Wednesday, May 01, 2019

Hak Pekerja Masih Belum diperbaiki kerajaan PH - Satu Tahun selepas BN ditolak rakyat?





Hak Kerja Tetap - Jika masih kontrak kerja jangka pendek - pekerja hilang hak FAEDAH PEMBERHENTIAN KERJA - hanya hak jika kerja lebih 12 bulan sebelum diberhentikan. Justeru, mereka yang kerja kontrak 1 tahun atau kurang, bila diberhentikan tak dapat faedah berhenti kerja. Justeru, hapuskan kontrak jangka pendek - biar semua pekerja diberikan kerja tetap...Majikan tak diprejudiskan kerana pekerja boleh lagi dibuang kerja jika tak ada lagi keperluan lagi...atau pekerja melakukan salah laku kerja serius..Majikan suka sistem kerja kontrak jangka pendek kerana senang buang pekerja dan ambil yang baru ...gaji boleh dikekalkan rendah...tak ada keperluan tambah gaji setiap tahun...Pekerja rugi...majikan untung. Adakah kerajaan PH prihatin kesusahan pekerja. Hramkan Kerja Kontrak jangka pendek...Pastikan semua kerja diambil sebagai pekerja tetap...

Tambahan - pekerja kontrak kerja jangka pendek (satu tahun atau kurang) juga tak ada masa menubuhkan kesatuan(union) - Pohon pun, sebelum Union boleh operasi...kerja pun sudah habis...Tak kepastian kerja lama, pekerja senang ditindas...takut membantah dengan harapan mungkin majikan akan lanjutkan tempoh kerja dengan kontrak baru???

Hapuskan sistem 'contractor for labour' - Majikan tidak mengambil pekerja sendiri - hanya buat perjanjian dengan 'contractor for labour' untuk bekalkan pekerja -- Majikan sebenar bayar 'contractor for labour' yang potong sebahagian gaji dan bayar baki kepada pekerja dibekal. Majikan sebenar tidak ada obligasi majikan saperti tetapkan undang-undang ...Sungguh tak adil. Semua termasuk parti pembangkang(PAS/PKR/DAP) telah bersama membantah bila sistem ini diperkenalkan di Parlimen - kini pembangkang berkuasa, lupa pula menghapuskan sistem 'contractor for labour'. 

UNION - Kini untuk kesatuan dapat pengiktirafan majikan perlukan sokongan lebih 50% pekerja majikan tersebut - ini cukup sukar. Perlu ditukar - jika mana-mana kesatuan ada sokongan 20% pekerja, pengiktirafan perlu diberi - tak perlu proses 'undi sulit' - jika kesatuan tujuk saja daftar atau surat ahli cukup. TUKAR HAD PERLU UNTUK MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN DARI 50% KEPADA 20%...

UNION - Undang-undang kata hanya satu union satu tempat kerja ATAU satu sektor kerja(untuk kesatuan nasional) - kenapa pekerja tak ada pilihan lebih. Dalam menetapkan pemerintah, rakyat ada banyak parti politik yang boleh dipilih... Justeru, kenapa pekerja juga tidak diberikan hak pilih union sendiri.  Keluarkan halangan ini...Berikan kebebasan pekerja memilih kesatuan....Jika lebih satu pilihan, ada persaingan dan kesatuan yang lebih aktif yang lebih berjuang untuk hak pekerja akan mendapatkan sokongan pekerja...Kini banyak kesatuan sudah 'tidur'...pemimpin tak aktif ...tak berjuang kuat...pekerja menjadi mangsa...Pemimpin pro-majikan boleh menguasai kesatuan, senang menafikan permohonan ahli aktif(yang mahu berjuang)...pekerja kalah...majikan menang. Justeru, keluarkan sekatan bilangan kesatuan dalam satu tempat kerja atau sektor...[Kini ada kesatuan pekerja sektor elektronik kawasan tengah(merangkumi Selangor/KL/...) tetapi berapa banyak kilang elektronik di Selangor yang tak ada kesatuan - banyak kesatuan nasional sudah 'malas' tambahkan bilangan ahli atau tempat kerja ...gagal kesatuan sedemikian - kesian pekerja sektor berkenaan...) Hanya lebih kurang 4%  pekerja sektor swasta yang menjadi ahli kesatuan. Penyelesaian - buang halangan membenarkan lebih banyak kesatuan dalam satu-satu sektor. Sebagai initiatif, kerajaan boleh memberikan peruntukkan RM1 setiap ahli setiap bulan untuk bantu perjalanan kesatuan - lebih banyak ahli, lebih banyak bantuan kerajaan...Jika ada 100,000 ahli, dapat RM100,000 setiap bulan > wang yang boleh digunakan tambahkan 'union organiser' untuk tambahkan ahli dan juga membantu ahli bila diperlukan - boleh buat program tambahkan kesedaran hak pekerja...BUANG HAD SATU UNION SATU TEMPAT KERJA ...BUANG HAD SATU UNION SATU SEKTOR. Di Indonesia tak ada had sedemikian ...union sangat aktif...

Kerajaan boleh bantu pekerja dengan menyediakan dewan secara percuma untuk mengalakkan kesatuan/pekerja berjumpa/bincang/bermesyuarat - kini sukar sekali pekerja mengadakan perjumpaan -- ramai orang, nak sewa susah ...tetapi jika FREE - senang sikit. Kerajaan memiliki banyak dewan, dewan orang ramai, PA system, kerusi - jika pekerja boleh gunakan, Union pekerja boleh lebih kerap bertemu berbincang - ini akan tambahkan solidariti dan kekuataan pekerja. {Di Malaysia, kini ramai kesatuan tak ada pun perjumpaan semua ahli yang kerap...ini adalah ciri Union di lain negara(dan juga di Malaysia dulu..) - jika pekerja kerap jumpa bincang ...solidariti bertambah..union jadi lebih kuat. Di Indonesia, perjumpaan biasa berlaku sekali setiap bulan(atau setiap 2 minggu) di mana ahli ada hak bersuara(bukan pemimpin cakap ahli dengar saja) - dan sekiranya mana-mana ahli ponteng 2 atau 3 kali berturut-turut, ahli akan mendapat surat tunjuk sebab mengapa keahlian kesatuan mereka tidak harus dilucutkan ...Mengapa? Jika ahli tak boleh hadhir mesyuarat pun, adakah kita boleh harapkan kehadiran ahli dalam piket atau protes memperjuangkan hak?

LAMA KELAMAAN BILANGAN PEKERJA MENJADI AHLI KESATUAN BERKURANGAN - KESATUAN TIDAK LAGI MENJADI HARAPAN PEKERJA SEBAGAI PENJUANG PEMBELA HAK PEKERJA - Adakah ini yang diingini?

Jika HAK PEKERJA tidak diajar di sekolah, pekerja senang ditipu majikan apabila diminta menandatangani kontrak pekerjaan. Jangan lupa kebanyakkan hak pekerja adalah saperti terkandung dalam kontrak pekerjaan dengan majikan. [Undang-undang menetapkan hak minima, itupun untuk golongan pekerja ktertentu - kini mereka bergaji kurang RM2,000 saja atau kerja manual - yang lain hak bergantung pada kontrak kerja] Tak tahu HAK - pekerja senang ditipu..

MTUC(yang ahlinya lebih kurang 30% semua kesatuan di Malaysia) bila dipanggil berhimpun pun sukar mendapat 1,000 pekerja...Mana solidariti pekerja?

1 MEI - kenapa tidak ada perhimpunan atau perarakan pekerja atau aktiviti pekerja di semua bandar besar(sederhana besar) seluruh negara? Tanda bahawa UNION sudah lemah...solidariti pekerja sudah lemah. 

TUJUAN tunjukkan solidariti adalah untuk menunjukkan bahawa KESATUAN dan solidariti pekerja masih kuat ...justeru majikan dan kerajaan akan takut...dan lebih hormat kepada pekerja..dan tuntutan pekerja. Kini majikan tahu, pekerja Malaysia sudah tak berani dan Kesatuan sudah hilang sokongan ahli sendiri...jika kesatuan tuntut sesuatu, majikan nafikan kerana tahu hakikat ini...

Bila kena buang kerja, pekerja pi cari kesatuan ...tetapi undang-undang kini kata jika pekerja tak lagi bekerja, secara otomatik tidak boleh ahli kesatuan. Undang-undang ini perlu dimansuhkan, supaya ahli boleh terus menjadi ahli kesatuan selepas diberhentikan - dan kesatuan boleh membantu terus ahli...

APAKAH TUNTUTAN MTUC DAN KESATUAN KEPADA KERAJAAN - Adakah pekerja sendiri tahu? 

Masa depan pekerja dan kesatuan di tangan anda...

MANIFESTO PILIHANRAYA PH - tak ada janji khusus mengenai hak pekerja kecuali gaji minima dinaikkan kepada RM1,500 > Ini bukti bahawa pekerja dan kesatuan tak relevan...Peneroka FELDA pula banyak janji,,,

Pos berkaitan:- 

HAK PEKERJA DAN KESATUAN SEKERJA HARUS DIUTAMAKAN DEMI KESEJAHTERAAN(WELLBEING) PEKERJA DAN KELUARGA MEREKA

Kerja Tetap - Adakah ini satu jaminan Pembangkang? Atau hanya mahu kuasa tetapi tak ada yang UBAH?

Keadilan boleh dicapai pekerja jika ada kesangguppan berjuang? Sumbangan KWSP?

93 - Mansuhkan Sistem ‘Contractor for Labour’ Tarikbalik pindaan 2012 kepada Akta Kerja 1955.

 

No comments:

Post a Comment