Saturday, June 24, 2017

Media tentukan siapa parti/pemimpin penting? Bukan peranan media? Tak adil untuk rakyat?

Media Massa(termasuk Media Alternatif) ada kuasa dan pengaruh besar - Mereka yang memilih dan memberikan ruang kepada ahli politik, parti politik dan individu...TETAPI gambaran yang diberikan kadang-kadang mungkin salah...atau akan memprejudiskan rakyat Malaysia...MEDIA mempunyai tanggungjawab menyalurkan berita, informasi dan pendapat tanpa diskriminasi. Media ada obligasi mendedahkan kebenaran kepada rakyat. Bila pendapat dihebohkan, secara adil pendapat pihak lain juga perlu dihebohkan - Rakyat akan putuskan apa nak percaya dan apa nak tolak...Adakah media massa Malaysia melakukan ini. 




Kini, media massa memberikan gambaran bahawa setengah parti/pemimpin adalah 'penting', atau ini sahaja 'tokoh' yang perlu menerima perhatian rakyat...Suara ramai rakyat yang lain saperti wakil komuniti, wakil pekerja, 'wakil rakyat' dan juga parti politik lain yang bersuara atau yang perlu diberi ruang tidak diberi ruang atau perhatian. Tindakan sedemikian hanya merugikan Malaysia dan rakyat - ramai yang bersuara dahulu mungkin terus kurang bersuara atau berhenti sahaja - kerana media massa tak berminat memberikan mereka ruang. Satu contoh parti politik yang tak dapat perhatian media massa adalah PRM(Parti Rakyat Malaysia) ...selepas segelintir pemimpin tersebut masuk PKR? PRM masih wujud tetapi ...



Lihat isu Infineon Melaka - kenyataan 55 pertubuhan - tetapi satu pun media (atau media alternatif) tidak melapurkan mengenai isu ini.

55 Groups - INFINEON MUST STOP UNION BUSTING AND DISCRIMINATION AGAINST UNION LEADERS - Reinstate Union President?

RISIKO KENA SAMAN OLEH SYARIKAT BESAR ATAU INDIVIDU KAYA MENGAKIBATKAN APA YANG MEDIA AKAN MELAPURKAN?

Mungkin kerana kenyataan media adalah mengenai sebuah syarikat masjikan - di mana kesan akibat tindakan guaman dimulakan beberapa syarikat berasaskan lapuran kenyataan penduduk, aktivis ....


Raub Australian Gold Mining (RGAB) has previously filed defamation suits against both Malaysiakini and FMT, insisting that allegations that sodium cyanide used for gold extraction was hazardous to Bukit Koman residents are unsubstantiated - Nurul,Najib,... if you are for Freedom of Expression, Freedom of Opinion, HR Defenders, Press Freedom... - Withdraw Defamation Suits?

Settled? Lynas should restore Free Malaysia Today's press freedom...


Justeru, akibat daripada tindakan guaman (biasa saman malu) yang dilakukan terhadap media oleh syarikat/corporation, ramai media sudah jadi TAKUT melapurkan apa-apa pernyataan rakyat atau berita yang menghebohkan kemungkinan besar salahlaku atau ketidakadilan yang dilakukan syarikat. 

Mengapa? Jika melawan di Mahkamah, akhirnya media mungkin menang ...tetapi kos perjuangan di Mahkamah dalam kes-kes saman (atau saman malu) agak tinggi - khususnya bila menang pun, syarikat besar(atau individu kaya) ada kapasiti membawa ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya juga ke Mahkamah Persekutuan...kos terlalu tinggi...dan juga ganti rugi diperlu bayar agar tinggi...Justeru, kebanyakkan media di Malaysia ambil jalan 'selamat' - jangan lapurkan berita menuduh syarikat besar lakukan salah...SEDIH sekali. Mana dia semangat perjuangan media Malaysia - mana keberanian berjuang menegakkan keadilan tanpa takut ...sedia menghadapi apa-apa risiko demi prinsip? Mungkin, undang-undang boleh digubal menghalang 'serangan' sebegini terhapa pihak media...

Akibat tindakan, pilih memilih suara siapa yang akan dilapurkan - rakyat Malaysia yang rugi... dan kita tidak mengetahui banyak isu atau tentang kehadiran pemimpin yang lain saperi Kasthuri Patto,... 

PKR & BERSATU - BANYAK LIPUTAN MEDIA? APA SOKONGAN AKAR UMBI?

PKR dan PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA, serta pemimpin mereka menerima banyak liputan media - TETAPI apakah sebenarnya sokongan rakyat akar umbi kepada kedua-dua parti ini? Menurut pandangan saya, di peringkat akar umbi, kedua-dua parti (dan/atau pemimpin mereka) sebenarnya tak ada banyak sokongan...

Sokongan rakyat di peringkat akar umbi tetap dengan parti politik pembangkang yang lama, dan ada sejarah lama perjuangan....iaitu DAP dan PAS. Sokongan juga ada pada Parti yang dahulu sebahagian daripada Socialist Front(yang tinggal kini hanya Parti Rakyat Malaysia) dan mungkin juga PSM tetapi sokongan ini kebanyakkan daripada golongan rakyat yang lebih tua...kini PRM wujud lagi tetapi nampaknya 'lemah'...

Justeru, 2 parti politik pembangkang yang masih ada sokongan kuat adalah masih DAP dan PAS tetapi masalah yang kerap timbul disebabkan taktik yang digunakan mengekalkan sokongan menjadikan sukar bagi kedua parti ini, iaitu PAS dan DAP bergabung, menentang UMNO-BN. 

PAS & DAP yang ada banyak sokongan akar umbi - Mengapa? Situasi Kini?

PAS

Mengapa? PAS untuk menarik dan mengekalkan sokongan mengunakan 'Islam' sebagai daya tarikan parti...dan media massa hanya kerap melapurkan isu-isu 'undang-undang Islam' dan/atau 'negara Islam' tetapi bukan isu lain mengenai perkara yang lebih kepada semua rakyat Malaysia. Setengah kepimpinan PAS juga hanya menekan isu 'Islam'. Harus disedari bahawa hanya lebih kurang 60% rakyat Malaysia beragama Islam - dan ini menyebabkan kecurigaan di pihak mereka yang bukan beragama Islam(serta mereka beragama Islam yang tidak mahu apa yang PAS tawarkan). Apakah sebenarnya yang ditawarkan oleh PAS? Adakah segelintir rakyat akan dipinggirkan dan dilayan sebagai rakyat 'kelas dua'? Adakah perempuan akan dikira sama taraf dengan lelaki - diberi layanan dan peluang sama termasuk menjadi pemimpin? Masalah yang masih wujud adalah PAS mungkin belum duduk memikir dan berkongsi apakah sebenarnya perubahan yang akan berjuang untuk - pencukaian, pekerjaan, pendidikan, hak asasi, dll... ? PAS kuat kerana ahlinya ramai - di mana cawangan/cabangnya aktif dimana semua ahli ada 'kerja' dan tanggungjawab - di mana kepimpinan setempat ada peluang - lihat sahaja aktiviti minguan di semua bandar, di mana ada ceramah umum di mana tak perlu lagi cari 'penceramah' kepimpinan nasional - kerana di semua tempat sudah wujud penceramah serta mereka yang boleh memimpin. Kekurangan besar adalah bahawa 'pengaruh' PAS mungkin hanya di kalangan ahli dan penyokong, dan kurang sekali dikalangan khususnya mereka yang bukan Islam. Pada PRU lepas, PAS membuat langkah penting bila mencalunkan orang bukan Islam sebagai calun PAS - Bagus perkembangan ini, tetapi bolehkah ini sampai kepada satu tahap bila semua individu rakyat Malaysia akan diterima sebagai sama - sama-rata?

DAP

Parti ini ada banyak 'tokoh', wakil rakyat dan pemimpin yang aktif - Karpal Singh, Lim Kit Siang, Hannah Yeaoh, Charles Santiago, Tony Pua, Patto (kini Kasthuri Patto), Teresa Kok, Teng Chang Kim, Tan Seng Giaw, Lim Guan Eng,... - mereka sentiasa keluar media membuat kenyataan dan tindakan. Isu baru dan isu rakyat sering disuarakan...ini sudah lama berlaku, dan terus berlaku. Justeru, ramai menganggap mereka ini berani berjuang...berani bersuara secara terbuka dan konsisten. ...Justeru, sokongan kuat terhadap parti ini...

PARTI Perantaraan - membawa DAP dan PAS bersama? 

Justeru, parti ketiga diperlukan oleh PAS dan DAP...dulu Semangat 46 dan PRM, selepas itu Parti Keadilan (atau kini PKR)...dan kini pula satu lagi parti timbul cuba mendapatkan sokongan rakyat yang tidak mahu UMNO-BN iaitu 'Bersatu'. Keadaan dah berubah kini - kerana Resolusi PAS tak mahu bekerjasama dengan DAP, dan Pakatan Harapan juga dah bubar. Amanah, parti baru yang ditubuhkan kebanyakkan pemimpin yang keluar PAS selepas kalah pilihanraya PAS, juga sudah ada...

PKR - jika dilihat diperingkat akar umbi...di peringkat cawangan, nampaknya masih kecil bilangan sokongan, dan hampir tidak ada aktiviti saperti ceramah umum. Adakah Anwar Ibrahim dan PKR ada sokongan ramai rakyat? Jika bukan kerana sokongan PAS dan DAP, kemungkinan calun PKR mungkin kalah dalam kebanyakkan kerusi yang dipertandingkan. Kalau PKR menganjurkan rapat umum dan ceramah, berapa ramai yang hadhir? PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat memberikan kerusi untuk PKR bertanding, dan olehkerana itu calun PKR menang - jangan PKR salahanggap bahawa semua undi yang diterima calun PKR tanda sokongan rakyat kepada calun PKR???

BERSATU...jika dilihat bahawa tidak ada MP/ADUN UMNO-BN ramai-ramai keluar ikut Muhyiddin atau Mukriz, menunjukkan bahawa jelas mereka dalam UMNO-BN pun tak ada sokong banyak - jadi harapan BERSATU adalah bahawa mereka yang menyokong pembangkang akan menyokong mereka kali ini ...Mengelikan hasrat Muhyiddin atau mana-mana pemimpin BERSATU jadi Perdana Menteri atau pemimpin pembangkang...Mahathir ada 'peminat' - itu pun kerana bila beliau menulis atau berceramah, ada banyak poin dan isikandungan yang bagus. Adakah ini akan menjadi undi sekiranya Mahathir bertanding - kemungkinan tidak...tetapi jika ia satu-satu calun menentang calun UMNO-BN, dengan sokongan DAP dan parti pembangkang lain, mungkin menang... Bagaimana pula Muhyiddin atau Mukriz? Adakah rakyat akan lupa bahawa mereka ini sudah nama dalam UMNO-BN - yang adalah bertanggungjawab untuk negara dalam keadaan kini sekarang ...Mereka, saperti Anwar, tidak keluar sendiri daripada UMNO tetapi telah disingkirkan sebelum sempat dipilih jadi Perdana Menteri? Adakah mereka ini sudah berubah...atau hanya masih didorong keinginan mahu jadi PM - bukan kebaikkan rakyat dan negara? Anwar Ibrahim pun, jika memanggil perhimpunan rakyat menunjukkan sokongan akan sedari bahawa sokongan amat kurang - kali terakhir beliau ke Mentakab, yang keluar hanya lebih kurang 150? Rakyat bukan bodoh...

TANPA KERJASAMA PAS DAN DAP ...?
Justeru, jika kedua-dua PAS dan DAP keluar daripada apa-apa 'Pakatan' atau 'electoral pact' dengan PKR atau BERSATU(2 parti ini dimulakan mereka yang ditendang keluar UMNO bukan 'resign' berasaskan prinsip), kemungkinannya adalah mereka akan kalah teruk - mungkin hilang deposit..

TETAPI ...rakyat kini hanya mahu keluarkan UMNO-BN, dan sanggup mengundi siapa sahaja yang tawarkan diri sebagai 'alternatif' ...Jangan pula parti pembangkang salah anggap ini sebagai sokongan kepada parti, dasar dan perjuangan parti pembangkang... Oh nanti - tapi apakah 'dasar' atau 'polisi'....atau 'program' parti pembangkang...Apakah yang mereka akan menukar? 

CARA MENTADBIR KERAJAAN NEGERI akan menjadi faktor PRU akan datang juga? 

Janji akan mengadakan 'Pilihanraya Kerajaan Tempatan' - pun kini sudah tak lagi diutamakan...mungkin undang-undang Persekutuan kena dipinda sebelum ini boleh dibuat TETAPI kenapa pula tak ada pilihanraya pemimpin kampung/taman/kampung baru/...secara demokratik. Kenapa cara pentadbiran di Negeri tidak menjadi lebih demokratik - dengan lebih ruang penyertaan rakyat setempat? Azmin Ali sendiri masih lagi belum buat pengistiharan harta - lihat sahaja laman rasmi kerajaan negeri....Begitu juga Elizabeth Wong(PKR) - bagus beberapa yang lain setelah isu kegagalan mereka ditimbulkan telah membuat Pengistiharan Harta?http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/90 Bila mula-mula blog isu exco tak istihar harta pada 1/12/2016, Nik Nazmi dan Zaidi Abdul Talib pun tidak buat pendedahan, kini sudah ada - SYABAS.

Adakah Azmin Ali berikan gambar palsu mengenai perisytiharan harta MB dan Exco Selangor? MB sendiri nampaknya tak dedah?

Azmin dilapurkan kata “Ya, saya akan isytihar kepada umum.” - Bilakah kita boleh lihat pengistiharan harta ini?

Azmin Ali dan beberapa Exco Selangor masih belum isytihar harta lagi?




MEDIA hanya memberikan ruang kepada setengah pemimpin dan/atau ahli politik - justeru rakyat tidak dapat mengenali mereka yang lain ... Siapakah yang akan jadi PM sekiranya pembangkang menang? Yang kita kenali semua pemimpin yang media cover...Ramai lain tidak mendapat liputan media - mungkin bukan salah media kerana 'wakil rakyat' ini tidak membuat apa-apa kenyataan media atau apa-apa...

Adakah media Malaysia bebas dan berkecuali? Atau adakah media Malaysia boleh diklaskan sebagai media pro-UMNO-BN dan media pro-Pembangkang (atau hanya pro-Pakatan tertentu)? Media mungkin ada pendirian - tetapi pendirian sewajarnya adalah pendirian demi kebenaran dan keadilan - bukan sama sekali menghebohkan salah laku satu parti, tetapi bukan parti yang lain...

Media juga harus mendidik rakyat mengenai isu dan fakta. Contohnya, FELDA ...satu program FELDA adalah peneroka yang telah diberikan tanah - justeru bukan sahaja 'derma' atau 'bantuan kewangan' - tetapi juga kini 'capacity' untuk menjana pendapatan sendiri....FELDA milik rakyat Malaysia...bukan peneroka dan keluarga mereka. Berapa sebenarnya milik saham/syer saham peneroka dalam FGV? Kenapa peneroka FELDA masih perlu diberikan 'pinjaman bulanan' semasa menunggu hasil tanaman mereka boleh menjana pendapatan...kenapa mereka tak boleh gunakan wang yang diterima hasil kerja mereka? Tak lojik - adakah semua pekebun kecil perlu bergantung kepada 'pinjaman'? Ini isu kesalahan tadbir wang mereka sendiri...Jika FELDA, agensi kerajaan, rugi atau 'salahgunakan' wang - itu isu rakyat Malaysia - bukan isu peneroka FELDA atau keluarga mereka. Tetapi, MEDIA gagal menyelidik dan mendedahkan apa sebenarnya FELDA...?  
 
 
Isu GST - adakah media menjelaskan apa perubahan bila GST dikemukakan...apa sebenarnya perkara yang tak betul? Fokus kini adalah hanya kesan 'kenaikkan harga'...tapi ada lebih daripada itu, di mana MEDIA(kerana ahli/parti politik gagal...) terpaksa memberikan rakyat kefahaman perlu dengan memberikan kita fakta dan sebagai...(ini akan dibincangkan lebih dalam pos akan datang...sabar...)? Ini isu pendapatan negara - cukai, dll...Dulu, bila beli setem - wang itu akan terus pergi ke kerajaan tetapi kini...Kenapa pembayaran untuk perkhidmatan kerajaan pun ada GST...anih?
 
 

No comments:

Post a Comment