Monday, August 21, 2017

Bilangan ahli kesatuan semakin berkurangan? Silap Union atau ahli?

Kesatuan Sekerja di Malaysia semakin lama nampaknya menjadi kurang relevan dan lemah..

Di kalangan kesatuan sekerja sektor swasta, bilangan keahlian semakin lama semakin berkurangan...

2014 - 376,362
2015- 366,348
2016-362,031
2017- 354,313

Bilangan keahlian dikalangan kesatuan pekerja sektor awam dan badan statutori bertambah sikit...

924,961 bilangan ahli kesatuan di Malaysia

Bilangan pekerja yang sedang bekerja adalah 14.16 juta - 14,160,000


SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK FINOMENA INI?

Senang kita menuduh kerajaan UMNO-BN, kerajaan Negeri, Undang-undang semasa... tetapi  satu faktor utama adalah kegagalan Kesatuan Sekerja dan kepimpinan sedia ada sendiri...


Harus kita mengingati kembali bahawa bilangan pekerja yang menjadi ahli kesatuan sekerja pada lebih kurang tahun 1947 adalah lebih daripada 50% daripada jumlah bilangan pekerja di Malaysia...

Mengapa Kesatuan Sekerja?

Pekerja seorang jika berjuang untuk keadilan dan hak menentang pihak Majikan dan/atau Kerajaan semasa ....adalah dalam kedudukan LEMAH tetapi jika pekerja BERSATU dan berjuang bersama, kedudukan mereka lebih KUAT dan keupayaan berjaya meningkat... maka Kesatuan Sekerja...

Budaya perlu adalah PERJUANGAN BERSAMA ... 

TETAPI jika dilihat di Malaysia pada hari ini, adakah Kesatuan Sekerja Malaysia BERJUANG BERSAMA ...atau adakah perjuangan masih perjuangan seorang dua, kini selaku 'Wakil Pekerja' ...tetapi majikan tidak percaya bahawa 'wakil pekerja' ini ada sokongan dan solidariti RAMAI pekerja - dan ini memang nampaknya benar - MALU bila union setempat membuat PIKET(tindakan sah dalam undang-undang) atau PROTES(perhimpunan aman yang dibenarkan undang-undang) - berapa ramai pekerja ahli kesatuan yang akan keluar ...Bilangan ini penting, kerana ini adalah 'bukti' kekuatan kesatuan sekerja ...paling ramai yang MTUC pun boleh dapat, untuk protes menentang sistem kontraktor for labour pun hanya lebih kurang 10,000 dalam semua protes yang berlangsung diseluruh negara...piket diperingkat kilang puluh beberapa puluh sahaja...

Justeru, apakah kesimpulan yang boleh dibuat? Nampaknya pekerja tak BERSATU...dan/atau masih takut berjuang beramai-ramai dengan solidariti...

SILAP siapa? Bagi saya, ini adalah kesilapan kesatuan sekerja dan kepimpinan sedia ada...

SOLIDARITI dan kekuatan pergerakkan buruh tidak akan dijana begitu sahaja - kerja perlu dilakukan oleh kepimpinan dan ahli...

Apa yang diperlukan adalah PENGETAHUAN, PERBINCANGAN BERSAMA, AKTIVITI PEMBINAAN SOLIDARITI, TINDAKAN BERSAMA...perkataan yang digunakan biasa adalah 'ORGANIZING'.

Rakyat Malaysia memang takut keluar berjuang secara terbuka tetapi ini telah berubah sejak tahun 1998 ... kita ada perhimpunan REFORMASI (lebih kurang 10,000 sanggup keluar beberapa Sabtu berterusan di Kuala Lumpur, perhimpunan protes HINDRAF (di mana lebih kurang 20,000 rakyat Malaysia keturunan India turun padang), BERSIH (beberapa himpunan telah diadakan di mana yang paling ramai melibatkan lebih kurang 200,000), perhimpunan Bantah GST, perhimpunan RUU 355,...

Peguam di Malaysia (kini jumlah ahli lebih kurang 17,000) telah berjaya mengadakan beberapa protes yang melihat lebih kurang 2,000 peguam turun padang...yang terakhir menentang Akta Hasutan. 

Selain daripada perhimpunan aman, ada cara lain iaitu memanggil EGM(Emergency General Meeting) - di mana dikalangan peguam, ia boleh melihat kehadiran ramai boleh sampai 2,000. EGM terakhir pada hari kerja Khamis jam 4 petang pun telah mendapat kehadiran lebih kurang 700 lebih...

Selain daripada perhimpunan RUU355, anjuran PAS, kebanyakkan perhimpunan lain dianjurkan oleh orang perseorangan dan pertubuhan NGO atau CSO, di mana keahlian berdaftar semua kumpulan ini biasa tak sampai pun 100...

Tetapi sejak 1998, adakah MTUC atau kesatuan memanggil apa-apa protes beramai-ramai mengenai isu pekerja dan kesatuan? Bilangan pekerja adalah berjuta-juta (lebih kurang 14 juta kini...) - justeru yang akan keluar adalah ramai...TETAPI TAK ADA? Yang ada pun pun penghantaran memorandum kepada Menteri atau PM, di mana bilangan yang hadhir pun tak lebih 100-200...dan media pun nampaknya tak berikan lapuran besar...

PENGETAHUAN - apakah aktiviti yang kini diadakan dikalangan ahli kesatuan untuk meningkat pengetahuan? Sedih kerana ramai pemimpin kesatuan sendiri tidak pun fasih dengan isu hak pekerja - justeru bagaimana pula ahli?

PERBINCANGAN BERSAMA - Satu ciri kesatuan sekerja di negara lain, tetapi bukan di Malaysia, adalah terdapat 'Union Meeting"(Mesyuarat Kesatuan) yang dihadiri ahli kesatuan, di mana ini diadakan kerap biasa setiap 2 minggu atau sekali sebulan... Ini bukan mesyuarat jawatan kuasa kepimpinan Kesatuan - tetapi mesyuarat bersama semua ahli - yang memberikan semua ahli bersuara..SOLIDARITI tak wujud kerana 'kita kerja bersama seorang majikan' - tetapi perlukan aktiviti bersama yang lain...[Di Indonesia, ada setengah Union yang akan membatalkan keahlian kerana tak hadhir mesyuarat union 2 kali berturut-turut tanpa alasan baik - Apabila saya tanya mengapa, jawapan unionist adalah jika mereka tak mahu hadhir meeting Union, adakah mereka akan bersama dalam tindakan piket atau protes...kita tak perlu ahli berdaftar yang bayar yuran sahaja tetapi ahli yang sanggup keluar berjuang bersama demi kepentingan ahli dan Union]. 

Ada unionist di Malaysia, kita tak boleh buat kerana tak ada tempat atau 'peruntukkan' - Hello kos sewa Dewan Orang Ramai lebih kurang RM300 saja, dan jika diminta, saya percaya kerajaan juga boleh beri 'FREE' - mungkin kalau bukan kerajaan UMNO-BN tetapi di Selangor, Penang dan Kelantan di bawah parti pembangkang...?? Kalau tidak buat di rumah atau mana-mana tempat yang boleh...Alasan saja untuk kegagalan melakukan? Ahli union juga sanggup 'derma' sikit untuk menanggung belanja - kerana ini adalah untuk mereka semua...

AKTIVITI PEMBINAAN SOLIDARITI - ini adalah beraneka jenis aktiviti - daripada perhimpunan Hari Raya, sukan, lawatan/picnic, aktiviti sosial - lawatan pekerja sakit, dll. Aktiviti pembelajaran - kursus - ramai orang sudi hadhir memberi 'ceramah', latihan, dll... 

TINDAKAN BERSAMA - semua tindakan perlu melibatkan ahli kalau boleh... termasuk piket...pengedaran risalah pengetahuan. NUBE satu Kesatuan yang banyak melakukan tindakan bersama ahli bila ada mana-mana isu penindasan atau ketidakadilan ...Piket didepan cawangan bank, penjanaan bahan protes saperti You Tube, risalah, T Shirt, dll...

Untuk perjuangan untuk keadilan atau hak, mereka yang perlu menjadi sasaran adalah Orang Ramai (kerana Malaysia sebuah negara demokratik dan rakyat yang pilih wakil rakyat, dan wakil rakyat yang jadi PM dan kerajaan)...Cara kesatuan di Malaysia kini SALAH kerana mereka menujukan tuntutan dan rungutan mereka hanya kepada kerajaan Persekutuan semasa - PM, Menteri Sumber Manusia, Ketua Pengarah Jabatan Kementerian, ...Justeru, wakil rakyat tempatan pun tak tahu...wakil rakyat parti politik lain pun tak tahu...ahli kesatuan dan juga kesatuan lain pun tidak tahu....NGO dan persatuan lain tak tahu... LAMAN WEB MTUC dan Kesatuan Sekerja pun tidak ada maklumat mengenai apakah masalah, apakah tuntutan (dan mengapa), dll...

Adakah MTUC ATAU KESATUAN NASIONAL/REGIONAL berjaya dalam apa-apa tuntutan dan perjuangan mereka? 
- Macam mana kita tahu kerana semua tak tahu sama ada terdapat tuntutan atau tidak... tidak bila ianya dilakukan?
- MTUC mendakwa mereka berjaya mendapatkan GAJI MINIMA - tetapi apakah bukti bahawa ini adalah hasil perjuangan MTUC atau Union di Malaysia - tak ada maklumat bahawa tuntutan telah dibuat sebelum ini dalam Laman Web MTUC, atau dalam 'internet', atau dalam penerbitan lain...Adakah MTUC dan Union hanya mahu menuntut usaha mereka berjaya ....bila kerajaan UMNO-BN membawa 'Gaji Minima'..
- Inilah masalahnya bila berjuang secara 'RAHSIA'...

Apakah tuntutan sedia ada MTUC dan Union lain di Malaysia? Tak tahu...?????

Kenapa MTUC tidak mengunakan Laman Web dan media sosial (termasuk email) untuk memaklumkan kepada ahli kesatuan dan pekerja Malaysia apa yang mereka lakukan setiap hari ...untuk berjuang untuk keadilan dan hak pekerja? 

Kenapa Union lain tak membuat begitu?

Adakah mereka tidak mahu dedahkan kerana mereka tak melakukan apa-apa? Kini apa yang kita dapat tahu adalah melalui lapuran media ---tetapi tak nampakpun kenyataan media di Laman Web MTUC dan Union lain? Adakah media melapurkan dengan tepat?

AHLI KESATUAN - ramai kini hanya gaji dipotong bulan demi bulan untuk bayar fi Union - selain daripada itu, apakah interaksi kepimpinan dengan ahli? Adakah union mempunyai emel peribadi(bukan emel pekerja yang diberi majikan), supaya senang ahli berkomunikasi dengan satu sama lain dengan bebas. [Emel yang dberi majikan bahaya kerana majikan boleh bila-bila halang komunikasi dengan kepimpinan dan antara ahli union, ini berlaku dengan NUFAM - MAS telah menghalang kepimpinan Union gunakan emel ini....] 

Yang bermain bola, kena setiap kali ada latihan supaya bila sampai masa ada pertandingan, boleh bermain dan berjuang dengan baik - sama dengan Kesatuan Sekerja - kalau tidak ada 'latihan berterusan' ...sukar mengharapkan ahli akan keluar berjuang bersama secara 'solidariti'...

Justeru, silap siapa - kepimpinan sedia ada? Union? ...

CUEPACS, gabungan union pekerja swasta, berjaya berjuang mendapat gaji minima kadar lebih tinggi, bonus tahunan, bonus rakyat - Apakah kemenangan kesatuan pekerja swasta?

EIS - bukankah MTUC ada wakil dalam Lembaga PERKESO? KWSP pun sama? Justeru, semua isu yang dibincangkan dalam pengetahuan MTUC dan kesatuan ahli MTUC, justeru kenapa hanya timbulkan bantahan bila maklumat polisi atau undang-undang baru dibentangkan kerajaan dalam Parlimen sahaja? Kenapa tak timbulkan isu yang diperjuangkan sebelum ini...

Adakah wakil-wakil pekerja dan/atau MTUC dalam PERKESO dan KWSP tak buat kerja selaku 'wakil pekerja'. Wakil pekerja perlu selalu bincang dan bertindak sebagai wakil - bukan keputusan suka hati peribadi? 

ADAKAH MTUC DAN UNION NASIONAL/REGIONAL INI BERJUANG DEMI PEKERJA DI MALAYSIA, ATAU ADAKAH IANYA SUDAH DIKOMPROMI? Soalan yang perlu ditanya ...soalan yang perlu ditimbulkam oleh ahli kesatuan dan juga pekerja lain...

Setiap masa ada kepimpinan Union yang baik, dan yang mahu berjuang dengan bersungguh demi pekerja dan Union - tetapi adakah mereka dihalang bergerak kerana dihalang dengan 'unionist' lain yang mahu hanya 'mematikan' apa-apa initiatif atau usaha perjuangan? Adakah kepimpinan dalam Union, sudah diserapi 'unionist' pro-majikan atau 'unionist' pro-kerajaan? 

Jika ya, TRANSFORMASI diperlukan, dan 'unionist kuning'(yang telah dikompromi majikan atau kerajaan, atau kepentingan peribadi) harus dikenalpasti dan dibuang keluar...


No comments:

Post a Comment