2 Pekerja Mati Ditimbus Tanah bila melakukan kerja pasang paip - Bolehkah majikan/pemaju boleh didakwa membunuh pekerja?
Selepas itu, apa berlaku - Adakah INKUES diadakan untuk memastikan sama ada sesiapa perlu didakwa di Mahkamah kerana menyebabkan kematian Pekerja? SENYAP SEKALI - bila mangsa adalah pekerja biasa, dan mereka yang bertanggungjawab orang atau syarikat kaya/besar...
Kerap sangat kematian pekerja berlaku kerana MAJIKAN tidak patuh undang-undang, atau LALAI sehingga pekerja mati - KEADAAN ini tidak boleh berterusan. {Gambarfoto yang dipaparkan mengenai hadangan perlu ...dan jarak dari tepi lubang, tanah digali harus diletakkan adalah daripada laman CIDB{LEMBAGA
PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA) - adakah Majikan/Pemaju/Kontraktor melakukan semua ini, kerana jika mereka buat, KEMUNGKINAN BESAR 2 PEKERJA TIDAK AKAN MAUT.
Dalam kes Temerloh baru-baru ini - nampaknya SOP atau peraturan pastikan pekerja tak dipatuhi > JUSTERU majikan/pemaju harus disiasat dan didakwa membunuh - sekurang-kurangnya menyebabkan kematiaan kerana lalai..
Ketika kejadian tiga pekerja telah membuat kerja-kerja menanam paip najis dengan kedalaman kira-kira enam meter di lokasi terbabit...Menurutnya, ketika itu tiga pekerja berkenaan berada di dalam lubang yang digali dan terdapat dua jentera pengorek berada di atas melakukan kerja-kerja mengorek tanah."Semasa kerja-kerja itu dijalankan, timbunan tanah lubang tersebut telah runtuh dan menyebabkan dua pekerja tertimbus manakala seorang lagi terselamat. "Kedua-dua mangsa tidak dapat diselamatkan akibat runtuhan tanah yang banyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman
Jika majikan/pemaju/kontraktor gagal memastikan keselamatan pekerja di tempat kerja, mereka kemungkinan besar boleh didakwa membunuh - untuk satu antara tiga pertuduhan jenayah - BUNUH ATAU Menyebabkan kematian tetapi tidak bunuh ATAU menyebabkan kematian kerana cuai...
Ada perkara yang patut majikan lakukan di tapak pembinaan - adakah dalam kes di Temerloh, majikan ada membina pnghalang saperti digambar ini, sebelum pekerja disuruh turun melakukan kerja pemasangan paip, dan kerja sedemikian?
Adakah tanah yang dikorek diletakkan pada jarak yang selamat? Jika betul-betul ditepi lubang yang digali, senang sekali bila pekerja masuk lubang untuk kerja, RISIKO tinggi tanah baru gali mungkin jatuh kembali mengkebumikan pekerja menyebabkan kematian..
Adakah semasa pekerja masuk kerja dalam lubang, jentera/mesin berkerja menyebabkan gegaran yang semestinya senang menyebabkan tanah yang baru digali jatuh semula dalam lubang mengakibatkan pekerja tertimbun tanah ...dan mungkin mati?
Seorang lalai bawa kenderaan menyebabkan kematian boleh dituduh membunuh - sama juga, majikan yang LALAI (atau sangat lalai) dalam obligasi memastikan tempat kerja yang selamat juga boleh dituduh MEMBUNUH jika pekerja maut...
Drunk driver charged for MURDER? Why employers not charged for 'KILLING' workers at workplaces?
Dua pekerja maut tertimbus tanah
ROSILAWATI ROSEDI | | 5 Mac 2020
Kerja-kerja mencari dua pekerja yang tertimbus tanah di tapak projek perumahan Lestari Height Mentakab di sini hari ini.
TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] Dua pekerja warga Bangladesh maut selepas tertimbus tanah di tapak projek perumahan di Mentakab hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Md Shoriful, 43, dan Julhas Rahman, 27, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, ketika kejadian tiga pekerja telah membuat kerja-kerja menanam paip najis dengan kedalaman kira-kira enam meter di lokasi terbabit.

Ketika kejadian tiga pekerja telah membuat kerja-kerja menanam paip najis dengan kedalaman kira-kira enam meter di lokasi terbabit.
Ketika kejadian tiga pekerja telah membuat kerja-kerja menanam paip najis dengan kedalaman kira-kira enam meter di lokasi terbabit.
Menurutnya, ketika itu tiga pekerja berkenaan berada di dalam lubang yang digali dan terdapat dua jentera pengorek berada di atas melakukan kerja-kerja mengorek tanah.
"Semasa kerja-kerja itu dijalankan, timbunan tanah lubang tersebut telah runtuh dan menyebabkan dua pekerja tertimbus manakala seorang lagi terselamat.
"Kedua-dua mangsa tidak dapat diselamatkan akibat runtuhan tanah yang banyak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab.
"Mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat," katanya.
Dua pekerja warga asing maut tertimbus tanah
TEMERLOH: Dua pekerja warga
Bangladesh maut selepas ditimbus tanah ketkka melakukan kerja-kerja
penanaman paip di sebuah projek perumahan di Mentakab di sini hari ini.
Kejadian jam 4.15 petang itu kedua-dua mangsa lelaki yang dikenali sebagai Md Shoriful, 43, dan Julhas Rahman, 27, maut di tempat kejadian
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, ketika kejadian mangsa berada di dalam lubang sedalam enam meter bagi menanam paip najis.
"Ketika itu terdapat dua buah jentera pengorek di atas melakukan kerja mengorek tanah dan semasa kerja-kerja dijalankan, tanah telah runtuh ke atas dua mangsa berkenaan," katanya di sini hari ini.
Jelas beliau, kedua-dua mangsa tidak dapat diselamatkan akibat runtuhan tanah yang banyak.
Menurutnya, pihak bomba telah berjaya mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.45 petang manakala mayat kedua dikeluarkan pada pukul 5 petang.
"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk proses bedah siasat," katanya.- Astro Awani, 5/3/2020

No comments:
Post a Comment