Thursday, April 20, 2017

Wan Noorulazhar - 5 years 7 months later wrongful dismisal case begins? Great injustice?

Wan Noorulazhar, employee of RENESAS, who was also the President of the Electronic Industry Employees Union Western Region, Peninsular Malaysia (EIEUWR) was terminated wrongfully on 26/8/2011...and, at long last, his Industrial Court case has finally started ...trial now adjourned to 15-16 Mei 2017 now..

'Wan Noorulazhar bin Mohd Hanafiah, an employee of RENESAS who is the President of the UNION was dismissed on 26/8/2011 by RENESAS whereby the alleged misconduct, was that his actions were ‘contrary to explicit company policies’. He allegedly made statements about treatment of workers in a closed Facebook Group, whose members were fellow workers.'

87 Groups :- RENESAS MUST IMMEDIATELY ACCORD RECOGNITION TO THE UNION AND REINSTATE WAN NOORULAZHAR

87 Kumpulan :-RENESAS HARUS SEGERA MENGIKTIRAF UNION DAN MENGEMBALIKAN PEKERJAAN WAN NOORULAZHAR

Wan Noorulazhar, pekerja RENESAS yang juga Presiden UNION lah dibuang kerja pada 26/8/2011 oleh RENESAS...Aduan dan tuntutan menuntut kerja kembali telah difailkan, mengadu pembuangan kerja tak sah...

Selepas pembuangan kerja - pekerja kehilangan kerja dan pendapatan bulanan...Majikan terus beroperasi saperti biasa..Adakah ini adil?

Keadilan memerlukan kes sedemikian didengar dan diputuskan dengan cepat....tetapi di bawah kerajaan UMNO-BN...masa yang begitu lama berlalu sehingga kes ini dibicarakan di Mahkamah Perusahaan...

Selepas 5 tahun 7 bulan (26 August 2011 - 10 April 2017), kes Wan Noorulazhar vs Renesas Semiconductor KL (M) Sdn Bhd telah bermula - kini kes ini akan disambung bicara pada 15 dan 16hb Mei 2017

Adakah ini ADIL - sememangnya tidak?  Pekerja terus dianiyai...tetapi kerajaan UMNO-BN macam tak peduli...

Adakah parti pembangkang akan membiarkan keadaan ini berterusan? Demi keadilan, kes ini harus segera dibicarakan dan diputuskan --- Mengapa? Pekerja menuntut kerja kembali - dan lagi cepat pekerja dapat kembali bekerja, adalah lebih adil bukan sahaja untuk pekerja tetapi juga majikan...

Bila pemimpin kesatuan yang dimangsakan, ia semestinya menjejaskan kesatuan dan ahli kesatuan...Pekerja mungkin akan menjadi terlalu takut menentang majikan menuntut hak atau berjuang memastikan ketidakadilan segera berhenti...




Kenyataan Media Bersama – 4 April 2013
RENESAS HARUS SEGERA MENGIKTIRAF UNION
DAN MENGEMBALIKAN PEKERJAAN WAN NOORULAZHAR
Kami, 87 pertubuhan masyarakat sivil, kesatuan dan kumpulan  yang bertandatangan di bawah memanggil RENESAS Semiconductor KL Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai NEC Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd] untuk menghormati kebebasan berasosiasi dan hak pengiktirafan efektif untuk adakan collective bargaining,  yang merupakan satu hak asasi pekerja yang juga satu daripada nilai asas  International Labour Organisation (ILO)'s. RENESAS mesti berhenti tindakan menghalang atau melewatkan, dan segera memberikan pengiktirafan kepada  Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenjung Malaysia(KSIEWBSM)/ Electronic Industry Employees Union Western Region, Peninsular Malaysia (EIEUWR)[UNION]  supaya pekerja di RENESAS boleh akhirnya mula menikmati faedah collective bargaining agreement.  Kini sudah lebih 3 tahun sejak UNION mula menuntut  pengiktirafan RENESAS pada January 2010. 
Di Malaysia, setelah didaftarkan, pengiktirafan majikan diperlukan sebelum UNION dapat mula berunding dan memasuki apa-apa  Collective Bargaining Agreement  dengan syarikat majikan. UNION perlu menghantar tuntutan pengiktirafan, dan dalam masa 21 hari majikan boleh mengiktiraf atau tidak. Jika pengiktirafan tidak diberikan, pihak Director General of Industrial Relations (DGIR) akan mencelah dan memulakan proses ke arah mengadakan undi sulit (secret ballot) untuk mendapat kepastian bahawa sekurang-kurangnya  50 peratus campur 1 jumlah pekerja yang berkelayakan menjadi ahli UNION mahukan kesatuan – lepas itu Union akan diberikan pengiktirafan dan boleh mula merepresentasi pekerja dengan berkesan.  

Walaupun lebih kurang 70% (1,300) pekerja RENESAS yang ada kelayakan menjadi ahli Union sudah menjadi ahli EIEUWR pada masa permohonan pertama untuk pengiktirafan di buat oleh UNION kepada RENESAS, RENESAS tidak member pengiktirafan dan kini selepas 3 tahun, RENESAS masih enggan mengiktiraf union. 

Pada 18/1/2010, UNION menghantarserahkan permohonan pertama(1) untuk pengiktirafan kepada  RENESAS. Respon RENESAS adalah bahawa ada sebuah jawatankuasa protem in-house union lain yang juga meminta pengiktirafan. Director General of Industrial Relations (DGIR) menolak alasan ini. Kemudian RENESAS mendakwa pula bahawa mereka tidak menerima permohonan pengiktirafan, walaupun permohonan pertama ini telah di hantarserah kepada RENESAS oleh Wan Noorulazhar bin Mohd Hanafiah, Presiden UNION, dan RENESAS telah mengesahkan penerimaan. Pihak DGIR akhirnya meminta  UNION untuk hantar lagi permohonan untuk pengiktirafan. 

Tuntutan kedua(2) untuk pengiktirafan telah di hantar pada 17/8/2010, kali ini mengunakan pos berdaftar akuan terima, di mana sekali lagi RENESAS mendakwa tidak menerima permohonan  UNION. Malangnya, UNION juga tidak menerima kembali kad akuan terima dari pihak pos.

Tuntutan ketiga(3) telah dihantar kepada RENESAS pada 8/10/2010, kali ini mengunakan Kourier Nasional Poslaju. Selepas menerima surat UNION, RENESAS  telah secara salah cuba menghantar surat UNION kembali kepada Poslaju dengan permintaan surat dikembalikan kepada UNION. Poslaju telah memberikan surat mengesahkan perkara ini. Kali ini, RENESAS tidak boleh lagi menafikan penerimaan, dan sepatutnya pihak DGIR mula melakukan apa yang perlu untuk tujuan mengadakan undi sulit. Tidak ada apa-apa tindakan di pihak DGIR walaupun UNION berkali-kali menuntut tindakan, dan akhirnya UNION terpaksa berpiket pada 12/8/2011 di hadapan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya. DGIR kemudian memberitahu UNION bahawa document relevan hilang/salah letak, dan Timbalan DGIR dipertanggungjawabkan untuk kesalahan tersebut, di mana beliau sejak itu itu ditukar jawatan. Pihak DGIR kemudian meminta pihak UNION untuk membuat satu lagi permohonan pengiktirafan.

Tuntutan keempat(4) dibuat pada 8/9/2011. RENESAS kali ini membalas dengan mencabar, antara lain, pendaftaran UNION  EIEUWR itu sendiri, dan kelayakkan Setiausaha Agung UNION (General Secretary), iaitu  Bruno Gentil Pereira. Bila Menteri menolak bantahan ini pada 9/4/2012, pada 8/5/2012, RENESAS membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi mencabar keputusan Menteri, di mana Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan RENESAS pada 28/6/2012. Selepas itu,  RENESAS, merayu kepada Mahkamah Rayuan, yang juga sebulat suara menolak rayuan RENESAS pada 5/12/2012.
Selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan RENESAS pada 28/6/2012, tidak wujud apa-apa perintah Mahmah menghalang pihak DGIR meneruskan dengan proses undi sulit tetapi DGIR tidak berbuat apa-apa.

Selepas banyak protes daripada UNION, DGIR akhirnya pada 14/12/2012 memulakan proses dengan menulis surat kepada RENESAS meminta mereka menghantarserahkan Borang B, sebagaimana diperlukan undang-undang. RENESAS tidak menghantar Borang B, dan surat kedua bertarikh 14/1/2013 telah dihantar oleh DGIR kepada RENESAS. RENESAS tidak melakukan apa yang diperlukan, dan kini pihak DGIR dipercayai sudah menghantar surat ketiga.

Bila akhirnya sampai tarikh undi sulit, pekerja yang berhak mengundi adalah pekerja yang layak pada tarikh tuntutan pengiktirafan dihantarserah, iaitu 8/9/2011 tetapi dengan kehadiran kontrak kerja jangka pendek, ramai pekerja yang sokong UNION pada masa itu sudah tidak lagi berada  di RENESAS, di mana ini akan memprejudis UNION, yang masih perlu menunjukkan  sokongan dengan memperolehi undi sekurang-kurangnya 50% campur satu berdasarkan senarai pekerja layak pada 8/9/2011. Taktik melambatkan proses undi sulit menguntungkan pihak majikan, dan memprejudiskan UNION. 

Wan Noorulazhar, pekerja RENESAS yang juga Presiden UNION lah dibuang kerja pada 26/8/2011 oleh RENESAS di mana kesalahan yang didakwa majikan adalah bahawa beliau telah melakukan tindakan bercanggah dengan polisi khusus syarikat ‘contrary to explicit company policies’. Beliau didakwa membuat kenyataan mengenai cara RENESAS melayan pekerja di dalam sebuah kumpulan Facebook tertutup, di mana ahli kumpulan itu ada rakan pekerja. Salahlaku ini langsung tidak ada kena mengena dengan  work performance. Kes pembuangan kerja secara salah kini di Mahkaman Perusahaan. 

Trend masa kini Mahkamah Perusahaan adalah bila didapati pembuangan kerja secara salah dilakukan adalah untuk tidak memerintahkan pekerja diambil balik sebagai pekerja tetapi mengarahkan majikan membayar pampasan. Jika tidak diambil balik sebagai pekerja di RENESAS, pekerja di RENESAS akan kehilangan pemimpin. RENESAS sebenarnya boleh pada bila-bila masa mengambil kembali Wan Noorulazhar sebagai pekerja tanpa kehilangan faedah.



Pada 14/3/2013, EIUWR bersama pekerja RENESAS telah sekali lagi mengadakan piket protes di Putrajaya.

Kami menuntut RENESAS Semiconductor KL  Sdn  Bhd untuk segera mengiktiraf Electronic Industry Employees Union Western Region (EIEUWR), dan segera mengambil balik sebagai pekerja  Wan Noorulazhar bin Mohd Hanafiah dan mana-mana pemimpin pekerja yang telah dibuang kerja.

Senator Syed Shahir bin Syed Mohamud
Charles Hector
Mohd Roszeli bin Majid
Pranom Somwong
Badrulzaman bin Mohd Ghazali

Bagi pihak 87 organisasi di bawah,

ALIRAN
Andhra Pradesh State Domestic Workers' Union, India
Asia Monitor Resource Centre(AMRC)
Asia  Pacific  Forum on Women , Law and Development ( APWLD)
Asia Floor Wage Alliance- SEA Office
Building and Wood Workers International Asia Pacific Regional Office (BWI APRO)
Center for Migrant Advocacy ,Philippines
Centre for Human Rights and Development (CHRD) Sri Lanka
Center for Orang  Asli Concerns (COAC)
CIMS- Centre for Indian Migrant Studies
Clean Clothes Campaign
Committee for Asian Women, Bangkok
Community Action Network (CAN), Malaysia
Confederation of Free Trade Unions of India
Dignity International
GoodElectronics
GoodElectronics Thailand (GET)
Hope Workers' Center, Taiwan
Hsinchu Catholic Diocese Migrants and Immigrants Service Center (HMISC), Taiwan
Human Rights Ambassador for Salem-News.com
IDWN( International  Domestic Workers’  Network)
IMA Research Foundation, Bangladesh
International Campaign for Responsible Technology, US
International League of Peoples' Struggle – Canada
Legal Support for Children and Women (LSCW), Cambodia
LIPS (Lembaga Informasi Perburuhan Sedane/Sedane Labour Resource Centre) Indonesia
MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
Malaysian Physicians for Social Responsibility
MAP Foundation, Thailand
Maquiladora Health & Safety Support Network, Berkeley, CA  USA
Migrant Care
Migrant Forum in Asia (MFA)
Migrant Forum India (MF India)
Migrant Forum Lanka (MFL)
Migrants Rights Council India
Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM)
NAMM (Network of Action for Migrants in Malaysia)
NDWM -  National Domestic Workers' Movement, India
NLD-LA (National League for Democracy-Liberated Areas), Malaysia
Pakistan Rural Workers Social Welfare Organization (PRWSWO)
Parti Rakyat Malaysia(PRM)
People & Planet, UK
Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
PINAY Quebec
Progressive Labor Union of Domestic Workers- Hong Kong
PSWS (Persatuan Sahabat Wanita Selangor)
Pusat KOMAS (KOMAS)
Refugee and Migratory Movements Research Unit (RMMRU), Bangladesh
SALT (School of Acting Justly Loving Tenderly and Walking Humbly)
SBMI (Serikat Buruh Migran Indonesia)
Solidarity of Cavite Workers (SCW), Philippines
State Enterprises Workers' Relations Confederation (SERC), Thailand
State Railway Workers' Union of Thailand (SRU), Thailand
SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
Tenaganita, Malaysia
The Alliance of Progressive Labor - Hong Kong
Tourism Employees Association of Maldives
Women's Rehabilitation Center (WOREC) Nepal
Workers Assistance Center, Inc, Philippines
Workers Hub For Change (WH4C)
Women Workers Lead
Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
Youth For Peace/Peace Institute of Cambodia (YFP/PIC)
Malaysian Unions
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Timur Semenanjung Malaysia (KSIEWTSM)
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia
Kesatuan Sekerja Pekerja Industri Elektronik Wilayah Utara
Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS Aviation Berhad
Kesatuan Pekerja-Pekerja Polyplastics Asia Pacific
Paper & Paper Products Manufacturing Employees' Union Of Malaysia (PPPMEU)
TNBJOU (TNB Junior Officers Union), Malaysia
Malayan Technical Services Union (MTSU)
NUBE (National Union of Banking Employees), Malaysia
Association of Maybank Executive
Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Perusahaan Alat Alat Pengangkutan Dan Sekutu(NUTEAIW)
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Swasta-[Union Of Employees In Private Medical And Health Services]
Kesatuan Eksekutif Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd.
Electrical Industry Workers' Union (EIWU)
Kesatuan Pekerja Pekerja Fujikura Federal Cables Sdn Bhd
Kesatuan Pekerja Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia
Kesatuan Eksekutif Airod (KEA)
UNI Global Union-Malaysia
MTUC Pahang
MTUC Penang Division
MTUC Bahagian Melaka
Kongres Kesatuan Sekerja Cawangan Pulau Pinang
MTUC Selangor & Wilayah Persekutuan

Senator Syed Shahir bin Syed Mohamud - Senator in the Malaysian Parliament, the Immediate Past President of the Malaysian Trade Union Congress(MTUC), and Executive Secretary to the National Union of Transport Equipment and Allied Industries Workers; Charles Hector - human rights defender and lawyer; Mohd Roszeli bin Majid VicePresident (Private Sector) Malaysian Trade Union Congress(MTUC), and also the President of the TNB Junior Officers Union; Pranom Somwong - Workers Hub For Change(WH4C), Asia  Pacific  Forum on Women , Law and Development ( APWLD); Badrulzaman bin Mohd Ghazali -  President, Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS Aviation Berhad(MHSEU)

Wednesday, April 19, 2017

Kesatuan INFINEON Melaka bertahan? Mana penguatkuasaan undang-undang pekerja?

Satu cara bagaimana majikan mengugat semangat perjuangan  pekerja mereka adalah dengan menyerang kepimpinan pekerja. Jika pimpinan diserang dan dianiyai, maka setengah majikan percaya ahli kesatuan sekerja akan berasa 'takut' dan segala niat majikan kemungkinan akan seterusnya berjaya tanpa bantahan/halangan dari kesatuan atau pekerja

Kesatuan sekerja adalah satu cara bagaimana pekerja bersatu dapat berinteraksi dengan majikan untuk menuntut hak lebih dan keadaan kerja yang lebih baik dan selamat. Pekerja bersatu juga boleh menangani apa-apa ketidakadilan yang dilakukan majikan. 

TETAPI Bukan senang, bila dengan senang majikan boleh membuang kerja atau mengenakan tindakan disiplin kepada pemimpin, di mana ini akan menjana perasaan ketakutan di kalangan ahli lain - 'Jika majikan boleh lakukan gitu pada pemimpin, bagaimana pula saya?' 

Ketakutan sedemikian akan secara lojik wujud - tetapi ini juga masa tekad dan solidariti pekerja dicabar.  Adakah 'solidariti' itu hanya cakap 'kosong' bila keadaan baik - atau adakah Kesatuan dan pekerja akan tampil ke hadapan, sanggup ambil risiko, yang mungkin termasuk risiko kehilangan kerja atau risiko penangguhan kenaikan gaji, untuk berdiri bersama secara SOLIDARITI berjuang - lawan tetap lawan sehingga keadilan dicapai...Atau adakah 'kesatuan' dan 'solidariti' ini akan retak dan pecah gitu saja? Semua bergantung kepada ahli individu dan pimpinan kesatuan - prinsip, nilai, watak, personaliti...? 




Syabas kepada Union di Infineon Melaka dan ahli kesatuan tersebut yang BERTAHAN dan telah mengambil pendirian wajar secara solidariti - menuntut INFINEON Melaka membenarkan Presiden mereka(walaupun telah dibuang kerja secara salah) kembali  melakukan tugas dan tanggungjawab beliau. Berikut adalah petikan emel yang dihantar Setiausaha Kesatuan kepada Infineon Melaka...






Sent: Thursday, January 12, 2017...

Assalamualaikum En Fazli,
               
                Saya sebagai Setiausaha Kesatuan ingin memaklumkan kepada pihak majikan bahawa untuk jawatan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Infineon Technologies (M) Sdn. Bhd. masih lagi disandang oleh saudara Muhammad Zulfadlee Thye bin Abdullah.

            Setelah merujuk kepada MTUC Pusat dan berlandaskan undang-undang seperti yang tercatit di dalam Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Sekerja, maka saudara Zul Thye masih lagi layak memegang jawatan Presiden Kesatuan.

            Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS). Maka dengan rasminya segala tugas-tugas Presiden Kesatuan masih lagi dijalankan oleh saudara Zul Thye termasuklah perbincangan CA yang akan datang. Kami juga berharap agar perbincangan CA yang akan datang dapat dibincangkan dengan secara harmoni.

Sekian Terima Kasih.


With Best Regards,
Muhd Khairul Buang
Infineon Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.
(IFMY OP BE POM SO M4 UPS ASSY DB UT)

Zulfadlee Thye

Pendirian yang diambil Kesatuan ini harus dipuji. Tuntutan mereka adalah wajar dan berasaskan undang-undang. Bila seorang pekerja dibuang kerja, mendakwa bahawa pembuangan kerja itu salah dan menuntut kerja kembali, beliau akan terus kekal sebagai ahli kesatuan, dan terus memegang jawatan dalam Kesatuan tersebut - di dalam keadaan ini, Presiden Union...

Malangnya, majikan Infineon Melaka terus menafikan hak Presiden Union ini meneruskan tanggungjawab sebagai Presiden Union...masuk pejabat Union pun dihalang secara salah oleh majikan berkenaan..

MTUC juga telah membuat tuntutan yang sama - tetapi Infineon Melaka terus berkeras...menafikan hak Presiden dan Kesatuan tersebut..

Kerajaan UMNO-BN sudah pun tahu bahawa salah laku bercanggah undang-undang sedang berlaku - mana dia penguatkuasaan undang-undang? 

Kenapa Menteri Sumber Manusia, termasuk peguatkuasa Jabatan Perhubungan Manusia dan Pendaftar Kesatuan Sekerja masih belum bertindak...Sepatutnya cepat-cepat masuk, dan menuntut Infineon Melaka menuruti undang-undang negara - Presiden Kesatuan harus segera dibenarkan masuk dan meneruskan tugas sebagai Presiden...[Isu pembuangan kerja isu lain, boleh ikut proses sedia ada - tapi buat cepat sikit]. Isu kini adalah isu 'union busting ' dan isu penafian majikan membenarkan Presiden Union yang sah menjalankan tugas...Mana penguatkuasaan undang-undang...

Mana penguatkuasaan undang-undang buruh dan Kesatuan Sekerja? Malas atau segaja tak prihatin kerana kerajaan tak prihatin hal ehwal pekerja  - Mungkin perlu buat aduan kepada EAIC (Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan) isu kegalan pihak penguatkuasa Kementerian Sumber Manusia?

Penguatkuasaan undang-undang buruh juga harus dilakukan dengan cepat dan berkesan - Salah jika hanya menunggu pekerja dan/atau kesatuan sekerja bawa ke Mahkamah saja? 

Bila sedar ada tindakan majikan bercanggah undang-undang negara, penguatkuasaan mesti dilaku segera...bukan berlenggah-lengah? Kadang-kadang ada aduan difailkan...kadang-kadang telah dapat tahu mengenai salah laku cara lain. Bila dapat tahu, dengan apa-apa cara pun, penguatkuasa Kementerian Sumber Manusia kena segera bertindak....? Apa kata Menteri - adakah pihak penguatkuasa undang-undang pekerja kurang efisyen? Adakah terdapat 'rasuah' yang menyebabkan pihak penguatkuasa melewatkan tindakan? 

Rekod menunjukkan bahawa KEMENTERIAN semestinya sudah tahu mengenai salah-laku, bercanggah undang-undang negara, sejak sekurang-kurangnya Januari 2017...apa yang telah dilakukan?

Pos berkaitan:-

55 Groups - INFINEON MUST STOP UNION BUSTING AND DISCRIMINATION AGAINST UNION LEADERS - Reinstate Union President?

Malaysia: Workers claim discrimination against union leaders at Infineon's assembly factory; company responds (BHRRC)

Perjuangan memerlukan lebih daripada satu kenyataan atau piket - juang sampai keadilan dicapai?

‘Wrongfully’ sacked workers union president turns to Suhakam for help(FMT,17/3/2017)