Saturday, March 11, 2017

Perhimpunan RUU 355 - Adakah PAS mempunyai matlamat sampingan?

RUU 355 - Adakah terdapat matlamat lain? Kini pun ada hukuman sebat dalam undang-undang syariah di Kelantan...tetapi sehingga hari ini, adakah siapa-siapa yang pernah disebat di Kelantan kerana melakukan sesuatu jenayah di bawah undang-undang syariah? Apabila di 'Google', apa yang saya lihat adalah hanya kajian yang sedang dijalankan....Pindaan yang dicadangkan Hadi Awang hanya untuk menaikkan had hukuman yang sedia ada - denda, penjara dan sebatan(rotan)...bukan untuk membawa masuk hukuman potong 'tangan' atau hukuman mati. Kemudian, setiap Negeri akan memutuskan sama ada mahu menaikkan hukuman sedia ada ...Apa yang akan berlaku adalah kerajaan Negeri yang akan mempunyai kuasa...
 

Justeru, adakah sebab lain mengapa ada perhimpunan RUU355...

Adakah ianya kerana PAS perlu membuktikan bahawa ia masih mempunyai sokongan besar di kalangan rakyat Malaysia?

Sejak PRU yang lepas, banyak yang telah berlaku..

a) Ada yang dalam PAS keluar daripada PAS dan menubuhkan parti baru - Parti Amanah Negara? 6 ahli Parlimen PAS lompat jadi Ahli Parlimen Amanah, lebih kurang 7 ADUN PAS pun kini menjadi ADUN Amanah...

b) Pakatan Rakyat(PAS,DAP,PKR) sudah bubar - dan kini Pakatan Harapan pula - Amanah, DAP dan PKR? PAS kini nampaknya tidak lagi ada pakatan dengan mana-mana parti politik lain.

c) PAS dan DAP kini ada halangan mengadakan perhubungan atau pakatan bersama akibat Resolusi yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung PAS. Saya anggap meluluskan Resolusi sedemikian adalah kesilapan besar - kerana ia mengikat tangan kepimpinan dan parti PAS sehingga Resolusi itu dipinda atau diketepikan dalam Mesyuarat Agung yang lain. Tidak bersalah untuk kepimpinan PAS dan Parti PAS menyuarakan pendapat atau mengadakan perhiumpunan aman mengenai pendirian mengenai DAP - tetapi Resolusi hanya telah mengikat tangan PAS. Ada yang katakan bahawa resolusi tersebut hanya taktik satu pasukan apabila mahu mencabar pasukan lagi satu dalam pemilihan PAS - mungkin betul ...mungkin tidak. Pendirian dan hubungan PAS-DAP sentiasa bercanggah ...tetapi bila sampai PRU, mereka sanggup bersama menentang musuh yang lebih penting iaitu UMNO-BN...kini macam mana?

d) PAS tidak pernah menghadapi PRU seorang diri...Jika dilihat sejarah, setiap kali PAS bertanding, ada 'pakatan' atau 'persetujuan' dengan parti pembangkang lain menghadapi pilihanraya. Ini telah memastikan satu lawan satu, di mana parti lain telah bersetuju tidak bertanding...Jika parti pembangkang lain telah atau akan bertanding, mungkin situasi berbeda di Kelantan. Undi yang calun PAS perolehi untuk PRU yang lepas semua kerana ini...Persoalan adalah berapa yang akan menyokong PAS jika PAS sendiri bertanding tanpa sebarang 'persetujuan' secara formal atau tidak formal dengan parti pembangkang yang lain...




e) Kelantan adalah negeri yang dimenangi Pembangkang - bukan PAS. Menteri Besar mungkin daripada PAS tetapi ini tidak menjadikan Kelantan negeri pembangkang...Kini tinggal 3 negeri di bawah parti Pembangkang...Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

f) PAS juga kini kehilangan ahli - dulu satu juta lebih, kini lebih kurang 800,000 sahaja. Tetapi, seseorang yang menjadi ahli berdaftar tidak semestinya akan mengundi untuk calun PAS. Ahli berdaftar juga tidak menunjukkan sokongan sesuatu parti kerana ramai di Malaysia dibawah pentadbiran UMNO-BN memilih tidak menjadi ahli berdaftar khususnya parti pembangkang kerana takut. Perhimpunan RUU Akta 355 memperlihatkan hanya lebih kurang 55,000 sahaja ...bermaksud semua ahli berdaftar pun tak turun...

PAS secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan confessed today that its total membership had suffered a 20 per cent decline in the past one year. He said the party now had 800,000 people compared to one million in March 2015.- Malay Mail Online, 3/6/2016
JUSTERU, perhimpunan RUU Akta 355 mungkin ada matlamat sampingan - mahu menunjukkan bahawa PAS masih mempunyai sokongan ramai.Saya berpendirian bahawa PAS telah berjaya menunjukkan sokongan ini. Adakah parti pembangkang lain mempunyai keupayaan membawa begitu ramai untuk satu perhimpunan aman dianjurkan parti tersebut sendiri? Perhimpunan Aman yang telah diadakan sebelum ini yang mendapat sokongan ramai merupakan yang perhimpunan yang dianjurkan individu atau NGO(pertubuhan bukan kerajaan) - parti pembangkang hanya menyatakan sokongan atau sebaliknya? Ini dapat dilihat daripada perhimpunan aman REFORMASI, Bantah GST dan BERSIH? HINDRAF, semasa ia sebuah pergerakkan bukan parti politik, juga dapat sokongan lebih kurang 20,000. Satu kali bila parti keadilan memanggil perhimpunan - yang turun hanya lebih kurang 500 [Ini di waktu Anwar dikatakan sangat 'popular']

Masalah yang timbul adalah isu perhimpunan RUU Akta 355 - ada ahli PAS pun yang tak sokong. Ada pula ahli UMNO yang sokong dan hadhir? UMNO cuba melemahkan usaha 'matlamat sampingan' PAS melalui kehadiran beberapa ahli politik? Kini, UMNO mungkin juga boleh katakan sebilangan besar yang hadhir adalah orang UMNO...

Tujuan sampingan kedua:- Memperkasakan kerajaan Negeri?

Malaysia merupakan 'PERSEKUTUAN' terdiri daripada negeri-negeri. Akibat pentadbiran UMNO-BN, jika diperhatikan kuasa negeri, khususnya di Semenanjung Malaysia, telah sedikit demi sedikit dilupuskan. Kini ada yang berkempen untuk Sabah dan Sarawak, tetapi pertanyaan adalah mengapa bukan Negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia?

Kini urusan potong rumput dan kutipan sampah pun tidak lagi di tangan Kerajaan Tempatan (Local Council) atau kerajaan negeri - ianya kini sudah ditangan kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan, tanpa memerlukan persetujuan Kerajaan Tempatan (atau kerajaan Negeri) kini memilih syarikat untuk menyediakan perkhidmatan saperti potong rumput tepi jalan, pungutan sampah, pembetungan, dll... Dahulu, bila kerajaan tempatan yang menentukan siapa diberi kontrak pengutipan sampah, di Temerloh, Majlis Perbandaran dapat juga memerlukan kontraktor menyediakan perkhidmatan tambahan saperti pperkhidmatan mengutip kayu besar dan barangan besar dengan bayaran wajar beberapa puluh ringgit sahaja (tak salah RM15) - kini bila diminta, perkhidmatan ini tidak ada lagi, dan nasihat diberi oleh Majlis adalah potong kecil-kecil dan bakar...Justeru, Majlis Pendaran kini hanya jadi tukang kutip wang untuk disalurkan kepada kerajaan pusat - aduan pun perlu disalurkan kepada kerajaan persekutuan untuk disampaikan kepada kontraktor mereka..Sedih...sedih?


Satu sebab mengapa kerajaan negeri di Semenanjung telah kehilangan banyak kuasa kepada kerajaan Persekutuan adalah kerana dahulu semua negeri pun dibawah kerajaan UMNO-BN... justeru senang sekali kerajaan negeri menyerahkan kuasa kepada kerajaan Persekutuan...

Kini, wang pencukaian pendapatan peribadi dan cukai korporat pun pergi ke tangan kerajaan Persekutuan. Pada pendapat saya, adalah wajar sebahagian ini disalurkan kepada kerajaan negeri - mungkin 20-25% pendapatan kerajaan Persekutuan dari cukai harus disalurkan kepada kerajaan negeri bergantung kepada bilangan penduduk. Ini akan memperkasakan upaya kerajaan negeri untuk melakukan kerja pembangunan untuk rakyat negeri? Apa pendapat anda?

Kini perundangan Islam juga di tangan kerajaan Persekutuan - Mengapa kerajaan negeri perlu meminta Akta Persekutuan dipinda supaya kerajaan negeri boleh menaikkan hukuman yang boleh dikenakan undang-undang kerajaan negeri? Mengikut Perlembagaan, ini adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, bukan?

Pemilihan ahli kerajaan tempatan(Local Council) - adakah wajar kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa terhadap isu ini - kini kerajaan Pulau Pinang dan Selangor mahu adakan pemilihan secara demokratik oleh rakyat setempat untuk memilih ahli Majlis Perbandaraan/Daerah/Bandaraya(Local Council) pun tak boleh kerana dihalang perundangan Persekutuan? Adakah ini wajar? Adakah parti pembangkang berjanji memansuhkan Akta ini?

Tetapi adakah Parti Pembangkang mahu memberikan kita lebih demokrasi - bebas mengundi secara demokratik ketua kampung, ketua taman, dll ....adakah Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang melakukannya sekarang ... atau adakah hanya kerajaan negeri mahukan kuasa sahaja TETAPI tak sanggup kembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kepimpinan tempatan(kampung, taman, kampung baru) - bukankah lebih baik 'lantik' saya orang kita atau kroni? Jangan biarkan rakyat setempat menentukan sendiri? Tak ada halangan kini untuk ada perlantikkan ketua kampung, ketua kampung baru, ketua taman, dll -- tetapi nampaknya Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tak minat...????

ISU AKAN DATANG?

Dengan pindaan Akta 355 - kerajaan negeri mendapat kuasa lebih dari segi hukuman? Adakah kerajaan negeri akan meningkatkan hukuman jenayah Islam atau tidak?Semasa kerajaan negeri mahu meningkatkan hukuman sesuatu jenayah - itu lah masanya kita luangkan pendapat. Setuju atau tidak setuju?? Apa rakyat mahukan - ini penting...


Mungkin kepimpinan PAS sendiri tak fikirkan tentang matlamat sampingan apabila perhimpunan RUU Akta 355 diadakan?

MASALAH dengan PAS adalah selalu mereka menyatakan 'cara Islam' tetapi butiran terperinchi tak diberikan...Apakah polisi pekerja, pendidikan, pencukaian, pertanian, pengangkutan awam,...PAS?

Adakah PAS juga akan berfikiran sempit macam UMNO...UMNO mahu jaga 'orang Melayu'...adakah PAS mahu jaga 'orang Islam' saja...Jangan lupa bahawa Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama..

RUU 355 menakutkan ramai orang...tetapi jangan lupa bahawa asal-usul isu ini mungkin taktik UMNO-BN kerana kebiasaan di Parlimen Usul dalam agenda tak akan sempat dibincangkan...ianya biasa selepas soalan parlimen, dan itu pun jarang boleh habis dijawab...Jadi kenapa usul Hadi Awang tiba-tiba dibawa kehadapan?

Adakah taktik UMNO-BN berjaya? Adakah solidariti pembangkang menentang UMNO-BN sudah dilemahkan? Adakah ini akan membawa kepada kemenangan UMNO-BN sekali lagi di PRU akan datang? 

Saya mahu merasakan kerajaan selain daripada UMNO-BN - Alternatif diperlukan..Kalau tak OK, kita tolak sahaja PRU akan datang... 



 













 

No comments: