POLISI dan perancangan mengatasi penyelewengan, kleptocracy, dan 'kehilangan duit rakyat' - di mana masalah ini nampaknya jelas berlaku di Malaysia...dalam kes berkaitan 1MDB, MAS, PROTON, FGV, dll...justeru apakah polisi/rancangan Pembangkang dan parti politik lain...Lapuran Audit Negara juga mendedahkan banyak contoh dalam Jabatan/Ejensi Kerajaan...kemungkin sama dalam syarikat milik kerajaan dan GLC...
Masalah Pertama - Tak ada pemantauan terus oleh rakyat (justeru kita hanya tahu selepas wang sudah hilang...)
AUDIT - kini AUDITOR GENERAL(Ketua Audit Negara) hanya wajib audit akaun perbelanjaan Kerajaan(Negara/Negeri/Kerajaan Tempatan) dan mengeluarkan lapuran kepada orang ramai(termasuk Parlimen, DUN...) - untuk kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Tidak ada OBLIGASI sama untuk syarikat milik kerajaan, sama ada milik penuh saperti 1MDB dan/atau syarikat milikan sebahagian oleh kerajaan dan/atau GLC.
Kerajaan Persekutuan/Negeri boleh minta audit untuk syarikat sedemikian tetapi tak perlu dedah kepada Parlimen/DUN atau rakyat - ini kena tukar, di mana AUDIT wajar akan termasuk semua syarikat milik kerajaan dan/atau GLC, yang harus didedahkan kepada rakyat...(tak ada lagi pengunaan Akta Rahsia Rasmi saperti yang digunakan dalam kes 1MDB dan syarikat berkaitan). Apa yang diperlukan adalkah pindaan undang-undang atau undang-undang bari di peringkat Persekutuan dan Negeri....[Kini banyak perhatian isu 1MDB...tetapi keadaan masih sama syarikat milik kerajaan negeri - kenapa undang-undang tak dipinda membenarkan audit penuh dimana lapuran audit didedahkan sepenuhnya kepada rakyat di Selangor, Penang dan Kelantan?)
PARLIMEN/DEWAN UNDANGAN NEGERI - Mesti ditubuhkan Jawatankuasa Parlimen/DUN terdiri daripada ahli politik kerajaan/pembangkang - di mana tugas mereka adalah untuk sentiasa memantau pergerakkan syarikat milik kerajaan dan/atau GLC. Kuasa diberikan untuk menerima aduan/maklumat, menjalankan penyiasatan, serta juga kuasa mengambil tindakan perlu termasuk tindakan jenayah...dan tindakan disiplin termasuk tindakan mendapatkan kembali 'wang rakyat' yang dilupuskan secara salah secara sengaja atau 'lalai'...
OMBUDSMAN - Ombudsman patut dilantik di peringkat Persekutuan, serta juga peringkat Negeri, dengan kuasa dapat masuk dan menyiasat bila-bila masa mana-mana Kementeria, Jabatan atau Agensi Kerajaan - termasuk juga syarikat milik penuh kerajaan atau agensi kerajaan. Kuasa pendakwaan harus diberikan kepada Ombudsman - tak perlu minta kebenaran daripada Pendakwa Raya (atau Attorney General). Ombudsman akan melapur terus kepada Parlimen/DUN - bukan kepada Perdana Menteri atau Menteri Besar.
TRANSPARENSI - Semua syarikat milik kerajaan termasuk GLC terpaksa secara terbuka menyatakan butiran pemilik(pemilik saham), serta pendapatan dan perbelanjaan, khususnya keuntungan tahunan dalam laman web syarikat. [Rakyat mesti tahu KEBERUNTUGANAN pelaburan duit rakyat melalui kerajaan...jika syarikat milik kerajaan untung...berapa untung, jika rugi, berapa rugi...). Pemilikan saham juga penting kerana kita mahu tahu sama ada masih milik kerajaan...atau telah 'senyap-senyap' sudah dijual kepada pihak swasta sama ada di Malaysia, atau dari luar negara saperti Cina, Arab Saudi, dll...
POLISI PENGAJIAN DAN ELAUN PENGARAH - Ini penting khususnya untuk syarikat milik penuh kerajaan, dan juga syarikat (yang dimiliki lebih 50% oleh syarikat atau ejensi kerajaan, termasuk syarikat milik kerajaan yang lain...) Adalah tidak wajar jika CEO dibayar RM500,000 sebulan - justeru, had gaji/elaun mesti ditetapkan - tak ada siapa yang harus diberikan gaji/elaun lebih daripada Perdana Menteri atau Penjawat Awam tertinggi...sekarang kita tak tahu berapa gaji pegawai dalam syarikat milik kerajaan ..Mengapa rakyat tak tahu gaji pekerja rakyat sendiri?
PENGARAH DAN CEO - Dalam mana-mana syarikat, kuasa ditangan pemilik (pemegang saham), justeru dalam syarikat milik kerajaan, ianya ditangan RAKYAT. Kuasa operasi dan perjalanan syarikat harian...adalah di dalam tangan PENGARAH syarikat ...justeru pemilihan PENGARAH amat penting ..mereka yang mengarahkan CEO dan pekerja syarikat yang lain ...Bila syarikat melakukan sesuatu kesalahan...atau mengalami kerugian akibat tindakan salah, yang bertanggungjawab adalah PENGARAH...dan seterusnya mereka yang lantik Pengarah...
Di Malaysia, kerajaan UMNO-BN nampaknya banyak lakukan kesalahan dalam aspek pemilihan Pengarah...kini bekas ketua polis negara dilantik jadi Pengarah(dalam Prasarana, syarikat terlibat dalam industri pengangkutan...) - Adakah bijak lantik orang tak ada pengalaman perniagaan, atau pengalaman dalam industri khusus yang dijalankan syarikat sebagai PENGARAH. Amalan melantik ahli politik(kadang-kadang MP atau ADUN), pemimpin/ahli parti politik, bekas 'penjawat awam,, kroni ...adalah mungkin tindakan BODOH - bukan untuk memastikan syarikat itu berjaya dalam perniagaan dan mengaut keuntungan...mungkin pula untuk niat sampingan memberikan 'hadiah/wang/prestige' kepada kroni atau kawan...Melantik pengarah kurang cekap atau arif adalah langkah pertama memastikan kegagalan syarikat ...mereka yang tidak boleh memberi arahan perlu kepada CEO atau Pengarah - apa gunanya?
Bila syarikat milik kerajaan - mesti dimasukkan beberapa wakil kerajaan sebagai Pengarah - baiasanya penjawat awam daripada Kementerian/Jabatan berkenaan ---Tujuan pengarah sedemikian adalah lebih untuk memastikan syarikat tak menyeleweng dari objektif...ini juga cara Kerajaan sentiasa tahu apa yang berlaku - kerana 'wakil' ini akan sentiasa melapurkan kepada Jabatan/Kementerian berkenaan...Penjawat Awam atau wakil ini TIDAK HARUS DIBAYAR Elaun pengarah..semua elaun diterima harus dikembalikan kepada kerajaan - kan dia sudah ada GAJI dan ini sebahagian daripada kerjanya...
PENGARAH - Sebaiknya ADUN,MP atau Senator tidak harus dilantik sebagai Pengarah - jika pun dilantik, gaji/elaun pengarah mesti dialirkan kembali kepada kerajaan ...Mengapa? Mereka sudah pun terima gaji/elaun cukup sebagai wakil rakyat. Jika mereka boleh dapat keuntungan wang lebih hasil lantikan sebagai Pengarah - ini mungkin membolehkan MB/PM menjana lebih 'kroni' yang setia kepada mereka tidak lagi kepada rakyat...kan 'kekayaan' tambahan akan jadi 'hadiah' kepada kawan..Parti politik, mungkin bila ada kerajaan campuran (PAS-PKR-DAP) mungkin juga mahukan orang mereka sebagai Pengarah untuk memastikan tak ada salahlaku ..tak ada penyelewengan daripada objektif parti/kerajaan...boleh ada mungkin satu Pengarah dari setiap parti untuk memastikan ini...tetapi Pengarah lain(atau majoriti) mestilah yang ada kepakaran perniagaan dan kepakaran menjana keuntungan...
Gaji/Elaun/Pekerja/Pengarah - tambah gaji/elaun ertinya tambah perbelanjaan - justeru kuranglah keuntungan syarikat yang merupakan milik rakyat. Justeru, tak harus ambil pekerja atau pengarah dari kalangan kroni/kawan tetapi mereka yang mempunyai kelayakan perlu saja... MB Selangor sebelum ini menimbulkan alegasi salahlaku dalam PKNS dan syarikat berkenaan mengenai perlantikan pekerja tertentu yang diberikan gaji terlalu tinggi (atau tinggi)...malangnya isu ini tidak disiasat sepenuhnya...dan tak tahu keputusan ..Adakah ini sebenarnya salahlaku pengarah membenarkan perlantikan pekerja dengan gaji lebih daripada yang wajar..{Paling baik, saperti gaji penjawat awam - mesti jada ketetapan gaji/elaun pekerja/CEO/Pengarah dalam syarikat milik kerajaan atau GLC)..
HARUS KITA INGAT BAHAWA SYARIKAT MILIK KERAJAAN ADALAH MILIK RAKYAT - DAN OBJEKTIF UTAMA ADALAH MENJANA KEUNTUNGAN MAKSIMA UNTUK RAKYAT ....bukan sama sekali digunakan untuk menjana kekayaan untuk kawan, kroni, parti politik atau orang tertentu...
SYARIKAT MILIK KERAJAAN dan GLC harus memberikan contoh terbaik sebuah syarikat dari segi menghormati hak pekerja, alam sekitar, dan hak komuniti setempat...Pekerja dalam syarikat tersebut jangan dianiyai, dan dibayar gaji wajar dan adil. Pekerja mestilah pekerja tetap(regular) bukan pekerja kontrak jangka pendek yang tak stabil, atau pekerja (bukan employee syarikat) yang dibekalkan oleh pembekal pekerja('contractor for labour').
Syarikat Milikan Kerajaan atau GLC mesti menjadi CONTOH TERBAIK kepada semua syarikat swasta lain di Malaysia ...Adakah ini berlaku kini?
JUSTERU, APAKAH POLISI PARTI PEMBANGKANG DAN PARTI POLITIK LAIN DI MALAYSIA BERKENAAN SYARIKAT MILIK KERAJAAN DAN GLC?
KALAU TIDAK ADA, KITA AKAN TERUS MENGHADAPI MASALAH DAN KERUGIAN KEPADA RAKYAT SAPERTIMANA TELAH BERLAKU DALAM 1MDB, MAS, FGV, PROTON,...WANG RAKYAT AKAN TERUS LUPUS...KEADAAN TAK AKAN BERUBAH?
Apabila kerajaan pembangkang berjaya dalam PRU, dan mendapart kuasa memerintah di Negeri Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Trengganu, Kedah, Perak(?)....semua rekod/dokumen/keterangan terdedah sepenuhnya kepada kerajaan baru....Apa yang saya harapkan adalah bahawa kerajaan 'baru' akan segera menyiasat dan mendedahkan salahlaku yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu, penjawat awam, orang perseorangan...khususnya yang menyebabkan salahguna wang rakyat...atau menyebabkan wang rakyat dilupuskan melalui kleptocracy, rasuah, penyelewengan, dll...dan seterus mengambil tindakan patut terhadap semua yang salah...sama ada tindakan 'jenayah' atau tindakan guaman yang lain... Wang yang hilang akan dicari dan didapatkan balik ...rumah/harta yang mengambil 'wang' atau menyebabkan wang dilupuskan akan ditarik dan dijual... TETAPI SEMUA INI TAK BERLAKU...MENGAPA? MENGAPA?
Adakah kerana semua yang dikatakan Pembangkang adalah 'karut' dan tak berasas....ATAU ADAKAH KERANA POLISI PEMBANGKANG ADALAH UNTUK 'LUPA DAN MAAF' - saya berpendirian bahawa Yang bersakah mesti dihukum...wang yang diambil mesti didapat kembali...
Teringat juga kata Anwar Ibrahim....kononnya ada bukti yang akan didedahkan ...sehingga kini tak nampakpun...
MENGAPA? Adakah semua parti politik dan ahli politik sama saja ...KELIRU SAYA...
Adakah kerana orang baru masuk mendapatkan kuasa mahu terus gunakan cara lama untuk keuntungan diri dan kroni - justeru jangan kita dedahkan kesalahan terdahulu, ...lepaskan saja mereka yang lakukan kesalahan...biarkan saja mereka terus menikmati wang rakyat yang diambil...APA POLISI BARU?
'Saya bantu kamu...kamu pun bantu saya'...Bila UMNO-BN menang kembali Kedah dan Trengannu pun tak ada pendedahan salahlaku kerajaan PR ...pelik bukan. Nampaknya semua kerajaan, sama ada kerajaan UMNO-BN atau kerajaan 'Pembangkang' semuanya baik saja - tak ada salah lahu bila mentadbir...tak ada KLEPTOCRACY and pelupusan wang rakyat...ANIH BUKAN?
MESTI ADA POLISI BARU? MESTI ADA UNDANG-UNDANG BARU? MESTI ADA CARA BARU ...demi rakyat...demi menghalang kelupusan wang milik rakyat...
ADAKAH RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI PILIHAN ....BERASASKAN IDEOLOGI, POLISI, PRINSIP...dalam blog ini saya telah membincangkan polisi Pencukaian, Polisi Pekerjaan dan Perhubungan pekerjaan, dan kini polisi syarikat milik kerajaan dan GLC...ada banyak lagi isu asas...polisi pendidikan, polisi kesihatan, polisi perumahan, polisi perkhidmatan awam, polisi TOLL,...
Apakah pilihan yang rakyat Malaysia - hanya pilihan orang dan parti...yang mengamalkan pendirian dan cara pentadbiran yang sama, yang akan menjana masalah sama...
Kalau dilihat...
Parti Pribumi Bersatu - semua pemimpin bekas UMNO, yang tubuh parti setelah disingkirkan oleh UMNO
Parti Keadilan Rakyat - berbilang kaum - tetapi ramai pemimpin juga bekas UMNO-BN
Parti DAP - ini pembangkang dulu dan dikatakan berbeda...polisi/ideologi/prinsip/cara pentadbiran - mungkin sama tetapi apa yang dijanjikan 'bersih,cekap dan amanah'
Parti PAS - kata ikut cara prinsip/nilai Islam tetapi tak ada penjelasan mengenai apakah perancangan khusus (bekas parti yang berpecah daripada UMNO asalnya)
Parti Amanah - parti bekas ahli dari PAS - keluar kerana kalah pilihanraya PAS?
PSM, PRM...
APAKAH SEBENARNYA IDEOLOGI/PRINSIP/NILAI/CARA PENTADBIRAN BARU....CUBALAH FIKIRKAN DAN DEDAHKAN SECARA KHUSUS KEPADA RAKYAT MALAYSIA...SEKARANG JUGA?
APAKAH PERUBAHAN KHUSUS YANG AKAN BERLAKU JIKA RAKYAT MEMILIH ANDA? Tak ada apa-apa - hanya kita janji lebih Bersih, Lebih Cekap, Lebih Beramanah...kita mahu lebih...
Memang rakyat mahu tolak UMNO-BN, mahu ambil yang baru atau alternatif...tapi tolong jangan pula sama caranya dengan kerajaan UMNO-BN...