Kenyataan
Media – 25/9/2015
PRM terima kebebasan perhimpunan aman tak macam
MCA hendak hentikan perhimpunan aman
Parti
Rakyat Malaysia (PRM) terkejut dan mengkritik seruan Presiden MCA Liow Tiong
Lai kepada Perdana Menteri untuk melarang dan menghentikan semua perhimpunan
aman pada masa depan.
Menurut
laporan berita, beliau dipetik, “ MCA dengan kerasnya mesti hendak semua
perhimpunan dilarang….”
Jelasnya,
Liow Tiong Lai tidak memahami betapa pentingnya hak kebebasan perhimpunan aman
dan kebebasan bersuara, dan hak-hak ini lebih penting dalam sistem pemerintahan demokrasi. Hak ini
juga hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
PRM
tetap menyokong hak rakyat untuk mengadakan protes, bantahan dan perhimpunan aman. Sama ada protes
dan bantahan, perhimpunan, atau perarakan terdiri daripada berbilang kaum atau berbilang
agama, atau hanya terdiri daripada khalayak ramai satu kumpulan etnik dan kaum,
agama, atau kelas seperti pekerja atau petani tidak mengapa.
PRM
menerima bahawa perhimpunan aman merupakan satu saluran untuk menyampaikan
hasrat kepada umum, kumpulan tertentu, entiti
atau institusi termasuk kerajaan. Perhimpunan aman juga merupakan
saluran untuk menyampaikan hakikat bahawa sesuatu tuntutan itu bukan pendirian
atau kehendak seorang dua sahaja, tetapi kehendak sekumpulan manusia yang
banyak yang diperlihatkan dengan bilangan peserta yang besar bilangannya dalam
perhimpunan. Oleh itu, adalah tidak masuk akal
dan tidak munasabah dicadang perhimpunan aman diadakan di tempat terpencil
atau di kawasan tertutup.
Oleh
demikian, PRM menyeru kepada anggota dan penyokong MCA supaya mendesak
Presidennya untuk memahami dan menghormati hak perhimpunan aman dan semangat
demokrasi serta menarik balik seruan yang mahu melenyapkan hak asasi perhimpunan aman di negara ini.
Koh Swe Yong
Setiausaha
Agung,
Parti Rakyat
Malaysia
(No. Tel:
012-2766551)
Media
Statement – 25/9/2015
PRM
recognizes the freedom of peaceful
assembly unlike MCA who wants future mass rallies stopped
Parti
Rakyat Malaysia(PRM) is shocked and strongly criticizes the call of Liow Tiong Lai, President of MCA, to the Prime
Minister to stop all future mass rallies.
He
was reported as saying, “MCA is adamant that all mass rallies must be stopped...”(Malaysian
Insider, 24/9/2015).
Clearly,
he fails to understand the importance of the right of freedom of peaceful
assembly, freedom of expression and opinion, more so in a democracy. This is
also a fundamental right that is enshrined in our Federal Constitution.
PRM certainly upholds the right of people to hold peaceful protests
and rallies. It matters not whether these protests, rallies or processions are
multi-racial or multi-religious, or just by people of one particular ethnic
group, religion or a class like workers or farmers .
PRM
recognizes that a peaceful assembly is a means of conveying an opinion to the
public, targeted persons and entities which could also include governments.
Peaceful assembly is also the means to communicate the fact that this is just
not the position of 1 or 2 persons, but a lot of people reflected also by the
numbers that attend. That is why it makes no sense to have a peaceful assembly
at some isolated location or a closed venue.
PRM
calls on MCA’s members and current supporters to sanction its President who
wants to extinguish our fundamental right to peaceful assembly in Malaysia.
Koh Swe Yong
Setiausaha
Agung,
Parti Rakyat
Malaysia
(No. Tel:
012-2766551)
Stop all future rallies, MCA tells Najib
SOURCE:- Parti Rakyat Malaysia Blog
No comments:
Post a Comment