BWI-MALAYSIAN LIAISON COUNCIL (BWI-MLC)
MEDIA STATEMENT (Terjemahan Bahasa Malaysia)
27 AUGUST 2020
Bukan sahaja pemandu mabuk, tetapi juga majikan dan pemilik tempat kerja yang melanggar undang-undang yang berkesudahan dengan kematian perlu perlukan perundangan keras(deteren).
54 terbunuh oleh pemandu mabuk,611 terbunuh dalam kemalangan tempat kerja pada tahun 2018.
Kerajaan Malaysia telah baru membentangkan pindaan melalui Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 di Parlimen untuk membenarkan hukuman lebih keras untuk kesalahan memandu dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematiaan. Rang undang-undang ini telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Ogos 2020.
Perundangan serupa dengan penalti keras(deteren) diperlukan untuk mengurangkan atau menghapuskan kematian di tempat kerja yang berlaku akibat pengingkaran undang-undang, termasuk perundangan tanggungjawab pihak majikan, kontraktor, pemilik tempat kerja dan pegawai mereka untuk memastikan tempat kerja yang selamat.
Berlainan daripada kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, di mana yang orang yang bersalah boleh dikatakan tidak mempunyai keupayaan mental untuk menjadikan tindakan mereka disengajakan, ketidakpatuhan keperluan keselamatan dan kesihatan adalah keputusan yang diambil oleh pihak majikan, kontraktor, pemilik tempat kerja, dan pegawai mereka sebaliknya adalah tindakan sengaja bukan keputusan dibuat dalam apa-apa keadaan mabuk. Mereka membuat keputusan dengan fikiran jelas, dengan kesedaran atau pengetahuan bahawa kegagalan mereka mematuhi obligasi undang-undang, mungkin boleh menyebabkan kematiaan atau kecederaan kepada pekerja.
54 Terbunuh Oleh Pemandu Mabuk di 2018, 578 Terbunuh dalam Kejadian Tempat Kerja.
Menurut laporan keselamatan jalan raya global keluaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia/ World Health Organisation(WHO) pada Disember 2018, kurang daripada 1% kematian yang berkaitan dengan trafik di Malaysia ada kaitan dengan mabuk alkohol. Pihak polis juga melaporkan bahawa pada 2018, hanya terdapat 54 kematiaan yang berpunca daripada pemandu mabuk.(FMT, 2/8/2020)
Pada tahun 2019, menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 578 pekerja mati-, iaitu 2 orang sehari. Dalam sektor pembinaan sahaja, 144 pekerja terbunuh pada tahun tersebut. Kadar Kemalangaan Maut (Fatal Accident Rate) Malaysia dalam sektor pembinaan adalah 10 kali lebih teruk berbanding dengan United Kingdom. (New Straits Times, 15/2/2020)
Untuk tempoh Januari sehingga March 2020, dilaporkan bahawa 16,908 perkerja yang telah terbunuh atau cedera hilang upaya akibat kemalangan di tempat kerja. Untuk sektor pembinaan sahaja, 39 lelaki dan 2 perempuan telah terbunuh, sementara 1,183 lelaki dan 375 perempuan telah mengalami kecederaan hilang upaya dalam tempoh yang sama.
Statistik ini menunjukan bahawa undang-undang keselamatan dan kesihatan perlu diberikan keutamaan, terutamanya dengan bilangan kematiaan dan kecederaan yang tinggi di tempat kerja. Sebilangan besar adalah berpunca daripada penginkaran perundangan, di mana jika dipatuhi pasti secara mendadak mengurangkan bilangan kematiaan dan kecederaan perkerja.
Hukuman Keras(Deteren) Untuk Memastikan Pekerja Tidak Terbunuh
Dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994/Occupational Safety and Health Act 1994(OSHA 1994), pada masa ini, penalti maksimum yang boleh dikenakan adalah denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit(RM20,000) atau hukuman penjara untuk tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya.Tiada peningkatan hukuman dalam OSHA 1994, sekiranya pengingkaran undang-undang menyebabkan pekerja mati, hilang upaya atau cedera lain. Ini bermakna hukuman sama untuk ketidakpatuhan perundangan yang dikesan semasa pemeriksaan biasa, dan juga apabila ketidakpatuhan perundangan menyebabkan pekerja terbunuh atau cedera.
Secara bandingan, untuk jenayah memandu dalam keadaan mabuk, hukuman penjara semasa mereka yang disabitkan memandu di bawah pengaruh arak/dadah yang menyebabkan kematian adalah penjara untuk tempuh tiga(3) ke sepuluh(10 tahun) dan denda antara RM 8,000 dan RM20,000. Pindaan baru bakal meningkatkan hukuman ini menjadi daripada 10 sehingga 15 tahun penjara, dan denda diantara RM 50,000 dan RM 100,000 untuk kesalahan pertama, bila disabitkan kesalahan.
Pergantungan Lesen/ Permit ‘Black-listing’
Di bawah pindaan baru ini, orang yang disabitkan bersalah untuk kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian juga akan hilang kelayakan untuk memegang or memperoleh lesen memandu untuk tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun daripada tarikh disabitkan bersalah, dan dalam situasi kesabitan kedua, atau seterusnya, akan hilang kelayakan untuk tempoh dua puluh tahun daripada tarikh sabitan.
Di bawah OSHA 1995, tiada sebarang ‘blacklisting’, sistem mata demerit, dan/atau pergantungan lesen untuk pemilik tempat kerja, kontraktor, majikan dan pegawai mereka, walaupun selepas mereka telah didapati bersalah melanggar undang-undang yang menyebabkan kematian perkerja.
Oleh sebab itu, kami menyeru kepada kerajaan Malaysia untuk meggubal undang-undang yang lebih tegas, dengan hukuman keras(deteren) demi menyelamatkan nyawa pekerja, nyawa yang terhilang akibat daripada pengingkara perundangan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.
Kerajaan harus mengurangkan kejadian kematian di tempat kerja,sama seperti mereka kini cuba mengurangkan kematian yang berlaku disebabkan pemandu mabuk.
Apolinar Tolentino
Regional Representative
BWI
Nor Azlan Yaacob
BWI-MLC Representative
General Secretary, Timber Employees Union Peninsular Malaysia (TEUPM)
Alias Yaakob
President, Union of Employees in the Construction Industry (UECI)
Building and Wood Workers’ International (BWI) merupakan Federasi Kesatuan Global, yang diiktiraf oleh International Labour Organisation (ILO) yang mewakili pekerja dan kesatuan sekerja dalam sektor pembinaan, bahan binaan, perkayuan dan sektor-sektor lain yang berkaitan. BWI-Malaysian Liaison Council (BWI-MLC) merupakan ahli gabungan BWI di Malaysia yang terdiri daripada sembilan kesatuan sekerja, termasuk Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Industri Binaan (Union of Employees in the Construction Industry, UECI), yang merupakan kesatuan sekerja kebangsaan mewakili pekerja-pekerja dalam sektor pembinaan di Malaysia.