2 pekerja meninggal dunia...dan lebih kurang 18 lagi dimasukan hospital kerana tersedut amonia yang terbocor di sebuah syarikat membuat air batu(ice factory)...Siapa yang menguruskan mayat dan pengkuburan? Nama mereka pun 'SECRET' tak dimaklumkan dalam media, nama kilang pun masih tak dilapurkan dalam media...Kita lihat bagaimana kerajaan baru uruskan kes ini ...atau adakah kes melibatkan beberapa pekerja biasa saperti biasa di sapu 'bawah tikar'....????
Ini isu pekerja - serius juga kerana ada pekerja meninggal dunia ...lepas itu keluar berita kilang tak ada permit simpan bahan berbahaya saperti amonia....
Is Azmin, MB Selangor, Local Council responsible for 2 worker's deaths and children sick from ice factory ammonia leaks?
ADAKAH PEKERJA LAIN DI MALAYSIA PEDULI? Tak peduli kerana dia BUKAN pekerja di tempat kerja saya..
JIKA PEKERJA ITU DI TEMPAT KERJA ANDA, ADAKAH KAMU AKAN PEDULI? Tak sangat ...mungkin jika dia 'kawan'...atau sama agama? atau sama bangsa? atau....
TAPI BUKANKAH APA YANG BERLAKU ISU PEKERJA ...ISU KESELAMATAN TEMPAT KERJA ...ISU YANG HARUS SEMUA PEKERJA PRIHATIN? ...Ya, kita peduli ISU tetapi mungkin Kesatuan atau MTUC yang akan buat sesuatu membantu mangsa kejadian...
Tapi bukankah kamu juga ahli kesatuan sekerja? ...
Ramai yang sudah LUPA mengapa pekerja perlu bersatu ...perlu berjuang bersama...perlu ada 'KESATUAN' ...
Jika kamu hanya pentingkan diri sendiri ...dan hanya mahu BERJUANG bila hak anda dicabul atau menghadapi risiko TETAPI tidak mahu berjuang atau prihatin bila HAK pekerja lain dicabul...NAMPAKNYA ANDA SUDAH SESAT...dan lupa makna 'bersatu teguh bercerai rebah'...lupa maksud/objektif kesatuan sekerja...
Jika anda hanya ingin berjuang untuk hak pekerja jika hak anda secara peribadi yang terjejas, tetapi tidak mahu berjuang bila HAK pekerja lain terjejas...anda sudah lupa prinsip asas perjuangan pekerja/kesatuan sekerja...
Sebagai seorang manusia, anda juga harus berjuang untuk mereka yang lain selain daripa pekerja, yang tertindas atau HAK mereka dicabul...jika polisi anda, saya akan prihatin isu pekerja dan hanya akan berjuang untuk hak pekerja...BAHAYA...bagaimana jika semua sependirian...Menanglah PENINDAS...menanglah kerajaan yang menyokong PENINDAS...memanglah kerajaan yang MENINDAS...[Di Malaysia, kerajaan UMNO-BN ada sejarah bersama 'penindas' dan bukan bersama pekerja dan/atau kesatuan sekerja...]
JUSTERU, dalam perjuangan keadilan dan/atau hak asasi, kita harus juga prihatin mengenai semua jenis ketidakadilan dan berjuang demi keadilan...Isu Palestin....kita sokong dan menentang kezaliman dan salahlaku kerajaan Zionis Israel...walaupun mereka bukan rakyat Malaysia atau ASEAN ...Kita lakukan ini kerana ianya isu wajar dan Keadilan memerlukan kita mengambil pendirian sedemikian...[Sedih sekali, Jews yang dahulunya menjadi kaum tertindas ...kini di Israel, khususnya kerajaan Zionis timbul sebagai pencabul hak dan penyebab ketidakadilan yang sangat teruk...]
Pekerja mati...masuk hospital kerana racun amonia di tempat kerja?
Adakah pekerja lain ada pergi memberi sokongan kepada keluarga pekerja yang mati...atau melalwat dan menyokong mereka yang sakit...yang kini mungkin juga tak ada gaji/pendapatan kerana kilang tersebut masih tutup...Mungkin Kesatuan atau MTUC boleh membuat sesuatu...tapi setakat ini MTUC sendiri tak keluar apa-apa kenyataan pun..
Kalau kesatuan tak memberikan 'kepimpinan' - pekerja yang 'baik' pun boleh membuat sesuatu...
MP atau ADUN tempat kilang ais ini berada pun belum berbuat apa-apa? Kan pekerja sahaja ...tak banyak undi...atau mungkin mereka tak boleh mengundi pun?
Memang syarikat ada obligasi memastikan tempat kerja yang selamat....tetapi kerajaan juga ada obligasi memeriksa...memastikan semua selamat... Majlis Perbandaran bukan saha kutip setiap tahun wang permit jalankan perniagaan -tetapi juga harus memastikan tempat kerja yang selamat(ada permit perlu...sekurang-kurang nya)..
Satu pantun(poem) menyatakan mengapa sebagai seorang pekerja ...kita bukan sahaja harus prihatin bila ia melibatkan isu pekerja ...tetapi juga harus prihatin isu hak asasi yang lain, dan bertindak juga menentang segala jenis ketidakadilan dan pencabulan hak....
First they came for the Jews
and I did not speak out
because I was not a Jew.
Then they came for the Communists
and I did not speak out
because I was not a Communist.
Then they came for the trade unionists
and I did not speak out
because I was not a trade unionist.
Then they came for me
and there was no one left
to speak out for me.
Bekerja untuk mencari kehidupan bukan mati. Pengabaian terhadap akta osh tidak harus dipandang ringan. Pihak berkepentingan perlu ambil perhatian yang swajarnya.
ReplyDelete