuan Sekerja terus kekal lemah ...seekor harimau tanpa gigi dan taring... Undang-undang terus dipinda untuk memastikan pekerja dan Kesatuan Sekerja terus lemah...

PEKERJA mahu Kesatuan mereka menyokong dan berjuang untuk mereka apabila mereka ditindas atau ditipu majikan....Setengah majikan, bila pekerja mengadu atau membuat tuntutan akan dengan senang sekali membuang pekerjaan pekerja sedemikian - DAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA KINI KATA JIKA KAMAU TAK KERJA LAGI KEAHLIAN KESATUAN KAMU JUGA AKAN LUPUT. Jika bukan lagi ahli, kesatuan sekerja pun sukar membantu memastikan keadilan untuk pekerja...wang kesatuan juga tak dapat digunakan...Bila ditimpa malang, kebolehan kesatuan membantu pun terus dihapuskan oleh undang-undang kerajaan UMNO-BN.

Kini ramai juga kena buang kerja kerana 'RETRENCHMENT' - kerana majikan tak lagi perlukan pekerja atau terus berhenti beroperasi... Keahlian kesatuan, ikut undang-undang UMNO-BN pun luput...

Justeru, pada masa ahli kesatuan mahukan bantuan kesatuan dan ahli kesatuan yang lain, kerajaan UMNO-BN memastikan pekerja berkenaan dibuang keahlian dan kesatuan sekerja hilang kemampuan membantu pekerja berkenaan...

Lihat Seksyen 26(1A) - 'retained as a member'...kekalkan sebagai ahli Kesatuan - tidak boleh jika sudah berhenti bekerja dengan majikan...

Section 26(1A) - Trade Unions Act 1959
(1A) No person shall join, or be a member of, or be accepted or retained as a member by, any trade union if he is not employed or engaged in any establishment, trade, occupation or industry in respect of which the trade union is registered.

Bukankah wajar keahlian Kesatuan Sekerja pekerja dikekalkan selagi pekerja tersebut sedia membayar yuran Kesatuan...dan terus jadi ahli? YA...

Union juga boleh membantu ahli mencari kerja .... Perjanjian Bersama boleh dimasukkan klausa menyatakan bahawa jika pekerja baru diperlukan oleh majikan, ahli union harus dijadikan priority - (justeru mereka yang mencari kerja boleh dibantu....)

KINI - pekerja yang diberhentikan yang menuntut kerja kembali mendakwa 'wrongful dismissal' hanya diiktiraf Mahkamah yang boleh masih terus jadi ahli UNION...ini terlalu sempit?

Bagaimana dengan mereka yang kena 'retrenchment' akibat majikan tak perlu lagi begitu ramai pekerja atau 'tutup kedai' macam MAS? Kini dikatakan beberapa ribu pekerja bekas MAS menuntut kerja kembali - tapi MAS sudah tidak beroperasi...
  
Tindakan section 20 - menuntut kerja kembali... lihat kes Wan Noorulazhar, pekerja RENESAS yang juga Presiden UNION lah dibuang kerja pada 26/8/2011 - sehingga kini, lebih kurang 6 tahun telah berlalu, tetapi kes masih belum lagi siap di Mahkamah Perusahaan...Mana keadilan - semua adalah kegagalan kerajaan UMNO-BN... (kes buang kerja secara salah yang menuntut kembali kerja harus diselesaikan dengan pantas - dalam masa 3 - 6 bulan... kalau tidak pekerja yang menjadi mangsa...

87 Kumpulan :-RENESAS HARUS SEGERA MENGIKTIRAF UNION DAN MENGEMBALIKAN PEKERJAAN WAN NOORULAZHAR



MANSUHKAN PERUNTUKAN YANG MENGAKHIRI KEAHLIAN KESATUAN SEORANG  PEKERJA ...

Dengan ada peruntukkan sedemikian - Majikan pun senang 'Union Busting' atau senang keluarkan semua pemimpin Union dan/atau pekerja yang berani mahu menuntut hak atau mengadu keadilan...senang sahaja 'Buang Kerja' dan secara otomatik ahli union terkeluar dari Union...


 


 

No comments:

Post a Comment