Thursday, December 01, 2016

Adakah Azmin Ali berikan gambar palsu mengenai perisytiharan harta MB dan Exco Selangor? MB sendiri nampaknya tak dedah?

Azmin dilapurkan hari ini menyatakan bahawa semua ahli Exco kerajaan Negeri Selangor telah 'declared their assets' - dan juga telah dilapurkan bahawa maklumat 'perisitharan harta' ini boleh dilihat di laman web rasmi Kerajaan Selangor. [http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/90?mid=648]

"At the state government's level, it is not just the executives who have declared their assets, but all parties have signed an integrity pact with the MACC."That shows our serious commitment to ensure a clean, accountable and transparent government," he told a press conference in Shah Alam.Responding to PKR vice-president Rafizi Ramli’s proposal concerning asset declaration, Azmin said the state government’s policy had gone beyond this....It was reported that asset declarations of Selangor state executive council (exco) members have been made public on the state government’s official website since 2009, a policy introduced by Azmin's predecessor, Abdul Khalid Ibrahim.

Jadi, saya telah pergi ke laman web rasmi  Kerajaan Negeri Selangor - dan didapati bahawa Teng Chang Kim, Datuk Iskandar Abdul Samad, Ean Yong, Dr Ahmad Yunus, Dr Daroyah, Ganabatirau,  dan Amirudin bin Shari telah membuat Peristiharan Harta yang boleh dilihat dalam laman web ini  

Tetapi tak ada pun Peristiharan Harta bagi MB Azmin Ali, serta Elizabeth Wong, Nik Nazmi dan Zaidi Abdul Talib...kesemua ahli Exco Kerajaan Selangor..


ADAKAH AZMIN ALI TELAH MENIPU? (Atau pihak media melakukan kesilapan melapur memberikan kita semua gambaran salah?) - 

'Declaration of Assets' adalah sangat penting...dan mesti didedahkan kepada rakyat umum oleh semua ADUN Selangor, terutama Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri...Tak guna jika 'Declaration of Assets' hanya diberikan kepada PM atau MB, atau dirahsiakan daripada rakyat...

PERISTIHARAN HARTA sedia ada yang digunakan di SELANGOR mempunyai kekurangan..

Pendapatan Bulanan - Gaji dan Jumlah Semua Imbuhan Tetap atau Elaun - di mana semua menyatakan Gaji (RM20,250) dan Elaun(RM21,250) - Anih...adakah ini hanya pendapatan Exco Negeri (atau campur gaji/elaun ADUN) - Butiran diperlukan..

Berkenaan pendapatan lain - semua kecuali Ganabatirao(yang menyatakan dia juga ada pendapatan sewa RM800) nampaknya tidak ada pendapatan lain...Tidakkah mereka mendapat apa-apa pendapatan daripada amanah saham/unit trust, syer/bond, simpanan tetap(atau simpanan bank)...atau dari sumber lain..

Maklumat lain yang diperlukan adalah kepentingan lain - pemegangan saham/bond atau kepentingan dalam mana-mana syarikat

Maklumat mengenai samada duduk sebagai Pengarah di dalam mana-mana syarikat (dan pendapatan/elaun diperolehi)

Maklumat selepas kes Najib - perlu juga butiran mengenai semua akaun bank peribadi..sama ada di Malaysia atau di luar negara

Maklumat diperlukan bukan sahaja mengenai diri sendiri tetapi suami/isteri dan anak juga...(atau mana-mana ahli keluarga dekat saperti ibu bapa, adik beradik) - khususnya kepentingan dalam mana-mana syarikat

MAKLUMAT INI HARUS DIBEKALKAN BUKAN SAHAJA OLEH MENTERI BESAR, AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI TETAPI SEMUA ADUN - Mengapa? Mereka Wakil Rakyat, dibayar Duit Rakyat dan Rakyat perlu memantau bahawa mereka tidak melakukan apa-apa salah guna kuasa, korupsi atau 'kleptocracy' . Kepentingan dalam syarikat penting kerana ini untuk memastikan bahawa kuasa tidak disalahgunakan demi sesuatu syarikat...yang mereka/keluarga mereka ada kepentingan dalam.

Peristiharan Harta kini yang terpapar dalam Laman Web hanya perisiharan pertama dibuat pada tahun 2014 - Sewajarnya peristiharan dibuat setiap tahun..(atau lebih baik setiap 6 bulan)...

Azmin juga dilapurkan menyatakan, '..and signed an integrity pact with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)'...Apa ini? Jangan lupa ikrar/sumpah yang diberikan bila dilantik jadi ADUN, Menteri Besar atau Ahli Exco Kerajaan ...

Apa ini? Perjanjian Integriti dengan MACC (apa kandungan perjanjian ini?), dan apakah kesan jika MB,Ahli Exco kerajaan, Pegawai Tinggi dan ADUN mengingkari perjanjian dengan MACC ini - adakah mereka akan dianggap melakukan kesalahan jenayah, dan jika disabitkan akan dihukum penjara dan dikenakan denda - Adakah Selangor telah mengubal undang-undang sedemikian? 

Adakah pengingkaran perjanjian integriti dengan MACC, juga bermaksud bahawa pegawai-pegawai tinggi akan segera dipecat? ..dan akan didakwa melakukan kesalahan jenayah...

Adakah pengingkaran perjanjian integriti dengan MACC bermaksud bahawa hukuman mereka akan dua kali ganda jika disabitkan tuduhan korupsi, pecah amanah, kleptokrasi, dsb...

Atau adakah 'perjanjian integriti dengan MACC' sebenarnya tak guna langsung hanya untuk tujuan politik memberi gambaran bahawa kerajaan Selangor kononnya 'BERSIH'..?

Wakil Rakyat dan/atau Penjawat Awam sudah secara otomatik mempunyai perjanjian integriti dengan rakyat ...

Azmin ALI kini seharusnya dengan cepat , dalam masa 2 minggu, memastikan bahawa Peristiharan Harta beliau dan kesemua ahli Exco kerajaan segera dipaparkan di Laman Web Kerajaan Negeri Selangor...dan Deklarasi itu mesti jelas, merangkumi semua pendapatan dan kepentingan, bukan sahaja diri sendiri tetapi ahli keluarga dekat.

GAJI EXCO - LEBIH KURANG SETENGAH JUTA RINGGIT SETAHUN agak melampau berbanding dengan hakikat terkini rakyat Selangor. Gaji Minima RM1,000 - kerja 40 tahun pun sampai RM480,000. Secara wajar, gaji/elaun/pendapatan EXCO kena dikurangkan...wakil rakyat kini berpendapatan jauh lebih tinggi daripada rakyat sendiri...[Ingat bahawa perbelanjaan kerja rasmi semua ditanggung...pendapatan peribadi ADUN atau Exco atau Menteri Besar mestilah munasabah ... Untuk ADUN gaji mesti dikurangkan, tetapi peruntukkan mesti diberikan untuk pejabat-pejabat ADUN, dan kakitangan sokongan ADUN secara asing...]

 

Lihat Pos Berkaitan:-

Mah Siew Keong and GERAKAN plans to get MACC to give their candidates 'corruption free' certification is wrong?

1MDB? GLCs? WHAT CAN BE DONE by Federal/State governments to avoid 'kelptocracy' and abuses?

 New corruption laws for Prime Minister, Ministers, State Exco, Public Servants?

 PKR's Zuraida Kamaruddin reveals disturbing concerns ...which PKR,DAP,PAS ...must explain?

 Selangor, Azmin, Constitution Amendment, PKNS Scandal?, RM3 Billion,Open Letter by MI, Things to do ...?

 

 

Azmin: State officers declared assets, inked pact with MACC 

Alyaa Alhadjri     Published     Updated

Selangor Menteri Besar Azmin Ali said all top officers in the state have declared their assets and signed an integrity pact with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

"At the state government's level, it is not just the executives who have declared their assets, but all parties have signed an integrity pact with the MACC.

"That shows our serious commitment to ensure a clean, accountable and transparent government," he told a press conference in Shah Alam.

Responding to PKR vice-president Rafizi Ramli’s proposal concerning asset declaration, Azmin said the state government’s policy had gone beyond this.

"It is not about me supporting any individual. It is about the policy of the state and in fact we have done beyond that,” he added.

He said the state-government, state-government departments, including government-linked corporations in Selangor have signed the integrity pact with the MACC.

The PKR deputy president was asked if he would support Rafizi's move to write to all members of Parliament and high-ranking civil servants to pressure them to declare their assets.

Commenting further, Azmin said: "If you declare your assets but do not have integrity, it does not mean anything.”
 "Look what happened in Putrajaya," he added in reference to the internal asset declaration practised by BN.

It was reported that asset declarations of Selangor state executive council (exco) members have been made public on the state government’s official website since 2009, a policy introduced by Azmin's predecessor, Abdul Khalid Ibrahim.

Selangor state-assembly Speaker Hannah Yeoh had in August proposed an amendment to the Standing Orders which would require all Selangor state assemblypersons to declare their financial interests and assets. - Malaysiakini, 30/11/2016

No comments: