Thursday, March 12, 2020

PEKERJA - 214 mati, 236 cacat, 6,112 cacat sementara(2019-sehingga Okt) - Penjarakan Pengarah/Pemilik - untuk tempat kerja selamat?

Satu masalah besar kini adalah bilangan insiden tempat kerja yang menyebabkan kecederaan dan kematian adalah terlaku tinggi. Kadar kematian akibat insiden tempat kerja di Malaysia adalah lebih kurang 10 kali ganda berbanding dengan United Kingdom. Sangat MEMALUKAN. 
 
Undang-undang sedia ada, untuk menjamin keselamatan pekerja tidak cukup berkesan - Mengenakan denda sahaja tak cukup. Masalah ini perlu dihadapi dengan undang-undang yang lebih kuat, yang mengenakan hukuman penjara kepada tuanpunya, Pengarah, CEO dan mereka yang lain, khususnya bila insiden(kemalangan) menyebabkan kecederaan atau kematian.
 
Untuk tahun 2019(sehingga bulan Oktober) - Department of Occupational Safety and Health(DOSH)’s official website, there were 6,562 that caused 214 deaths, 236 permanent disabilities and 6,112 non-permanent disabilities. The construction sector recorded the highest number of deaths, being 72
 
Jika pekerja meninggal dunia di tempat kerja akibat kegagalan pihak majikan atau syarikat pemaju GAGAL mematuhi undang-undang dan memastikan keselamatan tempat, bukankah wajar Pengarah syarikat pemaju, syarikat kontraktor binaan semuanya dituduh membunu dan dipenjarakan? 
 
Kini pengarah syarikat dan tuan punya syarikat terlepas begitu sahaja - walaupun mereka merupakan orang yang memberi arahan (atau gagal memastikan) semua undang-undang dituruti khususnya undang-undang meletakkan tanggungjawab memastikan tempat kerja yang selamat - tak ada insiden membawa kepada kematian atau kecederaan pekerja..
 
Kini, jika pun mereka tidak mematuhi undang-undang, apa yang berlaku adalah hanya denda - di mana denda maksima pun RM50,000. Tetapi hanya lebih kurang 25% yang perlu membayar denda RM20,000 atau lebih - yang yang didenda lebih rendah...Bagi syarikat dan orang kaya, lebih senang tak patuh undang-undang dan bayar denda 'sikit' - sekiranya ditangkap.

Hal keadaan sedemikian menyebabkan keadaan tempat kerja tak selamat - akibatnya ramai pekerja mati atau cedera...kadang-kadang sampai tidak lagi boleh kerja lagi.

Malaysia mempunyai kadar kematian di tempat kerja 10 kali ganda berbanding dengan United Kingdom..
 
Siapa yang perlu dihukum? Mereka yang ada kuasa memastikan undang-undang dituruti atau tidak, merekalah yang harus dihukum - bukan DENDA tetapi hukuman penjara, khususnya bila kegagalan mematuhi undang-undang dan memastikan tempat kerja yang selamat diabaikan. DENDA beberapa ribu ataupun berpuluhan ribu tidak berkesan...khususnya bila melibatkan SYARIKAT.
 
Jika perniagaan adalah pemilik tunggal atau partnership, pemilik sebenarnya juga akan kena kesan denda - kerana duit keluar poket sendiri..
 
Tetapi jika syarikat, pemilik atau Pengarah Syarikat(merupakan mereka yang arahkan/pastikan undang-undang di patuhi atau tidak) - tidak pun secara peribadi mengalami kesan denda pun. Yang membayar adalah syarikat - bukan pemilik atau pengarah atau pihak pengurusan secara poeribadi. Ini masalah besar. Jikapun hukuman penjara dikenakan, kebiasaan bukan mana-mana pengarah yang masuk penjara tetapi seorang pekerja...Situasi tak ada risiko peribadi kepada Pengarah dan/atau pemilik, keselamatan pekerja diabaikan untuk menjana lebih keuntungan. Kos patuh undang-undang pun tak perlu belanja - KERANA kemungkinan ditangkap 'Basah" kecil, dan jika ditangkap pun, hukuman denda tidak akan mereka secara peribadi merasa.
 
JIKA KITA PENTINGAN KESELAMATAN DAN NYAWA PEKERJA, SECARA WAJAR KITA PERLUKAN UNDANG-UNDANG YANG LEBIH KERAS, YANG AKAN MENGENAKAN PENJARA KEPADA SETIAP PENGARAH DAN PEMILIK BESAR..
 
YA, kemungkinan masuk penjara ini akan memastikan semua pemilik dan semua PENGARAH(Datuk, Tun atau YB pun) akan sentiasa memastikan bahawa semua undang-undang dipatuh dan tanggungjawab memastikan keselamatan tempat kerja - KESAN kurang insiden tempat kerja membawa kepada kematian atau kecederaan pekerja.
 
Sikap kerajaan pro-syarikat harus dibuang - ISU utama adalah KESELAMATAN PEKERJA..
 
Sila lihat post terdahulu:
 
 


 
 

 

 

 

Dua pekerja warga asing maut tertimbus tanah

Dua pekerja warga asing maut tertimbus tanah
Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian. - Foto ihsan pembaca/media sosial
TEMERLOH: Dua pekerja warga Bangladesh maut selepas ditimbus tanah ketkka melakukan kerja-kerja penanaman paip di sebuah projek perumahan di Mentakab di sini hari ini.

Kejadian jam 4.15 petang itu kedua-dua mangsa lelaki yang dikenali sebagai Md Shoriful, 43, dan  Julhas Rahman, 27, maut di tempat kejadian

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, ketika kejadian mangsa berada di dalam lubang sedalam enam meter bagi menanam paip najis.

"Ketika itu terdapat dua buah jentera pengorek di atas melakukan kerja mengorek tanah dan semasa kerja-kerja dijalankan, tanah telah runtuh ke atas dua mangsa berkenaan," katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, kedua-dua mangsa tidak dapat diselamatkan akibat runtuhan tanah yang banyak.

Menurutnya, pihak bomba telah berjaya mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.45 petang manakala mayat kedua dikeluarkan pada pukul 5 petang.

"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk proses bedah siasat," katanya. - Astro Awani, 5/3/2020









Dua pekerja maut tertimbus tanah
ROSILAWATI ROSEDI | | 5 Mac 2020







Kerja-kerja mencari dua pekerja yang tertimbus tanah di tapak projek perumahan Lestari Height Mentakab di sini hari ini.



TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] Dua pekerja warga Bangladesh maut selepas tertimbus tanah di tapak projek perumahan di Mentakab hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Md Shoriful, 43, dan Julhas Rahman, 27, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, ketika kejadian tiga pekerja telah membuat kerja-kerja menanam paip najis dengan kedalaman kira-kira enam meter di lokasi terbabit.


Ketika kejadian tiga pekerja telah membuat kerja-kerja menanam paip najis dengan kedalaman kira-kira enam meter di lokasi terbabit.

Menurutnya, ketika itu tiga pekerja berkenaan berada di dalam lubang yang digali dan terdapat dua jentera pengorek berada di atas melakukan kerja-kerja mengorek tanah.

"Semasa kerja-kerja itu dijalankan, timbunan tanah lubang tersebut telah runtuh dan menyebabkan dua pekerja tertimbus manakala seorang lagi terselamat.

"Kedua-dua mangsa tidak dapat diselamatkan akibat runtuhan tanah yang banyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab.

"Mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat," katanya. - Sinar Harian, 5/3/2020


Anggota Bomba dan Penyelamat di lokasi kejadian tanah runtuh yang menimbus dua buruh warga Bangladesh di Mentakab, Temerloh. - Foto BERNAMA

Dua buruh Bangladesh maut tertimbus

KUANTAN: Dua buruh warga Bangladesh maut selepas tertimbus tanah runtuh di tapak projek perumahan di Mentakab, Temerloh dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.15 petang semasa kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka sedang melakukan kerja menanam paip najis.

Mangsa dikenal pasti sebagai Md Shoriful, 43, dan Julhas Rahman, 27, berdasarkan maklumat lisan rakan sekerja mereka.

“Kedua-dua mangsa difahamkan berada dalam lubang yang dianggarkan sedalam enam meter dan terdapat dua jentera di atas yang melakukan kerja mengorek tanah.

“Timbunan tanah di bahagian tepi lubang dikatakan runtuh semasa kerja itu dilakukan dan menimbus mereka,” katanya semasa dihubungi, di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata, rakan sekerja mangsa cuba untuk menyelamatkan mereka, namun hanya mampu mengeluarkan seorang daripada mereka berikutan kewujudan runtuhan tanah yang banyak.

Beliau berkata, bomba berjaya mengeluarkan jenazah Md Shoriful pada 4.45 petang, manakala mangsa kedua ditemui kira-kira 15 minit kemudian.

Jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat.

Setakat ini, katanya, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu. – BERNAMA - Berita Harian, 5/3/2020





No comments:

Post a Comment