Kenyataan
Bersama – 3/5/2012 ((Versi
Bahasa Malaysia)
Mansuhkan Sistem ‘Contractor for Labour’
Tarikbalik pindaan 2012 kepada Akta Kerja 1955.
Kami, 90 kesatuan sekerja, kumpulan masyarakat awam (civil society groups) dan pertubuhan yang bertandatangan di bawah membantah tindakan kerajaan Malaysia menghancurkan perhubungan pekerjaan(employment relationship) terus di antara prinsipal sebagai majikan, dan pekerja(workers) mereka selaku pekerja(employee) melalui pindaan terbaru Akta Kerja 1955.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang mewakili bukan sahaja lebih kurang 800,000 pekerja yang menjadi ahli kesatuan, tetapi juga lebih daripada 12 juta pekerja di Malaysia, telah dengan keras dan secara konsisten menentang pindaan tersebut sejak mula dicadangkan dan dibentangkan di Parlimen melalui Bill No: D.R.25/2010 pada Julai 2010, di mana akhirnya kerajaan telah mengalah dan menarik balik cadangan pindaan tersebut. Tetapi pada Jun 2011, kerajaan telah membentang semula Rang Undang-Undang ini, hanya dengan sedikit perubahan, melalui Bill No: D.R.15/2011. MTUC telah membantah dengan kuat dan juga telah berpiket di Parlimen pada 3hb Oktober 2011, tetapi walaupun terdapat bantahan keras daripada berbagai pihak, Rang Undang-undang kontroversial ini telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 6hb Oktober 2011, dan telah akhirnya mulai berkuatkuasa pada 1hb April 2012.
Kami mahu hanya menumpukan perhatian kepada satu daripada beberapa aspek pindaan baru tersebut yang kami membantah, di mana ini juga merupakan bantahan utama mengenai kemasukan peruntukan baru yang memperkenalkan ‘contractor for labour” dan kegiataannya.
Melalui pindaan ini, ‘contractor for labour’ akan dibenarkan menjadi pihak ketiga (atau orang tengah) di dalam perhubungan kerja dua-hala kini yang wajar di antara pihak tuan punya-prinsipal sesuatu perniagaan (selepas ini dirujuk sebagai ‘prinsipal’) dan pekerja-employee mereka.
LATAR BELAKANG
Akta Kerja 1955 yang diperkenalkan sebelum Kemerdekaan oleh pihak pentadbiran British secara berkesan telah menghapuskan ‘ buruh kerahan (indentured labour), buruh terikat (bonded labour) dan sistem “kanggani” di Malaya. (secara kolektif dikenali pada masa itu sebagai ‘sistem kontrak’). Akta itu juga telah mengwujudkan dua princip undang-undang yang masih hingga hari ini dianggap sangat penting. Ianya adalah jaminan pemilikan kerja (security of tenure) – yang memastikan kerja tetap, dan hak proprietari kepada kerja (proprietary right to the job) – dimana, antara lain, pembuangan kerja seseorang pekerja harus dilakukan hanya atas alasan atau sebab wajar ( just cause and excuse) dan melalui proses wajar (due process).
Hakikat kerja negara ini mulai berubah pada awal 1990an. Pada 1992, kerajaan telah membenaran pekerja migran untuk sektor pembinaan dan perladangan. Pada 2000, ini telah dilebarkan kepada sektor pembuatan (manufacturing) dan perkhidmatan (hotel dan restoran), dan pada tahun 2002, ianya dibenarkan untuk kesemua sektor.
Pada mulanya pekerja migrant telah diambil kerja (employed) secara terus oleh majikan principal tetapi ini mulai berubah pada 2005, apabila Jawatankuasa Kabinet tentang Pekerja Asing pada mesyuarat 5 Julai 2005 telah membenarkan pengambilan kerja pekerja asing melalui syarikat ‘outsourcing’ (kini dikenali sebagai ‘Contractor For Labour’ dalam Akta yang baru dipinda). Pengeluaran lessen/permit ‘outsourcing’ secara aneh dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri, bukan oleh Kementerian Sumber Manusia. Pada hari ini ada lebih kurang 277 syarikat ‘outsourcing’ tenaga kerja/pekerja yang didaftaraikan di negara(The Star, 23-Feb 2010).
Kewujudan syarikat ‘outsourcing’ ini telah mengakibatkan kembalinya ‘sistem kontrak’ yang lama. Ia membuka pintu yang menyebabkan serangan terus kepada asas hak pekerja (basic foundation of labour rights), melemahkan martabat buruh (dignity of labour), mengalakkan pembentukan dan operasi kerja terikat dan tidak berperikemanusian (perpetuating the establishment and operation of dehumanized and bonded labour). Realiti ini yang bermula dengan pekerja migrant, kini sudah merangkumi pekerja tempatan.
Syarikat ‘outsourcing’ kini mengambil pekerja tempatan dan pekerja migrant, setengah melalui kontrak jangkamasa terhad, dengan syarat yang biasanya adalah kurang baik (‘less favourable’) berbanding dengan pekerja-employee yang mempunyai perhubungan kerja terus dengan prinsipal.
Bilangan syarikat prinsipal mengunakan pekerja yang dibekalkan oleh syarikat ‘outsourcing’ semakin lama semakin bertambah. Syarikat prinsipal membayar syarikat ‘outsourcing’ jumlah tertentu untuk sebilangan pekerja yang dibekalkan, sama ada mereka pekerja tempatan atau pekerja migran. Secara berkesan, syarikat prinsipal dapat mengelak daripada tanggungjawab dan obligasi majikan untuk memastikan hak dan kebajikan pekerja-employee mereka. Cara ini juga menjimatkan syarikat prinsipal wang yang biasanya akan dibelanjakan untuk pekerja-employee mereka untuk kos perubatan, insuran, bonus, kenaikan gaji, faedah pencen, pengangkutan dan penginapan, awad perkhidmatan dan lain-lain faedah kerja. Ianya juga membenarkan mereka mengelak tanggungjawab statutori berkenaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP/EPF) dan skema sekuriti social. Syarikat prinsipal juga terlepas daripada mematuhi obligasi dan penjagaan (safeguards) terkandung dalam undang-undang apabila pekerja diambil kerja atau dibuang kerja, yang termasuk pemeriksaan dalaman (‘domestic inquiries’) dan faedah-faedah rentikerja sentara dan penamatan (‘lay-off and termination benefits’). Kini, jika syarikat principal tidak mahu seseorang pekerja, mereka hanya perlu memberitahu syarikat ‘outsourcing’.

Untuk menukar tenaga kerja daripada pekerja tetap kepada pekerja kontrak jangka pendek, dan kini pekerja ‘outsource’, ramai principal telah mengurangi bilangan pekerja-employee tetap melalui ‘retrenchment’, skema perpisahan secara sukarela (VSS) atau cara yang lain, atau dengan terus memberhentikan sahaja kerja pekerja-employee mereka dan mengantikan mereka dengan pekerja yang dibekalkan oleh syarikat ‘outsourcing’
SEBAB PINDAAN AKTA
Syarikat outsourcing telah lama dibenarkan beroperasi di luar undang-undang dengan tidak ada apa-apa Akta yang meregulasi mereka. Walaupun mereka ini adalah pembekal tenaga kerja/pekerja, mereka tidak diwujudkan atau diwajibkan diregulasi oleh Akta Ajensi Pekerjaan Swasta 1981( Private Employment Agencies Act 1981), yang sememangnya akan memastikan bahawa pembekal tenaga kerja/buruh akan hanya membekal pekerja dan tidak sama sekali menjadi majikan pekerja yang dibekalkan.
Pindaan terbaru Akta Kerja adalah untuk memberikan syarikat ‘outsourcing’ ini pengesahtarafan statutori di bawah Akta Kerja, dan pada masa yang sama menghalalkan pekerjaan(employment) melalui syarikat outsourcing, yang selepas ini dikenali sebagai “contractor for labour”.
Satu sebab utama mewujudkan ‘contractor for labour’ dan pengenalan ‘labour outsourcing’ adalah untuk mengurangkan kapasiti(atau kuasa) pekerja dan kesatuan pekerja menuntut dan berunding untuk mendapatkan hak dan faedah lebih baik untuk pekerja. Memorandum MTUC kepada Menteri Sumber Manusia bertarikh Oktober, 7 2008 ada merujuk kepada satu interbiu dengan Datuk Ishak Mohamed, selaku Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Imigrasi, yang telah diterbitkan dalam akhbar New Straits Times, Julai 20, 2008, di mana, antara lain beliau menyatakan, ‘…outsourcing adalah bagus kerana ia akan menarik pelabur asing secara terus (foreign direct investment.) Pelabur tidak mahukan kesatuan pekerja diwujudkan dalam tempat perniagaan (‘establishment’) mereka. Melalui outsourcing, ia akan menjadi sukar untuk kesatuan kerja ditubuhkan memandangkan syarikat outsourcing, dan bukan kilang yang akan menjadi majikan…” [‘…outsourcing is good as it will attract foreign direct investment. Investors do not want unions to be formed in their establishments. Through outsourcing, it would be difficult for unions to be formed as outsourcing company, and not the factory, would be the employer…’], di mana ini telah mendedahkan niat kerajaan.
KUMPULAN KELAS BAWAHAN PEKERJA
Penjanaan kelas bawahan pekerja, yang tidak di anggap pekerja-employee prinsipal, juga mengugat perhubungan kerja(employment relationship) sedia ada di antara prinsipal dan pekerja-employee mereka kini, termasuk juga perhubungan dengan kesatuan sekerja pekerja-employee ini. Pada hari ini klas bawahan pekerja ini, yang terdiri daripada pekerja tempatan dan migrant, berada di kebanyakkan tempat kerja, termasuk juga dalam syarikat yang ada hubungan dengan kerajaan (GLC), di mana di setengah kilang kini hampir 50% tenaga kerja kilang terdiri daripada pekerja daripada kelas bawahan ini. Kesatuan sekerja dilemahkan, dan kuasa berunding mereka untuk menuntut hak dan faedah lebih baik untuk pekerja semakin lama semakin terhakis akibat penambahan pekerja yang bukan pekerja-employee principal, serta juga akibat kehilangan jaminan pemilikan kerja (security of tenure) akibat kontrak kerja jangka pendek.
‘Contractor for Labour’ adalah sebenarnya mengenai ‘outsourcing of labour’ yang sangat berbeda daripada ‘outsourcing of work’. ‘Outsourcing of work’ adalah apabila prinsipal outsource kerja atau operasi khusus yang bukan merupakan operasi utama (‘core operation’) mereka, kepada syarikat lain yang melakukan kerja tersebut mengunakan pekerja mereka sendiri dibawah kawalan dan penyeliaan syarikat lain tersebut. Sebagai contoh, di dalam beberapa syarikat pembuatan (manufacturing), kerja membersih, turfing/mengendali laman, kantin dan perkhidmatan sekuriti adalah contoh kerja yang telah di-outsource. ‘Outsourcing of work’ saperti ini adalah wajar dan dibenarkan, di mana pekerja yang melakukan kerja ‘outsourced’ ini juga dirangkumi oleh Akta Kerja.
Bercanggah dengan prinsip bahawa pekerja yang melakukan ‘core operation’ harus merupakan pekerja-employee principal, pindaan kepada Akta kini membenarkan ‘contractor for labour’ membekalkan pekerja untuk melakukan kerja ‘core operation’ ini di bawah kawalan dan penyeliaan staf penyelia dan/atau pengurus prinsipal. ‘Contractor For Labour’ hanya mengambil bayaran untuk tenagakerja/pekerja yang dibekalkan dan seterusnya membahagikan sebahagian yang akan dibayar kepada pekerja yang dibekalkan tersebut, di mana biasanya jumlah yang dibayar kepada klas pekerja ini adalah kurang daripada jumlah yang dibayar kepada pekerja-employee prinsipal walaupun kerja yang dibuat adalah sama. Prinsip gaji sama untuk kerja sama( equal pay for equal work) jelas diiingkari.
Prinsipal, yang dianggap BUKAN majikan pekerja yang dibekalkan, melepaskan dirinya daripada semua liabiliti dan tanggungjawab majikan untuk pekerja yang dibekalkan oleh ‘contractor for labour’ di mana pekerja ini sebenarnya melakukan kerja untuk faedah prinsipal.
PERINTAH KERJA (PENGECUALIAN) 2012
Menteri Sumber Manusia, di dalam satu cubaan meredakan bantahan MTUC, kesatuan pekerja, pertubuhan masyarakat umum (civil society groups) dan pekerja telah mengeluarkan satu Perintah Pengecualian, yang berkuatkuasa mulai April 1 2012, yang antara lain, menyatakan:-
“…Any person who enters into contract for
service with a principal to supply employees required by the principal for the
execution of the whole or any part of any work for the principal in any
industry, establishment or undertakings other than the agriculture
undertakings, is exempted from sections 31, 33A, 69 and 73 of the Act...”
“…Mana-mana
orang yang membuat kontrak untuk perkhidmatan dengan principal untuk membekal
pekerja yang diperlukan oleh principal bagi pelaksanaan keseluruhan atau
mana-mana bahagian daripada kerja untuk principal dalam mana-mana industry,
instituisi perniagaan atau perusahaan selain perusahaan pertanian dikecualikan daripada
seksyen 31, 33A, 69 dan 73 Akta” [Perkataan ‘worker’ dan ‘employee’
apabila diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia adalah perkataan sama, iaitu
‘pekerja’ di mana ini senang mengelirukan – lihat versi dalam Bahasa Inggeris]
Tetapi, perkataan yang digunakan dalam perintah pengecualian tersebut, yang juga telah tidak merangkumi pindaan kepada seksyen 2, yang merupakan pindaan utama yang memberikan pengiktirafan undang-undang kepada ‘contractor for labour’ dan kegiatan mereka, hanya mengesahkan lagi ‘contractor for labour’ dan apa yang mereka lakukan kini. Seksyen yang dikecualikan hanya mengenai perkara sampingan saperti pendaftaran pekerja-employee apabila dibekalkan kepada prinsipal dan keutamaan keberhutangan (priority of debt). Perintah pengecualikan tersebut juga akan menghalang pekerja yang dibekalkan oleh ‘contractor for labour’ di dalam sector-sektor yang dikecualikan daripada membuat aduan dan menuntut keadilan.
Bantahan MTUC dan kumpulan lain terhadap pindaan tersebut tidak diredakan oleh Perintah Pengecualian tersebut, dan mereka terus membantah ‘contractor for labour’.
PROTES
Kami dengan keras membantah sistem ‘contractor of labour’. Semua pekerja yang bekerja di bawah kawalan dan penyeliaan prinsipal harus menjadi pekerja-employee prinsipal tersebut bukan mana-mana pihak ketiga. Tindakan kerajaan Malaysia adalah pengingkaran Artikel 8 Perlembagaan Malaysia. Pada tahun 1988, Malaysia telah meratifikasi Deklarasi ILO berkenaan Prinsip Asas dan Hak Semasa Bekerja (ILO Declarations on Fundamental Principles and Rights at Work) tetapi pindaan ini adalah bercanggah dengan Deklarasi tersebut. Secara tambahan, tindakan Malaysia ini juga bertentangan dengan Agenda Kerja Decent ILO (ILO’s Decent Work Agenda), di mana Malaysia telah menerima.
International Trade Union Confederation (ITUC), banyak kesatuan pekerja dan pertubuhan masyarakat umum (civil society groups), juga telah menetang dan masih kini menentang pindaan tersebut. Malaysian Bar juga baru-baru meluluskan satu Resolusi sebulat suara pada Mac 10 2012, antara lain, memanggil untuk dikekalkan perhubungan kerja(employment relationship) dua-hala, dan yang juga mengambil pendirian bahawa pembekal tenagakerja/pekerja atau ‘contractor for labour’ itu tidak harus dijadikan atau kekal menjadi majikan pekerja yang mereka membekalkan setelah pekerja itu telah dibekalkan, diterima dan mulai bekerja di tempat kerja prinsipal.
'Contractor for labour’ dan kegiatan mereka tidak harus dibenarkan di dalam mana-mana sektor, termasuk sektor perladangan dan pertanian.
TUNTUTAN
Maka, kami menuntut dimansuhkan semua pindaan kepada Akta Kerja 1955, secara khusus pindaan kepada seksyen 2, 31, 33A, 69 dan 73, yang dipinda oleh Employment (Amendment) Act 2012 [ACT A1419] yang berkenaan ‘contractor for labour’ dan kegiatan mereka, dan sementara menunggu pemansuhan semua pindaan tersebut, didesak bahawa ianya diberhentikan beroperasi mulai sekarang.
Kami memanggil untuk pemansuhan ‘contractor for labour’ dan semua kegiatan mereka, dan untuk semua pekerja yang kini telah dibekalan oleh pihak ketiga, iaitu pembekal tenagakerja/pekerja (‘contractor for labour’) yang masih bukan pekerja-employee prinsipal segera dijadikan pekerja-employee prinsipal tersebut dan diberikan faedah dan layanan sama sapertimana diberikan kepada pekerja-employee prinsipal yang lain tanpa diskriminasi, termasuk juga hak menubuhkan/menyertai kesatuan sekerja, dan hak mendapat semua hak dan faedah yang kini di dalam Perjanjian Koletif terpakai.
Kami juga menuntut untuk pemansuhan pekerjaan tidak menentu (precarious employment), dan untuk dikelakan hubungan kerja dua pihak yang adil di antara prinsipal dan pekerja-employee, dan untuk menghormati hak pekerja dan hak kesatuan sekerja.

Charles
Hector
Pranom
Somwong
Bruno
Pereira
Untuk dan
bagi pihak,
ALIRAN (Aliran Kesedaran Negara), Malaysia
Amalgamated Union of Employees in Government Clerical
and Allied Services(AUEGCAS )
Amalgamated Union Employees Tenaga Nasional Berhad (AUETNB )
Amalgamated Union Employees Tenaga Nasional Berhad (AUETNB )
Anak Muda Sarawak (AMS)
Asian Migrants Center (AMC)
Asia
Monitor Resource Centre(AMRC)
Asia Pacific Forum on Women , Law and Development (APWLD)
Asian Network for the Rights of Occupational and Environmental Victims
(ANROEV)
Association for Community Development -ACD, Bangladesh
BASF Asia
Pacific Network
BASF-PETRONAS
Malaysia
Burma
Campaign Malaysia (BCM)
Burma
Partnership
Centre For
Reflection And Action On Labour Rights (Cereal Guadalajara), Mexico
Center
for Indonesian Migrant Workers-CIMW
Center for Migrant Advocacy, Philippines (CMA-Phils)
Centre
des travailleurs et travailleurs immigrants / Immigrant Workers' Centre
(Montréal, Québec)
Centre
d'appui aux Philippines - Centre for Philippine Concerns (Montréal, Québec)
Christian
Development Alternative (CDA)-Bangladesh
Clean
Clothes Campaign
Communication
Workers Union Victoria,Australia
Community Action Network (CAN), Malaysia
Democratic
Party for a New Society (DPNS), Burma
Dignity
International
Ecumenical
Institute for Labor Education and Research (EILER), Philippines
Electronic
Industry Employees Union Western Region Peninsular Malaysia (EIEUWRPM)
FAIR
(Italy)
Families
Against Corporate Killers, UK
Federation
Independent of Trade Union (GSBI) Indonesia
FSPMI (
Federasi Serikat Pekerja Metal Indonesia)
Future In Our Hands, Norway
Garment
and Allied Workers Union, India
Hsinchu
Catholic Diocese Migrants and Immigrants Service Center (HMISC), Taiwan
Institute
for Occupational Health and Safety Development (IOHSAD),
International
Metalworkers' Federation (IMF)
International
Union of Food, Agricultural, Hotel, Restaurant, Catering, Tobacco and Allied
Workers' Associations (IUF)
Jaringan
Rakyat Tertindas (JERIT), Malaysia
Kesatuan
Pekerja-Pekerja Polyplastics Asia Pacific (KPPAP)
Kesatuan
Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan
Kesatuan
Sekerja NUTEAIW Isuzu Hicom (M) Sdn Bhd, Pekan, Pahang, Malaysia
Kesatuan
Industri Elektronik Wilayah Timur Semenanjung Malaysia
Konfederasi
Serikat Nasional (National Union Confederation)[KSN] , Indonesia.
Labour
Behind the Label, UK
Lal Zenda Coal Mines Majdoor Union (LZCMMU), India
Lembaga
Informasi Perburuhan Sedane-Sedane Labour Resource Centre Bogor-Indonesia
LHRLA -
Lawyers for Human Rights & Legal Aid (Pakistan)
MADPET
(Malaysians Against Death Penalty and Torture)
Malayan Nurses Union(MNU)
MTUC (Malaysian Trade Union Congress)
Migrant
CARE, Indonesia
Migrant
Forum in Asia(MFA)
Migrante
International
National
Domestic Workers Movement- AP Region
National
Hazards Campaign of UK
NLD-LA
(National League for Democracy-Liberated Areas), Malaysia
National
Union of Banking Employees (NUBE)
National
Union of Petroleum & Chemicals Industrial Workers (NUPCIW), Malaysia
National
Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers (NUTEAIW), Malaysia
Network of
Action for Migrants in Malaysia (NAMM)
Occupational and Environmental Health Network of India (OEHNI)
Pakistan Rural Workers Social Welfare Organization (PRWSWO)
Paper & Paper Products Manufacturing Employees Union(Reg No 444),
Malaysia
Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Perak
Women for Women Society (PWW)
Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)
Persatuan Sahabat Wanita, Selangor (PSWS)
PINAY -
The Filipino Women's Organization in Quebec
Public
Services International, Malaysian Affiliates National Coordinating Committee
Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
RightOnCanada.ca,
Canada
Sarawak Medical Services Union (SMSU)
Solidarity of Cavite Workers, Philippines
Solidarity of Cavite Workers, Philippines
Tenaga
National Berhad Junior Officers Union
(TNBJOU)
Tenaganita,
Malaysia
Thai
Committee for Refugees Foundation (TCR)
Thai
Labour Campaign, Thailand
The Live
And Livelihood Foundation, Bangladesh
The Women's Caucus (Southeast Asia Women's Caucus on ASEAN)
Think
Centre – Singapore
United Filipinos In Hong Kong (UNIFIL-MIGRANTE-HK)
United Students Against Sweatshops,
US
University of Malaya General Staff Union (UMGSU)
WARBE
Development Foundation, Bangladesh
Women's Legal and Human Rights Bureau, Inc.(WLB),Philippines
WOREC
Nepal
Workers
Assistance Center, Inc., Philippines
Workers
Hub For Change (WH4C)
Yayasan
LINTAS NUSA Batam-Indonesia
Yokohama
Action Research (Japan)
Clean
Clothes Campaign, the Netherlands
No comments:
Post a Comment