Ministry of Works and the Construction Industry Development Board(CIDB) has done the right thing to protect the safety and health of workers in the construction sector - they have come up with what the employers are required to do not just with regard to the worksite but also the worker accomodations(CLQs - Construction Labour Quarters) during this Covid-19 pandemic > Hope these regulations are made permanent and applicable during normal times, to keep workers safe from any infectious diseases...
[Standard Operating Procedures]
[Guidelines on Preventive Measures Steps at the Construction Site]
[Guidelines for the Operation of Centralised Labour Quarters and Worker Accomodations]
***We have copied and pasted most(not all) of this document, so can have sight of these documents here.
This absence of specific regulations to protect workers at their workplaces from threat of Covid-19 or other serious diseases was raised by 26 groups and trade unions vide a Joint media statement dated 14/4/2020 may have had an effect of making the CIDB and the Minister of Works(not Minister of Human Resources) coming out with Standard Operating Procedures, and 2 Guidelines covering not just the workplace but also workers accomodations.
26 Groups - Minister Fails to Protect Workers from Becoming Victim of Covid-19, only social protection AFTER worker already infected and/or dies now exists. Clear Regulations and Standards Needed that Employers Must Comply to Protect Worker Safety and Health
Menteri Gagal Melindungi Pekerja dari Menjadi Mangsa Covid-19, hanya ada perlindungan sosial SETELAH pekerja sudah dijangkiti dan/atau meninggal dunia
We hope the Minister of Human Resources will move quickly and make sure all other workplaces in every other sector has got similar regulations, etc that are mandatory, and breaches will not go unpunished
MCO: Daily screenings on workers among SOP set for construction sector
PUTRAJAYA
(April 22): Providing thermal scanners and screenings for COVID-19 on
workers at construction sites are among the conditions that need to be
fulfilled by contractors and companies that are allowed to operate
during the Movement Control Order (MCO) period.
Senior Minister of Works Datuk Seri Fadillah Yusof said body
temperature checks and screenings for symptoms such as coughing, sore
throat or breathing difficulties must be conducted daily at construction
site entrances.
“Those at the construction sites are only allowed to operate five
days a week from 8am until 5.30pm,” he told a press conference on the
standard operating procedure (SOP) for the Construction sector to
operate during MCO here today.
Under the SOP, contractors and construction companies are also
required to provide transportation for workers, ensure social distancing
is observed and the number of workers at the sites is minimised to not
more than 50 percent of the requirements on normal days.
In addition, workers tasked with deskjobs such as clerical works,
designing and so forth are encouraged to complete them at home.
Fadillah said contractors and companies must designate someone such
as the Safety and Health Officer (SHO), Site Safety Supervisor (SSS) or
the owner of the company who will be responsible for ensuring the SOP
compliance.
“Each worker is required to download the MySejahtera application for contact tracing purposes,” he said.
Fadillah said the SOP encompasses three aspects namely prevention at
construction sites, workers’ movement and workers' quarters.
It involves SOP on the Permission to Operate and Wokers’ Movement for
Construction Projects during the MCO; COVID-19 Prevention Practices
Guidelines at Construction Sites; Centralised Labour Quarters (CLQ)
Operations Guidelines and Construction Workers’ Accommodation during the
MCO.
The SOP documents can be accessed through the application.miti.gov.my/daftardanwww.cidb.gov.my link.
Fadillah said monitoring and enforcement operations would also be conducted to ensure full compliane of the SOP.
Any violation of the SOP may be subject to action under the
Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342) and the
Construction Industry Development Board Malaysia Act 1994 (Act 520), he
added. - Edge Markets, 22/4/2020
PROSEDUR OPERASI
STANDARD AM
DAN
GARIS PANDUAN AM
KEBENARAN BEROPERASI SERTA PERGERAKAN PEKERJA BAGI PROJEK PEMBINAAN
DALAM TEMPOH
PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN
(DOKUMEN 1)
2020
KEMENTERIAN KERJA RAYA /LEMBAGA
PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
KEBENARAN BEROPERASI SERTA
PERGERAKAN PEKERJA BAGI PROJEK PEMBINAAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP)
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan 2
2. Amalan yang Perlu dipatuhi 2
3. Permohonan 5
4. Jenis Projek yang dibenarkan 6
5. Dokumen yang diperlukan 6
6. Pelaksanaan dan Pematuhan 8
7. Penguatkuasaan 10
1. PENGENALAN
1.1. Prosedur Operasi Standard
(SOP) ini disediakan selaras dengan keputusan Kerajaan untuk membenarkan
kerja-kerja pembinaan diteruskan semasa PKP.
1.2. SOP ini juga bertujuan untuk
memperincikan proses permohonan untuk syarikat mendapatkan kebenaran
menjalankan kerja pembinaan semasa PKP.
1.3. Pematuhan SOP ini perlu
mengambil kira SOP lain yang dikeluarkan oleh Kementerian atau Agensi lain yang
bertanggungjawab dalam rantaian bekalan (Supply chain) industri pembinaan.
Rantaian bekalan ini meliputi pengeluar bahan, pengedar bahan binaan, pengusaha
kuari serta pembekal jentera dan peralatan termasuklah perkhidmatan logistik
dan perkhidmatan perundingan.
1.4. Kerja pembinaan boleh
dihentikan serta merta dan tindakan termasuk tindakan tatatertib di bawah CIDB
boleh diambil terhadap syarikat sekiranya syarikat gagal mematuhi SOP yang
ditetapkan.
2. AMALAN YANG PERLU DIPATUHI
2.1. Surat Kebenaran Beroperasi
hendaklah dipamerkan dengan jelas di tapak bina/ premis. Kebenaran beroperasi
adalah mengikut zon yang telah ditetapkan oleh MKN dan tertakluk kepada
peraturan-peraturan semasa yang dikeuarkan oleh MKN
2.2. Kontraktor/ Syarikat
hendaklah mematuhi Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan Covid-19 di Tapak
Bina yang dikeluarkan oleh CIDB serta Garis Panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian atau Agensi berkaitan.
2.3. Kontraktor/ Syarikat
hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan atau thermal scanner serta
saringan gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas. Pengukuran suhu badan dan
saringan gejala perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk kilang/ premis. Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan perlu memastikan anggota yang dilatih
melakukan pengukuran suhu dan saringan pekerja. Bacaan bagi setiap pekerja
hendaklah direkod dan disimpan untuk tempoh sekurang kurangnya 3 bulan untuk
rujukan.
2.4. Sekiranya bacaan suhu badan
ialah 37.5° Celcius atau lebih, atau mempunyai gejala, pekerja tidak dibenarkan
memasuki premis dan perlu merujuk pekerja tersebut (dengan pekerja memakai
mask) ke Klinik Panel Syarikat atau Klinik Kesihatan yang berdekatan.
2.5. Waktu tapak bina/ premis
beroperasi adalah bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang, 5 hari
seminggu dan tiada kerja lebih masa dibenarkan.
Nota:
a) Hari Bekerja Isnin – Jumaat
adalah bagi Wilayah Persekutuan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.
b) Hari Bekerja Ahad – Khamis
adalah bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
2.6. Kontraktor/ Syarikat
hendaklah mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minima atau
sekurang-kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah semasa yang diperlukan.
Kontraktor/ Syarikat juga hendaklah mewujudkan sistem bekerja dari rumah yang
sesuai bagi pekerja yang tidak terlibat dengan aktiviti di tapak bina/ premis.
2.7. Semasa Permohonan,
Kontraktor/ Syarikat hendaklah mengemukakan kepada MITI keseluruhan senarai
pekerja yang terlibat semasa tempoh PKP. Kontraktor/ Syarikat mestilah
memastikan pergerakan pekerja terbabit hanya terhad dari rumah ke tapak bina/
premis sahaja.
Nota:
a) Perlu menghadkan jumlah
pelawat ke premis
b) Menggalakkan syarikat membuat
mesyuarat secara maya
2.8. Kontraktor/ Syarikat
hendaklah memastikan pekerja asing yang bekerja di tapak bina/ premis mempunyai
permit kerja yang sah.
2.9. Pekerja-pekerja asing yang
tidak tinggal di Malaysia tidak dibenarkan bekerja.
2.10. Pekerja-pekerja yang baru
pulang dari luar negara, tidak dibenarkan bekerja selama tempoh 14 hari dari
tarikh sampai ke Malaysia dan perlu menjalani proses kuarantin sepanjang tempoh
tersebut.
2.11. Bagi kerja yang memerlukan
penggunaan jentera berat, perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan jentera
adalah dibenarkan.
2.12. Sekiranya terdapat pekerja
yang dijangkiti Covid-19, Kontraktor/ Syarikat adalah bertanggungjawab
menanggung sepenuhnya semua kos perubatan, proses nyah kuman di tapak bina/
premis dan lain-lain kos yang berkaitan. Kontraktor/ Syarikat perlu memberi
kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan
contact tracing pekerja yang telah dijangkiti Covid-19 dan pengurusan contact.
2.13. Kontraktor/ Syarikat perlu
menyediakan pengangkutan bagi pergerakan
pekerja dengan mengamalkan social/ safe distancing.
2.14. Kontraktor/ Syarikat
hendaklah memastikan kenderaan mengangkut pekerja telah menjalani proses
sanitasi dan nyah kuman setiap kali sebelum digunakan.
2.15. Kontraktor/ Syarikat
hendaklah memberikan pemahaman terhadap garis panduan menangani Covid-19 kepada
rantaian nilai mereka.
2.16. Sekiranya Kontraktor/
Syarikat menyediakan kemudahan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) untuk pekerja,
pihak Kontraktor/ Syarikat perlu memastikan ianya mematuhi Garis Panduan
Operasi Centralised Labour Quarters (CLQ) dan Penginapan Pekerja Binaan Semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh CIDB serta mana-mana
agensi yang berkaitan.
3. PERMOHONAN
3.1. Permohonan bagi Surat
Kebenaran Beroperasi di tapak bina/ premis boleh dibuat oleh Kontraktor/
Syarikat dan perlu dikemukakan di Portal MITI.
3.2. Permohonan yang dibuat
adalah secara self-declaration dan perlu disertai dengan ikrar Aku Janji.
3.3. Ikrar Aku Janji perlu
disertai dengan ikrar bahawa Kontraktor/ Syarikat akan melaksanakan fungsi dan
tanggungjawab seperti yang ditetapkan di dalam SOP serta mematuhi mana-mana
arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan arahan oleh lain-lain agensi
Penguatkuasaan yang berkaitan
3.4. Pemprosesan permohonan akan
melibatkan rujukan silang (cross-referencing) dengan pelbagai pangkalan data
yang relevan di peringkat Kementerian dan Agensi.
3.5. Kontraktor/ Syarikat
bertanggungjawab memaklumkan MITI sekiranya terdapat pekerja yang positif
Covid-19 untuk menilai semula surat kebenaran beroperasi.
3.6. Keputusan berkaitan
permohonan boleh dicapai di dalam sistem Portal MITI. Sebarang rayuan akan
dipertimbangkan secara case-by-case dan keputusan rayuan boleh dicapai dalam
tempoh 5 hari bekerja.
4. JENIS PROJEK YANG DIBENARKAN
4.1. Jenis projek pembinaan yang
boleh dibenarkan beroperasi:-
i. Projek di mana Syarikat G1 dan G2 sebagai syarikat
utama;
ii. Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal
90% ke atas;
iii. Kerja – kerja terowong;
iv. Kerja – kerja penyelenggaraan dan operasi;
v. Kerja-kerja cerun;
vi. Kerja – kerja Jambatan dan Viaduct;
vii. Kerja-kerja penyiasatan tanah;
viii. Projek bangunan dengan 70 Skor IBS ke atas;
ix. Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat
tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja.
x. Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian
kontrak;
xi. Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan
pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi
mengelakkan pembiakan nyamuk dan lain-lain haiwan perosak;
xii. Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh
mendatangkan bahaya.
xiii. Semua perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri
pembinaan termasuklah perkhidmatan senibina, kejuruteraan, perancangan bandar,
kerja-kerja ukur tanah, kerja-kerja ukur bahan, pengurusan projek, pengurusan
fasiliti dan lain-lain
4.2. Kesemua perlaksanaan projek
yang dibenarkan adalah tertakluk kepada pematuhan penuh Garis Panduan Amalan
Langkah Pencegahan Covid-19 di Tapak Bina.
5. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
5.1. Permohonan adalah
berkonsepkan self-declaration di mana Kontraktor/ Syarikat adalah
bertanggungjawab sepenuhnya atas maklumat yang dikemukakan. Kontraktor/
Syarikat tidak perlu memuat naik dokumen bagi tujuan permohonan.
5.2. Kontraktor/ Syarikat perlu
menyediakan dokumen berikut dan disimpan di tapak bina/ premis untuk disemak
oleh CIDB dan mana-mana Agensi yang menjalankan penguatkuasaan termasuklah KKM,
PDRM, PBT dan JKKP:
BIL. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
MENGIKUT JENIS PROJEK YANG DIBENARKAN (merujuk kepada perkara 4.0) i ii iii iv
v vi Vii viii ix x xi xii xiii – Lihat dokumen asal di laman web
CIDB
Nota :
/ - Dokumen perlu disediakan
x – Dokumen tidak perlu disediakan
6. PELAKSANAAN DAN PEMATUHAN
6.1. Surat Kebenaran Beroperasi
akan dikeluarkan oleh MITI kepada Kontraktor/ Syarikat.
6.2. SOP ini hendaklah dibaca
bersama Prosedur Operasi Standard Kebenaran Beroperasi Serta Pergerakan Pekerja
Bagi Syarikat-Syarikat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang
dikeluarkan oleh MITI serta lain-lain SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian
atau Agensi berkaitan.
6.3. Kontraktor/ Syarikat
hendaklah melaksanakan pengurusan risiko, penjadualan kerja dan pengagihan
pekerja mengikut skop yang akan dilaksanakan.
6.4. Setiap pekerja perlu memuat
turun aplikasi KKM bagi tujuan contact tracing (MySejahtera App).
6.5. MITI menyediakan sistem
bersepadu penggunaan QR Code yang boleh digunakan agensi penguatkuasaan bagi
menyemak dengan pantas pengesahan kebenaran untuk beroperasi (one stop centre
online system).
6.6. Kontraktor/ Syarikat
hendaklah melantik seorang atau lebih penyelaras bagi membuat penyelarasan
langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 di tempat kerja. Penyelaras
hendaklah terdiri daripada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO), Penyelaras
Keselamatan dan Kesihatan (OSH-C) atau Penyelia Tapak Bina (SSS) yang berdaftar
atau tersenarai dalam daftar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP), atau Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja
kecuali bagi kontraktor G1 hingga G5 serta syarikat perunding yang mana Pemilik
syarikat akan bertindak sebagai Penyelaras. Penyelaras yang dilantik hendaklah
melaporkan status pematuhan syarat-syarat kebenaran beroperasi yang ditetapkan
kepada MITI dan JKKP.
6.7. Kontraktor/ Syarikat
hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan atau thermal scanner serta
saringan gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas. Pengukuran suhu badan dan
saringan gejala perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk tapak bina/ premis.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan perlu memastikan kakitangan
adalah dilatih untuk melakukan pengukuran suhu dan saringan pekerja. Bacaan
bagi setiap pekerja hendaklah direkod dan disimpan untuk tempoh sekurang
kurangnya 3 bulan untuk rujukan.
Nota: Sekiranya berlaku jumlah
ketidakhadiran pekerja yang ramai kerana demam atau bersimptom, perlu
dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan.
6.8. Sekiranya bacaan suhu badan
ialah 37.5° Celcius atau lebih, atau mempunyai gejala, pekerja tidak dibenarkan
memasuki tapak bina/ premis dan Kontraktor/ Syarikat perlu merujuk pekerja
(dengan pekerja memakai mask) ke Klinik Panel Syarikat atau Klinik Kesihatan
yang berdekatan.
6.9. Kenderaan pekerja yang
disediakan oleh Kontraktor/ Syarikat tidak dibenarkan untuk melintasi sempadan
daerah/ zon dan hanya dibenarkan untuk mengangkut pekerja di dalam daerah/ zon
berkenaan sahaja.
6.10. Kontraktor/ Syarikat perlu
menyediakan kenderaan pengangkutan bagi pergerakan pekerja dengan menerapkan
penjarakkan sosial/ safe distancing dan kenderaan yang digunakan perlu dinyah
kuman setiap kali digunakan.
Nota:
a) Pergerakan kenderaan pengangkutan pekerja adalah hanya
dibenarkan dalam zon yang dibenarkan oleh pihak MKN sahaja;
b) Kontraktor/ Syarikat digalakkan untuk menyediakan
kemudahan penginapan atau menggunapakai perkhidmatan Kuarters Pekerja Berpusat
untuk penginapan pekerja yang terletak dalam zon yang sama;
c) Tertakluk kepada kemampuan syarikat, penggunaan hotel
sebagai tempat penginapan pekerja boleh dipertimbangkan dalam zon yang sama.
6.11. Semua kenderaan yang masuk
ke tapak bina/premis perlulah disanitasi termasuk bahan yang dibawa. Pemandu
kenderaan membawa bahan masuk juga perlu disaring dengan mengambil suhu badan
dan menggunakan hand sanitizer.
6.12. Kontraktor/ Syarikat perlu
mempunyai Protokol Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Protocol) yang
menyatakan apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19
atau pun kes siasatan jangkitan Covid-19 terhadap pekerja.
6.13. Hanya pekerja-pekerja yang
tinggal di Daerah/ Zon yang sama dengan tapak bina/ premis dibenarkan untuk
bekerja berdasarkan SOP dan peraturan yang tetapkan. Pekerja-pekerja yang
tinggal di luar daerah/zon tapak bina/ premis perlu disahkan bebas dari
Covid-19 serta telah melalui proses kuarantin selama 14 hari, sebelum
dibenarkan masuk bekerja di tapak bina.
7. PENGUATKUASAAN
7.1. Penguatkuasaan di tapak
bina:
i. Surat Kebenaran Beroperasi
hendaklah dipamerkan dengan jelas di tapak bina/ premis.
ii. KKM/ CIDB/ PDRM/ PBT/ JKKP
atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa boleh membuat pemeriksaan pada
bila-bila masa.
iii. KKM, PDRM, JKKP & CIDB
berdasarkan kuasa yang diberikan boleh mengarahkan penutupan tapak bina/ premis
serta-merta sekiranya ada pelanggaran terhadap kebenaran (bilangan pekerja,
penjarakkan sosial, hand sanitizer, saringan suhu badan) yang diberikan.
iv. Kontraktor/ Syarikat
hendaklah sentiasa melakukan hebahan kesedaran penjagaan kesihatan dan
kebersihan diri bagi mengelak jangkitan Covid-19.
v. Ketidakpatuhan Kontraktor/
Syarikat terhadap arahan pematuhan operasi syarikat sepanjang PKP hendaklah
dilaporkan kepada pihak PDRM.
7.2. Penguatkuasaan di Sekatan
Jalan Raya:
i. Surat kebenaran hadir bekerja
perlu sentiasa dibawa oleh pekerja.
ii. Pengangkutan yang digunakan
oleh syarikat perlu mempamerkan Surat Kebenaran Beroperasi.
7.3. Taskforce Di Peringkat
Negeri:
i. Taskforce di peringkat negeri
MKN, PDRM, RELA, MITI, SME Corp., JTK/ JKKP dari segi rondaan kepada perniagaan
diperkukuhkan lagi.
ii. Sumber aduan daripada email,
bilik gerakan, call centre premis, pekerja, orang awam dan media.
7.4. Penguatkuasaan mengikut zon:
i. Penguatkuasaan zon akan
mengikut arahan dan garis panduan yang disediakan oleh pihak MKN.
7.5. Pengesyoran surat
pembatalan:
i. Ketidakpatuhan kepada Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit akan menyebabkan pembatalan surat kebenaran
beroperasi dengan serta-merta.
ii. Makluman pembatalan hendaklah
diberikan oleh taskforce ke pihak MITI.
7.6. Kerja pembinaan boleh dihentikan serta-merta
dan tindakan termasuk tindakan tatatertib boleh diambil oleh CIDB terhadap
Kontraktor sekiranya gagal mematuhi SOP serta garis panduan yang ditetapkan.
CIDB berhak untuk meminda
syarat-syarat di atas tertakluk kepada situasi semasa.
GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 DI TAPAK
BINA
(DOKUMEN 2) 2020
KEMENTERIAN KERJA RAYA /LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
(PERLU DIBACA BERSAMA DOKUMEN 1)
1
GARIS PANDUAN AMALAN
LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 DI TAPAK BINA
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA
1. Pendahuluan
2. Pemakaian
3. Objektif
4. Amalan Umum
5. Langkah Pencegahan
5.1 Langkah 1 – Saringan daripada CLQ/Tempat Penginapan
5.2 Langkah 2 – Pengangkutan pekerja/ bahan binaan
5.3 Langkah 3 – Di tapak Bina
5.3.1 Di pintu masuk
5.3.2 Aktiviti kerja
5.3.3 Masa rehat
5.3.4 Balik kerja
5.4 Langkah 4 – Rekod
6. Ketidakpatuhan 10
1. PENDAHULUAN
Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan (CIDB) Malaysia sentiasa mengikuti perkembangan dan mengambil serius
terhadap penularan wabak Covid-19 yang berlaku di negara ini. Selaras dengan
perkembangan terkini, CIDB telah menyediakan Garis Panduan Amalan Langkah
Pencegahan Covid-19 di tapak bina bagi meminimakan risiko penularan Covid-19
dan memastikan persekitaran tapak bina adalah selamat, kondusif dan terkawal di
tapak bina.
2. PEMAKAIAN
Garis Panduan ini hendaklah
digunapakai oleh SEMUA Kontraktor dan Pekerja Binaan dalam menjalankan
kerja-kerja pembinaan di Malaysia, sebagai amalan langkah pencegahan wabak
Covid-19. Garis panduan ini juga hendaklah dibaca dengan SOP dan arahan
berkaitan pengawalan Covid-19 oleh kerajaan dan agensi berkaitan yang diberi kuasa
dan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa.
3. OBJEKTIF
3.1. Membantu pihak-pihak
berkaitan mengambil langkah pencegahan penularan di tapak bina.
3.2. Mengurangkan risiko
penularan wabak Covid-19 di tapak bina.
3.3. Menyeragamkan tindakan awal
pencegahan wabak di tapak bina yang boleh diamalkan oleh pihak-pihak berkaitan.
3.4. Memastikan kepatuhan
kontraktor terhadap undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia,
selaras dengan keadaan semasa iaitu ketika penularan Covid-19.
4. AMALAN UMUM
4.1. Kontraktor hendaklah peka
terhadap perkembangan terkini dan mematuhi prosedur pencegahan Covid-19 yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis
Keselamatan Negara (MKN) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
4.2. Sekiranya terdapat
pekerja-pekerja yang berada di bawah pemerhatian KKM (person under
investigation & person under surviellance), pekerja terbabit tidak
dibenarkan datang bekerja dan perlu menjalani tempoh pengasingan yang
ditetapkan oleh KKM.
4.3. Sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, pekerja-pekerja asing yang berada di
luar Malaysia adalah tidak dibenarkan masuk ke tapak bina dan bekerja walaupun
majikan atau pihak-pihak berkaitan telah diberi kebenaran menjalankan
kerja-kerja pembinaan.
4.4. Pekerja-pekerja yang baru
pulang dari luar negara pula dalam tempoh PKP, tidak dibenarkan bekerja dan
masuk ke tapak bina dalam tempoh empat belas (14) hari bermula dari tarikh
sampai ke Malaysia. Ini adalah untuk membolehkan mereka menjalani proses
kuarantin selaras dengan arahan KKM.
4.5. Sepanjang tempoh PKP, waktu
bekerja adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang sahaja, 5 hari seminggu.
Nota:
a) Hari Bekerja Isnin – Jumaat
adalah bagi Wilayah Persekutuan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.
b) Hari Bekerja Ahad – Khamis
adalah bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
5. LANGKAH PENCEGAHAN
Amalan langkah pencegahan
Covid-19 di tapak bina adalah dirangka berdasarkan rutin harian yang akan
dilaksanakan oleh kontraktor bermula dari tempat kediaman, tapak bina dan
pulang semula ke tempat kediaman.
5.1. Langkah 1 – SARINGAN DARI
CLQ/TEMPAT PENGINAPAN
i. Kontraktor hendaklah
memastikan pekerja adalah sihat dan tidak menunjukkan gejala berkaitan Covid-19
seperti demam, batuk, sakit tekak atau kesukaran bernafas.
ii. Setiap pekerja perlu memuat
turun aplikasi KKM (MySejahtera App) bagi tujuan contact tracing.
iii. Kontraktor perlu melakukan
saringan kesihatan dengan menjalankan pemeriksaan suhu badan kepada semua
pekerja pada setiap hari sebelum menaiki kenderaan untuk bergerak ke tapak bina
dan direkodkan.
iv. Kontraktor perlu memastikan
pekerja yang disaring bebas daripada gejala-gejala Covid-19.
v. Pekerja yang mempunyai suhu
badan tinggi (37.5° Celcius atau lebih) atau mempunyai gejala yang ditetapkan
oleh KKM perlu dirujuk dengan segera ke klinik panel syarikat atau klinik yang
bersesuaian.
vi. Pekerja yang disyaki
menghidapi gejala-gejala Covid-19 dan kontak rapat pekerja tersebut hendaklah
seberapa segera diasingkan dan tidak dibenarkan bekerja.
vii. Kontraktor hendaklah
memastikan tempat penginapan samada di tapak atau lain-lain adalah selamat dan
menepati Garis Panduan Operasi Centralised Labour Quarters (CLQ) dan Penginapan
Pekerja Binaan Semasa PKP.
viii. Bagi tapak bina dengan
kuarters atau kediaman pekerja di dalam tapak bina, kebersihan dan pemantauan
pergerakan pekerja hendaklah dilaksanakan secara berterusan. Pergerakan pekerja
keluar masuk hendaklah dihadkan.
5.2. Langkah 2 – PENGANGKUTAN PEKERJA/ BAHAN BINAAN
5.2.1. Proses Pergerakan Pekerja
ke Tapak Bina
i. Kontraktor hendaklah menyediakan
kenderaan bagi pengangkutan pekerja ke tapak bina. Penggunaan
kenderaan awam tidak dibenarkan sama sekali.
ii. Pekerja yang tinggal
berdekatan dengan tapak bina digalakkan untuk berjalan kaki ke tapak bina.
iii. Kontraktor hendaklah memastikan
kenderaan telah menjalani proses nyah kuman setiap kali sebelum digunakan untuk
mengangkut pekerja. Proses nyah kuman perlu dilaksanakan secara
berkala dan direkod untuk tujuan pemeriksaan.
iv. Kenderaan pekerja yang
disediakan oleh Kontraktor/ Syarikat hanya dibenarkan untuk mengangkut pekerja
di dalam daerah/ zon berkenaan sahaja dan tidak dibenarkan untuk melintasi
sempadan daerah/ zon.
v. Kontraktor/ Syarikat perlu
menyediakan kenderaan pengangkutan bagi pergerakan pekerja dengan menerapkan
penjarakkan sosial/ safe distancing dan kenderaan yang digunakan perlu dinyah
cemar kuman setiap kali digunakan.
5.2.2. Proses Pergerakan Bahan
Binaan ke Tapak Bina
i. Kontraktor perlu memaklumkan
kepada semua pembekal barangan dan perkhidmatan (supply chain) yang berurusan
dengan mereka supaya mendapat kelulusan beroperasi dan pergerakan yang
sewajarnya serta mematuhi dan mengamalkan langkah pencegahan Covid-19 yang
ditetapkan oleh KKM.
ii. Pergerakan masuk bahan ke
tapak bina hendaklah direkodkan dengan lengkap.
iii. Pemandu kenderaan membawa
bahan masuk juga perlu disaring dengan mengambil suhu badan dan menggunakan
hand sanitizer.
5.3. Langkah 3 – DI TAPAK BINA
5.3.1. Di Pintu Masuk Tapak
i. Kontraktor perlu memastikan
Surat Kebenaran Beroperasi dipamerkan dengan jelas di pintu masuk tapak bina
untuk rujukan pihak berkuasa yang mengadakan pemeriksaan.
ii. Kontraktor WAJIB
mengisytiharkan senarai lengkap pekerja yang akan berada di tapak bina semasa
memohon kebenaran memulakan operasi kerja-kerja pembinaan. Senarai tersebut
perlu disediakan di tapak bina untuk rujukan pihak berkuasa.
iii. Hanya pekerja yang tiba
dengan kenderaan yang disediakan oleh kontraktor boleh masuk ke tapak bina.
iv. Setiap pelawat atau pihak
yang berurusan perlulah disaring dengan mengambil suhu badan dan diperiksa
tahap kesihatan mereka sebelum masuk ke tapak bina. Pelawat yang bergejala
Covid-19 tidak dibenarkan sama sekali masuk ke tapak bina.
v. Pencuci tangan (hand
sanitizer) hendaklah digunakan di pintu masuk bagi semua pekerja dan pihak yang
berurusan dengan tapak bina.
vi. Kontraktor adalah
bertanggungjawab memastikan dan membantu pihak yang diberikuasa untuk melakukan
sebarang pemeriksaan ke atas tapak pembinaan dan pekerjanya.
5.3.2. Aktiviti Kerja
i. Bilangan pekerja binaan
hendaklah dikurangkan kepada tahap paling minima atau kurang 50% dari bilangan
biasa semasa tempoh PKP berkuatkuasa.
ii. Kontraktor perlu mewujudkan
satu pasukan petugas khas diketuai oleh seorang ketua yang
dipertanggungjawabkan bagi menguruskan risiko penularan wabak di tapak bina.
iii. Kontraktor perlu menyediakan
laluan pergerakan keluar masuk terkawal di tapak bina untuk memantau pergerakan
pekerja.
iv. Setiap pelaksanaan kerja di
tapak bina hendaklah dirancang dengan mengambilkira bilangan pekerja yang
seminima mungkin selaras dengan syarat kelulusan.
v. Penilaian semula risiko dengan memasukkan elemen risiko
jangkitan Covid-19 hendaklah dilaksanakan sebelum memulakan kerja di tapak bina
oleh pegawai yang bertanggungjawab.
vi. Penjarakkan sosial seperti yang disarankan oleh KKM
iaitu 1.0 meter hendaklah dilaksanakan di tapak bina agar pekerja tidak berada
atau bekerja berdekatan antara satu sama lain dalam tempoh yang lama. Semua pekerjaan
di ruangan tertutup hendaklah diminimakan.
vii. Sebarang mesyuarat, sekiranya ada, hendaklah
dilaksanakan di ruangan yang sesuai serta mematuhi kehendak penjarakkan sosial.
viii. Kontraktor perlu memantau
semua pekerja yang bekerja di tapak bina setiap masa agar tidak duduk berkumpul
dan sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial.
ix. Kontraktor hendaklah
mewujudkan kesedaran mengenai gejala Covid-19, menjaga kebersihan dan kesihatan
diri, amalan kerap membasuh tangan dengan air sabun dan etika batuk yang baik
kepada pekerja-pekerja binaan.
x. Setiap pekerja dibekalkan alat pelindung diri
bersesuaian seperti penutup hidung, topeng muka dan sarung tangan yang
bersesuaian secukupnya mengikut keperluan.
xi. Topeng muka hendaklah
sentiasa dipakai semasa bekerja termasuklah ketika berada di tandas.
xii. Kontraktor perlu menyediakan
kemudahan untuk mencuci tangan dengan menggunakan air, sabun dan bahan pencuci
tangan (hand sanitizer).
xiii. Kontraktor juga dikehendaki
memberi peringatan lebih kerap dan berterusan di tapak bina seperti melalui
siar raya atau menampal poster peringatan Covid-19.
xiv. Sekiranya terdapat jangkitan
di tapak bina, proses nyah kuman adalah menjadi tanggungjawab kontraktor dan
hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera mengikut tatacara yang ditetapkan
oleh KKM.
xv. Kontraktor hendaklah
melaporkan kepada KKM dengan segera sekiranya terdapat pekerja yang disyaki
menghidapi gejala Covid-19 dan seterusnya perlu mematuhi arahan dan nasihat
selanjutnya daripada KKM.
xvi. Tandas di tapak bina
hendaklah dalam keadaan sempurna dan sentiasa dibersihkan.
xvii. Kebersihan tandas hendaklah
diberi keutamaan dengan menjalankan proses nyah kuman secara berjadual dan
kerap.
xviii. Pekerja yang menguruskan
kebersihan tandas perlu membersihkan tandas dan menjalankan proses nyah kuman
dengan teliti dan menyeluruh.
5.3.3. Masa Rehat
i. Waktu rehat perlu disusun agar
tidak
menyebabkan kesesakan di kantin dengan
pembahagian waktu rehat dalam kumpulan kecil.
ii. Penjarakkan sosial juga perlu dipastikan pematuhannya
di semua kawasan rehat, kantin dan ruang solat.
iii. Kafeteria/kantin di dalam
tapak yang dibenarkan beroperasi perlulah menyediakan makanan berbungkus yang
disediakan oleh pengendali makanan yang memakai topeng muka dan sarung tangan.
iv. Pekerja perlu kerap
diingatkan supaya tidak duduk berkumpul dan mematuhi penjarakkan sosial.
5.3.4. Balik Kerja
i. Kontraktor hendaklah
memastikan bahawa semua pergerakan balik pekerja ke tempat kediaman, CLQ atau
lain-lain adalah dengan menggunakan kenderaan yang disediakan.
ii. Sebaik sahaja tiba di tempat
kediaman pekerja hendaklah terus mandi menggunakan air bersih dan sabun serta
membasuh pakaian yang telah digunakan.
iii. Adalah diingatkan sekiranya
terdapat sebarang masalah kesihatan setelah pulang bekerja, ianya perlulah
dimaklumkan dengan segera kepada Ketua Pasukan petugas khas untuk tindakan
sewajarnya.
5.4. Langkah 4 – REKOD
i. Kontraktor hendaklah mengurus
dan menyimpan rekod pekerja berikut:-
a. Rekod kehadiran pekerja;
b. Rekod saringan kesihatan;
c. Rekod pergerakan pekerja;
d. Rekod butiran peribadi
pekerja;
ii. Kontraktor juga perlu
menyediakan rekod pengurusan kebersihan tapak seperti:-
a. Rekod proses nyah kuman
kawasan tandas.
b. Rekod pembersihan kawasan
tapak bina.
iii. Kontraktor juga perlu
menyediakan rekod pengurusan tapak seperti berikut:-
a. Rekod pengurusan risiko dan
b. Rekod pergerakan keluar masuk tapak oleh penyedia
barangan dan perkhidmatan.
c. Rekod pemeriksaan Pihak Berkuasa
iv. Semua rekod hendaklah
sentiasa lengkap dan sedia untuk diperiksa oleh pihak berwajib pada bila-bila
masa jika diperlukan
6. KETIDAKPATUHAN
Mana-mana kontraktor yang tidak
mematuhi garis panduan Amalan Langkah Pencegahan Covid-19 ini boleh diambil
tindakan selaras dengan Akta Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520). Kerajaan berhak menarik balik kelulusan yang
diberikan selain meminda syarat-syarat di atas tanpa sebarang notis dan
tertakluk kepada situasi semasa.
Garis Panduan Amalan Langkah
Pencegahan Covid-19 di tapak bina ini boleh dipinda oleh CIDB pada bila-bila
masa mengikut keperluan.
GARIS PANDUAN
OPERASI CENTRALISED LABOUR QUARTERS (CLQ) DAN PENGINAPAN PEKERJA BINAAN SEMASA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(DOKUMEN 3)
2020
KEMENTERIAN KERJA
RAYA /
LEMBAGA
PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
(PERLU DIBACA
BERSAMA DOKUMEN 1)
1
GARIS PANDUAN OPERASI CENTRALISED LABOUR QUARTERS (CLQ) DAN PENGINAPAN
PEKERJA BINAAN SEMASA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Pendahuluan
2. Pematuhan oleh Kontraktor Berhubung Pekerja Binaan
3. Garis Panduan Bagi Operasi CLQ Semasa Perintah Kawalan Pergerakan
4. Penambahbaikkan Garis Panduan 8
1. PENDAHULUAN
Garis panduan ini disediakan
sebagai panduan kepada kontraktor-kontraktor yang menempatkan pekerja-pekerja
mereka di Centralised Labour Quarters (CLQ) atau Kawasan Penginapan Pekerja
samada di luar tapak bina atau di dalam kawasan tapak bina. Ia meliputi permis
CLQ yang diuruskan oleh pihak kontraktor sendiri atau mana-mana pihak luar.
Garis panduan ini memberi
aturan-aturan yang perlu dipatuhi oleh kontraktor untuk meneruskan
kerja/aktiviti pembinaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa
untuk menangani wabak Covid-19.
Mana-mana ketidakpatuhan terhadap
garis panduan ini, boleh menyebabkan kebenaran pembinaan yang diberi boleh
dibatalkan dengan sertamerta dan kontraktor boleh diambil tindakan tatatertib
oleh CIDB.
2. PEMATUHAN OLEH KONTRAKTOR BERHUBUNG PEKERJA BINAAN
2.1. Kontraktor hendaklah
memastikan bahawa sebelum memulakan kerja / aktiviti pembinaan semula atau
projek baru dalam tempoh PKP, kesemua staf dan pekerja telah membuat saringan
kesihatan dan bebas daripada jangkitan Covid-19.
2.2. Pekerja yang bebas daripada
jangkitan Covid-19 sahaja dibenarkan bekerja di tapak bina.
2.3. Pengangkutan ulang alik
perlu disediakan oleh kontraktor. Kontraktor perlu mematuhi semua garis panduan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi yang berkaitan berhubung
dengan keperluan untuk pengangkutan ulang alik ini.
2.4. Semua staf dan pekerja yang
tinggal di luar tapak bina, apabila kembali bekerja pada hari keesokannya, diwajibkan
membuat saringan dan pemeriksaan suhu badan oleh Pegawai Keselamatan &
Kesihatan (SHO) kontraktor. Mana-mana pekerja yang mempunyai suhu badan ≥ 37.5
°C tidak dibenarkan masuk ke tapak bina dan kontraktor perlu mengatur supaya
pekerja ini diperiksa di Klinik Panel Syarikat atau Klinik Kesihatan terdekat
dengan segera.
2.5. Kontraktor perlu menyediakan
hand sanitizer dan topeng muka di semua pintu masuk tapak bina. Semua staf,
pekerja dan pelawat yang hendak memasuki tapak projek pembinaan diwajibkan
mengunakan hand sanitizer dan topeng muka. Topeng muka hendaklah dipakai
sepanjang tempoh staf, pekerja dan pelawat berada di tapak bina.
2.6. Sekiranya mana-mana
staf/pekerja di tapak bina yang menunjukkan simptom Covid-19 seperti batuk,
demam, sakit tekak, susah bernafas, staf/pekerja tersebut mesti diasingkan
daripada orang lain dan segera dihantar ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan
dan rawatan selanjutnya
3. GARIS PANDUAN BAGI OPERASI CLQ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
3.1. Pekerja yang disediakan
tempat penginapan di CLQ, perlu dipantau semasa tempoh PKP. Sekiranya ada
pekerja yang menginap di CLQ yang menunjukkan simptom Covid-19, seperti suhu
badan melebihi 37.5 °C , batuk, demam, keletihan, sakit tekak ataupun kesusahan
bernafas, prosidur berikut perlu ikuti oleh kontraktor:
a) Prosedur Pelaporan
i. Orang yang disyaki mengidap
Covid-19 dilaporkan ke Warden CLQ berkenaan
ii. Warden CLQ perlu merujuk kes
yang dilaporkan kepadanya terus kepada pihak pengurusan CLQ dengan kadar segera
iii. Pengendali CLQ hendaklah
dengan segera melaporkan dan membuat tindakkan untuk menghantar orang yang disyaki
mengidap Covid-19 ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya
b) Prosedur Pengasingan
i. Jika mana-mana kakitangan /
pekerja mengalami gejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, sakit
kepala, sesak nafas, dan lain-lain semasa tempoh PKP ini, dia mesti dirujuk
untuk rawatan perubatan dengan segera.
ii. Kakitangan / pekerja yang
disebutkan di atas hendaklah diasingkan / dikuarantinkan di tempat khas di CLQ
berkenaan dan mesti dipantau dengan diteliti mengikut nasihat dan arahan
doktor.
iii. Jika kakitangan / pekerja
pulih selepas tempoh pemantauan yang diberikan oleh doktor, dia boleh
dipindahkan balik ke kabin / biliknya di CLQ berkenaan. Jika keadaannya tetap
sama, dia perlu dihantar ke Klinik Kesihatan terdekat untuk pemeriksaan lebih
lanjut.
c) Prosedur Penjejakan Kontak
(mereka yang telah mempunyai hubungan dengan pesakit Covid-19 positif)
i. Pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) biasanya akan melakukan prosedur penjejakan kontak rapat pesakit
Covid-19 sendiri mengikut prosidur KKM bagi wabak Covid-19.
ii. Setiap pekerja perlu memuat
turun aplikasi KKM bagi tujuan contact tracing (MySejahtera App)
iii. Pengendali CLQ di mana
terdapat kes pesakit Covid-19 yang positif perlu dengan segera mengesan dan
mengenal pasti semua kakitangan / pekerja yang diketahui telah berada dalam
hubungan langsung / tidak langsung dengan pesakit Covid-19 yang positif itu.
iv. Pengendali CLQ hendaklah
menyimpan rekod nama dan butiran lain seperti no K/P pengenalan/passport
kakitangan / pekerja ini dan perlu dipantau dengan teliti. Suhu badan mereka
perlu diambil tiga (3) kali sehari bagi memastikan mereka bebas daripada
apa-apa gejala atau jangkitan Covid-19. Sekiranya suhu badan ≥ 37.5 °C atau
apa-apa simptom Covid-19 ditemui semasa tempoh pengawasan (biasanya 14 hari),
Pengendali CLQ hendaklah dengan segera mengaturkan atau menghantar
kakitangan/pekerja terbabit ke hospital kerajaan terdekat.
d) Kerja Pembasmian
i. Premis CLQ yang mempunyai
pesakit menghidap Covid-19 perlu dinyah kuman oleh pengendali CLQ.
ii. Pengendali CLQ hendaklah
mengekalkan rekod-rekod untuk diperiksa oleh pihak berkuasa.
e) Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan
Perkara-perkara keselamatan dan
kesihatan yang berikut perlu dipatuhi oleh Pengendali CLQ semasa tempoh PKP dan
seterusnya:
i. Pekerja yang tinggal di CLQ
tidak dibenarkan keluar daripada CLQ berkenaan tanpa kelulusan dari Warden.
ii. Pergerakan pekerja yang
bekerja di tapak bina semasa PKP hendaklah direkodkan dan dipantau dengan
teliti oleh penyelia mereka. Pekerja-pekerja ini tidak dibenarkan meninggalkan
tapak projek mereka tanpa kelulusan penyelia.
iii. Pelawat tidak dibenarkan
masuk ke kawasan CLQ, kecuali kakitangan perubatan dan penyedia perkhidmatan
lain yang diluluskan oleh Pengendali CLQ.
iv. Pengendali CLQ hendaklah
menjalankan dan merekodkan pemeriksaan suhu badan semua kakitangan dan pekerja
di CLQ. Mana-mana kakitangan dan pekerja yang mempunyai gejala penyakit
Covid-19 dengan suhu badan melebihi 37.5 °C hendaklah dengan segera dipisahkan
daripada orang lain untuk tindakan lanjut.
v. Keadaan kesihatan kakitangan
dan pekerja perlu dipantau dengan kerap. Pengendali CLQ dikehendaki berwaspada
terhadap kakitangan dan pekerja yang hanya menunjukkan sedikit sahaja gejala
Covid-19.
vi. Pekerja dan kakitangan perlu
mempraktikkan amalan penjarakkan sosial dan tiada perhimpunan, sosial, sukan
atau aktiviti keagamaan dibenarkan dalam CLQ.
vii. Mendidik dan mendisiplinkan
pekerja tentang kebersihan diri.
viii. Pastikan semua kakitangan /
pekerja yang dipantau selepas hubungan rapat dengan pesakit Covid-19 tidak
meninggalkan kawasan kuarantin sementara yang telah dikenalpasti oleh
Pengendali CLQ.
ix. Pengendali CLQ hendaklah
berhubung terus dengan KKM mengenai apa kes kecemasan yang berkaitan dengan
Covid-19.
f) Kerja Sanitization dan
Pembersihan di CLQ
Membersihkan semua kawasan CLQ
dan semua kemudahan tiga (3) kali sehari dengan menggunakan Alkohol Ethyl yang
mempunyai kandungan alkohol 70%
i. Semua tombol pintu, susur
tangga (railing) , meja dan kerusi dan kawasan sentuhan umum
ii. Hand-sanitizer hendaklah
disediakan di Pos Pengawal, kiosk, kafeteria, pejabat pengurusan, tandas dan
lain-lain
iii. Dettol - untuk pembersihan
menyeluruh (cth. Lantai, bilik mandi, tandas, kafeteria, kiosk, dapur dan
kawasan umum).
iv. Semua pekerja mesti
membersihkan kasut, tangan dan kaki sebelum memasuki kompaun CLQ.
v. Sistem pelupusan sampah yang
teratur dan tegas hendaklah diamalkan di CLQ Operasi disinfektan perlu
dirancang dan dijalankan oleh Pengendali CLQ.
g) Kawasan Kuarantin
1. Stesen Kuarantin Kerajaan
Pengendali CLQ boleh mendapatkan
nasihat daripada KKM atau Klinik Kesihatan untuk mengkuarantin kakitangan /
pekerja yang telah dikenalpasti mempunyai hubungan rapat dengan pesakit
Covid-19.
2. Kawasan Pengasingan atau
Kuarantin
Tempat yang sesuai hendaklah
dikenalpasti oleh Pengendali CLQ di dalam kompleks CLQ sebagai kawasan
pengasingan sementara atau kuarantin yang ditetapkan semasa tempoh wabak
Covid-19. Pengasingan sementara atau kawasan kuarantin ini adalah untuk
mengasingkan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19
daripada menyebarkan penyakit ini kepada orang lain di CLQ.
i. Kemudahan - kemudahan asas
seperti tempat tidur dan tandas hendaklah disediakan.
ii. Kebersihan diri - kakitangan
/ pekerja hendaklah mengamalkan kebersihan diri yang tinggi.
iii. Makanan dan Minuman -
pengendali CLQ menyediakan makanan yang dimasak dan dihidangan di dalam bekas
makanan pakai buang kepada kakitangan / pekerja. Tiada aktiviti memasak
dibenarkan semasa tempoh PKP.
iv. Borang Pemantauan Harian –
Pengendali CLQ hendaklah menggunakan Borang Pemantauan Harian untuk memantau
kakitangan / pekerja yang dikenal pasti mempunyai hubungan rapat dengan pesakit
Covid-19.
v. Kakitangan Pengendali CLQ yang
terlibat secara langsung dalam menangani kakitangan / pekerja yang telah
dikenal pasti mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19, hendaklah
dilengkapi dengan alat pelindung diri bersesuaian seperti penutup hidung,
topeng muka, apron plastik berlengan panjang dan sarung tangan yang bersesuaian
secukupnya mengikut keperluan.
vi. Kakitangan lain di CLQ,
hendaklah sentiasa memastikan kebersihan tangan dan selalu membersihkannya
menggunakan sabun atau hand-sanitizer dan memakai topeng muka semasa berada di
CLQ dan dalam tempoh PKP.
Garis Panduan boleh dipinda dan
ditambahbaik dari masa ke semasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
No comments:
Post a Comment