Kes pembuangan secara salah Zulfadlee telah dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan di Kuala Lumpur untuk sebutan pada 24/8/17 IR Court 12 - Harap ramai dari Union dan kumpulan lain sebagai tanda solidariti hadhir pada tarikh tersebut.
{Zulfadlee dibuang kerja pada 13/12/2016, Aduan dibuat 9/1/2017 - LEBIH 7 BULAN, KERJA HILANG - PENDAPATAN BERHENTI - Langsung tak adil - semua kes sebegini mesti di selesaikan secepat mungkin, kalau boleh, dalam masa 3 bulan - jangan lupa pekerja yang merana, majikan terus beroperasi tanpa rugi apa-apa - Langsung tak ada keadilan kepada pekerja - Mungkinkah lebih adil, jika majikan terpaksa terus membayar gaji pekerja sehingga kes menentukan pembuangan kerja itu salah atau tidak? Keadilan Lewat Keadilan Dinafikan (Justice Delayed is Justice Denied)
HAK PEKERJA - Anda ada HAK menuntut bahawa kes Mahkamah Perusahaan anda dibicarakan di tempat anda - di tempat tinggal dan kerja anda. Sebagai contoh, kes INFINEON di Melaka.
Mengapa lebih baik kes Mahkamah Perusahaan diadakan di Melaka, bandar terdekat dengan syarikat majikan?
* Jimatkan kos pekerja - Pergi ke Kuala Lumpur melibatkan belanja pengangkutan, kena ambil cuti, dll...untuk pekerja yang kena buang kerja. Majikan kaya - tak ada masalah kewangan. [Banyak peguam atau 'Unionist' yang berpusat di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang akan memilih tempat bicara menurut kesenangan mereka...tetapi pekerja terbabit mesti pilih lokasi berasaskan kesaenangan mereka dan/atau saksi mereka...]
* Isu SAKSI - ya, anda mungkin perlu memanggil saksi daripada kalangan pekerja - di mana, biasanya, anda yang perlu menanggung kos pekerja. Saksi juga kini perlu mengambil cuti tahunan untuk menghadiri kes sebagai saksi (kini-kini undang-undang Malaysia tidak ada peruntukkan cuti berbayar untuk menghadiri bicara atau Jabatan Buruh/Perhubungan Perusahaan, menghadiri di Balai Polis bila dipanggil sebagai saksi, dll - Kita harus berjuang untu hak 'Cuti Pentadbiran Keadilan' berbayar - supaya pekerja tak perlu habiskan cuti tahunan untuk hadiri bicara sebagai saksi, dsb...]. Jika saksi di Melaka, saksi lebih senang ambil 'cuti tahunan' untuk hadhir Mahkamah - mungkin juga hanya perlu cuti 'beberapa jam' untuk hadhir sebagai saksi. Kes Buruh(dan Mahkamah Perusahaan) biasanya banyak tangguh - mungkin taktik majikan mahu pastikan susah saksi pekerja hadhir...Justeru, paling pandai adalah pastikan kes dibiacarakan di Melaka ...
* Tambahan, bila kes Mahkamah Perusahaan di Kuala Lumpur bilangan kes yang ditetapkan pada satu-satu hari bicara mungkin lebih daripada satu, justeru lebih kerap senang penundaan diberikan ...kes akan lama ditangguhkan. Tetapi di Melaka, kemungkin hanya satu kes...justeru sukar mendapatkan penangguhan, dan kes akan dibicarakan cepat... ingat bahawa undang-undang buruh sudah dipinda, dan 'back-wages'(gaji tertunggak akibat pembuangan kerja secara salah), maksima yang akan diberikan adalah 24 bulan sahaja...dulu, bika Mahkamah membuat keputusan bahawa pembuangan kerja itu salah, pekerja akan dibayar 'back wages', mulai tarikh pembuangan kerja sehingga tarikh penghakiman. Justeru, jika kes siap lambatpun - pekerja tidak didiskriminasi. Kini, Zulfadlee telah dibuang kerja pada 13/12/2017 - justeru perlu sangat kes ini akhir dibicarakan dalam masa kurang 24 bulan - sebelum 12/12/2018...demi keadilan.
On 13/12/2016, Zulfadlee was terminated on the grounds...
55 Groups - INFINEON MUST STOP UNION BUSTING AND DISCRIMINATION AGAINST UNION LEADERS - Reinstate Union President?
Kes pembuangan secara salah Zulfadlee telah dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan di Kuala Lumpur untuk sebutan pada 24/8/17 IR Court 12 - Harap ramai dari Union dan kumpulan lain sebagai tanda solidariti hadhir pada tarikh tersebut.
Zulfadlee ada pilihan untuk memohon kes beliau dibicarakan di Melaka...
SIAPA boleh mewakili pekerja dalam kes Mahkamah Perusahaan?
Kini, Zulfadlee diwakili seorang daripada MTUC (bukan peguam tetapi 'unionist') - harapan adalah bahawa MTUC dan pihak Union akan tanggung semua kos dan perbelanjaan di dalam bicara ini...
MAKLUMAT - Siapa boleh mewakili pekerja di Mahkamah Perusahaan?
a) 'an officer or
employee of the trade union'
b) Dengan kebenaran oleh seorang peguam, dan
c) Dengan kebenaran oleh seorang ' by any
official of an organisation (not being a trade union) of employers or of
workmen,..'
Tetapi, sekiranya kes ini pergi ke Mahkamah Tinggi, pekerja perlu diwaklili Peguam.
Seksyen 27 Appearance and representation at proceedings before the Court (Industrial Relations Act 1967.(1) In any proceedings before the Court a party may-
(c) where the party is a workman appear himself personally or where he is a member of a trade union of workmen, be represented by an officer or employee of the trade union;
(d) where the party is a trade union, or an employer, or a workman be represented with the permission of the President or the Chairman, by an advocate, or, notwithstanding anything to the contrary contained in any written law relating to the registration of trade unions, by any official of an organisation (not being a trade union) of employers or of workmen, as the case may be, registered in Malaysia.
PEMILIHAN WAKIL 'UNION' ATAU PEGUAM sangat penting. Ada yang baik ada yang kurang baik ...Justeru, pekerja harus memilih dengan baik - Pi lihat beberapa opsyen sedia ada...bincang dan pilih dengan baik siapa yang kamu mahu? "Unionist', peguam atau 'wakil lain' yang dibenarkan adalah pilihan anda...jika silap pilih, anda yang kena tanggung kesannya ...
Adakah peguam lebih baik daripada mereka yang bukan peguam? Tak semestinya, peguam pun ada yang baik dan ada yang tak baik - Tetapi, dalam isu hak pekerja, kes anda mungkin ada pilihan untuk juga pergi terus kepada Mahkamah Tinggi, ATAU sebelum tamat bicara Mahkamah Perusahaan perlu juga membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi, di mana dalam kes ini ...'unionist' atau orang lain(selain daripada peguam) tidak boleh mewakili anda di Mahkamah Tinggi - adakah ini akan memberi kesan kepada jenis 'nasihat' yang diberikan kepada anda oleh 'unionist' atau wakil lain - adakah mereka akan tidak menasihati(atau kurang memberikan tekanan kepada mana-mana masihat) yang memerlukan kes dirujuk ke Mahkamah yang mereka tak ada hak terus mewakili pekerja)
Harus juga dimaklumkan, bahawa Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam juga akan mengambil kes untuk pekerja yang berkelayakkan - yang bukan kaya, dan biasa pekerja yang dibuang kerja akan layak. Jika peguam Pusat Guaman mengambil kes, tidak ada apa-apa bayaran guaman perlu dibayar - pekerja mungkin kena bayar kos pemfailan, fotokopi (bayaran maksima RM250).Resolution for Provision of Legal Aid for Workers adopted in Malaysian Bar AGM
Kerajaan juga menyediakan bantuan guaman ...melalui Jabatan Bantuan Guaman, dan kini juga melalui Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan(YBGK). Dulu, tak ada bantuan guaman untuk kes jenayah - tetapi kini melalui YBGK, ada bantuan guaman. Kes Pekerja - kini secara am, belum lagi disediakan skim bantuan guaman. Jika MTUC dan Union lain mendesak - tak lama lagi kita juga akan mendapatkan 'bantuan guaman' oleh pihak kerajaan untuk pekerja...
UNION HARUS BANTU PEKERJA?
Jika MTUC mengambil kes, ada bayaran pendaftaran kepada MTUC sebanyak RM100 - selepas itu, secara wajar, TIDAK ADA BAYARAN yang perlu dibayar kepada ' officer or
employee of the trade union' atau 'official of an organisation' - Jika Union atau MTUC mengenakan bayaran, agak anih...
Dalam kes Zulfadlee, beliau kini MEMILIH mengunakan ' officer or
employee of the trade union'atau 'official of an organisation' dari MTUC?
* MTUC bukan kesatuan - tetapi sebuah persatuan di mana ahlinya adalah kesatuan sekerja
Ada dengar cerita bahawa setengah 'unionist' secara salah mengenakan pekerja terbabit membayar wang kepada mereka - ada kita dengar bahawa caj yang dikenakan ada yang lebih kurang RM5,000 - RM10,000 - Jangan pekerja tertipu, adu segera kepada MTUC atau Union berkenaan.
Jangan mereka di 'Union' pula menindas pekerja yang ditimpa ketidakadilan... Bila pekerja telah ditindas, Union harus membantu...bukan mengambil peluang menjana pendapatan/keuntugan dari mereka yang tertindas...
Saya ingin berbicara tentang lawyer mtuc yang menarik diri secara tiba-tiba, ketika sedang bicara di mahkamah perusahaan. Kini sy tidak ada lawyer.. dan amat kecewa.. lps 2 tahun peguam MTUC khianati saya. Ini mmg nasib orang miskin macam saya sebagai OKU yang telah dipecat kerana sifat oku nya..pitam di pejabat
ReplyDeleteSy punya kes dari bulan 12 2017 smpai hari ni asyik tunda dn tukar peguam..tuntutan xsampai 10k dn pegawai buruh beri peluang utk selesai tanpa bicara tp majikan bodoh sombong nak teruskan juga..dekat setahun menunggu utk bicara nk kerja baru nnt asyik cuti ja mgkin ada masalah baru plk..nk lawan kes tanpa apa pn dokumen walau sekeping dh terang2 salah tp nk lawan jgk..sapa2 arif pasal ni tlg bg tips nk bt cmna tq
ReplyDelete