Wednesday, April 19, 2017

Azmin Ali dan beberapa Exco Selangor masih belum isytihar harta lagi?

Sedih sekali - masih tidak ada PERISYTIHARAN HARTA - layari Laman Web Kerajaan Selangor ini dan lihat exco mana yang telah membuat perisytiharan harta dan yang mana belum --- Azmin Ali sendiri belum lagi...http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/90?mid=648



Azmin dilapurkan kata “Ya, saya akan isytihar kepada umum.” - Bilakah kita boleh lihat pengistiharan harta ini? 

Adakah Azmin Ali berikan gambar palsu mengenai perisytiharan harta MB dan Exco Selangor? MB sendiri nampaknya tak dedah?

PERISYTIHARAN HARTA amat perlu khususnya bagi semua ahli Kabinet, dan Exco kerajaan negeri...

PERISYTIHARAN HARTA ini perlu dibuat kepada rakyat 

...bukan hanya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar dan/atau Ketua Menteri

...bukan hanya kepada MACC atau badan kerajaan 

....in Shah Alam.Responding to PKR vice-president Rafizi Ramli’s proposal concerning asset declaration, Azmin said the state government’s policy had gone beyond this....It was reported that asset declarations of Selangor state executive council (exco) members have been made public on the state government’s official website since 2009, a policy introduced by Azmin's predecessor, Abdul Khalid Ibrahim.- Malaysiakini, 30/11/2016

MAKLUMAT DIPERLUKAN ADALAH:-

Pendapatan Bulanan - bukan sahaja dari gaji MB atau Exco...tetapi semua pendapatan..

Kepentingan dalam syarikat - saham yang dimiliki, jawatan dipegang >>> Mengapa kita tidak mahu kerajaan di bawah pengaruh PM atau MB memberikan projek atau kontrak kepada syarikat yang mereka ada kepentingan dalam...atau menarik projek dari syarikat lain... [Yang paling elok, adalah PM,MB,Kabinet, Exco Kerajaan ... tidak menjual beli kepentingan mereka dalam mana-mana syarikat, khususnya syarikat yang berurusan terus atau secara tidak terus dengan kerajaan atau mana-mana badan kerajaan..

Tanah - kerajaan ada cadangan mahu membuat pembangunan besar di kawasan 'A'...sebelum itu PM,MB,Kabinet, Exco Kerajaan...dan/atau keluarga mereka terus pi membeli tanah dikawasan itu kerana tahu nilai tanah akan naik... Ini tak betul?

Wang dalam akaun bank - ini kini perlu selepas duit berbillion masuk akaun peribadi Najib...justeru perlu elakkan rasuah atau perkara tak betul macam ini... justeru, perlu sangat kita tahu...

MALU - tak mahu dedah? 'Jangan jaga tepi kain orang'? Right of Privacy? Transparensi memerlukan ahli politik berkuasa mendedahkan semua ini (dan mungkin lebih)...

Dalam kes Azmin, beliau telah secara terbuka berkata akan dedah...berasaskan taksiran lapuran media dulu...

RAKYAT memang marah dengan salah laku kerajaan UMNO-BN, dan apa yang diharapkan adalah kerajaan alternatif yang bersih, cekap, amanah...tidak menyalahgunakan kedudukan dalam kerajaan untuk mengaut keuntungan untuk diri sendiri, keluarga atau kroni...

PERISYTIHARAN HARTA - sekali tak cukup...perlu dibuat setiap 1 tahun(cadangan)...justeru rakyat boleh pantau sama ada apa-apa salah laku berlaku....???

Mengambil 'ikrar' atau buat 'sumpah' atau menandatangani perjanjian tak akan menyalahgunakan kedudukan dalam kerajaan atau ambil 'rasuah' - tak guna lagi ...tengok berapa ramai yang kena tangkap ambil rasuah?

Cadangan Hannah Yeoh pada Ogos 2016 adalah baik - tetapi deklarasi kepada rakyat umum bukan deklarasi 'rahsia' untuk mata beberapa orang sahaja...

Selangor state-assembly Speaker Hannah Yeoh had in August proposed an amendment to the Standing Orders which would require all Selangor state assemblypersons to declare their financial interests and assets. - Malaysiakini, 30/11/2016

 

  


 



 

 


 

No comments:

Post a Comment