Kenyataan
Media - 14/4/2020 (Penterjemahan Bahasa
Melayu)
Menteri Gagal Melindungi Pekerja dari Menjadi Mangsa Covid-19, hanya ada perlindungan
sosial SETELAH pekerja sudah dijangkiti dan/atau meninggal dunia
Peraturan dan Piawaian yang jelas diperlukan yang Majikan Harus Mematuhi
untuk Melindungi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Kami, 26 kumpulan, organisasi dan kesatuan pekerja yang disenaraikan di bawah ini menyatakan
kekecewaan kami dengan kelewatan dan kegagalan Menteri Sumber Manusia Malaysia,
yang masih gagal memastikan bahawa majikan terikat secara sah untuk mematuhi
peraturan dan piawaian yang jelas untuk memastikan persekitaran kerja yang
selamat, termasuk keselamatan dari jangkitan di tempat kerja untuk penyakit
seperti Covid-19.
Ini dengan mudah dapat dilakukan
oleh Menteri sekarang dengan membuat Peraturan dan Deklarasi berdasarkan Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] (OSHA 1994), tanpa perlu pergi ke Parlimen. Nasihat dan/atau cadangan
saja, yang tidak ada kekuatan undang-undang, tidak cukup untuk memastikan
pematuhan oleh pihak majikan.
Melalui
Kenyataan Bersama bertarikh 2/4/2020, oleh 51 (kini 55) kumpulan dan kesatuan
sekerja, yang bertajuk, 'Jadikan COVID-19 Penyakit Pekerjaan di bawah
Undang-undang untuk memastikan perlindungan sosial bagi semua pekerja dan
keluarga mereka', kami juga secara khusus memanggil untuk pekerja dilindungi daripada
dijangkiti Covid-19. Perkara ini dilaporkan secara meluas oleh media Malaysia,
tetapi sehingga kini, Menteri Sumber Manusia masih belum bertindak untuk
melindungi pekerja daripada dijangkiti Covid-19, penyakit yang sehingga kini
telah mengakibatkan lebih dari 119.000 kematian di seluruh dunia, dan 77
kematian di Malaysia .
Undang-Undang Untuk Memberikan Perlindungan Sosial Setelah Pekerja
Dijangkiti Oleh Covid-19 Ada - Tetapi Bagaimana Pula Dengan Undang-Undang Untuk
Menjaga Pekerja Daripada Jangkitan?
Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) bertindak dengan memberi jaminan kepada kita bahawa untuk pekerja,
termasuk pekerja migran yang didokumentasikan, Covid-19 adalah penyakit
pekerjaan yang diiktiraf di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, di mana ini bermaksud semua pekerja
yang dilindungi di bawah skim undang-undang ini, jika mereka menjadi mangsa
Covid-19, akan dapat menikmati faedah yang diberikan, termasuk pampasan
sekiranya berlaku kematian. (Malay Mail, 8/4/2020).
Walaubagaimanapun, harus diingat
bahawa masih ada sebilangan besar pekerja yang belum dilindungi oleh
undang-undang ini pada masa ini. Undang-undang PERKESO ini masih
mendiskriminasi pekerja migran yang didokumentasikan, yang kini hanya berhak
mendapat manfaat yang jauh lebih rendah berbanding dengan pekerja tempatan.
Malangnya, pekerja rumah tangga dan beberapa kategori pekerja lain masih belum
dilindungi oleh mana-mana undang-undang perlindungan sosial ini.
Namun, sehingga kini, tidak
banyak yang dilakukan untuk melindungi pekerja daripada dijangkiti Covid-19 di
tempat kerja mereka. Ini masalah serius sekarang memandangkan Malaysia telah
memperlanjutkan tempot Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/MCO), dan berkemungkinan
akan membenarkan lebih banyak tempat kerja beroperasi semasa tempoh ke-3 PKP/MCO
ini, yang sekarang akan berlanjutan sehingga 28 April. Ini akan menyebabkan lebih
ramai pekerja dan keluarga mereka menghadapi risiko lebih tinggi menjadi mangsa
Covid-19.
Menteri Sumber Manusia Mempunyai Kuasa Buat Undang-Undang yang Akan
Membantu Memastikan Pekerja Selamat Dari COVID-19
Walaupun Covid-19, atau lebih
tepatnya SARS, telah diterima sebagai penyakit pekerjaan di bawah undang-undang
Jaminan Sosial PERKESO, ia masih tidak diiktiraf sebagai Penyakit Pekerjaan di
bawah undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan di tempat kerja seperti
OSHA 1994, di mana sekarang, OSHA 1994
juga tidak memiliki jelas satu definisi 'penyakit pekerjaan'. Senarai penyakit
pekerjaan di bawah satu undang-undang tidak akan secara automatik menjadi
senarai di bawah undang-undang lain.
Di bawah, OSHA 1994,
undang-undang yang melindungi pekerja di tempat kerja, Covid-19 dan/atau SARS
masih bukan penyakit pekerjaan. Di bawah OSHA 1994, kini terdapat Deklarasi
Penyakit Pekerjaan (PU (B) 355/2000) di mana Menteri mengisytiharkan penyakit
yang disenaraikan dalam Jadual sebagai penyakit pekerjaan di bawah Akta.
SARS dan/atau Covid-19 masih
belum disenaraikan sebagai Penyakit Pekerjaan, walaupun beberapa penyakit lain
seperti Nipah, batuk kering dan demam Q ada disenaraikan. Malangnya,
pengisytiharan ini pun hanya berkaitan dengan obligasi profesional perubatan
untuk melaporkan, bukan secara khusus memeberikan tanggungjawab kepada majikan
untuk memastikan persekitaran kerja bebas dari risiko Covid-19.
Menteri senang boleh membuat dan
mewartakan penyenaraian Covid-19 dan/atau SARS dalam Deklarasi sedia wujud dengan
segera, tanpa menunggu Parlimen bersidang, di mana Menteri Sumber Manusia seharusnya
sudah lama melakukan ini.
Menteri, yang bertanggung jawab
untuk keselamatan dan kesihatan pekerja, seharusnya secara wajar melakukan ini
sebelum pun permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/MCO), dengan pengetahuan
bahawa begitu banyak tempat kerja yang
menyediakan perkhidmatan perlu(essential) masih terus beroperasi semasa wabak
ini, dan olehkerana itu, ramai pekerja berisiko lebih tinggi dijangkiti oleh Covid-19,
yang juga boleh menyebabkan kematian, memerlukan tempat kerja yang selamat.
Nasihat atau Cadangan Saja Tidak Memadai - Memerlukan Kewajiban Pasti
Dalam Undang-undang
Nasihat saja melalui ucapan, kenyataan,
surat atau pun jawapan 'Soalan Lazim' hanya
sekadar nasihat atau cadangan, yang tidak ada kekuatan undang-undang jelas, tidak
dapat mengikat mana-mana Majikan atau pemilik/pengendali tempat kerja. Majikan
yang tidak mematuhi ‘nasihat atau cadangan’ sedemikian mungkin tidak boleh diambil
tindakan undang-undang, ataupun didakwa dan/atau dituduh di mahkamah.
Apa yang kita perlukan adalah peraturan
dan piawaian yang jelas dalam undang-undang, yang mana setiap majikan atau
pengendali tempat kerja tidak ada pilihan tetapi harus mematuhi, dan, jika gagal berbuat
demikian, mereka boleh didakwa, disabitkan dan dijatuhkan hukuman.
Setiap orang, termasuk pekerja,
akan mengetahui apa yang mesti dilakukan oleh majikan untuk mematuhi undang-undang,
dan jika terdapat pengingkaran, mereka akan dapat menghebohkan dan melaporkan
ketidakpatuhan undang-undang kepada pihak berkuasa.
Kuasa Menteri Sumber Manusia untuk Membuat Peraturan dalam Undang-Undang
Yang Harus Dipatuhi Majikan
Menteri Sumber Manusia mempunyai
kuasa di bawah OSHA 1994, untuk menetapkan langkah-langkah perluh yang ada
kuasa undang-undang menangani Covid-19 dan/atau penyakit berjangkit lain, di
bawah, antara lain, seksyen 66 Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(OSHA 1994), di mana seksyen 66(1) menyatakan
bahwa ' Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang semasa bekerja ...'
Seksyen 66(2) bahkan memperjelaskan
mengenai jenis peraturan yang dapat dibuat Menteri, yang termasuk, antara lain,
peratutan ‘… (h) menetapkan perkiraan yang hendaklah dibuat berkenaan dengan
pengambilan apa-apa tindakan atau
langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan, atau sekiranya berlaku, apa-apa kemalangan
atau kejadian berbahaya;… (j) menetapkan kehendak berkenaan dengan pengadaan dan penggunaan pakaian atau
kelengkapan perlindungan dan kelengkapan penyelamat dalam hal keadaan
tertentu;… dan (l) mengawal selia dan
menghendaki pengawasan oleh majikan atau penghuni keadaan di tempat kerja
termasuklah kesihatan pekerja mereka’. Ini adalah kuasa yang cukup luas
yang dimiliki Menteri, dan dia dapat juga '(u) menetapkan apa-apa perkara lain yang pada hemat Menteri suai manfaat
atau perlu bagi menjalankan Akta ini dengan lebih baik.'
Tujuan Akta OSHA 1994 termasuk, '… (a) untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang
bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit
daripada aktiviti orang yang sedang bekerja; (b) untuk melindungi orang di
tempat kerja selain daripada orang yang sedang bekerja terhadap risiko
keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang yang sedang
bekerja; …'
Apakah Peraturan perlu terutamanya untuk Majikan Sektor Swasta?
Kini, di jabatan dan agensi kerajaan, kita tahu bahawa
peraturan dan langkah ketat telah diikuti untuk melindungi pekerja dan orang
ramai daripada jangkitan Covid-19, tetapi adakah
majikan sektor swasta melakukan hal yang sama tanpa kewajiban atau obligasi undang-undang
yang jelas?
Kami tahu bahawa pegawai
Kementerian Kesihatan, walaupun terdapat langkah-langkah perlindungan yang
ketat ini, dan kemungkinan kesedaran diri lebih tinggi mengenai apa perlu buat
untuk selamatkan diri dari jangkitan, ramai juga pekerja telah menjadi mangsa
jangkitan Covid-19. Pada 11/4/2020, telah diketahui bahawa 224 pekerja
perubatan di bawah Kementerian Kesihatan telah dijangkiti Covid-19, dan ini berlaku
walaupun kesedaran diri dan langkah-langkah mengelak jangkitan yang tinggi.
(NST, 11/4/2010). 66 pegawai polis juga telah dijangkiti. (Malay Mail,
8/4/2020).
Risiko pekerja dijangkiti timbul
bukan hanya di tempat kerja, tetapi juga dalam perjalanan pergi balik dari tempat kerja, dan juga di tempat penginapan
pekerja yang disediakan oleh majikan dan/atau ejen mereka.
Di Singapura, mereka mencatatkan
‘.. peningkatan jangkitan harian tertinggi pada hari Khamis dengan lebih daripada
200 daripada 287 kes baru berkaitan
dengan asrama penginapan pekerja asing, di mana pekerja sering tinggal
dalam keadaan sempit…’ (Star, 12/4/2020)
Di Malaysia, terdapat juga tempat
tinggal pekerja yang sedemikian, biasanya sesak dan sempit, termasuk pangsapuri
dan rumah, di mana pekerja tidak mempunyai pilihan tetapi paksa tinggal atas
arahan majikan/ejen.
Di Malaysia, Peraturan semasa
MCO, sebenarnya tidak secara khusus
berkenaan tempat kerja atau tempat tinggal pekerja.
Sebagai perbandingan, Singapura, misalnya, sudah memiliki Peraturan Penyakit Berjangkit
(Langkah-langkah Tempat Kerja untuk Mencegah Penyebaran Covid-19) 2020/ the
Infectious Diseases (Workplace Measures to Prevent Spread of Covid-19) Regulations
2020.
Sekiranya Menteri Sumber Manusia masih
gagal membuat peraturan yang diperlukan yang meliputi tempat kerja dan tempat
tinggal pekerja, maka mungkin Menteri Kesihatan boleh melakukannya.
Setelah merujuk kepada
langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan di rumah sakit, lapangan
terbang, pasar raya dan banyak tempat lain, Menteri harus memiliki gagasan atau
ide mengenai Peraturan yang diperlukan untuk melindungi pekerja di tempat kerja
mereka, dan juga tempat tinggal pekerja, supaya mereka tidak dijangkiti Covid-19.
Peraturan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja dari Covid-19
(dan / atau penyakit menular lain) dapat meliputi, antara lain,:
-
Pemeriksaan/Saringan
pekerja setiap hari,
-
Penggunaan
alat pelindung termasuk topeng muka,
-
Pembekalan cecair
pembersih tangan,
-
Keperluan penjarakan
sosial,
- Penyediaan pengangkutan
pekerja yang selamat dari rumah ke tempat kerja dan balik,
- Sekatan kehadiran pekerja di tempat kerja yang
kini tinggal di kawasan yang dinyatakan sebagai kawasan 'merah' atau mereka di
bawah perintah pergerakan yang ditingkatkan, atau pekerja yang ahli keluarga/ahli
rumah mereka telah dijangkiti (dan dia masih belum diperiksa/disaring dan/ atau
menyelesaikan tempoh kuarantin diri,
- Penutupan
Ruang Solat(atau Bilik Sembahyang) atau sekatan jumlah dibenarkan pada satu-satu masa, mengambil kira bahawa
semua pekerja Islam wajib bersolat 5 kali sehari;
-
Keperluan pembersihan/sanitasi harian di tempat
kerja dan kawasan umum lain:
-
Pemberitahuan
Segera dan Penutupan Tempat Kerja jika ada pekerja dijangkiti Covid-19,
sama ada di tempat kerja atau di mana sahaja, kerana pekerja biasanya melakukan
perjalanan setiap hari dari tempat tinggal ke tempat kerja mereka. Penutupan
tempat kerja akan berlaku selama 14 hari, dan semua pekerja di tempat kerja akan
dikuarantin selama 14 hari;
- Majikan harus menyimpan catatan harian mengenai hubungan dan pergerakan pekerja, kerana
jika mereka dijangkiti, ini akan memudahkan pihak kesihatan untuk mengesan
hubungan rapat;
-
Majikan hendaklah menyebabkan mana-mana pekerja
yang menunjukkan gejala penyakit segera dihantar ke hospital / klinik untuk
ujian, saringan dan/atau rawatan perubatan;
-
Semua pekerja, yang sakit dan/atau di bawah kuarantin,
akan diberikan cuti sakit berbayar,
walaupun mereka telah melebihi hak kontrak cuti sakit berbayar.
-
Peraturan mesti dipaparkan di papan kenyataan yang dapat diakses oleh
semua pekerja. Majikan juga harus memastikan Peraturan diterjemahkan ke dalam
bahasa pekerja yang bekerja di tempat kerja.
Peraturan ini akan terpakai untuk
semua tempat kerja, dan Kementerian juga harus memastikan pegawai DOSH kerap ke
semua tempat kerja, untuk memastikan kepatuhan undang-undang dan juga untuk
mengenalpasti dan mengubal peraturan tambahan yang ada kuasa undang-undang yang
khusus di tempat kerja tertentu.
Kontraktor untuk pekerja(contractor for labour), yang mula wujud
sekitar tahun 2006, yang mana banyak kesatuan Malaysia dan lain-lain termasuk
ahli politik mendesak penghapusan system ini masih wujud, dan 'kontraktor untuk
buruh'(contractor for labour) ini tidak
mempunyai atau atau dapat mengawal tempat kerja di mana pekerja(employee)
mereka bekerja secara berkesan, kerana mereka hanya membekalkan pekerja yang
diperlukan oleh majikan lain. Sebilangan
besar ‘pekerja’ mereka kembali tinggal bersama dengan pekerja lain dari tempat
kerja yang berbeza di mana ini meningkatkan risiko dijangkiti Covid-19.
Pekerja bekalan 'kontraktor untuk
buruh' masih tidak dianggap sebagai pekerja/employee di tempat kerja, di mana
ini bermakna risiko mereka bukan hanya risiko kehilangan pekerjaan dan
pendapatan, tetapi juga hak mendapat perlindungan
dan tugas/obligasi sama dari majikan tempat kerja yang lebih prihatin kepada ‘employee’
tempat kerja berbanding dengan ‘pekerja bekalan’. Ini tidak adil. Kerajaan harus menghapuskan
system 'kontraktor untuk buruh'(contractor for labour), untuk system memastikan
hubungan pekerjaan langsung dengan pemilik / pengusaha tempat kerja – semua pekerja
di tempat kerja adalah pekerja(employee) pemilik/pengusaha tempat kerja.
Peraturan juga diperlukan berkenaan
tempat tinggal(atau penginapan) pekerja. Banyak pekerja tidak mempunyai pilihan
dan terpaksa tinggal di tempat penginapan yang disediakan majikan ini, yang
kebanyakannya mungkin juga mungkin terlalu sesak – sukar untuk memastikan
penjarakan social.
Malaysia mempunyai rekod kurang
memuaskan isu kesihatan dan keselamatan pekerjaan. Kini terdapat kekurangan
peraturan dalam undang-undang yang wajib dipatuhi majikan untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan pekerja. Pemikiran bahawa majikan sendiri boleh memutuskan
dan menetapkan piawaian dan peraturan sendiri, harus diketepikan memihak kepada standard (piawaian) dan peraturan
perundangan yang pasti sepertimana yang ditentukan oleh Parlimen dan/atau
Menteri berkenaan. Hukuman untuk
kesalahan tersebut juga perlu ditingkatkan, kerana ketidakpatuhan
meletakkan pekerja pada risiko kecederaan dan kematian.
Bagi syarikat/Corporation,
pemilik dan Pengarah, sebagai orang yang
memutuskan apa yang syarikat lakukan atau tidak, harus bertanggungjawab
secara peribadi atas kesalahan terutama bagi perkara yang berkenaan keselamatan
dan kesihatan pekerja. Denda saja, mungkin tidak memadai terutama jika
ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan keperluan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan sedia ada menyebabkan(atau menyumbangkan) kepada kecederaan atau
kematian pekerja - hukuman yang ‘deterent’/berat,
seperti hukuman penjara, mungkin lebih berkesan dalam mengurangkan bilangan
kemalangan, kecederaan dan kematian . Beberapa bidangkuasa lain, seperti
Australia, hari ini telah memperkenalkan undang-undang pembunuhan industry (Industrial
Manslaughter).
Statistik Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mencatatkan 169 kematian dan 3,911 kemalangan hanya
di sektor pembinaan untuk tahun 2018. Kadar
Kemalangan Maut (FAR) Malaysia pada masa itu bukan sahaja 10 kali lebih teruk berbanding dengan United
Kingdom tetapi sebenarnya telah merosot sebanyak 20 peratus sejak
pergantian abad, menurut laporan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. (New
Straits Times, 15/2/2020).
Langkah harus diambil oleh
pemerintah yang prihatin untuk mengurangkan bilangan kemalangan, kecederaan dan
kematian industri di Malaysia, termasuk dengan mengubal undang-undang yang
lebih kuat dan ketat.
Maka, kami mendesak
-
Menteri Sumber Manusia, Menteri lain dan/atau kerajaan
Malaysia segera mengubal/membuat
Peraturan yang menyatakan langkah-langkah khusus yang harus dilakukan oleh
semua majikan untuk memastikan pekerja selamat dari Covid-19, yang juga
merangkumi tempat kerja dan juga tempat penginapan pekerja;
-
Bahwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan(DOSH) memastikan bahawa pegawai DOSH segera memeriksa semua tempat
kerja yang dibenarkan beroperasi selama tempoh PKP/MCO ini untuk memastikan
kepatuhan sepenuhnya terhadap undang-undang, dan juga menentukan dan mengubal peraturan
tambahan lain yang diperlukan khusus untuk setiap tempat kerja;
-
Bahawa Malaysia juga mengkaji dan memperbaiki
undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(OSH) Malaysia, termasuk
dengan menetapkan lebih banyak Peraturan dan Piawaian(Standard) jelas yang
harus dipatuhi oleh majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan tempat
kerja yang lebih baik, yang diharapkan dapat mengakibatkan pengurangan insiden kemalangan,
kecederaan dan kematian di tempat kerja.
-
Bahawa Malaysia akan mempertimbangkan hukuman
yang lebih berat bagi kesalahan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terutamanya
kesalahan di tempat kerja yang mengakibatkan kecederaan dan kematian pekerja.
Pemilik dan Pengarah syarikat, yang berkuasa memutuskan langkah keselamatan
syarikat mereka juga harus bertanggungjawab secara peribadi atas keputusan dan/atau
kegagalan mereka untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat.
Charles Hector
Apolinar Tolentino
Bagi pihak 26 kumpulan yang disenaraikan di bawah ini
WH4C (Workers Hub For Change)
Persatuan Sahabat Wanita Selangor
(PSWS)
Building and Wood Workers
International (BWI) Asia Pacific Region
National Union of Transport
Equipment and Allied Industries Workers (NUTEAIW)
National Union of Flight
Attendants Malaysia (NUFAM)
National Union of Workers in
Hospitals Support and Allied Services/ Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta
Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia
Timber Employees Union of
Peninsula Malaysia
MADPET (Malaysians Against Death
Penalty and Torture)
Kesatuan Sekerja Industri
Elektronik Wilayah Selatan, Semenanjung Malaysia (KSIEWSSM)/Electronic Industry
Employees Union Southern Region Peninsular Malaysia(EIEUSRPM)
Network of Action For Migrants in
Malaysia (NAMM)
Labour Behind the Label
MARUAH, Singapore
Marvi Rural Development
Organization (MRDO), Pakisitan
Persatuan Kesedaran Komuniti
Selangor (EMPOWER)
Tenaganita, Malaysia
NAMM (Network of Action for
Migrants in Malaysia)
Women of Color/Global Women’s
Strike, United Kingdom
International Black Women For
Wages For Housework
Sabah Women's Action Resource
Group (SAWO)
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
Sabah Timber Industry Employees
Union (STIEU)
Timber Industry Employees Union
of Sarawak (TIEUS)
Union of Forestry Employees of
Sarawak (UFES)
MAP Foundation, Thailand
Clean Clothes Campaign (CCC)
South East Asian Coalition
Collectif Ethique sur l'étiquette
(France)
Nota:- Ini hanya merupakan penterjemahan Kenyataan
Berrsama asal dalam Bahasa Inggeris ‘Minister Fails to Protect Workers from
Becoming Victim of Covid-19, only social protection AFTER worker already
infected and/or dies now exists.- Clear Regulations and Standards Needed that
Employers Must Comply to Protect Worker Safety and Health. Penterjemahan
memberi keutamaan kepada maksud kenyatan asal.
Original Statement in English -
No comments:
Post a Comment